Monday, December 20, 2010

Felda Residence Hot Spring Sungai Klah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:24:00 PM 7 uncang teh
Last weekend memang happening. Petang Jumaat lepas habis keje (exactly aku gi merayap masuk kuar bank aje), aku start travel sorang2 menuju ke Perak...kidnap mak ngan adik aku kat Bagan Serai dan teruskan perjalanan menuju ke kg mak aku di Hutan Melintang (takde hutan dah pun).Kat kg tu adik lelaki aku dah pun standby tunggu aku (sebab dia keje kat Sabak Bernam aje). Tujuan perjalanan gila ni hanyalah satu iaitu keesokkan harinya aku nak gi main dan mandi air panas di Sungai Klah.

Pintu gerbang ke Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, Sungkai

Dari kg mbah aku tu kami konvoi 3 kereta iaitu kereta aku, adik aku dan juga famili makcik aku. Dekat Sungkai tu 3 famili makcik aku dah stanby tunggu kat homestay. Homestay tu menarik juga la, rumah banglo 4 bilik rekabentuk tradisional yang dimiliki oleh anak peneroka Felda. Jadinya total famili yang terlibat dengan percutian ni adalah 5 dengan 2 buah mpv, 2 buah myvi dan 2 buah sedan.

Rekabentuk tradisional

Terasa macam balik kg aje

Depan rumah homestay

Siap aku menempek contact no tuan rumah ni....

Signature homestay ni senang aje...kawasan dia bersebelahan dengan MRSM Felda di Trolak iaitu lebih kurang 10km dr Hot Spring Sg. Klah dan 7km(anggaran aku je) dari Pekan Sungkai. Kalau lalu lebuhraya Utara-Selatan pun nampak sebab dia sebelah dengan lebuh raya je dan kalau menuju ke utara adalah sebelum susur keluar ke Sungkai dan Trolak. Untuk keterangan lanjut boleh klik disini.

Petang lepas makan, solat dan sedikit rehat adalah masa yang ditunggu, 4 buah kereta bersedia untuk konvoi ke Sg. Klah. Kolam air panas Sg. Klah ni terletak dihujung kg Felda Sg. Klah dan diuruskan oleh pihak Felda itu sendiri. Tiket masuk adalah berharga RM10 untuk dewasa, RM8 untuk kanak bawah 12 tahun, RM7 untuk warga emas berumur 65 tahun keatas dan RM 6 (kalau tak silap-sila check sendiri ye nanti) untuk OKU.

Tu rupe tiket nak masuk. Huruf A tu tanda tiket dewasa

Muka-muka teruja yang nak masuk main air panas

Kene jalan sikit dari tempat parking yang sangat penuh sesak


Muka 4 sepupu yang stadnby untuk lupa daratan sekejap

Memang best betul kat sini. Kalau dah nama kolam air panas, mesti la air dia tersangat panas. Memang nampak la asap2 keluar dari sumber air panas tu. Tapi untuk kolam yang panas, takde la pihak pengurusan bagi masuk. Terdapat banyak kolam kat sini. Ada kolam yang khas untuk rebus telur bersuhu diantara 45 darjah - 50 darjah. Panas kan...tapi kat sini pun ramai gak pengunjung mengambil kesempatan untuk merendam kaki. Maklumlah air panas original.

Kawasan merebus telur. Telur ada dijual di dalam kawasan kolam

Muka teruja rendam kaki kat kolam air panas

Air kolan ni untuk rebus telur bukan rebus kaki

Muka teruja mbah nak rebus kaki

2 sepupu ni memang pantang berjumpa, mesti ade part ko snap gambar aku, aku snap gambar ko. Tapi bila nak snap gambar berdua...gini la caranya..

Rupa kaki yang dah kene rebus....merah tu

Selain kolam untuk merebus telur dan merebus kaki, sebenarnya ada aje kolam untuk tereupatik iaitu kolam untuk kesihatan dimana suhu airnye tak ade la panas anggaran 30-35 darjah celcius lebih kurang suam-suam kuku la panasnye. Dekat kolam ni juga ade kawasan untuk refleksiologi.

Lama dah kami kenal sejak dalam perut sebab kami ni 5 sepupu dari 5 famili


Kawasan kolam tereupatik untuk kesihatan. Ade juga kolam untuk rendam badan macam jakuzi

Laluan refleksiologi

Hot pool untuk tujuan bermain air panas

Selain kolam air panas, ada juga kolam air sejuk. Kolam air sejuk ni memang sangat sejuk. Maklum la air nye disalur terus dari air bukit. Kat sini memang banyak manusia yang main air especially kanak-kanak, kanak-kanak ribena dan org dewasa yang masih mempunyai naluri kanak-kanak (suka main air). Oleh sebab dekat sini bukanlah taman tema permainan air macam Sunway, Tambun atau Bukit Merah, jadinya takde banyak la port-port nak main air kecuali gua air terjun yang sangat kuat, air pancut dan gelongsor air. Kawasan kolam ni paling dalam 5 kaki, so kanak-kanak memang perlu diawasi selalu. Tapi jangan risau sebab keselamatan anda sentiasa diawasi kerana life guard sentiasa memantau aktiviti pengunjung. Kalau rasa perlu, memang akan ada announcement amaran dari mereka.

Mountain pool untuk main air sejuk dari bukit

Kawasan cetek...alahai paras betis aku aje

Sepupu aku yang sorang ni memang sasau skit kalau jumpa air

Muka-muka teruja main air

Sebelum masuk gua kedalaman 5 kaki

Air tu turun sangat laju dan kuat boleh buat terapi massage belakang badan dan kepala

Kan aku dah kata...2 sepupu ni memang sengal bila berjumpa

Kat belakang tu la gelungsor air....takde la thrill sgt tapi kalau silap landing melecet gak la siku aku ni.

Lebih kurang pukul 7.30 kami pun bertolak balik ke homestay yang jaraknye cuma 10-15 min kalau drive.

Objek sebelak kanan tu boleh diabaikan...

Malam tu memang sangat best. Dengan cuaca yang bagus tak hujan dan suasana homestay yang macam rumah sendiri tu, ape lagi adalah menarik kalau melakukan aktiviti BBQ sambil tengok perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Vietnam untuk Piala AFF Suzuki 2010.

Muka-muka teruja tengok bola

Sampai tukar position seat la pakcik aku ni sbb nak tgk bola live

Ini dah macam anak pelarian kene penjara dan tak cukup makan je rupenye

BBQ yang sangat menyelerakan...nyum nyum nyum

Aksi adik aku berBBQ

Sedang berBBQ dihalaman rumah homestay

Suasana pagi di kawasan homestay ni memang menarik dan menenangkan. Walaupun berada bersebelahan dengan lebuhraya, tapi sangat-sangat menyeronokkan. Mungkin kawasan Trolak/Sungkai ni adalah kawasan bukit jadi udara pagi di sini sangat fresh.

Sangat sesuai untuk berjogging. Rugi sebab aku tak bawa sport shoe aku.

Lepas sarapan jalan-jalan dengan makcik-makcik aku

Walaupun tak ramai sangat penghuni disini sbb mostly adalah homestay, tapi playground dia terjaga

Sengal tak sengal sepupu aku sorang ni

Oleh sebab kami cuma booking homestay ni untuk satu malam sahaja, jadinya pukul 12 kami kene check out la. Lepas siap masak tengah hari, kami pun get ready untuk check out. Tapi oleh sebab hari masih awal...jadinya kami semua plan nak masuk sekali lagi ke Hot Spring Sungai Klah tu. Kali ni kami dah tekad nak berpiknik kat sana. Tapi untuk masuk ke kawasan kolam air panas tu kene la beli tiket semula. Tapi otak kene licik...tiket semalam masih elok lagi, so ape lagi aci aku masuk recycle tiket semalam je. Sesape yang dah rosakkan tiket kena la beli lain...bukan diorang check betul-betul pun janji action beli tiket tu kene ade...jangan main redah je. Tapi mungkin masa aku masuk tu diorang tak check sgt tapi di lain masa mungkin akan lagi strick la. So...AWAS..jangan ikut cara aku ni ye...

Piknik dulu untuk lunch sebelum masuk untuk main air untuk kali yang kedua...


Friday, December 17, 2010

My 20 Minutes Survey

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:44:00 AM 4 uncang teh
Tetiba aku di tag oleh kawan seopis aku utk jawab soklan survey. Survey plak dalam English....tapi kalau aku jawab BM takpe kot ek....malas nak buka kamus la....hehhehe...
---------------------------------------------------------------------------------------------------

My Countless Minutes Survey

Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.
(oh! ade instruction la plak...macam nak jawab soalan exam je)

Person who tagged : kErul
Starting time : 10.10 am

Name : Jun
Full name : Junaidah Ali Mohd Jobran (nama bapak punya panjang)
Sibling(s) : 7
Eye colour : brown
Shoe size : 8
Hair : long and black
Height : 5'4"

What are you wearing right now : baju kurung
Where do you live : at the dead zone....kangar
Favourite number : 8
Favourite drink : tea and sky juice
Favourite month : August  =)
Favourite breakfast : roti cap pingpong cecah air milo...nyum nyum

******-Have you ever-******
Broken a bone : nope!
Been in a police car : hopefully...not
Fallen for a friend :  yes...once upon a time
Fallen for a guy/girl in a short period of time : yes....the hawaii five-o main actor, Alex O'Loughlin
Swam in the ocean : nope...selalu kuak lentang atas katil je
Fallen asleep in school : always...sampai time keje pun selalu tetido gak
Broken someone's heart : ade kot...but i think someone broken my heart ade laaa
Cried when someone died : yes...my cat...koko...can it be consider?
Sat by the phone all night waiting for someone to call : no la...alway throw up my phone atas katil
Saved e-mails : yes...the important emails only
Been cheated on : i think so....

******-What-******
Your room looks like : which room?.office room or room at home?
What is right beside you : printer
What is the last thing you ate : roti cap pingpong cicah air milo...my breakfast

******-Ever Had-******
Chicken pox : yes...10 years ago
Sore throat : tgh sakit tekak ni
Stitches : no...no..no...aku takut jarum
Broken nose : idung pun pesek camne nak patah...

******-Do You-******
Believe in love at first sight : yes yes yes....i fall in love with Johnny Depp
Like picnics? : love to...

******-Who-******
Who did you last yell at? : kopi..my cat
Who was the last person you danced with? : cicak dan semut...nak elak binatang ni macam style gaya menari je
Who last made you smile? : hantu kak limah....bukan setakat senyum mmg aku gelak sengih2 sampai penat perut

******-Final Questions-******
What are you listening to right now? : bunyi aircond
What did you do today? : jawab soklan survey ni sambil update blog kusam ni
Are you the oldest? : nope!
Indoors or outdoors? : both can be consider

******-Today did you-******
Talk to someone you like? : not yet...aku sorang je kat opis ni dan err..seekor "katak"
Kiss anyone? : nope...katak tu pun dah hilang....
Sing? : no...because the aircond rhythm is not synchronise with my note
Talk to an ex? : no and don't want it any more
Miss someone ? : en. syg
Eat? : just for breakfast

******-Last person who-******
You talked to on the phone? : my uncle...Paman wahid
Made you cry? : en. syg...i cried because i miss him so much
Went to the movies with? : wanishah ahmad =)
You went to the mall with? : wanishah ahmad too
Who cheered you up? : en.syg juga

******-Have you-******
Been to Mexico? : no!
Been to USA? : no!

******-Random-******
Have a crush on someone? : yes
What books are you reading right now? : how can i read a book when i answered this survey
Best feeling in the world? : being loved
Future kids name? : confirm belakang ada nama en. syg
Do you sleep with a stuffed animal? : boleh tak aku nak awet en. syg aku tu?
What's under your bed? : alatan jahitan manik
Favourite sport(s) : kuak lentang atas katil
Favourite place : atas katil la.....zzZZZzzz
Who do you really hate? : hipokrit
Do you have a job? :  yes
What time is it now? : 10.30am

p/s : With however long it took you to complete this, post as "My _____ Minutes Survey" and tag 15 people

kat sini aku nak tag...rafe aka ah fie, che jimah...shida baim, whooz...dan pengunjung2 blog aku ni...aku TAG korang semua.


Thursday, December 16, 2010

Antara Andartu dan Janda

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:43:00 AM 0 uncang teh
Kontroversi tak tajuk ni?. Rasa-rasa akan ada tak yang buat report polis atau tak pun mogok2 bengang tahap cipan kat depan opis aku ni? Hahaha...Sila baca dulu ye...ini adalah pendapat aku mengenai apa yang aku nak tulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. Ia adalah mengenai persamaan dan perbezaan andartu dan janda.

PERSAMAAN

1. kedua-dua status ni dipegang oleh perempuan.
2. status yang menunjukkan perempuan itu single.
3. selalunya wanita yang sangat berdikari.
4. bakal menjadi bahan gosip org ramai.

PERBEZAAN

Andartu: 1. Masih bujang dan belum berkahwin.
               2. Tak ada anak lagi kecuali anak tekak, anak mata dan anak rambut.
               3. Mempunyai kerjaya yang tetap dan stabil.
               4. Stail dan personaliti yang biasa-biasa aje walaupun bergaya.
               5. Kalau andartu tu semakin lanjut usia akan dipanggil andalusia.

Janda: 1. Pernah berkahwin dan kembali menjadi solo.
           2. Menjadi janda sbb bercerai hidup atau bercerai mati (balu).
           3. Kebiasaannya sudah ada anak atau ada juga yang tidak dikurniakan anak.
           4. Dipegang oleh semua golongan profesional atau tak profesional.
           5. Banyak gelaran diberikan sprt janda berhias, janda muda, janda meletup dan ape ape ntah.
           6. Mempunyai stail dan personaliti daring dan semakin berani (tak semua janda macam ni).
           7. Lagi hot dari anak dara.

Itu aje kot persamaan dengan perbezaan antara andartu dengan janda. Minta maaf la kalau ada yang menyinggung perasaan ye.
        

Wednesday, December 15, 2010

Kerja Gila

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:00:00 PM 4 uncang teh
Anda peminat kasut macam aku? Ingin jadi seperti Emelda Macros yang ada lebih kurang 2000 pasang kasut tu? Jadi beli la kasut banyak2 ye termasuklah selipar jepun...wakakaka...

Ok...ni la koleksi terbaru aku...pump shoe...tgh harga murah tu pasal aku beli...beli pump shoe ni bukan ape..andai kata ada formal fuction boleh la aku pakai (macam la aku ni dijemput sangat).


The best reason aku beli kasut ni adalah sbb murah dan tetiba je gatal tangan nak beli kasut...itu je sbbnye... hehehheheh

Che Jimah's Big Day

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:33:00 PM 7 uncang teh
Dah 2 minggu pun majlis ni berlalu...udah jadi pengantin lama...kalau dalam perut nak ada isi...udah dalam proses blastula menjalani proses mitosis dan miosis...(perghhhh...ingat lagi teman dengan proses biologi ni).

Buat penatap-penatap blog teman yang idak seberapa glamernye ni, inilah teman tepekkan gambar2 kawin adik teman ni untuk mike mike nengok. Minta maap la ye...gambar ni pun teman cilok dari fb adik teman aje.

Biarlah teman cerite ngikut susunan kronologi majlis ye....

udah macam tepung gomak muka che jimah kene mekap...tebainye ntah baper inci ntah

ini ler hantaran dr che jimah...sereba pepel je kaler nye...itu labu sayung nak nunjuk yang keluarga teman ni org peghok...anak jati peghok gitu

masa ni ayah teman bg kuasa kat tok kadi mewakil wali bg pihak dia....ayah teman ni bukan ape...kurang ilmu nak menikahkan org, jadinya bg aje la pada yang pakar iaitu tok kadi la orgnye

anak buah teman ni pantang nampak kamere.....ngontrol sengeh je die..

sekali lafaz je teman udah sah ade adik ipor....

nengok cara bg duit mas kahwin pun macam aci main tarik tali je gamaknye

udah sah nikahnye baru leh gambar dekat2 yeee

dekat butik kahwin pun che jimah ni nyuruh teman snap...teman pun snap aje la

ini masa nak berarak masuk dewan...dewan kecik je..bukan dewan beso pun...

ehem...iye teman ler stage managernye aka tukang nyibuk iyer juge la


sanding la kome berdua tu ye...teman ade kat bawah stage je

ini pak sedara teman, wakdin tgh nepung tawor

ini pula mak sedara teman, wakdah bini wakdin punya turn nepung tawor...mak oiii ganaih benor la mak sedara teman ni nepung tawor

ini sorang lagi pak sedara teman, paman wahid nak juga menepung tawornye

ini masa untuk makan, sian perut pengantin udah berkeroncong bunyi lagu selamat pengantin baru

ini makanan utk makan beradab pengantin, tapi lepas tu teman gak bg licin...pengantin control makan

org suruh makan kenyang2, bukan suruh tunjuk buah epal ngan tembikai tu

yang baju ijao tu ler mak mentua che jimah, yang menyengih tu org kuat mak teman aka jiran tetangga teman yang nolong siapkan makan beradab tu

yang baju pepel saiz beso tu la ayah teman, sebelah yang kurus tggi baju kelabu tu la pak mentua che jimah

minta maap la...teman memang sememeh masa time kenduri ni, almaklum la esoknye teman ade final exam plak..tak kose teman nak mekap2 hari tu

nengok muka mak teman ni lagi elok dari muka temankan....

masa pengantin gi amik gambor ni, teman ngan suku sakat dan bala tentera2 teman tengah menjalankan operasi menghabiskan lauk pengantin di meja bulat

minta maap ler...che jimah ni kalau gelak mmg over skit...nasib baik dah berlaki boleh la lagi dia tolong hadang drpd che jimah jatuh terguling-guling

Haaa....itu aje la yang sempat teman update. Minta maap ler ye...teman idak mampu nak letak semua gambornye...almaklum la teman ni stage manager cum mbak supir aje masa tu. Satu lagi...iyeee..teman ni ada darah org jawa part belah mak teman, itu pasei pakcik makcik teman panggil wak ngan paman....ate ayah teman pulak org banjor...tapi belah ayah teman, teman panggil acu aje la utk adik bongsu ayah teman. Jadinya teman ni ade darah campuran juga ler je...hehhehehhe


 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea