Wednesday, January 26, 2011

Adengan Cerita Melayu Yang Selalu Aku Tonton

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:07:00 PM 5 uncang teh
Kalau cerita Tamil dan Hindustan ada trademark sendiri, cerita Melayu pun ada gak trademark dia gak. Korang tak percaya...jom aku listkan adengan streotaip yang amat berbeza dengan realiti diluar drama.
  1. Perkara pertama yang aku cepat detected dalam cerita Melayu ni ialah suka sangat tak tutup tingkap (untuk adengan dirumah kampung) bila waktu malam. Kalau dia tak tutup tingkap masa awal-awal malam tu takpe la....ini time tengah tido pun tingkap dibuka...ape kes ntah. Kalau realitinya, start je masuk waktu maghrib mesti mak-mak..nenek-nenek kita dah bising suruh tutup tingkap cepat2. Alasannya tak baik sebab takut ade setan hantu masuk. Tapi sebenarnya diorang suruh tutup tingkap awal2 masa maghrib tu sebab tak nak nyamuk masuk rumah aje.
  2. Hantu cerita Melayu sangat huduh dan menakutkan. secara sedar aku memang tak pernah jumpa hantu (minta dijauhkan la). Tapi aku pernah "dilawati" oleh tuan rumah masa aku 1st time menyewa kat Kangar ni. Masa tu aku dalam keadaan separuh sedar antara lena dan belum lena. Tetiba je aku ternampak satu objek macam susuk tubuh orang tua siap dengan janggut panjang. Bila aku nak fokus org tua tu sergah aku. Seingat aku, rupa org tua tu takde la huduh tapi kita boleh agak la dia tu satu entiti. Kenapa la pengarah-pengarah cerita melayu ni tak buat macam cerita org putih tu. Hantu cerita org putih takde la huduh dan menakutkan melainkan dia mekap rupa org tu jadi pucat nak tunjuk dia sedang bawa watak hantu. Takde pulak kena pakai baju putih dengan rambut mengerbang macam singa.
  3. Kalau kita perhati, untuk adengan tidur pun pelakon pompuan akan dimekap siap dengan bulu mata palsu. Dey...ape ke halnya korang nak mekap time tidur. Realitinya....ade ke waktu malam....waktu tidur ade oranggi mekap cantik2? Takde kan....tapi ni la adengan citer Melayu....setiap babak kena ada mekap.
  4. Asal cerita seram je mesti takde lampu. Ni satu hal....asal cerita seram je lampu pun malap. Jimat elektrik ke? Kalau lampu malam time tido takpe gak...ini time makan pun pasang lampu malam semata-mata nak tunjuk hantu tu tengah terpacak kat sudut bilik. Alahai...
  5. Adengan waktu malam mesti dalam keadaan lampu malap. Kalau adengan ni dibuat 20 tahun dulu aku percaya la sebab masa tu banyak rumah takde lektrik lagi. Ini rumah-rumah kat kampung pun dah boleh ade lampu terang benderang...so ape motif buat lampu malap masa adengan malam.
  6. Ko buat satu adengan kat town...n then lepas tu bila buat adengan jalan raya tetiba dah kat hutan banat mana dengan jalan simpang siur.....pelik gak....macam jauh sangat sedangkan ko cuma nak gi makan tengah hari aje.
  7. Ini satu lagi yang best ni....ko buat watak keje sebagai kuli cabuk tapi boleh pulak duduk rumah sewa full furnished siap deco ala moden kontemporari tu. Lepas tu menyewa 2 org pulak....ade logik ke? Selalu kalau realitinya keje kuli cabuk...alaa...tak payah kuli la...pegawai cabuk pun rumah simple2 aje...lagi2 kalau yang baru start keje.....tido atas toto je. Patut la org suka nak jadi pelakon sbb even masa berlakon pun standard kene jaga...jawatan kuli cabuk tapi umah mesti macam keje CEO.
  8. Laptop on banyak jam tapi kabel laptop tak pasang. Bagi tau aku laptop mana yang bateri dia tahan sampai 8 jam. At least kalau ko tak on suis pun...pasang aje la kabel laptop tu. So that aku paham la kabel pasang tapi suis tak on maknanya tengah guna bateri la laptop tu.
  9. Ko buat adengan menaip tapi ko menaip kat dekstop. Keh keh keh keh....ni yang paling kelakar la..konon2 tengah kusyuk keje...menaip...tapi rupanya menaip kat dekstop.
  10. Part adengan chatting kat YM pula....guna ayat sebiji2 dengan ejaan satu persatu. Hahahah....ade ke org chatting menaip perkataan penuh? Semua yang chatting mesti guna ejaan short form aje.Penat betul aku kalau tengok adengan ni.
  11. Kalau bawa watak budak sekolah.....especially pompuan la kan....kenapa mesti nak kena tocang rambut tu? Cuba gi survey skit....ade ke skrg ni budak sekolah gi sekolah tocang rambut? Mostly diorang ikat pony tail je utk yang free hair. Tapi...asal dia bawa watak budak sekolah mesti kena tocang rambut....
Kalau nak diikutkan memang banyak la adengan yang tak ingin kita lihat tapi nanti jadi tahap mengarut la plak. Tapi ini yang paling ketara la yang selalu aku tengok dalam drama atau filem. Tapi dalam banyak2 drama aku suka drama Nur Kasih. Walaupun aku ni bukannya hardcore peminat drama ni tapi bila kadang2 aku sempat tgk citer ni memang rasa dekat sangat dengan kehidupan seharian aku. Tenang dan mendamaikan.

Tuesday, January 25, 2011

Misteri Ketidakhadiran Prof Hussein

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:53:00 AM 0 uncang teh
Rasa-rasa ade tak staf UTM atau staf FKE yang baca blog aku ni? Confirm takde kan. Kalau ade memang sah-sah la aku ni glamer....hahhaha..

Ni cerita pasal lecture aku....Prof Hussein (ada title Dr. tapi bila dah ade title Prof title Dr. boleh di silentkan). Dia seorang lecture yang sangat bededikasi dan sangat best...ayat yang paling senang nak describe adalah sempoi walaupun dia sebenarnya dah pencen dah pun (sambung kontrak lepas pencen tu). Ooo....satu lagi....sebagai pengenalan...dia juga adalah seorang ahli tabligh....

Weekend lepas adalah kelas master-ji aku dengan Prof. Hussein. Untuk kawan-kawan aku...ini adalah kelas kedua atau kelas ketiga diorang tapi untuk aku ini adalah kelas 1st aku untuk sem ni. Maklum la sem ni aku cuma amik 2 subjek dan 1 projek jadi kelas yang aku kena attend cuma 2 aje la. Best tak....sebulan 2 kali je aku kena turun KL compared masa 1st sem dulu 6 minggu berturut aku ulang alik turun KL naik bas....penat dan stress betul.

Oleh kerana itu adalah kelas 1st aku dan juga subjek teras yang wajib diambil, so kat kelas ni aje la kami boleh kumpul ramai-ramai. Pukul 2.10 pm macam tu aku dah sampai ke kelas....lambat skit sbb jalan jem dan parking penuh. Terpaksa cari parking luar kat area Kg. Baru untuk parking tapi itupun dah kat hujung jalan....ntah ape nama lorong ntah. Korang tau la kan....bila jumpa kawan-kawan lepas cuti sem (bukan panjang pun cuti...sebulan je cuma 4 org kawan aku tu tangguh pengajian masa sem lepas), ape lagi...sembang tong tang tong tang..macam reunion tu. Memang happening gila la....ini sebab aku suka datang kelas master-ji aku. Classmate semua kepala sempoi....hilang penat travel naik bas mlm sebelum tu...and kalau ada masalah pun...masalah boleh dilupakan buat seketika.

Tunggu punya tunggu pukul 2.15pm lecture aku tak masuk kelas lagi. Kami dah pelik la....sorang member try call tapi tak dapat. Sorang lagi member try call...sama juga keputusannya. Risau lagi...ada classmate turun gi cari kat parking luar dalam dan seluruh bangunan...masih tak dapat. Aii..mana Prof ni...Call koordinator and citer pasal lecture tak datang. Koordinator suruh tunggu kejap lagi dalam sejam atau sejam setengah sebelum dia boleh bg kebenaran untuk kelas batal. Tunggu punya tunggu tapi lecture tak datang, tepat pukul 4 pm....so kitorang blah. Best plak dapat balik awal...jadi aku boleh la gi berpoya-poya jumpa member bestie aku.

Esoknya hari Ahad kelas pukul 9am. Janji dengan classmate nak datang juga takut2 lecture datang hari Ahad. Tapi tepat pukul 10am, classmate aku sms cakap kelas batal atas kebenaran koordinator sebab Prof Hussien tak dapat dikesan. Koordinator call dia pun tapi tak dapat. Bila jadi macam ni, kami pun pelik la. Kemanakah Prof Hussien menghilang? Dia bukanlah jenis macam ni sebab dia memang sentiasa datang awal ke kelas. Yang selalu datang lewat tu dia punya student. So, macam-macam la spekulasi yang timbul. Kawan aku kata flight dia dari JB delay. Aku nye spekulasi tayar kete dia pancit. Sorang kawan aku cakap handphone dia habis bateri and ade sorang lagi kawan kata dia gi tabligh. Tapi yang paling musykil..kenapa bila kami call tapi tak dapat. Kemana Prof Hussien lepak yang sampai signal tak dapat?

Kalau hari Sabtu kelas batal aku ok lagi. Bila hari Ahad kelas takde juga aku dah jadi hangin satu badan. Dah la 1st kelas...semangat semangat ni nak belajar. Pastu aku ni drive sensorang datang dari Kangar sbb kereta Myvi adik aku tu aku tgh guna, so kene la drive dari Kangar kalau tak karang takde kereta nak ke kelas pulak. Bila jadi macam ni aku jadi, pengorbanan aku untuk travel sorang-sorang jadi sia2 je. Ingatkan kalau ade kelas tu berbaloi gak la aku drive...ni macam hampeh je. Dah la minggu lepas tu tengah bulan...sedang2 elok aje aku tengah kekeringan kocek...jenuh gak la korek sana-sini buat modal untuk travel. Itu pun aku postpone dulu tukar minyak hitam sebab tak cukup budget. Slumber tak travel jauh2 sorang2 dengan kereta yang tak berada dalam good condition. Kalau aku mati memang mati katak la.

Jadi, kepada Prof Hussein, kalau Prof ade baca (macam la dia baca sangat...hahahha...), sila la buat sidang tergempar untuk menceritakan kemanakah Prof pergi sampai nak contact pun tak boleh. Kami semua risaukan Prof minggu lepas.

Thursday, January 20, 2011

Pendaftaran Ahli Baru

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:59:00 PM 0 uncang teh
Akhirnya pada bulan ini maka bertambahlah bilangan ahli rumah aku lagi. Selasa lepas osmet aku telah berjaya kidnap seekor anak kucing dari kedai makan masa aku ngan dia balik dari lunch. Kesian kat anak kucing tu...masa nak masuk kedai dia blocking jalan...masa nak keluar dari kedai pun dia blocking jalan. Seolah-olah dia cakap.."ambil la saya, kesian la kat saya...bela la saya", (takde la dia cakap macam tu..kucing tu cuma miow2 aje...aku je buat ayat kasi gempak best skit).

Jadinya atas sifat prihatin sebagai manusia bertamadun maka aku bg persetujuan kepada osmet aku untuk bela anak kucing tu. Jadi kucing ni pun naik la kereta aku untuk dihantar pulang ke rumah aku. (Sila hati-hati dengan osmet aku sebab dia ni cat kidnapper di kedai makan...hahhahah)

Jadi kawan-kawan...diperkenalkan kucing ini yang diberi nama Maru (aku sound Maro) oleh osmet aku sendiri. Tapi oleh sebab aku ni jenis suka suki je nak panggil anak kucing ni...jadi aku panggil anak kucing ni cikenit...sebab dia kecik lagi.

alamak...minta maaf la ek...cikenit ni posing atas besen poo poo dia...almaklumlah baru lepas dimandikan oleh osmet aku....

Wednesday, January 19, 2011

Sos Cili Pedas Tabasco

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:50:00 PM 4 uncang teh
Pernah tengok sos cili jenama Tabasco ni? Pernahkan...kat Pizza Hut. Orang cakap sos ni pedas...Aku pun tak tau la sbb aku tak pernah rasa.

Hari ni aku nak cerita pasal Tabasco ni. Dulu2 masa masuk Pizza Hut aku memang tak tau binatang apa yg pakai jenama Tabasco ni. Aku nak sebut pun kadang2 tersasul cakap tobacco (tembakau). Suka hati aku aje kan nak sebut. Lepas tu baru la aku tau Tabasco ni sos cili pedas dan sangat pedas ya amat. Tapi aku takde la nak sentuh sos botol kecik ni sebab dah kata pedas...tak nak la aku nak rasa. Satu lagi yang aku tak sentuh sbb kat botol sos ni takde tanda halal. Walaupun iainya cuma sos cili tapi sebab takde tanda halal aku pun jadi takut nak sentuh.

Semalam lepas balik keje aku buka Astro tengok Discovery Channel 551. Setiap hari ada rancangan How Do They Do It? kat channel tu. Aku memang suka tengok rancangan ni sebab aku dapat info macam mana satu barang tu di buat. Contohnya sebelum ni aku pernah tengok macam mana lilin hiasan yang cantik dibuat siap dengan ukir2 lagi. Sangat informatif.

Ok...patah balik pasal citer semalam, elok2 aku buka channel ni terus dia tunjuk cara pembuatan sos cili pedas Tabasco tu. Masa tu dah miss byk part dah sbb aku sempat start tengok dari part dia cakap cili lumat tu di peram selama 3 tahun dalam satu tong kayu yang sangat lama. 3 tahun tu kene peram siap berkulat dah tong tu. Ok part tu takpe lagi, sebab kalau dia kata dia peram cili tu kat sini pun part cincaluk ngan budu pun kene peram gak sebelum diproses.So aku terima la info tu sbb peram budu ngan cincaluk lagi horror bau dia.

Tapi part yang aku terkejut gak la ialah bila dia bagi tau bahan2 yang dimasukkan ke dalam cili yg dah diperam tu. Rupanya antara bahan-bahan yang dimasukkan ke untuk membuat sos cili tu adalah WAIN PUTIH. Di ulang....WAIN PUTIH!. Hah! wain is arak....arak is wain. Dan dengan ini apa yang aku musykilkan telah pun dijawab oleh rancangan ini. Terima kasih rancangan How Do They Do It?. Anda memang sangat informatif. Walaupun aku tau kat luar sana tu dah ramai yang tahu kenapa Tabasco adalah haram untuk umat Islam, tapi melalui rancangan tersebut aku dah dapat bukti-bukti yang jelas. Jelas terang dan sahih.

Kilang Tabasco ni terletak di Avery Island, Louisiana, US. Melalui rancangan ini juga, sos Tabasco ni di eksport hampir ke 128 buah negara diserata dunia. Label sos tu pula akan di cetak mengikut dialek negara yang dieksport tu. Jadi kalau kita pernah terserempak dengan Tabasco ni di Pizza Hut sini bermakna Malaysia juga adalah termasuk dalam senarai 128 buah negara yang mengimport sos ini.

Ade yang tak setuju ke dengan info aku ni? Terpulang la kan. Aku cerita sebab aku dah tengok rancangan How Do They Do It? Mungkin ramai yang dah tau pasal kenapa Tabasco ni haram untuk orang Islam tapi tak salah kan kalau aku nak berkongsi perkara ini untuk kebaikan. Sebabnya kita ni cuma tau haram tapi kenapa dia boleh jadi haram sedangkan cili tu cuma tumbuh-tumbuhan aje. So melalui rancangan tu aku tau la kenapa Tabasco boleh jadi haram sebab ditambah dengan wain putih.

Nota_jari: Ikan pekasam makan dengan nasi panas pun sedap...

Tuesday, January 11, 2011

Amalan Untuk Mendapat Jodoh

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:09:00 PM 0 uncang teh
Korang masih bujang macam aku atau sedang dalam perancangan untuk mencari pasangan hidup dunia dan akhirat. Jom kongsi petua dan amalan yang diberi oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood yang aku petik dari Majalah Harmoni (sori...aku tak ingat keluaran bila sebab aku koyak dari majalah makcik aku je).
  • Amalkan membaca doa kepada Allah untuk memohon diketemukan jodoh. Untuk itu, bacalah Surah Yusuf Ayat 4, sambil niatkan kepada Allah s.w.t . agar dipermudahkan jodoh dan ditemukan dengan jodoh beriman dan bertakwa. Amalkan membaca surah ini selepas menunaikan solat, ketika membasuh muka atau pada bila-bila masa yang berkesempatan.
  • (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
  • Puasa pada hari jadi. Puasa pada hari lahir banyak manfaatnya kerana ia merupakan hari paling istimewa dalam hidup kita. Pada hari ini juga nilai dan hayatilah pengorbanan ibu bapa sewaktu melahir dan membesarkan diri kita. Tidak ketinggalan banyakkan berdoa dimudahkan jodoh dan segala urusan di hari lahir.
  • Minta ibu bapa berdoa soal jodoh untuk kita. Doa ibu bapa amat afdal dan mudah diperkenankan oleh Allah swt.
  • Lakukan solat hajat sebanyak mungkin. Tapi sebelum melakukan solat hajat tersebut, jangan lupa perbanyakkan solat taubat bagi membersihkan diri dan doa diperkenankan oleh Allah swt dengan segera.
          Niat Solat Taubat:

 أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT


          Niat Solat Hajat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

  • Pohon ampun pada ibu bapa atas setiap perbuatan kita. Anak yang banyak dosa dengan kedua-dua ibu bapanya, doanya tidak akan dikabulkan oleh Allah swt.
  • Akhir sekali wanita boleh melakukan mandi bunga sebagai ikhtiar untuk mendapatkan jodoh. Islam tidak melarang umatnya untuk mandi bunga asalkan individu yang memandikannya adalah wanita dan ia tidak dilakukan ditempat terbuka. Paling penting proses mandi bunga itu perlu diiringi dengan bacaan doa dan ayat suci Al-Quran dan bukannya jampi serapah.
(Petikan dari kolum Bahtera Harmoni, Majalah Harmoni)

Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:26:00 PM 0 uncang teh
Ini bukanlah berkaitan dengan lagu Ana Raffali yang menang AJL25 malam tadi atau apa2 kaitan dengan penyanyi2 yang bertanding di AJL25. Ambil berkat sempena lagu cik kak tu menang jadi saje2 je menempek tajuk lagu sebagai tajuk entri kali ni. Walaupun keputusan AJL mlm tadi memang diluar dugaan agen2 bookie diluar sana, tapi sape yang pedulikan sbb takde effect ape pun kat aku atau cik kak Ana Raffali tu. Yang penting RM35K dia bolot sorang2 and lepas ni boleh la gi tempah baju kurung 365 pasang untuk sepanjang tahun 2011 ni.

Banyak benda yang aku nak ingatkan untuk sepanjang tahun 2011 ni. Lagi2 bila usia semakin meningkat matang ni, banyak perkara juga yang akan tercicir dari senarai semak perkara wajib. Hahahaha....

Tolong ingatkan aku......
Aku confirm perkara pertama yang org2 sekeliling aku nak tolong ingatkan untuk aku adalah pasal kawin. Hihihihihi....Honestly sape la yang takmo kawin kan. Kalau tanya org gila pasal kawin pun automatic diorang akan jadi waras. Inikan pula org waras macam aku....confirm secara automatic akan jadi gila. Tapi sebagai wanita berkerjaya (wah!...wanita bekerjaya tu...macamlah hebat sangat kerja aku), kadang2 aku terlupa juga yang aku ni masih bujang dan belum berkahwin. Awal tahun beria2 setkan azam baru nak cari calon suami tapi last2 sampai hujung tahun, bukan setakat calon suami...calon tukang kebun sekolah pun tak jumpa2 juga. Tengok betapa sibukknya (buat2 sibuk je) aku ni.Tapi itulah silapnya, silap mensetkan hanya untuk mencari calon suami.....cuba kalau cakap...saya ingin berkahwin dan bersuami pada tahun ini....confirm Insya Allah mesti aku kahwin kan. Kalau setakat calon suami tu...asal mata berkenan hati dah suka memang banyak tapi lepas buat banyak tapi pakai buang...semuanya tak sesuai jadi suami...setakat sesuai jadi calon aje. Jadi....tolong ingatkan aku ye pasal azam aku tu..bukan nak cari calon suami tapi nak cari suami untuk diri sendiri.

Ok...stop dulu mengarut pasal calon suami tu.....ni nak minta tolong. Tolong ingatkan aku tentang tanggungjawab aku pasal pelajaran aku ni. Diam tak diam dah hampir 2 tahun aku berulang alik ke KL tu untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah, sepanjang travel aku ke KL dengan bas takde la kejadian tak diingini yang berlaku. Kiranya Allah masih memelihara aku dari sebarang kejadian yang tak diingini. Jadinya bila Allah masih memelihara aku, maksudnya Dia nak aku habiskan pelajaran aku. Jadi tolong ye...tolong ingatkan aku supaya sentiasa belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat habiskan pelajaran aku pada tahun ni juga.

Tolong ye tolong. Aku takut nanti aku hanyut plak macam lagu Faizal Tahir tu.Karang tak pasal2 jatuh dari stage masuk ke dalam air. Hahahaha.....

Nota_jari: kita postpone mengarut untuk sesi akan datang pula.

Sunday, January 9, 2011

KPI 2011

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:08:00 PM 2 uncang teh
Tahun baru dah 9 hari....tapi rasanya tak terlewat untuk aku mensetkan KPI pada tahun ni. KPI tu...bukan AZAM tahun baru. Tapi same je kan...kan...kan....kan....

Jom list down KPI aku untuk 2011 (kalau nak baca la):
  • main KPI....nak habis Master-ji. Ini mainKPI..kene dan mesti dan wajib (Insya Allah) achieve. Tak boleh main2 dah...serius-serius...dah tak larat nak travel dah...penat btul.
  • second main KPI.....turunkan berat badan. Ohhhhh!!! ini memang wajib wajib wajib dan wajib. Mandatori untuk diri sendiri...target sampai hujung tahun dapat kurang 5kg pun jadilah. Tak selesa la bila dah cecah 63kg ni. Rasa kembang pula...bila dalam gambar (eceh..macam artis la pulak)...nampak kembang je...muka pun dah tembam (teringat brother kafe masa matrik USM dulu suka panggil aku adik tembun sbb muka aku tembam time tu...tanaakkkkkkk).
  • kurangkan pembelian kasut untuk tahun 2011. Tapi nak set berapa ek...10 pasang untuk sepanjang tahun 2011 ok tak? Tapi semalam baru je beli 2 pasang kasut kat kedai kasut Red Modani.
  • Upgrade personaliti. Macam mana tu???? Ye la umo pun dah di alam 30an....kene la jadikan personaliti macam usia 30an. Bab ni icon idola aku of course akak Ziana Zain....
  • Nak khatam bacaam Al-Quran sepanjang 2011 ni. Orang lain boleh khatam dalam masa sebulan tapi aku amik masa sampai setahun. Takpe la kan....ini usaha aku kearah kebaikan. Insya Allah dan berusaha.
  • Last KPI aku....untuk ehem....ehem....minta-minta ade perkembangan positif antara aku dengan si dia. Insya Allah.
Nota_jari: sempena 2011 signature pun stail baru.

Monday, January 3, 2011

The Summary of 2010

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:31:00 PM 0 uncang teh
It should be the last entry for 2010 but I just have time to write it on 2011. But, I think it's ok since 2011 still on the early stage. So, guys here the random list what was happend for last year.
  1. I'm back to handle lab that I first time handled it last 5 years. It look funny that I need to study back the lab which I developed it. Heheheh....macam sirih pulang ke gagang la plak aku ni...
  2. Meet my old friend and suddenly had a crush with him. Funny la kejap.
  3. My azam for the 2010 is not thinking about love and want to ignore any feeling about it but unfortunately I was fell in love with him.
  4. Last year was the hard time for me and it was hard to face it alone. Luckily I have my bestie to share the hard time, to share my joy and to share my tears.
  5. For the 1st time I spend my night watching world cup 2010. Alone.
  6. After 7 years, I feel back the feeling of love. nice huh!
  7. For the first time I know what is the feeling of being stressed on work and study. It was hard time for me. Kadang-kadang sampai nak nangis jadinya...and aku memang menangis pun.
  8. Had a car accident with my Myvi. Langgar tembok longkang. All my saving was burned.
  9. Jahit manik kat baju tunang adik aku sampai nak muntah hijau. Kesannya....2 helai baju aku masih lagi tersadai dalam almari sbb manik tak siap jahit lagi.
  10. Postponed this year vacation with both my bestie because both of them have their own problems.
  11. My weight is growing day by day. Ohh!!! shittt!
  12. My sister got engaged on May, married on Nov and officially I have brother in law. Yaay! Hahaha...
  13. Starting have cats as pet but unfortunately one of them was missing, one was dead and only one is still alive but look like a stupid cat...hahhaha....(sorry kopi...you are not gebu anymore).
  14. Got trapped with silly salesmans to buy their products but luckily it can be used. (actually I was silly too at that time...hahha).
  15. The best time Hari Raya 2010. Raya sakan beb!
  16. Happy for my brother and sister to their success in life, working and study. Mail got his job as pharmacist, Jedin continue his study in UiTM and Heri pass his PMR with flying colors. Thanks to Allah.
  17. Spend a lot of time and money watching movies compared to 2009.
  18. Visiting my friend at Ipoh after 2-3 years not meet her.
  19. Repeating the memory of 2006 (if not mistaken) watching the sequel of Kg Pisang (hantu kak Limah) movie directed by Mamat Khalid. It so a funny movie.
  20. Have a date (officially) with him and starting to called him sayang. Alamak..gatal la plak aku ni...hehehhe...
  21. Spending 3 weeks continuously driving from Perlis to Ipoh, Perlis to Sungkai and Perlis to Shah Alam. Penat tapi best..almaklum la dapat drive auto.
  22. Had a family vacation with my aunties and uncles at Sungkai...Wah mandi air panas dengan air sejuk sampai demam.
  23. Suddently become a mad person and some time being crazy for about 2 to 3 weeks just because missing him. Gilakan! Luckily tak sampai lukakan diri sendiri. Nasib baik.
  24. Ade gosip tak baik pasal aku kat opis yang buat aku nangis....memang aku nangis sebenarnya.
Wah! what a long list I have, but this list will continue for the next 365 days of 2011. Haiyaaa.....!

Saturday, January 1, 2011

2011...The New Life, New Hope, New Experience

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:06:00 PM 0 uncang teh
Finally, the 365 days of 2010 was ended yesterday and leave us with the most memoriable experiences of life and the new 365 days of 2011 just begun today and started by beautiful shiny day.

Welcome 2011...may this year will brings us with prosperity and new experience in our day.

HAPPY NEW YEAR

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea