Friday, June 29, 2012

Berkabung

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:27:00 PM 0 uncang teh
Kesedihan melanda diri gara-gara team favourite aku kalah dengan Italy masa semi final EURO 12. So selama 2 hari aku pasang bendera setengah tiang.

Wednesday, June 27, 2012

ABC Chart IT

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:21:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum

Lepas ni kalau nak ajar ABC untuk anak2 tak perlu la merujuk kepada A utk ayam, B untuk bola atau C untuk cawan. Sekarang ni zaman IT.., anak2 lagi kenal Iphone, lagi kenal android, lagi kenal tap atau Ipad...so kena la ikut perubahan zaman gak. Jadi selepas ini, marilah kita beramai2 print ABC chart yang baru ini dan tampal di bilik tidur anak2 supaya lagi senang diorang nak belajar ABC.

 Konfem anak2 akan lagi expert selepas ini. Cekidaut....

Nota_jari: Sumber daripada Pakcik Google

Wang Hantaran

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:03:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum

Ini adalah anggaran nilai wang hantaran untuk wanita2 di Malaysia mengikut kelulusan. Mahal betul. Makin tinggi kelulusan, maka makin mahal la nilai hantarannya. Mungkin nilai ini adalah termasuk kos pendidikan, kos minyak, kos lembu dan juga kos pinjaman pelajaran atau pinjaman ptptn. Kalau termasuk semua kos tu, mungkin ade logik la juga. Tapi paling aku tak boleh nak bayangkan ialah, untuk mencapai kelulusan PhD tu, kebanyakkan wanita adalah berusia 30 tahun dan keatas...yang mana kalau ikut budaya org timur dah layak nak pegang gelaran andartu....tapi hantaran masih mahal lagi rupenye...Hahaha....

Anyway...anda dikelompok kelulusan yang mana?


Nota_jari: sumber Facebook

Tuesday, June 26, 2012

Gemuk

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:25:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum

Semakin berisi kan aku ni. Ini latest picture masa gi Langkawi hujung April lepas. Nampak...muka dan badan bagai di pam-pam. Pembulatan paling ketara adalah muka aku yang semakin bulat. Hiihihihi....nak buat camne.....hidup dah semakin free...dah tak perlu terkejar2 dengan kelas hujung minggu..tak perlu nak stay up untuk siapkan assignment....tak perlu nak pecah kepala otak untuk buat assignment dan study. Hati aku pula dah semakin tenang. Maka kenikmatan inilah yang menjadikan aku semakin rilek dan keje aku time weekend pula adalah makan tidor sambil terguling2 tgk tv. Rilek kan hidup aku skrg.....




Rancangan Bersamamu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:00:00 AM 0 uncang teh
Ini adalah frame utk rancangan Bersamamu tapi selepas editing tak sempat nak terbit sebab watak utama ni dah jadi kurus. Hahahahhaha......

Monday, June 25, 2012

Friendship

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:58:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum

Hasil kerja Rafeah menggunakan software Supercamera dalam handphone Lumia 800. Rafe...aku upload ni....senang nak buat kenangan....hahhaha...


EURO 2012

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:41:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum

Sekarang ni topik hangat kedai mamak ialah Euro 2012. Walaupun dah nak sampai ke penghujung perlawanan...tapi teka teki bakal juara tetap menjadi topik no 1 bagi peminat sukan bolasepak.


Tak terkecuali aku...walaupun aku bukanlah tahap peminat hardcore sukan bolasepak sampai boleh hafal nama pemain, tapi aku layan juga la musim Euro kali ni. Ini semua penangan masa WC2010 sbb time tu demi menyiapkan tugasan sambil bertemankan perlawanan bola untuk WC2010 di Africa Selatan.

Tapi tak semua perlawanan aku sanggup layan. Ngantuk beb...perlawanan start pukul 2.45am sampai pukul 4.30am. Kalau drag ke masa tambahan kene tggu sampai subuh la jawabnye. Lepas tu kena siap2 pergi keja pula. Jadinya...hanya perlawanan tertentu aje yang aku sanggup jadi penunggu depan tv. Itupun kalau esoknya adalah hari cuti. Dan perlawanan tertentu itu of course la bila melibatkan team kegemaran aku pada edisi Euro kali ini iaitu Team Germany.

Picture credit to Google

Ramai peminat bolasepak target final Euro kali ni Spain vs Germany. Aku pun harap macam tu juga. Tapi lagi besar harapan aku kalau Germany menang....sure boleh senyapkan peminat team Spain tu. Hahahhaha

Nota_jari: Allah dah kabulkan permintaan aku untuk berjaga pagi melayan bola, dan permintaan itu ditunaikan selepas aku habis study. Alhamdulillah...hehhehe

Bubble Gurt di Parit Buntar

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:40:00 PM 3 uncang teh
Assalamualaikum

Entry baru tapi picture lama. Lama kena peram sebab takde mood nak update blog.

Rindu nak makan aiskrim yogurt kat area Perlis? Jangan harap la melainkan ko mampu tekan minyak ke Jitra. Sebab kat Jitra tu baru je buka cawangan Tutty Fruity. Dan aku pula jenis yang malas nak tekan minyak ke sana.

Alternatif....

Balik kampung aku singgah Parit Buntar. Hebat sekarang...tak macam masa aku study dulu. Guna tagline Astro..."Macam-macam Ada".

Jadinya..alternatif kepada kegilaan aiskrim yogurt ni ialah...Bubble Gurt.


Walaupun takde la sehebat Tutti Fruity...tapi boleh gak hilangkan kempunan. Kat Perlis...ko ade ke?


 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea