Wednesday, July 25, 2012

Kemaruk FB

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:10:00 AM 0 uncang teh
10 tanda anda adalah manusia yang kemaruk FB:

  1. post kan setiap kejayaan anda untuk pengetahuan umum. 
  2. postkan setiap gambar peribadi anda dengan harapan dapat komen best2 dr kengkawan anda.
  3. postkan post mengenai suami/isteri anda yang telah membeli barang2 untuk anda.
  4. postkan mengenai kejayaan anak anda dalam peperiksaan sambil mengupload gambar markah kertas peperiksaan itu walaupun hanya berada di sekolah tadika.
  5. postkan menu masakan yang anda masak dirumah untuk ditunjukkan kepada kawan2 anda.
  6. postkan setiap barang yang anda beli especially jika ianya berjenama untuk pengetahuan umum.
  7. postkan kata2 romantik kepada pasangan anda untuk menunjukkan anda adalah pasangan yg romantik.
  8. postkan setiap aktiviti anda walau hanya aktiviti mengorek tahi telinga
  9. paling best...suka post gambar close-up sambil mata di bulat besarkan dan mulut di muncungkan dengan budget yang konon2nya anda adalah manusia paling comel di muka bumi ini.
  10. Paling best, ada pasangan suami isteri atau yang berkapel akan menggunakan FB sebagai medium komunikasi mereka. Nampak sangat kemaruk FB.
Perasan atau tak, setiap aktiviti kita di FB ni kadang2 boleh menimbulkan fitnah dan riak untuk diri kita sendiri. Antara semua aktiviti ini pernah juga terjadi pada diri aku sendiri, tapi Alhamdulillah ada kesedaran yang terbit dalam diri sendiri untuk aku menggunakan FB dengan cara yang betul. Marilah kita sama2 memperbaiki diri ke arah jalan yang diredhai.

Nota_jari: setiap tanda yang aku tulis kat atas tu adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sendiri. Tiada kena mengena antara hidup dan mati. So sesiapa yang makan cili dia akan terasa pedas.

Monday, July 23, 2012

The Dark Night Rises

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:01:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum

Hi...korang dah gi tengok ke sekuel Batman terbaru bertajuk The Dark Night Rises. OoooO...rugi OO kalau korang tak tengok lagi. Aku baru je tengok citer ni Sabtu lepas. Dalam hati sebenarnya malas nak gi tengok, tapi kesian plak tengok muka kecewa adik aku, so aku pun bawa la dia gi tengok.



Bila kita tengok wayang time bulan puasa ni, perkara pertama yang terjadi adalah mengantuk ler. Mula2 masa nak tggu wayang mula aku dah mengantuk...lepas tu masa awal2 citer ni ade la dua tiga part tu sangat sangat sangat membosankan. So menguap aje la. Tapi bila sampai part hujung2 tu especially part climax tu....mmg membooolat la mata aku mendongak tengok skrin. Ooo...cuba korang bayangkan, walaupun kami sampai awal untuk membeli tiket tapi tiket dah penuh...so terpaksa la juga beli tempat duduk barisan H....mendongak ler skit. Tu pasal aku bosan kot.

Aku tak tau nak komen macam mana...tapi aku salute la dengan Pengarah dan Penulis Lakon Layar sekuel Batman ni...memang terbaik la jalan ceritanya. Ending yang sangat2 kemas dan logik untuk diterima akal. Tapi aku rasa macam ade lagi je sekuel terbaru sebab dalam filem kali ni watak Robin telah diperkenalkan. So mari sama2 kita doakan semoga akan ada lagi sekuel Batman yang terbaru 3 atau 4 tahun akan datang. 

Nota_jari: Picture credit to Google

Ramadhan Al-Mubarak

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:42:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum

Diam tak diam akhirnya bulan Ramadhan menjelma lagi. Walaupun hari ini dah masuk hari ke-3 berpuasa, rasanya belum terlambat untuk aku wish selamat menjalani ibadah puasa untuk semua kawan2 serta umat Islam seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik berbanding sebelumnya. 

Amin.

Wednesday, July 11, 2012

This Is So Cute

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:06:00 AM 0 uncang teh

Please do remember that I don't have any special one yet. But this is so cute so I share it on my blog. 

Nota_jari: Picture credit to my friend's FB

The Amazing Spider-man 2012

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:02:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum

Haloooo....
Korang dah gi tgk ke citer Spiderman 2012 ni. Ini reboot version tau bukan sambungan daripada Spiderman  lakonan Tobey Maguire. Maksud reboot version ini ialah jalan ceritanya dibuat semula dan tiada kena mengena dengan filem Spiderman sebelum ini.

 
Jika versi sebelum ini kita diperkenalkan dengan watak kekasih Peter Parker yang sangat terkenal iaitu Mary Jane Watson (sbb terkenal sampai design kasut pun ade sempena nama dia), iaitu kekasih semasa Peter Parker selepas habis sekolah. Tapi untuk versi reboot ini, watak Peter Parker dimulakan daripada ketika beliau di High School dan kekasihnya pada masa itu ialah Gwen Stacy. Rupanya inilah kekasih pertama Peter sebelum dia berjumpa dengan Mary Jane.

Oleh sebab reboot version, so isu dan watak penjahat pun kena la tukar dan lain sikit. Jika isu sblm ini lebih diberi tumpuan kepada kematian Uncle Ben iaitu watak pakcik Peter Parker, tapi aku rasa untuk kali ni punya isu yang diutarakan adalah mengenai kedua ibu bapa Peter Parker. So, inilah konflik yang akan berlaku iaitu mencari sebab dan mengapa kedua ibu bapa Peter Parker mati.

Bab lakonan memang tak mengecewakan. Lakonan Andrew Garfield sebagai Peter Parker/Spiderman memang tak mengecewakan. Kita langsung tak sedar bahawa ini adalah reboot version. Lakonan dia takde langsung dibayangi oleh lakonan Tobey Maguire yang pernah menjadi Peter Parker sebelum ini. Kali ini watak Peter Parker dibuat mengikut acuan Andrew Garfield sendiri.


Bab aksi...memang superp la. Kalau tengok 3D memang hidup la kot. Tapi aku tengok wayang biasa aje. Cuma pada aku la (taktau pada pendapat orang lain), ade sesetengah babak tu aku rasa macam bosan la sikit. Maybe sebab duration cerita ni yang sangat panjang iaitu selama 2 jam. So time tu memang aku menguap dan terfikir bila masa la Spiderman ni nak lawan dengan Lizardman (watak Dr. Connor yang jadi penjahat tu).

Kepada peminat komik Spiderman dan pengikut setia cerita Spiderman ni, jom ramai2 gi tengok cerita ni. Puas hati gak tengok. Time aku gi Ahad lepas tgk kat panggung kat hometown aku tu pun penuh panggung sampai kat seat yang bawah sekali. Nasib baik aku dapat seat kat atas so tak perlu la nak mendongak.

Nota_jari: Picture credit to Google
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea