Thursday, August 30, 2012

Oh! My English

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:13:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Kwik-dry or Quick dry?
Oh! My English....hahahha

La Familia

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:57:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt


 Berdiri kiri: kak zita (kak ipar), abg, mail (adik no 4), jedin (adik no 6), heri (bongsu)
Duduk kiri: Aku, ija (adik no5), ain (anak abg), mak, jimah (adik no 3), zizi (suami jimah/adik ipar)

Inilah picture famili aku. Dalam picture ni yg takde ayah aku je. Sebabnya time ni kami dah tergedik2 nak gi beraya tapi ayah aku tak balik2 lagi dr masjid. So amik gambar dengan mak aku aje la. Memandangkan tahun ni famili abg dan famili adik aku beraya kat Perak, so sambutan tu terasa meriah la sikit. Riuh rendah jadinya kami.

Happy Birthday to Me

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:39:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

(Picture credit to Google)

Semalam umur aku bertambah lagi. Dah jadi 32 tahun. Happy Birthday untuk diri sendiri. Masih dalam mood raya lagi, so takde la nak feeling2 lebih nak sambut birthday tu. Tapi banyak juga la dapat ucapan birthday drpd kawan2 di facebook. Terharu juga kan....ramai gak kawan2 yang sudi nak wish. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka semua.

Sambutan???

Aku beli je kek black forest sepotong kat Secrect Recipes, nyalakan lilin putih sebatang...kat depan tv je. Hahahah...feeling2 konon-kononnya la. Tapi lepas tu melahap tak ingat sampai lupa yang aku dah start nak diet balik. Sengal tak?

Hadiah???

Masih tgh fikir untuk beli hadiah untuk diri sendiri. Nak harapkan hadiah drpd org lain...takde pula yg sudi nak bg. So sape lagi yang nak appreciate kita selain diri sendiri kan. Sendiri punya duit, sendiri beli hadiah, sendiri rasa teruja, sendiri la yang pakai. Hahahha......

Friday, August 24, 2012

Aidilfitri 2012

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:14:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum
Walaupun hari ni dh masuk Syawal ke 6, tapi belum terlambat rasanya untu aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada para pembaca (jika ada) di luar sana. Semoga Aidilfitri ini akan mengeratkan ukhwah dan silaturrahim sesama kita

Thursday, August 9, 2012

Soulmate

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:16:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum

Sebenarnya bukan mudah nak meminang anak dara orang kan. Kalau rasa-rasa ekonomi tu tak kukuh lagi, tahan-tahan aje la hati tu dan sabar-sabarkanlah diri tu. Nak bagi makan anak dara org ni bukannya mudah. Andai setakat seribu dua aje cash yang ada, duduk aje diam-diam kat belakang rumah tu.

Mungkin inilah masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan lelaki bujang diluar sana. Nak kawin tapi duit tak ada. Dan sekarang aku sangat-sangat memahaminya walaupun dalam situasi yang berbeza.

Inilah situasi yang aku rasa masa nak meminang Edward. Eh..kenapa plak aku yang perempuan nak pinang lelaki. Hahaha....Edward ni adalah nama yang aku bagi untuk kereta baru aku. Alhamdulillah, berkat hasil kerja aku selama 7 tahun, akhirnya dapat juga aku membeli kereta daripada jenama kesukaan aku iaitu Honda. Perit juga la masa nak meminang Edward ni. Dah ler kena booking 3 4 bulan. Dah macam proses bertunang la plak. Lepas tu kena siapkan duit downpayment yang beriban-riban tu dah macam sediakan duit hantaran kahwin la. Masa penyerahan kunci kereta tu plak dah macam proses akad nikah. Kalau mak pak untuk pengantin perempuan adalah manusia, tapi mak pak untuk si Edward ni adalah bank tempat ko buat loan. Almaklumlah perjanjian sewa-beli. Lepas tu, duit minyak, duit maintenance adalah duit sara hidup untuk anak org. Hahahah...kalau ko dapat bini hebat, high maintenance, maka lagi hebat la ko kene kuar duit nak support bini. Sama juga la macam kereta, ko beli kereta hebat, maka get ready la kehebatan ko mengeluarkan duit untuk minyak, maintenance, service dan of course insurance.

Meet Edward...inilah soulmate aku....

Edward ni mata duitan orangnya. Very2 high maintenance dan pisau cukur. Tapi sebab dah sayang nak buat camne. Layan aje la....





Thursday, August 2, 2012

Syurga Idaman

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:02:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum

Apa motif korang belajar utk lulus periksa? Nak dapat keje bagus kan? Apa motif korang nak keje? Nak kumpul aset kan?

Alhamdulillah...berkat bersabar selama 7 tahun aku bekerja ni, akhirnya dapat juga aku membeli sebuah rumah sebagai aset. Rumah standard semi-D ni letaknya di negeri tempat aku merantau. Sekarang ni rumah ni dalam proses untuk mendapat CF. Insya Allah hujung tahun boleh la start perabih duit untuk proses perpindahan dan dekorasi rumah pula.

Cinta Internet

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:28:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Sekarang ni kan kalau kita baca kat akhbar banyak betul cerita pasal penipuan internet. Kebanyakkan penipuan internet ini modus operandi dia sama aje...berkenalan di laman sosial seperti Facebook, Tagged atau Wayn, kemudian berbalas email dan chatting. Dalam tempoh yang singkat si lelaki penyamar ini melamar ajak kahwin, hantar hadiah untuk bukti jujur, hadiah tersekat di kastam, si perempuan terpaksa masukkan wang untuk menebus dan selepas wang dimasukkan...barulah si perempuan ini sedar mereka ditipu. Kebanyakkan mangsa penipuan ini adalah dari kalangan perempuan yang berstatus bujang sama ada masih belum berkahwin atau janda. 

Sumber: Harian Metro

Betul, laman sosial internet merupakan salah satu medium alternatif kepada wanita bujang untuk mencari jodoh. Tapi, jika terlalu taksub dengan keinginan untuk mendapatkan jodoh segera, inilah jadinya...menjadi mangsa penipuan internet.

Kadang-kadang aku terfikir juga, kenapa dan mengapa mudah sangat wanita ini ditipu. Sedangkan dari dulu lagi telah banyak peringatan dan pendedahan mengenai aktiviti penipuan internet. Ironinya, kebanyakkan mangsa ini bukanlah mereka yang sembarangan orang, maksudnya mangsa-mangsa ini adalah wanita-wanita yang mempunyai kerjaya yang hebat dan berpendidikan tinggi. Secara logik, mana mungkin mereka ini mudah untuk ditipu.

Tapi, inilah yang terjadi kalau tahap keterdesakan (ada ke perkataan ni dalam kamus dewan) untuk mendapatkan jodoh melebihi segala-galanya, selain ketaksuban untuk mendapat teman lelaki warga asing, maka diri sendiri yang menjadi mangsa penipuan di internet. Cinta tak dapat, boyfriend hilang, wang pun lesap. Nasib baik body tak tergadai.

Aku pun sebenarnya ada gak pengalaman kena ngorat dengan manusia bangsa asing yang tak dikenali di laman sosial. Masa aku ada akaun Tagged dulu, boleh dikatakan setiap hari dapat private message daripada bangsa2 asing especially "Awang Hitam" untuk berkenalan. Benar, seperti mana yang didedahkan di akhbar, ayat-ayat diorang ni memang tak boleh blah....sangat sangat sangat jiwang karat. Aku yang baca ni pun boleh tergelak tergolek-golek sebab geli perut. So memang patut pun ade wanita Malaysia diluar sana yang akan cair. Nak harap lelaki Malaysia bagi ayat jiwang macam tu....jangan harap. Tapi aku bukannya layan sangat sebab aku tak pandai nak karang ayat jiwang dalam bahasa Inggeris....nnt tak sampai maksud pula. Kalau la bangsa asing ni faham Bahasa Melayu, senang sikit nak goreng ayat jiwang tu. Hahaha....last2 aku tutup je akaun Tagged tu. Maklum la dah terlampau glamer pula.

Lately, aku dapat pula private message kat akaun Facebook aku. Kalau dalam Tagged..Awang Hitam ni lebih banyak meletakkan gambar mereka sendiri, tapi di Facebook ni seperti yang dinyatakan oleh pihak PDRM, mereka meletakkan gambar lelaki kulit putih pula. Biodata diri memang tak boleh blah la...study kat Universiti dan bekerja sebagai pengurus...memang nampak sangat modus operandi merekakan. Yang best tu dia bagi message siap bagi salam tapi bila aku selidik gambar tu siap bertindik telinga dan memakai rantai salib. Hah....nampak sangat kan penipu. Tapi kalau biodata tu betul pun, ko nak ke kenal dengan lelaki yang bagi salam tapi pakai rantai salib? Fikir logik fikir guna iman...sure tak nak kan. Jadi mcm mana kita boleh terjebak sebab sebenarnya kita boleh mengelak?

Sumber: Facebook aku

Kalau korang boleh teropong baca message diorang ni, sure cair kan. Awal-awal dah mention aku ni ade beautiful smile. Hahaha....nak harap dapat message dr lelaki Malaysia...jangan harap la kan. Tapi nasib baik la aku ni boleh lagi berfikir dengan tenang dan logik, so nampak sangat penipunya kan.

Lagi satu, desparate sangat ke wanita-wanita diluar sana yang masih bujang sampai sanggup bagi duit untuk lelaki yang tak dikenali? Ingatlah, jika seseorang lelaki tu mula bercakap untuk meminjam wang kita walau apa jua alasan yang dia beri, patutkah kita beri? Lelaki itu bukan tunang kita...lelaki itu bukan suami kita...lelaki itu bukan adik-beradik kita...malah kita cuma kenal lelaki itu dalam tempoh yang singkat. Kalau dengan adik-beradik sendiri pun kita boleh kena tipu, inikan pula dengan lelaki asing...warganegara asing...yang belum tentu kewujudannya. Duit beb...duit...dari ko bagi kat orang yang tak dikenali tu baik la korang melabur kat shopping complex...lagi puas hati.

Alhamdulillah, walaupun aku ni masih lagi bujang trang tang tang, tapi aku masih lagi waras bab jodoh ni. Takde la terdesak sangat sampai nak rembat semua orang yang nak berkenalan. Aku masih lagi berminat dengan lelaki Melayu. Biar pun hitam atau putih warna kulitnya, janji Melayu dan Islam. Ataupun dalam skop yang besar sedikit, lelaki warganegara Malaysia, as long dia duduk, stay dan bekerja di Malaysia. 

Nota_jari: Doa banyak-banyak semoga Allah temukan jodoh yang sesuai  untuk aku.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea