Sunday, November 25, 2012

Aksi Domo

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:58:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini aksi anak buah aku masa raya hari puasa hari tu. Suka sangat menyengih tunjuk gigi kekal yang baru tumbuh tu. Dah macam aksi kartun Domo.

Ini kartun Domo:


Ini pula aksi anak buah aku:


Ini pula aksi yang lain:



Menyengih ala Domo:


Aksi Domo lagi:


Dan lagi:


Dan lagi:


Dan last-last....satu famili aku kena sampuk dengan aksi Domo ni:


Saturday, November 24, 2012

Lampu Gasoline

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:03:00 AM 0 uncang teh

Assalamualaikum wbt.


Kenal ke dengan spesis lampu gasoline ni? Kalau tanya dengan budak-budak sekarang mesti diorang take time nak cam benda ni. Iyelah, kalau kita kata benda ni lampu, mesti budak-budak kata bukan, sebab tak keluar cahaya pun.

Lampu gasoline ni ada kenangan dengan diri aku. Bila tengok lampu ni mesti teringat dengan arwah mbah lanang aku. Ok..aku ni kan mix n match jadinya separuh jawa separuh banjar, separuh mak separuh ayah. Haaa....hahaha...

Dulu masa awal tahun 80an tak semua rumah ada bekalan elektrik, termasuk la rumah mbah aku. So, bila balik ke rumah mbah, petang-petang bila nak masuk maghrib mbah aku pun start la nak hidupkan lampu gasoline tu. Masa tu kalau nampak mbah aku bawa turun lampu dari penyangkut tu, aku dengan abang aku pun ready la duduk dekat-dekat mbah aku nak tengok dia hidupkan lampu gasoline tu. Kanak-kanak kan...tengok benda pelik sikit sure teruja.

Mula-mula nampak api tu kecil aje, lepas tu bila mbah aku pam minyak gas tu makin lama api tu makin besar dan jadi lampu. Lepas tu mbah aku letakkan penutup dan sangkut kembali ke penyangkut kat alang rumah. Masa tu hati pun girang bila nampak rumah mbah yang kelam kembali bercahaya. Dah macam rumah yang ada lampu elektrik je.

Tapi sekarang payah nak jumpa dah lampu gasoline ni. Lagi-lagi bila semua rumah dah mampu nak ada lampu elektrik. Kalau ada pun lampu gasoline cuma jadi barang perhiasan aje.

Al-Fatihah untuk arwah mbah lanang, Haji Selamat bin Haji Abd. Salam.

Nota_jari: credit picture to uncle Google

Send from my Windows Phone

Sunday, November 18, 2012

Pil Maharani

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:14:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Bila umur dah masuk era 30an ni, kena la lebih concern pasal bab kecantikan. Bukan setakat dengan cara pakai mekap aje tapi juga penjagaan dalaman. Lagi-lagi dengan status yang single ni, so tak nak la muka ni berkedut atau badan tak fit jika dah sampai seru jodoh tu. Ahaks...perasan la pula.

So, atas kesedaran yang boleh dikira lewat la juga, aku pun try la makan Pil Maharani ni. Pil ni dah lama ade kat pasaran dan aku tau dia ujud since tahun 2005. Tapi time tu umur muda remaja lagi, mana fikir bab jamu-jamu ni. Yang tau dalam otak bila dapat gaji nak beli baju, beg, kasut dan alat mekap. Nak beli barang penjagaan kesihatan...jangan harap la.

Menurut keterangan kawan aku yang jual pil ni dan testimoni daripada pengguna yang aku Google dari internet, Pil Maharani ni banyak keistimewaannya. Antaranya;

  1. Menambahkan tenaga dan darah. Menyelaras kitaran haid dan mengawal keputihan.
  2. Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid (monopous).
  3. Menyelaras rembesan endoktrin dan sistem pembiakan wanita.
  4. Menguatkan tenaga dan stamina.
Walaubagaimanapun, Pil Maharani ni tak sesuai diambil oleh ibu mengandung, tidak sesuai ketika selesema dan jika mengalami haid berlebihan lebih baik merujuk pada doktor yang pakar.

Perlu diingat Pil Maharani ni adalah persediaan herba yang mana bukanlah ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit. Jadinya lebih baik berjumpa doktor jika berlaku keadaan yang tidak menyenangkan.

Nota_jari: picture credit to Google.

Send from my Windows Phone

Saturday, November 17, 2012

Keriangan Buah Keriang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:15:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, tahukah anda apa itu buah keriang? Aku nak cerita details pun tak berapa pasti tapi kalo korang google, memang ramai bloggers yang dah open entry pasal buah ni.

Bila aku google pasal buah ni rupanya nama lain buah ni adalah keriang dot dan saiznya sangat besar. Sedangkan buah keriang yang aku jumpa masa time kecil-kecil dulu saiz dia kecil sangat. Rupa-rupanya buah keriang ni ade dua jenis, dan banyak terdapat di negeri utara tanah air.

Buah keriang ni aku jumpa masa time aku kecil-kecil dulu. Masa tu ade satu pokok keriang besar sepemeluk kat tepi jalan sebelah sawah. Tapi time sawah tu ditambak untuk dibina dewan orang ramai, pokok tu pun secara tiba-tiba lenyap, kena tebang. Sekarang ni pokok keriang ni memang payah nak jumpa. Aku gelarkan spesis pokok yang dah pupus.

Masa kecil-kecil dulu asal petang lepas asar je mesti aku dengan geng sekampung beramai-ramai pergi kat pokok tu, memanjat untuk petik buah keriang. Sebelum tu dah ada yang get ready bawa air utk basuh buah tu dan garam untuk digaul dengan buah tu. Lepas makan, masing-masing menyengih tengok gigi, lidah dengan bibir dah transform jadi kaler ungu gelap.

Hai...bila ingat balik memori daun pisang masa kecil-kecil dulu memang buat aku senyum. Nakal juga aku dulu. Hehehehehe.....

Nota_jari: picture credit to Uncle Google.

Send from my Windows Phone

Business Buah Rambai

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:09:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Kalau nak cerita pasal buah rambai ni, rasanya dah ramai blogger lain yang cerita apa itu buah rambai secara details. Tapi kat sini aku nak cerita kenangan kecil aku dengan buah rambai.

Pokok rambai ni sejenis pokok kayu yang sangat tinggi. Buah rambai pula rasa dia masam manis dan bewarna hijau bila muda dan coklat bila masak. Kadang-kadang ade iras buah langsat juga. Tapi buah langsat manis manakala buah rambai pula masam manis.

Dekat rumah aku ni ade 2 batang pokok rambai. Dua-dua pokok tu tumbuh kat belakang rumah dekat dengan sawah. Aku tak tau la sape yang tanam sebab pokok tu dah wujud sebelum aku.

Dulu masa kecil-kecil aku selalu ikut tok gi sawah. Bila tok aku sibuk menanam padi, kami adik beradik lepak bawah pokok rambai macam berkelah tu. Kadang-kadang bila balik dari bendang tok aku mesti bawa balik secekak buah rambai buat kami.

Masa aku sekolah rendah pula, seingat aku masa darjah tiga, aku start aktiviti berniaga kat sekolah. Kebetulan masa tu sekolah aku sesi petang. Jadi sebelum pergi sekolah tu aku mesti ajak tok atau acu atau mak aku untuk teman aku pergi sawah untuk kait buah rambai.

Buah rambai tu aku paket dalam plastik kecil dan jual sepaket cuma sepuluh sen je. So dalam sehari tu dapatlah aku kumpul dalam 5 atau 6 puluh sen sebagai extra belanja sekolah aku. Tapi perniagaan buah rambai aku ni takde la bertahan lama pun. Sebabnya stok buah rambai aku ni cuma datang dari satu pokok aje. Yang pokok lagi satu tu buah dia tinggi, jenuh nak kait. Jadi bila buah kat pokok tu semakin kurang dan semakin tinggi, jadinya stok buah tu semakin kurang.

Sekarang ni pokok rambai tu dah jarang nak berbuah. Kalau berbuah pun aku dah tak berani nak pergi ke belakang rumah sebab macam scary je. Sawah pun dah bertukar jadi kebun sawit. Terfikir gak aku macam mana la dulu aku berani jalan sampai ke batas sawah sedangkan jalan tu sangatlah menakutkan dan semak. Tapi itulah kita dalam dunia kanak-kanak, mana tau apa erti takut, yang penting seronok aje.

Kenangan tetap kenangan. Pokok rambai masih lagi di situ dan harap akan kekal di situ sampai bila-bila.

Nota_jari: pic to Google

Send from my Windows Phone

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:37:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Azan Maghrib berkumandang, Alhamdulillah tahun baru menjelma lagi. Terasa sekejap benar masa berlalu. Tapi itulah realiti kehidupan kini. Masa berlalu begitu pantas, antara tanda-tanda kehidupan semakin hampir kepada penghujungnya.

1433H kita tinggalkan dengan penuh kenangan, dan 1434H kita akan sambut untuk terus mencipta kenangan-kenangan baru.

Nota_jari: Picture credit to Google

Send from my Windows Phone

Sunday, November 11, 2012

Starbucks Time

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:03:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt


Orang lain umur 15 tahun dah kenal rasa Starbucks. Aku ni umur 32 tahun baru berani nak jejak kaki masuk Starbucks untuk mengadap cashier dia. Ortodok gila pula aku. Maklumlah kat Perlis mana ade Starbucks. Kedai kopi Pak Man ade la depan taman perumahan aku. Hahahaha...

Time nak order tu rasa macam blank sikit...nak minum apa ye. Tapi amik yang senang je...hot chocolate je sudah.

Bila cashier bagi baki duit disertakan sekali dengan satu kad ade gambar snowman. Aku pelik gak kad ape...tapi cashier cakap ini macam kad prepaid, so guna bila nak berbelanja kat Starbucks aje. Blank and blurr.

Ada sesape yang tau pasal kad Starbucks ni, datanglah story kat aku. Biar terang sikit pemahaman aku ni.

Send from my Windows Phone

Saturday, November 10, 2012

Kenangan Dahulu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:01:00 AM 2 uncang teh

Assalamualaikum wbt


Dahulu, inilah keadaannya bila time makan. Berebut dan penuh serumah. Sekarang ni cuma tinggal separuh je kucing-kucing tu sebab half of the cats dah mati before and after raya. Tragis betul kematian mereka.

Rindu betul dengan suasana ketika kucing banyak. Sekarang cuma tggal kucing-kucing tua je.

Send from my Windows Phone
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea