Saturday, December 29, 2012

Along Char Koew Tiaw

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:21:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Aku pernah makan char koew tiaw kwsp kat Kangar. Aku pernah makan char koew tiaw Taman Kemajuan kat Kangar juga. Aku pernah makan char koew tiaw Iman kat Alor Star. Tapi semua tu tak boleh nak lawan char koew tiaw Along kat Parit Buntar. Memang terbaiklah char koew tiaw ni.

Along Char Koew Tiaw ni dah wujud semenjak zaman aku belajar kat USM lagi. Lokasi dia masa tu kat sebelah kedai Longwan lama. Lepas tu mereka berpindah ke merata tempat dan akhirnya di lokasi yang sekarang iaitu di area Kg. Kedah, Parit Buntar. Kalau datang dari arah Nibong Tebal adalah di sebelah kiri atas sikit dari sekolah rendah yang ada lat situ. Kalau datang dari Bagan Serai, lokasinya adalah di sebelah kanan, di hadapan sikit dari lampu isyarat. Aku tak perasan la ade signboard ke tak tapi kalau nampak ade kenderaan parking banyak-banyak kat tepi jalan tu, itulah lokasinya.

Memang terbaiklah char koew tiaw ni selain char koew tiaw DBI yang pernah aku makan satu masa dahulu di Ipoh

Send from my Windows Phone

Satu Malam Mee Berasap

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:04:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.



Scary tak baca tajuk tu. Hahaha..

Lama dah ayah dgn mak aku citer pasal mee berasap ni. Tapi aku malas nak pergi. So malam ni sempena mak buyung (adik aku-jimah) balik ke kampung, aku pun join sekali la dengan diorang gi makan mee berasap ni.

Signature makanan kat kedai ni ialah mee udang yang dimasak dalam bekas hot plate untuk masak sizzling mee. Itu pasal dia kuar asap.

Lokasi kedai ni senang aje. Terletak di hadapan SK Sungai Baru, Tanjung Piandang. Nama kedai just "Kak Rose Mee Udang Berasap". Kalau datang dari arah Kuala Kurau lokasi kedai di sebelah kiri, manakala kalau datang dari Parit Buntar atau Simpang Lima atau dari Pekan Tanjung Piandang, lokasi kedai adalah di sebelah kanan.

So, kalau ada yang teringin nak tengok apa yang berasapnye, boleh la datang ke kedai ni. Kedai memang la nampak macam gerai aje, tapi serius cakap memang sedap mee udang dia. Selain mee udang ada juga mee ketam, nasi goreng dan laksa buyung.

Nota_jari: Bangga jadi orang Kerian sebab ada banyak tempat makan yang jual makanan yang variasi.

Send from my Windows Phone

Friday, December 28, 2012

Tutti Frutti di Parit Buntar

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:24:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Berita gembira....berita gembira.....

Tutti Frutti dah ada kat Parit Buntar. Yahoo...tak perlu la nak gi Taiping Sentral if nak makan Tutti Frutti. Ai...Parit Buntar yang bukan ibu negeri pun dah ada Tutti Frutti.....tapi yang Kangar ibu negeri pun belum ada lagi Tutti Frutti atau yang sewaktu dengannya.

Send from my Windows Phone

Basikal Mini

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:04:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Nak stori pasal basikal pula. Ni aset pertama aku di dunia ni. Kenderaan pertama aku yang tak perlu nak gi amik test dengan JPJ. Maknanya, satu-satunya kenderaan yang dipandu secara manual dengan cara mengayuh pedal basikal dan tak memerlukan lesen dan tak perlu minyak. Hahahahaha....

Aku ni penakut orangnya. Aku belajar naik basikal pun masa aku darjah dua. Aku sekolah sesi petang, so masa pagi tu sempatlah aku belajar naik basikal dengan abang aku. Aku belajar basikal pun dah hujung tahun dah, sebagai persediaan untuk aku naik basikal sendiri pergi sekolah bila masuk darjah 3.

Masuk darjah tiga aku kena pergi sekolah naik basikal sendiri sebab abang aku darjah empat kena sesi pagi. Masa ni aku dapat basikal besar arwah tokwan aku dengan pelantar besar, manakala abang aku pula ayah aku belikan basikal raleigh baru. Jeles juga aku time tu. Abang dapat basikal baru tapi aku dapat basikal lama. Mak aku cakap nanti aku naik darjah 4 baru boleh beli basikal baru. Tak pe aku sabar. Naik ajelah basikal lama dengan pelantar lebar tu.

Masuk darjah 4 aku tagih janji ayah aku nak belikan basikal. Lama juga la ayah aku delay nak beli. Akhirnya aku ingat lagi masa tu, kalau tak silap aku bulan April 1990, hari pilihanraya, ayah ajak aku pergi kedai basikal Ah Chun untuk beli basikal. Ayah bagi kebebasan untuk aku pilih basikal sendiri. Ayah suruh aku beli basikal besar macam abang, tapi mana best. Aku ni perempuan, tak cun la naik basikal besar. Masa tu pula tengah glamer basikal mini dengan raga kat depan. So, aku pun pilih la basikal mini jenama Rally warna biru sebagai basikal aku. Bangga gila aku bila dapat basikal baru. 


Lebih kurang macam ni la basikal aku tu. Jenuh gak la aku nak google gambar basikal ni. Maklumlah basikal 22 tahun yang dulu. Basikal mini ni aku guna sampai aku Tingkatan 3. Tapi ade kisah menarik dengan basikal ni. Masa aku tingkatan 1, handle basikal ni pernah patah masa nak pergi sekolah. Hahahaha...Ganas betul aku pegang handle tu kan. Selain tu, akibat handle tu dah nak berkarat, aku pernah warnakan dengan water kaler warna hitam, yang akhirnya melekat kat lengan baju sekolah aku. Seharian waktu sekolah aku terpaksa lipat lengan baju kurung aku tu. Dan dengan basikal mini ni juga la aku buat adengan kejar mengejar ala-ala Awie dan Erra Fazira dalam filem Sembilu dengan bf cinta monyet aku. Hahaha....bestkan.

Masa Tingkatan 4 aku masuk sekolah asrama, basikal ni diturun wariskan kepada adik-adik aku. Habis jahanam diorang modified basikal ni. Ending kisah hidup basikal ni...jual kat India besi buruk. Basikal abang aku pula mak aku bagi kat sepupu aku untuk dia senang gi surau. Sekarang ni rumah aku dah takde basikal dah, yang ada cuma motorsikal je untuk tunggangan aktiviti rutin harian.

Nota_kaki: Picture credit to Google

Rumah Itu Milik Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:17:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ingat tak lagi tahun lepas aku pernah buat entry pasal rumah pertama. Kalau tak ingat boleh recall balik baca kat sini.

Syukur, setelah hampir setahun lebih aku tunggu, akhirnya masa awal bulan 12 ni aku akhirnya dah dapat kunci rumah tu. Happy??! Of course la aku happy. Rumah tu hasil titik peluh aku belajar dan bekerja selama ni. 7 tahun keje tu baru la mampu nak membeli aset paling besar dan berharga untuk seorang makhluk dipanggil manusia. Lagi bertambah gembira, 2 minggu lepas rumah tu dah berjaya dapat CF. Syukur syukur Alhamdulillah.

So sekarang ni tengah pening-pening, risau-risau nak cari modal untuk masuk rumah baru. Banyak betul ni belanja nak beli itu ini begitu begini. Lampu la, kipas la, wirering la, grill la. Haish! serabut gak jadinya. Lagi-lagi as a single woman aku kene handle semua ni sorang-sorang. Nasib la dapat sedikit panduan daripada kawan-kawan yang prihatin. Kalau ikut aku, gamble aje janji siap. Hahahaha...

Kalau nak tengok pandangan hadapan rumah aku, boleh la rujuk silang disini.

Thursday, December 27, 2012

Pearl Sabah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:59:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Awal bulan 12 haritu aku kene gi outstation ke Sabah sebab kena present paper kat satu conference ni, PECON2012. Kat sana aku lepak kat Magellan Sutera Beach Resort, 5 star punya hotel (nanti aku buat entry lain pasal hotel ni).

Walaupun ini 1st time aku jejak kaki ke Sabah, tapi aku takde la sangat beria nak shopping melainkan cuma membeli sedikit buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan kat Semenanjung. Lagipun aku gi Sabah tu time tengah sengkek sebab gaji bulan 11 masuk awal, so takde la banyak sangat yang aku plan nak beli.

Tapi perbualan aku dengan sorang presenter dari Proton mengubah segalanya. Dia cakap, Sabah ni terkenal dengan mutiara, so kenapa tak beli mutiara untuk diri sendiri. Tersedar dan terpengaruh dengan ayat dia tu, dan kebetulan kawan aku pesan brooch pearl, so petang tu selepas habis sesi aku present paper, aku pun sorang-sorang gamble gi kuar bandar KK hanya semata-mata nak beli mutiara.

Jadi pencarian mutiara aku berhenti kat kedai Jamilah Jewellery di Kompleks Sinsuran, bersebelahan Centre Point Sabah Mall. Bila masuk kedai ni rambang mata di buatnya, dan pekerja kedai ni pun ramah-ramah belaka. Design brooch pun menarik berbanding yang aku beli di Pasar Filipino. Jadinya aku pun belilah brooch untuk kawan aku tu dan juga beberapa utas tasbih dan rantai tangan daripada mutiara air tawar.

Dan untuk diri aku, aku beli la satu utas mutiara air masin Sabah yang aku jadikan rantai tangan. Warna mutiara aku ni colourfull. Ada nampak macam pink, ade nampak macam greyish, ade nampak putih, senang cakap warna-warni la.

Selepas beli mutiara untuk aku ni, bestie aku si Rafeah pun nak juga. Terpaksalah esoknya sebelum gi airport tu aku kelam kabut gi beli mutiara untuk dia juga tapi warna pink kelabu. Nasib baik dia suka. Hehehe.....

Send from my Windows Phone

Toujours Skin Collagen

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:27:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Orang cakap kalau nak awet muda, kecantikkan tu kena la dijaga dari awal usia 20an lagi. Tapi aku ni jenis lambat sedar diri, bila usia dah masuk 30an baru la terhegeh-hegeh nak makan supplement itu ini untuk jaga kecantikkan la kononnye.

Terbaru, dah 2 bulan aku amalkan makan kolagen jenama Toujours Skin. Masa mula-mula beli dulu aku tak nak buat entry ni sebab aku nak tengok dulu kesan selepas aku mengamalkannya. Dan Alhamdulillah, ada la sikit-sikit perubahan kat diri aku ni, antaranya kurang kedut kat muka especiallay kat dahi tu yang dah nampak kesan kedut akibat selalu nak kerutkan dahi. Selain tu, parut-parut jerawat kat muka pun semakin pudar.

Lupa nak cerita, kolagen ni aku beli dari mak Hanis Zalikha, blogger yang dah jadi artis tu. Harga sebotol cuma RM170 aje untuk Semenanjung. Kalau berminat, boleh la send email kat mak Hanis tu, iaitu Kak Nani di alamat email ni, shinarostam@yahoo.com. Nanti kak Nani akan reply email korang dan cerita secara detail tentang kolagen ni termasuk cara pembayaran dan penghantaran.

Oklah, bekalan kolagen aku pun dah habis ni. So, jom kita email Kak Nani untuk beli bekalan yang baru.

Nota_jari: picture credit to Google

Send from my Windows Phone

I'm Dior

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:57:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Bila sampai hujung tahun ni, dalam kepala otak aku ni cuma terfikirkan 2 perkara aje, Year End Sale dan perfume sale kat Sogo sempena Krismas. In fact, dari awal tahun lagi aku dah get ready dengan perfume sale kat Sogo ni.

Dah jadi macam rutin pula, hujung tahun dekat-dekat Krismas, pergi lepak kat Shah Alam and then pergi menyesakkan diri ke Sogo semata-mata nak beli perfume. Nak kata murah sangat tu takde la tapi compared to hari biasa, masa sale ni la kita boleh beli set perfume dengan harga yang murah.

Jadi itulah yang berlaku kat aku. Kalau tahun lepas aku gi hentam beli sampai 3 set perfume (stress punya pasal sebab nak present projek master), tapi tahun ni aku waras la sikit dengan cuma membeli satu botol perfume aje dan sebatang lipstict.

Kali ni aku beli perfume Miss Dior EDP pula. Dah lama aku aim perfume ni so bila dah tak jumpa perfume yang aku plan nak beli (aku plan nak beli Rose The One atau The One dari rangkaian Dolce n Gabbana), jadi dari terus fikiran ni berserabut, aku decide aje nak beli Miss Dior.

Rupanya untuk rangkaian Miss Dior ni ade 5 jenis haruman yang berlainan. Jadi lepas aku test sembur-sembur kat tangan, aku decide nak amik Miss Dior Cherrie EDT yang kaler pink. Tapi promoter tu silap dengar kot, dia bagi la Miss Dior Cherrie EDP, tapi untuk packaging baru ni perkataan cherrie digugurkan (lepas check kat internet ni).

Bau untuk kedua-dua jenis perfume ni takde la beza sangat melainkan utk EDP tu lagi pekat dan kuat. Bak kata adik aku, sesuai untuk haruman malam, tapi tujuan aku beli adalah untuk pakai gi keje je. Tapi sebab dah beli dan dah bawa balik rumah baru perasan, so pakai aje la. Cuma aku kena la sembur awal-awal sikit supaya bau tu jadi lembut in time aku sampai opis.

Sebagai tambahan, aku rembat la juga sebatang lipstick Dior Addict as aku nye collection. Bak kata Jimah, sekarang kena la upgrade sikit jenama lipstict tu. Hahaha....

Send from my Windows Phone

Tuesday, December 4, 2012

My Siamese Kitten

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:11:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Lama dah tak update pasal kitten kan. Terperap pula gambar-gambar kucing aku dalam laptop ni. Ini adalah kisah mengenai kucing yang aku bela di Perlis.

Last time masa bulan puasa dulu, aku dapat sekor kucing Siam jantan yang pakcik jiran aku bagi. Kucing tu dia dapat kat masjid. So dia tanya la aku nak bela ke tak sebab kucing tu sangat manja dan jinak. Lepas aku gi check sendiri kat masjid tu, aku terus jatuh hati dengan dia. Walau pun dia dah besar tapi aku suka sbb warna mata yang hijau pastel dan kadang-kadang dah macam musang pun ada. So, jom berkenalan dengan kucing siam aku yang pertama iaitu SOMTAT.

Somtat

Baru-baru ni pula masa aku on the way nak balik rumah selepas balik dari Perak aku jumpa seekor anak kucing kat tepi jalan. Mula-mula tu aku dah terlepas jauh dari kucing tu tapi aku patah balik selepas aku kesian dengan anak kucing tu. Tapi memang dah rezeki aku, bila aku patah balik anak kucing tu still ada dan datang kat aku bila aku panggil. So ape lagi, kidnap, bawa naik kereta dan balik rumah la. Dan sekarang aku dah bela anak kucing tu dan kebetulan pula dia anak kucing betina yang macam kucing siam. So jom berkenalan dengan kitten baru aku iaitu MEK.

Mek

Hahaha...seiras kan kucing aku. Banyak yang cakap Mek ni adik Somtat. Corak yang sama dan maybe dari keturunan yang sama, Kucing  Siam. Tapi bulu Mek ni lembut sikit dari Somtat dan ekor pun lembut aje. Ekor Somtat pula ade terpatah sikit kat pangkal. 

Dua-dua kitten aku ni manja. Well kucing siam kan memang dikenali sebagai kucing yang manja. Kalau tengok keletah dua-dua ekor kitten ni memang lawak. Tapi Mek lagi manja kot sebab kecik lagi. Hahahaha....

PECON 2012

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:12:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Macam mana nak tulis ye...oh ye...previous entry aku ade cakap nak buat entry pasal conference aku kat Sabah, penyebab utama aku naik flight.

Inilah conference yang aku attend kat Sabah, iaitu PECON 2012. Short form for IEEE International Conference on Power and Energy 2012. International tu dan participants pun haruslah datang dari seluruh dunia akademik.

Memandangkan bidang aku adalah elektrik, so inilah one of conference yang aku tercampak. Thanks utk member aku merangkap kawan sekerja aku sebab bagi chance aku datang sini. Gubra juga la aku, ialah siapalah aku nak dibandingkan dengan otai-otai elektrik dari seluruh dunia termasuklah Malaysia. Lagi pula, inilah pengalaman pertama aku attend conference and nak present paper pula. Huh! Kecil dan kerdilnya diri aku di sini.

Tapi, kalau tak cuba, kita tak tahu. Inilah cabaran namanya. Sampai bila kita nak jadi jaguh kampung. Semoga dengan terlibatnya aku dalam conference ni akan membuka mata, minda dan juga hati aku untuk lebih explore dalam bidang akademik dan research.

Pray for the best....Insya Allah

Send from my Windows Phone

Monday, December 3, 2012

Flight Pertama

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:16:00 PM 1 uncang teh
Assalamualaikum wbt


Tengok tajuk mcm poyo aje kan. Orang lain naik flight tak ade pun nak cerita, yang aku pula beria-ria nak cerita pasal naik flight. Bukan gi mana pun, Sabah aje. Betul tak?

Tapi aku kesah ape kan, blog aku. Hahahaha....

Serius beb..ini pengalaman pertama aku naik flight. Sorang-sorang pula tu. Travel dari Perlis-KL-KK. Sebelum ni memang tak pernah nak naik sebab tak pandai, sebab takut dan sebab...aku tak travel jauh-jauh pun kecuali Perlis-Johor yang aku suka drive aje. Tapi sebab aku dah dipaksa rela kena pergi present paper kat satu conference ni (nanti aku buat entry lain), so nak tak nak kena gak la naik flight. Nasib baim full support under grant, so ok ajelah.

Serius cakap, kalau ade jambatan antara Semenanjung ke Borneo, aku lebih rela drive aje. Bosan bila travel naik pengangkutan awam sorang-sorang ni. Tapi inilah cabaran. Kalau kita tak sahut dan hadapi cabaran, kita tak tahu keupayaan kita kan.

So, berbekalkan doa mak ayah dan adik-adik, sokongan daripada kawan-kawan, sedikit tips daripada mereka yang mahir dan info dari internet, akhirnya berjaya juga aku mengharungi cabaran ini. Dan akhirnya....aku sampai juga ke Sabah.

Send from my Windows Phone
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea