Wednesday, January 30, 2013

Checklist Rumah Baru

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:42:00 PM 8 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Bila dah dapat kunci rumah ni, memang sangatlah excited kan. Lagi-lagi kalau rumah tu adalah rumah pertama yang dibeli/dibina menggunakan hasil titik peluh sendiri. Bak kata anak buat aku, "Teruje nye".

Sebagai seorang yang boleh dikira sebagai "Property Virgin", banyak juga la ilmu yang kena dipelajari sebelum dan sesudah membeli rumah. Kalau sebelum membeli kita kena survey dulu jenis, lokasi, nilai hartanah, harga dan juga keupayaan kita untuk membayar ansuran rumah tu juga termasuk urusan-urusan dokumentasi antara kita, pemaju dan pejabat peguam. Begitu juga selepas kita selesai membeli iaitu selepas mendapat kunci rumah. Benda pertama apabila kita dapat kunci rumah adalah memastikan rumah tersebut telah layak mendapat sijil layak menduduki atau orang kita panggil CF (nama baru OC). Ini adalah kerana terdapat juga pemaju-pemaju kecil yang mengambil jalan mudah dengan memberi kunci kepada pembeli sebelum OC diperolehi hanya untuk mengelakkan mereka membayar denda lewat kepada pembeli.

Selepas OC dah dapat, ape lagi, masa untuk kita membuat checklist sebelum kita boleh menduduki rumah tersebut. Untuk aku, aku dah siapkan checklist yang perlu aku buat untuk memastikan aku selesa ketika berpindah ke rumah baru. Checklist ni mungkin berbeza dengan orang lain sebab lain orang lain caranya.

Checklist aku:


  1. Check rumah untuk memastikan kerosakkan yang ada. Kalau ada kerosakkan listkan dan inform kepada pemaju secepat mungkin. Jangan nak baik hati sangat, kalau ada yang tak puas hati, masa ni la kita kena cakap supaya pemaju tahu kerosakan rumah tu. Kita beli harga mahal kot, kena la inform.
  2. Grill. Ini penting ni. Kena survey betul-betul grill supaya kita dapat harga ikut budget. Macam aku ni, aku just survey dari kawan-kawan aje untuk aku tau berapa budget yang aku kena sediakan. Lepas tu sbb aku malas nak gi banyak kedai, aku tuju satu kedai aje dan bagitau apa yang aku nak dan berapa budget aku. Discuss sana sini, minta itu ini, demand begitu begini, aku akhirnya dapat juga la grill ikut budget yang aku sediakan. Taktau la macam mana rupa grill aku tu sebab tak dipasang lagi. Minta-minta ok la.
  3. Wirering. Penting gak ni. Budget tak boleh ciput. Kalau boleh pasang sendiri selamat la sbb tak perlu keluarkan duit banyak. Tapi kalau single macam aku ni, upah orang aje la. Kalau setakat nak pasang lampu kipas menggunakan point-point yang pemaju sediakan mungkin murah. Tapi kalau nak tambah point, tambah suis, haruslah mahal sedikit. Untuk rumah aku, aku minta technician opis aku tolong buat sambil bodek membodek minta harga kawan-kawan. 
  4. Pembelian lampu dan kipas. Penting ni. Takkan korang nak guna lampu minyak tanah pula kot. Haruslah ada lampu downlight, lampu gantung la. Kalau nak jimat, pakai je lampu pendaflour atau kata orang kampung, lampu panjang dan kipas meja sahaja, memang jimat duit. Untuk rumah aku, aku guna kombinasi downlight LED, lampu panjang dan juga lampu gantung. Tidak dilupa adalah spotlight LED. Hahaha...kat mana la aku nak pasang. Untuk kipas pula haruslah kipas KDK yang telah diketahui akan ketahanannya. Nak beli semua lampu dan kipas ni pun kena survey gak supaya tak lari budget. 
  5. Pasang meter TNB. Ha ni korang kena gi berusrusan sendiri dengan TNB. Pemaju cuma register nama kita aje secara berkelompok. Nak masuk meter ni pun kena bayar gak. Macam rumah aku jenis semi-D di Perlis ni kena bayar RM250. Kena masuk budget gak ni. Takkan nak tarik daripada duit gaji pula.
  6. Meter air. Ini takpe. Macam kat sini, pemaju yang uruskan. Nanti orang air akan pasangkan meter. Sebelum meter dipasang, kita enjoy buat pembaziran air ye. Maklumlah untuk beberapa ketika dapat guna air free.
  7. Cat. Ini optional sebenarnya. Kalau nak jimat duit tak payah la cat. Tapi kalau ade duit lebih tu, boleh la cat. Maklumlah rumah baru so haruslah dah ada konsep nak dibuat. Kalau dah nak cat tu, nak jimat duit lagi, cat la sendiri. Kalau banyak sangat budget boleh la upah orang cat. Macam rumah kawan aku tu, budget untuk beli dan upah cat aje dah makan 3 ribu ringgit. Mahal betul. 
  8. Perabot. Kalau dah nama orang bujang ape la sangat perabot yang kita ada. Betul tak? Untuk yang dah kawin pun belum tentu perabot tu penuh. Ntah-ntah yang ada cuma tilam, katil, almari, dapur, mesin basuh dengan peti sejuk aje. Perabot ni optional. Kalau rasa nak masuk rumah baru feeling rumah penuh kena la kuarkan budget. Kalau tak boleh la beli sedikit demi sedikit. Macam aku ni, memang dah sediakan budget untuk perabot sebab aku tak nak la masuk rumah baru macam masuk ruma sewa. Kena la ada barang-barangnya.
  9. Langsir...haa...rumah dah cat bagai dengan perabot moden terkini, tapi tiba-tiba langsir takde. Memang huduh. Nak tak nak korang memang kena sediakan budget untuk langsir ni. WAJIB. Sekarang ni banyak kedai menjual langsir yang menyediakan perkhidmatan jahitan langsir. Contoh adalah seperti Jakel. Macam aku ni, aku just beli kain dan hantar pada tukang jahit je. Rail tak pasang pun lagi sebab plan nak suruh akak tu pasang terus. Orang bujang la katakan. Ready duit upah aje orang. Untuk dapur, aku plan nak letak bidai buluh aje, senang, Oh! duit lagi...gabak aku nanti.
  10. Kitchen Cabinet. Hoh...ini memang trend dan memang menjadi kegilaan setiap wanita yang bergelar isteri dan tak lupa juga wanita bujang macam aku. Tapi kenyataannya KC ni bukannya murah. Nak bina siap dengan aksessori tu haruslah ada at least 5k dalam tangan. Jadi KC ni kita bleh delay dulu la sampai budget mengizinkan. Nak buat KC ni pun kena survey dulu, supaya kita tak menyesal dikemudian hari.
  11. Last but not least adalah sewa lori untuk pemindahan barang. Takkan la kau nak pindah angkut peti sejuk naik kancil kot. So mesti sediakan juga budget untuk perpindahan. Kalau nak jimat, kita cuma sewa lori dan pemandu aje, dan tukang angkut barang tu terdiri daripada kerabat keluarga kita sahaja. Tapi kalau dah adat merantau jauh yang takde kaum kerabat macam aku ni, memang la kena upah orang untuk tolong angkut barang. Duit lagi tu.
Itu ajelah kot main checklist aku. Kalau ada yang aku tercicir tu, boleh la bagi tau ye. Mungkin cara aku lain dan cara korang lain.

Red Modani by MODANI

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:53:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak cerita pasal kasut pula. Dah lama stop entry pasal kasut kan. Almaklumlah kegilaan membeli kasut dah beransur hilang seiring dengan penambahan hutang kad kredit. Huhuhuhu....

Korang tau la kan aku ni dulu gila kasut. Shoemaniac aka shoeholics. Asal jumpa kasut cantik tak kira jenama terus beli. Sampai la satu ketika kira-kira 3 tahun lepas kot masa Taiping Sentral di buka kat sebelah Tesco Taiping. Ada la satu outlet kedai kasut jenama Red Modani by MODANI ni yang dibuka. So time tu aku pun gedik-gedik la masuk dan try dan akhirnya membeli sepasang sepasang kasut. Time tu of course la aku membeli kasut high heel. Feeling gojes gitu.

Start dari tika dan masa itu, aku memang jatuh cinta dengan jenama kasut ni. Design, cutting tapak dan keselesaan sangat-sangat memenuhi piawaian aku. Biarlah orang lain gila dengan kasut jenama lain yang lebih glamer, tapi bagi aku Red Modani tetap di hati. Harga pun sangat berpatutan, dan yang paling penting ianya adalah produk buatan Malaysia. 


Friday, January 18, 2013

Oh! My English Teacher

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:45:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Selak-selak balik paper Metro Ahad yang beli minggu lepas nampak satu iklan pasal course English speaking. So ade la letak gambar trainer dia. So bila aku belek- belek balik rasa mcm kenal aje. So cepat-cepat aku post kat fb tanya geng-geng sekolah lama untuk confirmation. So sah la, trainer tu adalah English teacher aku masa kat MRSM dulu yang kami panggil Sir Faisal.

Sir Faisal ni tetap maintain je dengan janggut tu. Dia ni sangat lembut. Tak pernah tinggikan suara. Sangat kreatif dan inovatif masa ngajar. Korang tau la kan, budak asrama mana cukup tidur. Time kelas especially untuk subjek-subjek macam english ni la time nak mengantuk dan menguap ala-ala badak sumbu. Hahaha... Lagi-lagi cikgu pula baik, lembut dan cakap pun lembut, ape lagi mata tu di gayut-gayut untuk tidur.

So Sir Faisal ni kalau masuk kelas mesti akan bawa jajan macam kerepek, sweets atau asam masin supaya students dia tak mengantuk. Kalau tak pun sebelum mula kelas dia suruh buat simple exercise dulu supaya kami semua fresh untuk belajar.

Masa kami Form 5, Sir Faisal ni pergi sambung study. Time tu baru rasa kehilangan cikgu yang best. Tapi nasib baik masa tu dah nak exam SPM so silibus dah sempat habis.

Nak tau result english SPM aku...cukup-cukup makan je janji kredit. Hahaha...

Send from my Windows Phone

Sunday, January 13, 2013

Idea Deco

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:45:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Bila dah dapat kunci rumah baru ni, mulalah berangan nak cat rumah dengan warna-warna yang mencerminkan personaliti diri. Selain tu dah mula survey perabot-perabot yang bersesuaian dengan konsep yang ada dalam kepala otak ni.

Itulah yang terjadi kat aku. Berkenan betul aku dengan warna hijau terang seperti dalam gambar diatas. Konsep hijau-putih. Nampak moden dan simple. Tapi bila fikir balik, bila kita buat konsep warna macam ni, warna yang digunakan adalah terbatas kepada hijau, putih atau kuning (untuk yang berani bermain warna). Bak kata kawan aku, kena pandai main warna baru nampak berseri. Tapi bagi aku yang takde langsung kemahiran kesenian ni, confirm huduh la jadinya.

Untuk rumah aku, tunggu bila dah siap baru aku tunjuk ek.

Send from my Windows Phone

Saturday, January 5, 2013

From 2012 To 2013

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:27:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Hari ni dah 5 hari kita meninggalkan tahun 2012 dan itu bermakna sudah 5 hari juga kita berada di tahun baru 2013. Kadang-kadang bila melalui hari-hari yang mendatang dengan tugasan kerja dan aktiviti rutin, otak ni terlupa yang 2012 dah jauh ke belakang.


2012 dah semakin jauh kita tinggalkan dan kita akan teruskan kehidupan di tahun 2012, tapi pada aku kenangan sepanjang tahun 2012 tetap terpahat utuh dalam sanubari. Bermacam-macam peristiwa dan perkara berlaku pada tahun tersebut. Berbanding kenangan pahit, 2012 memberi aku lebih banyak kenangan manis dan memberikan aku lebih ruang untuk tersenyum.


Jom kita recap momen-momen indah sepanjang tahun 2012:
  1. Aku selesai pengajian Master selama 2 tahun setengah di UTM. 
  2. Tiga kali aku gi Johor iaitu masa buat pembetulan tesis di UTM, kenduri kawin Mek Yani dan juga masa aku konvo.
  3. One of my bestie, Mek Yani bertemu jodoh dengan org Batu Pahat. 1st time aku drive gi Felda Keratong. Mak oii...jauhnya ke dalam.
  4. Cuti-cuti Malaysia ke Langkawi dengan Rafeah. 1st time bercuti berdua sahaja, sbb selalu bila bercuti harus bertiga. Ape pun holiday tahun 2012 tetap happening.
  5. 1st time sampai Batu Pahat rumah keluarga Rafeah. Makcik tu punya la 2 3 kali sampai rumah aku, tapi selepas hampir 12 tahun kenal, itulah 1st time aku sampai rumah dia. Famili dia sangat sporting. Kampung Rafeah pun mengingatkan aku kepada kampung mbah aku di Teluk Intan.
  6. Aku konvo master di UTM....hyep...i'm the UTM's alumni.
  7. Edward muncul dalam hidup aku. Hahaha...it's my new car la. Dengan rezeki yang ada aku beli kereta baru model Honda City. Tapi belum sempat 24 jam aku ganyang...dah kena masuk workshop for almost sebulan sbb ade kebocoran tangki akibat langgar besi kat jalan.
  8. Rafeah pun beli kereta baru juga...Mazda2. Hehehe...bestkan...kami dua orang dapat beli kereta baru. Alhamdulillah.
  9. Berlaku proses perpindahan opis lama ke opis baru kat kampus tetap. So selepas 7 tahun baru la dapat rasa feeling-feeling bekerja sebagai staf universiti. Selama ni opis kat rumah kedai je so just feeling mcm buka kelas tuisyen je.
  10. My sister dah pragnant. Alhamdulillah....2013 bulan 5 kita tunggu anak buah baru nak tengok dunia.
  11. Berat aku naik mendadak cecah 70kg. Dan buat pertama kalinya baru ada istilah diet dalam kamus hidup aku. So selepas berdiet dengan SD2, berat aku turun sebanyak 5kg dan maintain sampai sekarang.
  12. Involve dengan bussiness SD2 secara kecil-kecilan. Belum nampak kejayaan lagi tapi hopefully tahun 2013 akan bg banyak energy untuk aku bergiat cergas.
  13. Jalan-jalan pergi Ipoh untuk jumpa Cik Kam dan Awin. Selepas tu drive bawa Edward gi Cameron Highland dengan Awin. One day trip aje sbb hujan lebat kat Cameron.
  14. Dapat 2 ekor kucing siam. Seekor tu jantan aku dapat kat masjid masa bulan puasa haritu and i called him Somtat. Seekot tu betina, baru sebulan je stay dengan aku, jumpa kat tepi jalan and i called her Cemek. 
  15. 1st time aku naik kapal terbang dan fly to Sabah. Pergi Sabah pun 1st time juga ni. Attend conference kat sana, pun 1st time juga.
  16. Involve dengan international conference kat Sabah as presenter. Dapat stay hotel 5 bintang kat sana, Sutera Magellan Resort yang secara logiknya tak mampu aku nak stay jika tidak kerana yuran conference tu dah including penginapan.
  17. Sebab dah gi Sabah, aku rembat mutiara air masin as my reward.
  18. Selepas 15 tahun, aku reunite balik dengan classmate aku masa kat MRSM dulu iaitu Lynnda Faman. She still the same woman i met during my school time. Tak berubah langsung melainkan statusnya iaitu dah menjadi suri di hati suaminya. Miss u la Lynnda.
  19. Dapat kunci rumah baru....yahooo...tapi still tak pindah masuk lagi sebab banyak perkara nak kena setel dulu including banyak defect kat rumah tu, so need some pembaikan daripada pihak pemaju.
  20. End of the year, sempat spend time dengan adik-adik iaitu Jimah and suami, heri, mail dan ija pergi jalan-jalan Melaka. Jedin tak dapat nak join sebab dia nak final exam. 
  21. The most precious things....i met someone yang boleh dikatakan special juga la. Sekarang tengah berkawan and hopefully..kalau diizinkan oleh Allah swt, semoga dipermudahkan urusan pada tahun 2013 ni. 
Bila imbau balik, tak ke semua tu adalah berita-berita gembira untuk diri aku dan juga kalau diimbas kembali kegembiraan tu mesti ada kaitan dengan aktiviti kesukaan aku iaitu shopping.

Nota_jari: Picture credit to Google


 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea