Wednesday, March 13, 2013

Dari Jendela Mata

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:28:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni kalau rasa bosan buat kerja di pejabat, boleh la berehat sebentar sambil makan kit kat sambil melihat bangunan dan kubah library yang berlatar belakang warna langit yg kebiruan dan awan putih yang berserakkan serta kehijauan pokok-pokok di sana. Subhanallah...

Monday, March 11, 2013

PM Rasmi Kampus

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:35:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Harap maaf, ini peristiwa lama tapi baru ade mood nak cerita.


Dua minggu lepas iaitu pada 3 Mac 2013, sempena lawatan kerja Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Perlis, beliau telah berbesar hati datang ke tempat kerja aku untuk merasmikan kampus tetap tempat kerja aku ni.

Walaupun kadang-kadang hati ni rasa bengkek je dengan big big big bos kat atas tu...tapi atas semangat sebagai warga kakitangan kampus, dalam hati tu rasa bangga juga la sebab PM sudi datang untuk merasmikan kampus. 

Ape pun...TERIMA KASIH PM

50 Perkara Menarik Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:48:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Kenal tak dengan Tan Sry Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau adalah taikun perniagaan Melayu kelahiran Kedah. Senang cakap, antara jutawan Melayu kat Malaysia. Kalau datang Alor Star, jangan lupa singgah ke Masjid Al-Bukhary sebelah Souq Al-Bukhary (yang ada Giant tu) untuk solat. Sangat besar dan cantik masjid itu.

Dekat FB ramai share satu artikel ni, jadi aku pun nak share juga kat blog aku sebagai panduan untuk kita semua. Artikel asal ni aku share dari FB Saudara Mohd Asri Md Jamil. Kredit untuk Saudara Mohd Asri.


50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary:


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan


2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Friday, March 1, 2013

Operasi Menyelamat Anak Burung

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:47:00 PM 0 uncang teh

Assalamualaikum wbt.


Lepas Maghrib tadi tengah seronok-seronok rehatkan diri sambil melipat kain baju, aku terdengar satu bunyi macam binatang menjerit-jerit. Mula-mula tu aku ingat bunyi katak kena makan dengan ular, so aku biarkan aje la. Tapi makin lama bunyi makin kuat seolah-olah ianya berlaku di depan pintu rumah. Bila siap melipat kain aku pun beranikan diri buka pintu hadapan sebab nak tengok ape yang berlaku disamping nak panggil kucing aku si cemek tu untuk masuk rumah.

Elok-elok je aku buka pintu, aku nampak cemek tengah main-main dengan satu benda ni. Aku ingatkan benda tu adalah serangga yang dipanggil riang-riang yang sangat kuat dan nyaring bunyinya. Tapi rupa-rupanya benda itu adalah anak burung yang kebasahan, kesejukkan, dan ketakutan.

Cepat-cepat aku selamatkan anak burung tu dari terus jadi mangsa si cemek. Aku tengok anak burung ni macam dah nazak, jadi cepat-cepat aku titiskan air untuk dia, dan selimutkan dia dengan sapu tangan. Terus anak burung tu tertido.

Alhamdulillah....anak burung dah buka mata tapi tak boleh nak terbang sebab tulang sayap dia patah. Sekarang aku tutup anak burung tu dengan tudung saji yang ada lubang. Bagi dia puas berehat.

Kawan-kawan aku giat suruh aku bela, tapi aku ni mana pernah bela burung.  jadinya aku buat apa yang termampu aje la.

Info terkini: Dukacita dimaklumkan anak burung ni dah mati malam semalam. Mati stress kot. 

Send from my Windows Phone

Mati Itu Pasti

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:20:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt


Dah lama nak buat entry ni tapi kadang-kadang apa yang dikarang di dalam hati tak mampu nak diluahkan secara realiti. Inilah yang terjadi bila hati dan otak tak sekata. Hati berkata lain, tapi otak pula memberi arahan yang sebaliknya. Maka inilah yang terjadi bila maksud tak kesampaian.

Mati itu pasti. Yes...itu janji Allah. Takkan dimungkiri. Walau sehebat mana ko jaga kesihatan, walau sehebat mana ko memegang status tinggi dan walau sehebat mana ko berusaha untuk merawat sakit yang ditanggung, jika sudah sampai janji itu, janji yang telah ko buat sebelum roh ko ditiup ke alam rahim, maka itulah yang akan kita lalui.

Ada orang yang sakit tenat, dijangka hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat tapi dipanjangkan usia oleh-Nya. Ada pula yang sihat walafiat, tidak pernah sakit walau demam, tetapi dijemput Allah kerana sudah sampai janjinya. Ada yang dipermudahkan urusan ajalnya, ada yang disusahkan urusan ajalnya. Ada yang mati kerana sakit, ada yang mati kerana kemalangan, ada yang mati kerana keseronokkan dan ada juga yang mati tanpa apa-apa sebab. Ada yang mati ketika bayi, ada yang mati ketika muda dan ada yang mati ketika tua.

Paling istimewa bila mati ialah bila kematian itu cukup mudah. Ada yang mati dalam tidur, ada yang mati ketika beribadat dan ada yang mati ketika menunggu waktu sahur. Inilah saat kematian yang sangat mudah dan sangat-sangat diidamkan oleh orang yang beriman.

Kita???? Oh! paling senang...Aku???? Bagaimanakah cara kematian aku nanti? Adakah kerana sakit, adakah kerana usia yang sudah tua atau adakah kerana kemalangan. 

Dalam minggu ni aku ditemukan dengan dua kematian. Walaupun kematian tu tidak membabitkan saudara mara aku, tapi sesungguhnya mereka itu tetap saudara Islam aku. Kematian pertama adalah melibatkan anak kepada pakcik jiran aku. Kak Yati (arwah), adalah anak sulung Pakcik Dol. Diberinya ujian kesakitan leukimia (kanser darah) selama 10 bulan. Dan akhirnya beliau dijemput Allah pada hari Selasa hari tu. Masih lagi muda, tetapi itulah janji Allah. Kematian itu tidak mengenal usia. Alhamdulillah, tergambar ketenangan diwajah ibu dan bapa Kak Yati tanda merelakan pemergian anak perempuan tunggal mereka. 

Dan kematian kedua adalah melibatkan kawan baik adik bongsu aku, Aniq (arwah). Baru sahaja aku mendapat tahu sebentar tadi bila mak aku call. Terkejut dan sedih. Aniq meninggal kerana kemalangan. Aku kenal Aniq dari beliau kecil. Sama-sama bermain dan bersekolah dengan adik bongsu aku. Selepas PMR mereka berpisah bila adik aku kekal bersekolah di kampung manakala Aniq pula meneruskan sekolah di Ipoh. Walaupun begitu persahabatan mereka kekal.Selain Aniq, dua orang kawan baik adik aku yang aku anggap seperti adik aku sendiri ialah Fadli dan juga Riduan. Umur Aniq baru mencecah 18 tahun. Sedang menunggu keputusan SPM. Mudakan. Tapi janji Allah pasti. Tiada delay-delay. Tak boleh nak elak walau sesaat.


Kadang-kadang aku terfikir, bagaimanakah cara kematian aku nanti. Bilakah masa aku akan dijemput oleh-Nya. Sempatkah untuk aku berbakti kepada kedua ibu bapa ku. Sempatkah aku melihat kejayaan semua adik-adikku. Atau sempatkah aku untuk merasa nikmatnya menjadi seorang isteri kepada seorang suami yang soleh. Atau sempatkah aku bertaubat daripada semua dosa-dosa yang telah aku lakukan. Atau sempatkah aku untuk terus mengumpul bekalan untuk berjumpa Maha Pencipta ku.

Bila memikirkan semua tu kadang-kadang gerun juga dihati, tapi masih lagi tetap lalai dalam melakukan ibadah kepada-Nya. Ya Allah....susahnya mendidik hati ini.

Aku selalu berdoa kepada Allah, semoga dipermudahkan kematian ku nanti. Aku selalu berdoa semoga aku sempat membahagiakan kedua ibu bapa ku. Aku selalu berdoa semoga aku sempat melihat kejayaan adik-adikku. Dan aku selalu berdoa semoga aku diberi kesempatan dan keizinan untuk menjadi isteri dan ibu kepada khalifah bumi ini.

Aku juga selalu berdoa semoga kematian aku nanti dalam keadaan aku adalah seorang Islam. Aku selalu berdoa semoga kematian aku adalah ketika aku didalam wudhu. Aku selalu berdoa semoga kematian aku adalah ketika aku sujud pada Pencipta ku. Dan aku selalu berdoa semoga kematian aku ketika aku di Tanah Haram. Indahnya kematian jika aku mendapat semua yang aku idamkan ini.

Mati itu pasti. Mati itu adalah matlamat kehidupan seorang insan. Tiada siapa yang dapat mengelak daripada kematian kerana itu adalah hak Allah...rahsia Allah.

Semoga aku menjadi antara insan yang terpilih untuk mengetahui saat kematian aku nanti. Insya Allah.

Amin

Nota_jari: Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Kak Yati dan Aniq.

Office

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:07:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...penantian selama lebih kurang 7 bulan berakhir sudah apabila aku dah pindah masuk ke bilik sendiri. Sebelum ni aku memang ade bilik sendiri tapi bila opis aku ni pindah masuk ke kampus baru, rupanya bilik aku (bukan aku seorang saje tapi ramai lagi) yang belum siap. So merempat la kami di merata-rata tempat termasuk la aku yang menumpang di pejabat am. 

Bila bilik dah siap (lebih kurang bulan 11 tahun lepas), meja kerusi pula takde. Jadi terpaksa la juga kami menunggu. Dan akhirnya bila meja dah sampai cepat-cepat aku cari kerusi untuk masuk. Payah sebenarnya bila takde tempat sendiri ni. Bukanlah demand nak bilik macam professor tapi at least ada la meja kerusi untuk aku buat kerja.

Ini pun sebenarnya ada lagi yang tak cukup. Sepatutnya meja datang sekali dengan kerusi dan juga kabinet file tapi yang tu ntah bila zaman nak sampai. Jadinya...bersyukur la apa yang ada. Janji boleh buat kerja, update blog dan kerja selesai.

Masa tengah bersih, sekarang atas meja dah bersepah dengan kertas. 

Dalam gambar, carpet sendiri dan tikar pun sendirian berhad, termasuklah printer tu pun hak milik kekal untuk aku. Masa ni tengah kosong aje bilik aku ni. Nak deko pun kena take time bila aku rajin. Hahahhaha
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea