Thursday, January 30, 2014

Aksi Si Mokmok & Tilamnye

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:29:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Tengoklah aksi kucing aku ni sedang tidur. Amboi....nyenyak betul dia tidur atas tilam yang gebu tu.

Actually tilam tu mak aku buat untuk lapik dia untuk tengok tv kat sofa. Tapi datang kucing aku sekor nama Mokmok ni dia gi buat tempat tidur.

Haisy....kalo dia tidur atas tilam ni memang lena. Buatlah apa pun takde dia nak buka mata. Mengeliat lagi ada la.

Kucing-kucing. Nasib baik la kami satu famili memang sayangkan kucing. Jadi tidurlah ko wahai kucing sampai lena. Jangan ko berak atau memancut merata-rata sudahla....kalo tak....siaplah kena marah dengan kami.

Send from my Windows Phone

Kenangan Lalu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:41:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Semalam kemas-kemas bilik. Maklumlah nak ready untuk transform jadi bilik pengantin. So kenalah cuci sapu kemas apa yang patut.

Bila dah start kemaa tu, apa lagi sambil-sambil la buat 5S kat fail-fail lama masa zaman belajar dulu. Bila dah kemaa-kemas tu terjumpalah keratan akhbar pasal sekolah lama.

Ini berita pasal pasukan bola baling sekolah menengah kat kampung masa aku f5 dulu. Time ni aku dh tukar gi mrsm. Tapi tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula sekolah lama kan.

Bila baca je pasal berita ni kat paper, rasa bangga tu tak dapat digambarkan. Tidak dapat dinafikan masa tahun tu pasukan bola baling wanita sekolah amat digeruni oleh sekolah lain. Seingat aku la, setiap kali ada perlawanan gelaran juara memang tak lepas. Sebab tu pasukan sekolah aku tu jadi wakil daerah untuk perlawanan peringkat negeri.

Korang mesti pikir...hek eleh...citer lama pun nak sembang. Sebenarnya aku nak bagi tau yang aku sangat bangga dengan sekolah lama aku. Walaupun sekolah tu kategori sekolah luar bandar, kami berjaya buktikan yang sekolah kami mampu beri saingan dalam semua bidang.

Alhamdulillah, setakat ini yang aku tahu sekolah aku antara sekolah yang berada di ranking atas peringkat negeri Perak untuk exam pmr dan spm.

Tahniah untuk kawan-kawan sekeian

Send from my Windows Phone

Monday, January 27, 2014

Menghitung Hari

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:04:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Tengah menghitung hari aje ni. Tak lama mana dah pun. Tinggal 4 hari je pun nak tukar status....from Miss to Mrs, from single to double,....from simple to trouble....(trouble....erk....aku ler tu kot)

Debar??....takdelah rasa debar sangat pun. Macam biasa je. Lagi pulak aku ambil cuti awal. So memang layan kehidupan orang bujang buat kali terakhir la. Yang aku rasa risau sangat ni sebab tengah siapkan soalan final exam budak-budak aku. Bab ni aku memang risau gila babas. Gila kerja tak aku? (Dah nak kahwin baru perasan diri tu workaholic punya manusia)

Ape pun doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan.

Send from my Windows Phone

Friday, January 17, 2014

Mati Itu Pasti (ver. 2.0)

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:49:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Untuk renungan kita bersama. 

Dulu pernah buat entry pasal "Mati Itu Pasti" (sila klik). Kali ni guna lagi tajuk entry yang sama tapi as versi kedua pula. Versi hanya gambar semata-mata. Semoga kita mengambil iktibar ye kawan-kawan.
Sumber gambar daripada whatsapp dengan kawan-kawan

Cerita Dapur Jiran

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:23:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak cerita pasal deko dan susunaturkan. Almaklumlah tengah sibuk dengan persiapan nak ubah status ni dan juga kerja-kerja kat pejabat tu, so aku jadi kurang idea nak menaip.

Hari ni nak story pasal dapur lagi. Tapi bukan dapur rumah aku sebab dapur rumah aku tengah tunggang langgang bersepah. Hari ni nak cerita pasal dapur rumah jiran lama aku kat kejiranan yang lama. Yelah....asik tunjuk idea dapur rumah orang muda je...kita tengok pula idea susunatur dapur rumah orang lama. 
Aku suka melepak kat dapur rumah jiran aku ni. Walaupun rumah dia just rumah teres je, tapi rasa selesa je. Dapur dia pun besar. Kalau pergi rumah dia tengok dia masak terasa macam tengok mak aku tengah masak je.
Dapur dia cuma ada kaunter bawah je untuk letak dapur dan juga tempat simpanan barang-barang masak. Takde cerobong penyedut asam macam rumah aku atau rumah orang-orang moden sekarang ni. Masak jenis open air je. Yang paling aku suka adalah almari kecil sebelah dapur tu. Comel la pula aku tengok. Hahahaha...
Aku snap gambar ni jiran aku tak tahu ni. Main snap curi-curi masa jiran aku ke ruang tamu jawab telefon. Masa ni jiran aku baru lepas masak untuk berbuka puasa sunat. So nampak macam sepah la sikit. 
Ini kabinet zaman dolu-dolu ni. Sekarang ni mana ada dah dijual kabinet design macam ni siap ada warna hijau bagai. Kat sini penuh dengan koleksi tupperware dia dan juga mug. Ni sebenarnya koleksi arwah anak perempuan dia. Dia ada cakap kat aku yang ikutkan dia memang takde tempat dah nak menyimpan tapi disebabkan itu adalah antara koleksi kesayangan anak dia, so dia simpan la juga.
Snap gambar curi waktu maghrib macam ni la ropenye. Dah la cuma pakai kamera henpon je. So minta maaf la ye kalau kualiti gambar kurang memuaskan.
Ini bukan keseluruhan ruang dapur aku snap ni. Dapur dia besar sangat. So aku snap untuk ruangan ini ajelah. Sebenarnya dapur dia ni lepas diubahsuai, tukar siling dia. Tu yang rasa sejuk tu. Kalau tak rasa panas la juga. Perlis ni kan antara negeri yang terpanas kat Semenanjung Malaysia ni.

Aku agak la kan, dapur rumah aku pun akan jadi macam dapur rumah ni lagi 10 atau 15 tahun akan datang. Sekarang ni barang sikit je, maklumlah rumah orang muda...bujang lagi (bujang untuk tempoh 2 minggu aje lagi). Nanti esok-esok konpem barang akan bertambah....dengan kuali kawahnye, periuk besarnya, ish...pening pula kepala macam mana nanti nak menyimpan, menyusun dan mengemas. Hahahah.

Wednesday, January 15, 2014

Pearl HB From Iefayangghazali Handbouquet

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:58:00 PM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ingat tak aku pernah stori yang selain riben HB yang aku beli dulu (baca sini), aku ada gak meng'order' pearl hb juga. Hahahah....dalam dok diy semua benda konon-konon nak berjimat cermat tu, tapi duit habis gak sebab asik beli benda yang merapu merepek dan meraban. Alaaa....sekali seumur hidup nak merasa....ape salahnya kan. Bukan niat nak membazir ok...tapi dah teringin sangat. Ceh....alasan tak kukuh langsung.

Pearl HB ni aku beli daripada iefayangghazali Handbouquet. Aku jumpa melalui FB. Ala...search aje..konpem berlambak boleh jumpa kat FB tu. Berurusan dengan ifa (owner iefayangghazali Handbouquet) memang senang. Mula-mula tu aku tanya sebab nak tau details, lepas dah konpem bank in deposit untuk confirm tempahan, lepas tu decide warna manik dan tunggu ajelah sampai ifa ni ctct bagitau pasal hb kita tu. Senangkan. Tapi kena tanya la juga sama ada tempahan dah penuh atau tidak. Kalau dah penuh, terpaksalah tempah kat orang lain pula.

Picture credit to iefayangghazali hanbouquet fb

Inilah pearl hb yang aku tempah tu. Copy paste picture dari FB  iefayangghazali Handbouquet je. Maklumlah hb ni tengah on the way nak sampai Perlis. Ni hb yang aku akan pegang masa majlis di rumah En.Syg nanti. 

So...ada sesape b2b di luar sana yang tengah pening nak tempah pearl hb, bolehlah tempah dengan iefayangghazali Handbouquet. Nak tempah dengan aku pun boleh juga tapi aku buat hb daripada kain felt dengan riben aje la. Kalau manik ni, aku tak berapa nak pandai lagi. So daripada korang nak tempah dengan aku, better korang pergi tempah dengan orang yang pakar kan. Aku tukang promote boleh la.

Monday, January 13, 2014

Sehati Sejiwa

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:00:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Jiwang kejap boleh tak? Hahaha...

Lama dah tak letak entry pasal lirik lagu. Tengah-tengah jiwang sebab baru habis layan drama Cinderella terbitan tahun 1998 kat Youtube. Sambil-sambil set soalan test, sambil-sambil menanda assignment budak, sambil-sambil perah otak nak siapkan solution untuk tutorial, aku layan la drama ni. Lagi-lagi pula server tengah laju sebab student degree tengah final exam. Ape lagi...mak jemah enjoy la layan youtube.

Kat sini Mak Jemah tempek la video lagu ni nyanyian Haslinda.

Lepas tempek video, mak jemah copy paste lirik ni dari internet juga:


Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama

Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan

Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa

Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu

Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama...

(Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-sehati-sejiwa-haslinda.html#ixzz2qGU97crL)


Lagi satu yang Mak Jemah boleh terlayan balik drama yang pernah hit satu masa dahulu ni sebab Mak Jemah frust sebab tak boleh nak tengok filem Cinderella yang diterbitkan pada tahun 2013 oleh Ahmad Idham. Mak Jemah punya tunggu cerita ni siap dah plan nak tengok kat wayang, sekali Mak Jemah miss the date la. Tapi nak buat macam mana sebab masa tu Mak Jemah terpaksa jaga mak Mak Jemah kat hospital kan. Jadinya terpaksalah berkorban sementara. Mak Jemah harap cerita ni masuk kat astro movie tu tapi rasanya macam tak akan masuk kot sebab seingat Mak Jemah, Ahmad Idham selaku Penerbit Excellent Picture pernah bagi statement yang filem-filem terbitan beliau tidak akan ditayangkan di Astro first. Lagilah Mak Jemah frust.

Mak Jemah memang suka lagu ni. Hafal sangat-sangat la. Lagi-lagi bila teringat drama lakonan Haliza Misbun dan Ahmad Idham ni. Memang romantik habis. Masa drama ni 1st ditayangkan di TV3 dulu, Mak Jemah baru habis SPM. Tiap-tiap petang Mak Jemah akan layan drama ni dengan mak Mak Jemah. 

Nota_Jari: Lagu Sehati Sejiwa ni aku dedikasikan kepada En.Syg. 

Lunch Box Pink

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:46:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Lama tak update entry mengarutkan. Hahaha....Maklumlah...dah nak dekat-dekat tarikh penting tu...keje pun semakin banyak pula jadinya. Kat opis siapkan keje opis...kat rumah pula gigih dok menjahit bunga riben. BUNGA RIBEN?...Haaa...bab tu nanti aku cerita lain ok.

Ni nak cerita pasal lunch box kaler pink yang aku dapat dari Honda. Cantik tak? Hahahah...shocking pink gitew....aww....Dapat sebab pergi service kereta je. Sebelum ni dapat juga macam-macam barang lain seperti payung (aku dapat 2 kali, tapi satu aku simpan, satu lagi bagi kat En.Syg.). Lepas tu pernah dapat mug (2 kali juga dapat), dapat neck pillow utk driver (ni dapat satu je), lepas tu eco-bag untuk shopping tu (lenjan sampai putus), dan ada juga dapat cekolat juga dalam kotak kecik. 
Lunch box ni 2 tingkat. Boleh untuk buat simpan makanan panas. Bila dapat lunch box ni aku pun termenung kejap la memikirkan apa yang aku nak buat dengan lunch box ni. Sebabnya aku bukan jenis bawa bekal ke pejabat. Nak bagi kat mak pun dah takde adik-adik yang sekolah. Aku agak last-last lunch box ni aku guna untuk bekal kat En.Syg aje la. Mesti dia suka ni. Tapi sanggup ke dia nak bawa bekal kaler pink ke 'pejabat' dia tu nanti. Hahahaha...

Nota_jari: Teringat masa service kereta Perodua dulu cuma pernah dapat sekali je hadiah lepas service iaitu lampu suluh. 

Friday, January 10, 2014

Jiran

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:27:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Hari ni aku nak cerita pasal jiran. Jiran di Perak dan juga jiran di Perlis. Jiran yang sama-sama melihat aku membesar dan juga jiran yang melihat aku pasca membesar. Hahahaha...

Jiran aku di Perak...of course la jiran rumah mak ayah aku kat kampung tu. Pada aku diorang sememangnya jiran yang terbaiklah. Cakaplah rumah jiran mana yang aku tak pernah masuk dan tak pernah melepak makan tengah hari semasa kecil dulu. Semua aku pernah masuk dan lepak. Maklumlah...anak-anak diorang tu adalah kawan sepermainan aku dan kawan mengaji aku masa kecil dulu. Bila dah besar ni, masing-masing dah berpindah membina kehidupan masing-masing. Tapi time raya kalau sempat memang akan berjumpa. Time raya ajela...

Daripada kalangan jiran tu, 2 keluarga jiran aku ni memang yang paling rapat dan kamceng la, sampai memang dah tau perangai kami adik-beradik. Kalau masa aku kecil dulu aku kan sekolah asrama. Kalau tetiba diorang dengar aku bertempek sampai bergegar macam gempa bumi tu, diorang tau la yang aku balik bercuti dari asrama. Aku bertempek tu bukan apa, saje test high note konon-konon nak mengalahkan Ziana Zain time tu, tapi tak menjadi. Hahahaha...Bila dah kamceng tu...kadang-kadang aku dengan slumber badaknya akan menegur dan marah kat anak-anak diorang tu macam aku tegur adik-adik aku. Bannyak kali jugalah aku bertempek/marah/jerit kat anak jiran aku tu kalau nampak diorang tengah main parit atau main hujan. Bukan ape risau kalau-kalau diorang ditimpa bahaya. Malang tak berbaukan. Mak aku tegur juga dengan perangai aku ni yang belasah marah anak-anak jiran macam marah kat adik-adik sendiri. Aku minta maaf juga kat jiran aku pasal tu. Tapi jiran-jiran aku tu cakap bagus juga aku tegur anak-anak diorang tu, sebab kalau diorang yang tegur memang tak makan saman. Hehehe....aku pun macam tu gak...kalau mak aku tegur pun takdenya nak makan saman sangat.

Sekarang anak-anak jiran aku pun dah besar. Aku pun takde nak jerit-jerit dah. Perubahan usia kot. Hahahaha....

Itu cerita jiran kat kampung halaman.

Ini cerita jiran kat Perlis pula. Sebelum aku duduk kat kejiranan yang sekarang ni. Aku pernah duduk di kawasan kejiranan yang lain. Kawasan kejiranan yang pertama ni aku menyewa lebih kurang 2 tahun lebih. Jiran-jiran ok cuma aku tak berapa nak mesra sangat. Mungkin sebab situasi taman tu yang membuatkan aku kurang selesa nak lepak diluar rumah. So kalau balik kerja tu aku terus masuk rumah, kunci, rehat dan esok ulang balik aktiviti yang sama. Kadang-kadang tu bersembang juga dengan jiran sebelah tapi takde la selalu. Time ni kehidupan aku memang amat-amat membosankan.

Lepas tu aku pindah ke rumah makcik aku di kawasan pinggir Kangar. Makcik aku naik pangkat so kena pindah tempat kerja la. Kawasan kejiranan ni memang best. Kawasan dia tepi sawah dan kebetulan pula rumah makcik aku tu end lot dan tepi sawah. Best gila kat sini. Jiran-jiran pelbagai bangsa, ada Cina, Melayu, India dan Siam. Semua baik-baik. 5 tahun aku duduk sini memang sangat selesa. Walaupun aku duduk sorang-sorang aku rasa selamat dan terjaga. Maklumlah jiran-jiran aku semua orang-orang tua sebaya mak ayah aku je. Kat taman ni memang aku rajin lepak kat luar rumah. Layan angin timur sambil sembang-sembang dengan jiran. Rumah makcik aku pun banyak pokok bunga, so bolehlah buat aktiviti siram pokok bunga atau membakar sampah atau makan buah cermai atau buah asam yang tumbuh kat tepi rumah. Hmmm.....rindu pula kat taman ni. Serius...kalau makcik pakcik aku nak jual rumah diorang tu, aku memang sanggup beli. Kedai dekat, selamat dari banjir, pastu geng-geng polis bujang pun ada menyewa kat lorong depan. Rasa selamatkan.

Sekarang ni pindah ke kejiranan baru pula. Pindah sebab dah duduk kat rumah sendiri. So far jiran-jiran semua ok. Cuma belum berkesempatan nak kenal dengan semua jiran sebab masing-masing sibuk kerja. Tapi jiran sebelah rumah memang aku dah kenal la. Ini jiran yang lain-lain tu. Maybe sebab aku still bujang kot, tu pasal masih rasa segan nak bertegur sapa. Yelah....jiran-jiran semuanya umur sebaya aku, so kalau tersilap tegur nanti bermasam muka pula. Bezakan kalau berjiran dengan orang muda dan orang tua. 

Tapi dalam segan nak bertegur sapa tu, rupa-rupanya salah satu jiran aku tu reader blog aku yang tak seberapa ni.Ohhh!!!.....malunya. So...tak bolehlah nak merapu meraban sangat, nanti jiran baca pula. Hahahaha.....

Takpelah...tunggu nanti aku dah official ada husband (tengah menghitung hari je lagi), bolehlah buat kenduri kesyukuran di rumah baru dan jemput semua jiran tetangga. Bolehlah berkenal-kenalan dengan lebih rapat.

Betul tak?

So...ape pula cerita korang pasal jiran korang pula?

Monday, January 6, 2014

Hilang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:59:00 PM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini sebenarnya cerita Jumaat minggu lepas. Hati punya hepi nak balik rumah lepas habis kerja sedikit sentap bila tengok jari manis sebelah kiri togel tanpa cincin. Eh! gi mana cincin aku tu. Tersedar pun sebab pegang stereng. Kalau tak sampai ke sudah memang tak perasan cincin hilang. Dah la cincin risik dari En. Syg tu. Nasib baik cincin tunang tu pakai di jari manis sebelah kanan. Bila dah tengok jari togel, ape lagi menyirap la darah naik ke kepala. Selonggar handbeg kot-kot aku campak dalam beg, tapi takde. Yang ada cuma habuk compact powder yang dah hancur. Aku cool duduk dalam kereta 5 minit tapi otak tak boleh nak rewind semua aktiviti aku pada hari tu. So aku patah balik masuk pejabat dengan harapan cincin aku ada landing atas meja tapi takde. Dalam hati tu dah sedih la. Sebab cincin risik tu juga merupakan  hadiah birthday aku daripada En.Syg. Pastu aku teringat cerita blogger Yana pasal kes kehilangan cincin hadiah daripada suami beliau tu. Dalam otak dah agak dah akan jadi macam tu.

Otw nak balik aku call En. Syg bagi tau pasal kehilangan cincin. Lepas tu call mak, pastu bila sampai rumah sms bestie aku si Rafe. Semua orang terkejut. Kalau diorang terkejut aku lagi la terkejut. Sebab seingat aku, aku langsung tak tanggalkan cincin tu dari jari pada hari Jumaat tu. Balik rumah lepak depan tv. Mata tengok tv tapi otak asyik recall pasal kehilangan cincin tu. Last-last bebai sendiri. Hahaha..

Bila nak mandi tu aku terfikir nak tuang bekas pensel aku tu. Sebelum tu aku cari juga dalam bekas pensel tapi just cari-cari selak-selak macam tu je. Ha ko...lepas aku tuang, habis segala sampah sarap dan habuk keluar, termasuklah cincin aku tu. Alhamdulillah cincin dah dijumpai. Tapi aku musykil bila masa aku campak cincin tu ke dalam bekas pensel tu. Memang aku tak ingat. Sebab kalau aku tanggalkan cincin tu untuk pergi toilet, aku akan tanggal kedua-dua sekali. Ah...tak kisah la janji dah jumpa. Nasib baik tergerak hati nak tuang bekas pensel. Terus sms En. Syg, mak and Rafe pasal dah jumpa cincin tu. 

Itu cerita Jumaat lepas. 

Bila cerita bab miss placed ni, memang selalu berlaku kat aku. Ntahla...aku pun tak tau kenapa hal ni jadi kat aku. Sampai aku macam phobia pun ada. 

Pernah dulu masa aku Tingkatan 2. Masa tu bulan puasa. Sekolah aku anjurkan kuiz sempena Ramadhan. Aku ni wakil kelas Tingkatan 2 Biru. Bila lawan antara kelas, kelas aku dapat jadi Johan. So dapatlah hadiah iaitu RM15 kalau tak silap. Untuk wakil kelas bagi acara kuiz tu ada 3 orang iaitu aku dan 2 orang lagi kawan aku tu. So masing-masing dapat RM5 la. Time tu RM5 tu nilainya besar sangat dah tu. Balik rumah canang kat mak cakap aku menang duit. Bangga beb.

Duit RM5 tu duit kertas baru. Keras lagi. So aku pun selit la duit tu dalam buku nota. Macam tu la dulu kalau aku ada duit kertas memang akan selit dalam note book tu sebab nak kekalkan kekerasan kertas duit tu. Sekali bila malam lepas buka puasa aku nak amik duit tu tiba-tiba duit dalam note book tu hilang. Mau tak mengamuk aku. Bebai sendiri. Mak suruh cari dalam note book tu, aku cari 2 3 kali tapi tak jumpa. Dalam hati dah terfikir mesti ada orang yang ambil ni. Lepas buka puasa terus tak mandi dan terus tertidur. Bebai ni sebab duit hilang. Dalam tidur pun sampai termimpi-mimpi pasal duit. 

Esok pagi lepas sahur, mak suh aku mandi, tapi bebai aku tak hilang lagi. Aku pulun gak cari duit tu. Last-last jumpa kat mana tau. Jumpa dalam note book tu juga. Itu pun aku selak sehelai-sehelai kertas buku tu baru jumpa. Sebelum tu aku cuma tonggeng je buku tu. Bila dah jumpa tu barulah bebai aku hilang. Baru boleh nak senyum. Baru boleh nak cakap dengan mak. Mak ape lagi, kasi peluru hidup la sebab tak cari 
betul-betul duit tu.

Terukkan perangai aku ni. Cepat lupa. Tapi serius.....aku bukannya cepat lupa...aku tau tapi kadang-kadang bila cari kali pertama dan kedua tu memang tak jumpa. Bila cari sekali lagi untuk kali yang berikutnya baru jumpa. Pelik la aku.

Korang pernah jadi macam kes aku ni tak?

Wednesday, January 1, 2014

Good Bye 2013....Welcome 2014

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:49:00 PM 3 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sepatutnya entri ni aku kena buat semalam sempena hari terakhir 2013, tapi tak sempat sebab bila siangnya aku sibuk dengan sesi lab yang berlanjutan sampai 4 jam, manakala malam tu pula keluar dengan En.Syg jalan-jalan sekitar Kangar sambil tengok bunga api. 

Hari ini dah masuk tahun baru, dah 1 Januari 2014. Tahun bertukar tetapi aku tetap sama.

Wishlist?!
Aku ni bukan jenis spesis yang ada wishlish untuk setiap tahun. Aku jenis main aci ikut kepala otak sendiri je. Tak de la plan nak beli itu ke, beli ini ke, buat itu ke, buat ini ke. Sebab pada aku kalau aku tak dapat apa yang aku hajatkan tu, ianya akan menyebabkan aku jadi sangat-sangat sakit hati sebab terbeban dengan satu benda yang membebankan aku. Tapi ini bukanlah bermakna aku langsung takde hajat ape-apa dalam hidup aku, cumanya hajat aku tu adalah jenis yang open selama mana aku masih bernafas di bumi Allah ini serta diberi kesihatan yang baik oleh-Nya. 

Azam tahun baru...
Kalau tiap-tiap tahun aku selalu cakap nak cari 'azam' untuk diri aku tapi Alhamdulillah pada tahun 2013 aku dah jumpa 'azam' aku tu sendiri. Jadinya untuk azam tahun baru 2014 ni, seperti tahun-tahun sebelum ni juga, aku nak perbaiki lagi amal ibadat aku dengan Allah, dan teruskan berbakti untuk kedua ibu bapa aku serta famili aku. Dan of course ada satu azam baru yang aku nak tambah iaitu menjadi bidadari untuk En. Syg.

Jom kita review peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2013 yang lalu.
  1. Holiday ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam dengan kawan-kawan opis. 1st time buat passport dan pergi melancong ke luar negara ni. Seronok sangat.
  2. Terjebak dengan banjir kilat di kawasan rumah makcik aku kat Shah Alam masa aku pergi ke sana untuk tujuan shopping kat Sogo. Hampir 10 tahun kampung makcik aku tu tak banjir tapi tiba-tiba tahun 2013 tu kena serangan banjir kilat la pula. 
  3. Dilantik sebagai Pemangku Penolong Pendaftar opis aku. 1st time buat keja admin ni. Stress dan kelam kabut betul hidup aku selama 3 bulan pangku jawatan ni. Hari-hari balik rumah aku nangis sebab tekanan sangat.
  4. Akhirnya aku berpindah masuk ke rumah baru. Yahooo...rumah aku sendiri yang dibeli dengan titik peluh sendiri. Seronok sangat. Tapi tetap rasa sedih nak meninggal kejiranan di taman lama aku. 5 tahun dok menyewa kat situ. Syahdu ooo.
  5. Kelam kabut uruskan hal rumah baru seperti grill, langsir, cat, beli perabot dan juga urusan pindah rumah. Nasib baik ada En. Syg. Dia la yang banyak tolong aku. Kalau tak memang pancit gak la hidup aku ni.
  6. Siapkan kabinet dapur rumah baru. Ini part yang paling aku suka ni, buat kc.Tapi bila suka kena la berbaloi dengan harga kc tu. Tutup sebelah mata aje la kan.
  7. Selepas 2 tahun, Bos bagi workload untuk mengajar student diploma balik. Terkial-kial aku nak mengajar sebab selama 2 tahun ni aku rilek je jaga sesi makmal untuk student degree.
  8. Dapat anak buah baru. Hoyee...ini pun aku suka juga sebab adik aku dapat baby sulong dia. Darrien Rahman nama diberi. 
  9. Dapat ahli keluarga baru iaitu adik ipar baru. Adik lelaki aku berkahwin pada tahun 2013.
  10. First time beraya dengan adik ipar baru, tapi Darrien pula balik raya rumah paknek kat Serawak.
  11. Banyak habiskan duit bershopping kat Ikea je sebab nak penuhkan rumah baru dengan perabot yang sesuai. Kalau aku sendiri tak turun ke Ikea, aku pesan kat kawan-kawan yang balik KL untuk tolong belikan. Addicted betul aku dengan barang-barang Ikea ni.
  12. First time aku drive ke Ikea tanpa ditemani oleh adik aku si Jimah tu. Hahaha...siap sesat-sesat lagi. Tapi sekarang dah terrer dah jalan nak gi sana.
  13. Cik Kam datang Perlis...Yeay.....selepas hampir 8 tahun akhirnya kawan aku Cik Kam datang Perlis dan orang pertama dikalangan kawan-kawan aku yang datang ke rumah baru aku.
  14. Terjebak dengan penulisan blog mengenai idea susun atur dan dekorasi rumah. Sebelum ni blog aku ni tempat aku merepek dan merapu je. Tapi untuk 2013 akhirnya aku dah nampak hala tuju blog aku ni.
  15. Beraya sebagai orang bujang untuk kali yang terakhir dan sambut birthday sebagai orang bujang untuk kali yang terakhir gak.
  16. Jumpa ramai kawan-kawan blog yang mempunyai minat yang sama mengenai susun atur. Otai-otai diorang ni.
  17. Jumpa 'azam' tahun 2013 dah iaitu En. Syg.
  18. Dapat hadiah sempena birthday daripada En.Syg iaitu cincin risik.
  19. Akhirnya...aku bertukar status menjadi tunangan orang. 
  20. Terjebak dengan operasi DIY untuk majlis kahwin awal Februari nanti.
  21. Terjebak dengan kemahiran lukisan doodle. Sekarang ni dah tau sikit-sikit dah cara nak lukis doodle guna Excell ngan photoshop.
  22. Adik aku yang bongsu masuk uitm Arau dan adik aku yang no 5 dapat masuk balik ukm bangi selepas setahun bercuti.
  23. Bestfriend aku si Rafeah datang bercuti ke Bukit Merah dan akhirnya mak dia sampai juga ke rumah aku di Perak. Alhamdulillah. Si Jenap rafe pun akhirnya dapat berjumpa dengan Edward aku. Mazda love Honda. Hihihihihi.
  24. Mak aku masuk hospital sebab nak buat pembedahan lutut. Merasa la aku tidur kat hospital Taiping tu beberapa malam disamping berbakti kepada mak aku.
Aku rasa cukup kot review pasal diri aku sepanjang tahun 2013 ni. Walaupun nampak banyak sangat peristiwa yang berlaku pada tahun 2013 ni, tapi serius cakap, aku rasa tahun 2013 ni macam sekejap aje datang. Tup tup dah jumpa tahun 2014. Ape pun aku harap tahun 2014 akan bagi lagi banyak peristiwa dan kenangan baru yang lebih menyeronokkan untuk diri aku dan juga famili aku.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea