Friday, February 28, 2014

Gila Selfie

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:49:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt
 
Ada sesiapa yang suka selfie macam ni dan update kat fb? Baik ngaku cepat. Hahahaha

 
Sumber: Whatsapp group opis

Thursday, February 27, 2014

SYMP

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:06:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Saya yang menurut perintah

Wednesday, February 26, 2014

Merah Sangat La Mak Ngah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:06:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Macam biasalahkan, update petang-petang cam gini maknanya otak aku dah tepu nak buat keje la. Jadi ape lagi, kerja karang mengarang la kite ye....hahhah

Sebelum tu...eceh....saje la buka Nuffnang sebab nak tengok ade ke tak income untuk aku. Yelah...sejak dari awal tahun lagi aku tengok iklan Nuffnang aku tu tak berganjak jadi iklan baru pun. Bila dah buka Nuffnang tu kita boleh tengok bahagian referral tu yang menunjukkan readers kita (macam la banyak sgt reader aku tu) refer blog kita tu dari banyak. 

Sebenarnya, semenjak dua menjak aku aktifkan blog dalam bidang deko dan susun ni (compared sblm ni yang berblog untuk layan jiwang), memang ramai blogger lain yang dah letak link blog aku kat side bar diorang. Yelah sebelum ni takde sape yang peduli pasal kewujudan blog aku ni kecuali bestie aku si Rafeah dan adik aku Jimah. Tapi sekarang....Alhamdulillah...thank you ye kawan-kawan. Terbaru link blog aku dah ada kat blogger otai Aty Fared dari blog 'Aku Bukan Bidadari'. Blogger otai ni...haruslah rasa seperti dihargai. 

Ok...stop pasal link blog kat sidebar.

Ni nak cerita pasal hadiah kahwin daripada bestie aku la...Rafeah...

Before kahwin tu dia ada tanya aku nak hadiah ape. So aku request nak steamer baju sebab aku takde lagi barang tu. Alaaa....dah orang tanya...kita minta la yang best-best sikit. Lagipun dia dapat bonus banyak dari aku. Heheheh....

Malam after kenduri, tergedik-gedik la aku nak buka hadiah. Dan of course...selain hadiah daripada kawan-kawan yang lain...hadiah dari Rafe la yang aku nak tengok. Dan hadiahnya adalah....
Yezza...hand wrist Carlo Rino kaler merah, fridge magnet dan sebuah buku (tiada dalam gambar). Selain tu ada juga terselit sekeping kad untuk kami suami isteri. Hehehehe....nampak sangat kan...nama je hadiah kahwin tapi bila buka je lebih untuk kegunaan aku sendiri je. Keh keh keh keh....

Bila aku nampak je hadiah Rafe ni...baru aku perasan yang hadiah ni Rafe penah whatsapp kat aku sebelum ni masa dia nak beli dulu. Aku takde la pikir ape-ape pun sebab Rafe ni memang suka beli handbag semua bagai. Macam dah jadi kebiasaan pula...setiap apa yang kami beli, kami akan share gambar sama-sama. Tak sangka pula hand wrist yang dia beli tu adalah hadiah untuk aku. Yahooo......Makcik sukooooo....

Buat masa ni aku tak sempat nak pakai lagi hand wrist ni. Bila aku try nak masukkan wallet aku, tak lepas la pula. Tapi takpe...aku akan usahakan juga untuk merasmikan pemaikaian hand wrist ini nanti. 

Owh...aku belum buat entry pasal hadiah kahwin lagi kan. Heehehe....nanti ek aku citer. Sebab separuh hadiah ada kat Perak dan separuh dah ada kat Perlis (bunyi macam banyak sangat hadiah yang dapat). 

Kepada Rafe...tq very much untuk hadiah daripada hang ni ye. Kepada kawan-kawan yang lain...tq juga sebab sudi bagi hadiah kat aku masa kenduri haritu. Rasa appreciate sangat.

Tuesday, February 25, 2014

Bahana Bila Aku Bercuti Panjang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:56:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Bukan tak pernah ambil cuti panjang. Pernah. Tapi selalunya aku akan bercuti panjang bila time cuti semester. Kerja siap, otak pun tak serabut. Tapi untuk tahun 2014 ni, awal-awal tahun dah ambil cuti panjang sebab nak berkahwin. Masa tengah-tengah semester pulak tu...tengah busy. Pitam.

Kesan daripada itu...inilah yang berlaku kat aku....
Ya....kerja aku bertimbun-timbun. Nampak...dah macam tiang roman dah cara susunan dia. Ini baru 2 minggu. Belum lagi tambah dengan cuti honeymoon bagai. Itu pun dah nak nangis tengok kerja yang banyak ni. Boleh pula tu diorang kata aku cuti kejap je. Alahaiiii....kalau tak disebabkan semua kerja ni nak kena setel by the end of Februari....mau sebulan aku ambil cuti kahwin. Pulun puas-puas honeymoon dan honeystar dengan En.Syg. Tapi disebabkan kerja ni adalah amanah, pergi honeymoon dan honeystar tu lambat-lambat pun takde salah pun. 

Alhamdulillah...nasib baik En.Syg pun paham. Sabar ye abg...kasi syg setel hal kerja ni dulu...nanti bila budak-budak dah cuti kita pulun cuti puas-puas. Itupun kalau 'AGONG' mengizinkan. Hahahahaha

Frame Assalamualaikum

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:33:00 AM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Lama dah kan aku tak up entry pasal deko dan susunatur. Asyik up entri pasal kahwin je. Naik muak dah korang baca kan. Hahahah.....kesian.

Kali ni pun nak up entry pasal kahwin juga tapi yang ada sangkut paut sikit pasal deko rumah. Apa yang aku nak up kali ni ialah frame hadiah kahwin dari adik lelaki aku la.
Inilah frame nye. Frame Assalamualaikum. Sekarang dah selamat berada diatas pintu masuk utama dirumah. Jenuh juga nak pasang frame ni, tapi akhirnya berjaya juga.
Perasan tak yang frame ni senget? Kalau tak senget tu bukan signature aku la tu. Hahahaha. Sebenarnya dah adjust banyak kali dah tu. Bila tengok betul-betul macam dah ok tapi bila compared dengan frame pintu tu memang nampak kesengetan tu sikit. Lepas tu kami suami isteri pun pikir kami pasang frame tu senget ke atau frame pintu yang senget sebenarnya. Hahahah. 
Alah...senget sikit je pun. Pada aku boleh diabaikan je. Nampak cantik je pun dari luar grill. So nampak berseri la sikit pintu rumah aku dengan frame tu. Tapi bila tengok lama-lama rasa macam nak spray kaler merah kat frame tu la kasi lagi cantik menarik dan tertarik...Baru la nampak kontras dengan cat tu.

Acaner....ok tak?

Monday, February 24, 2014

Review: Butik Kahwin

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:44:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Hmm...aku tak tau nak letak tajuk entri kali ni as tajuk apa. Sebab entri ni aku nak cerita/review semua perkara yang aku dapat daripada pakej kahwin yang aku sewa.

Aku sewa pakej kahwin ni daripada Butik Kahwin Nur Kaseh. Actually adik aku dulu pun sewa pakej kahwin dari butik ni juga. So sebab aku dah tau hasil kerja butik ni, jadi aku decide nak guna khidmat dari butik ni juga. Alhamdulillah...perkhidmatan dia sangat bagus dan memuaskan hati.

Untuk pakej kahwin ni aku request banyak benda juga la; baju baru, red carpet, mekap nikah dan mekap sanding, pintu gerbang, meja makan, photographer and of course pelamin la kan untuk aksi posing memosing.

Untuk baju pengantin ni aku memang request baju baru. Bukan setakat baju aje yang baru, tapi total semua yang aku dan laki aku pakai masa hari sanding tu adalah baru iaitu termasuk veil, samping dan tengkolok. Kak Jan (owner butik) memang betul-betul berusaha cari warna baby pink yang aku nak tu. Yang lama kat badan aku tu cuma rantai yang laki (wah...tulis perkataan laki je...hilang dah panggilan En.Syg) aku pakai dan juga crown yang aku pakai juga termasuk kasut. Hahahha...maklumlah kasut sendiri kan. Manakala tudung yang aku pakai tu adalah tudung design aku sendiri. Nanti kalau rajin aku buat review pasal tudung pula ok.

Untuk pelamin pula, masa mula-mula booking tu aku just minta pelamin satu panel je bentuk omega. Tapi sebulan dua sebelum kenduri aku tu Kak Jan ada update satu pelamin yang dia ada buat kat satu dewan tu. Aku berkenan sangat kat design tu. Pelamin 3 panel..memang la suit dengan konsep kenduri kat dewan kan. Tapi memandangkan kalau aku request pelamin 3 panel tu nanti kos mungkin meningkat, so aku diamkan aje la. Tetiba Kak Jan offer aku pelamin design 3 panel tu kat aku dengan harga yang sama. Wah....macam orang mengantuk disorongkan bantal. Of course la aku setuju. Sesuai la dengan konsep yang aku nak...English style. Hahahha....(perasan)
Aku snap gambar pelamin ni malam sebelum kenduri. Famili in law pun cakap cantik pelamin ni, sampai diorang nak rasmikan dulu sebelum aku bersanding. Baiklah makcik dan pakcik ku, aku snap aje la gambar tu. See...pelamin aku simple je...takde la grand sangat pun. Sesuai la dengan budget yang keluar dari poket aku. Lagipun pelamin ni just suka-suka je untuk ambil gambar. Lagi satu yang best bila aku request red carpet, Kak Jan siap letak bunga diri kiri kanan sepanjang red carpet tu dari pintu gerbang ke pelamin. Best sangat, sebab bunga kiri kanan tu sebetulnya aku tak request pun, tapi Kak Jan letak. 

Nak letak gambar meja makan aku tak snap la pula. Tunggu kot-kot ada gambar dari OP. Tapi kalau takde aku just nak bagi tau, meja makan pun design dia simple je, tapi aku suka. Maklumlah...aku rasa aku ni manusia simple so tak suka la crowded sangat sampai sakit mata dan kepala otak aku.

Owh...ade ke sesiapa yang berminat nak dapatkan perkhidmatan dari Butik Pengantin Nur Kaseh ni, boleh la pm Kak Jan di Facebook beliau: FB Butik Pengantin Nur Kaseh. Tapi kalau area Bagan Serai tu memang dialu-alukan sangat la. Senang berurusan dengan Kak Jan ni, janji jangan melampau sangat. Yelah...as customer kita memang always right, tapi kena la ada konsep tolak ansur, barulah ada win win situation. Kak Jan nak buat pun senang hati, kita as pelanggan pun akan puas hati juga.

Lokasi Butik Pengantin Nur Kaseh ni adalah di Taman Serai Permai, Matang Gerdu, Bagan Serai, Perak. Dari area Bagan Serai tu ambil simpang ke Kuala Kurau. Lebih kurang 200 meter dari Masjid Matang Gerdu akan ada satu taman perumahan, so itulah Taman Serai Permai. Kalau terlajak sikit akan jumpa Kolej Vokasional Kerian, so itu maknanya korang kena patah balik la kan. Hahahha...

So kepada pengantin budget macam aku yang nak bergaya di hari bersejarah korang tu, boleh la jenguk-jenguk kat butik ni sebab design baju yang ada sangat up to date dan harga pula sangat berpatutan. Serius...ini pendapat aku ye as customer yang dah 2 kali berurusan dengan Kak Jan (1st time masa adik aku kahwin dulu).

Tuesday, February 18, 2014

Ladang Nipah Kipli Kuala Sanglang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:39:00 PM 3 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sabtu lepas famili in law ajak gi makan kenduri ke Felcra Lubuk Sireh kat Padang Besar. Sampai sana dah dekat-dekat pukul 3, memang tengah orang ramai. Tengok lauk pauk pun semakin kurang. Jadinya aku cuma makan sedikit je walaupun perut tengah dok berkeroncong bagai. Rupa-rupanya ayam goreng tengah digoreng kat belakang rumah (second round goreng kot). Melepas la pula nak makan ayam goreng panas-panas.
Selalu aku yang jadi supir, sekarang ni dah ada supir baru so boleh la selfie bagai. (besar pula hidung aku...hahhaha)

Habis kenduri tu sempat la jalan-jalan ke Padang Besar sekejap beli ikan bilis untuk mak. Nama je duduk Perlis, tapi nak pergi Padang Besar ni once in the blue moon ok. Balik dari Padang Besar tu En.Syg tanya nak gi mana lagi. Aku ni pula rasa bosan nak balik rumah. So ajak En.Syg pergi rumah makcik dia kat Jejawi tu. Lagi pula makcik En.Syg pernah bagi tau nak ajak gi ladang nipah kat Kuala Sanglang.

Lepas Asar kitorang pun gerak ke Kuala Sanglang nak cari ladang nipah yang dimaksudkan. Ladang Nipah Kipli ni rupanya dah banyak kali keluar tv dan akhbar. Tu pasal makcik En.Syg ni teringin sangat nak pergi. Lokasi ladang ni senang je. Kalau dari Kangar tu, sebelum sampai ke pintu gerbang sempadan Perlis-Kedah ada satu simpang ke kanan menghala kearah Kuala Sanglang. Atas sikit daripada Balai Polis Kuala Sanglang tu dan sebelum sampai Pekan Kuala Sanglang tu ada signboard Ladang Nipah Kipli menghala kearah kanan, masuk je jalan tu lebih kurang 200 meter macam tu sampai la.
Make sure jumpa signboard ni, so confirm dah sampai la tu.

Kat Ladang Nipah Kipli ni sebenarnya ada gerai yang dibuka untuk pengunjung menikmati air nira nipah. Selain tu pengunjung juga boleh la melayan perasaan sambil makan laksa, ABC, laicikang, bihun sup dan lain-lain lagi. Harga satu jug nira nipah (lebih kurang 1 liter) adalah RM6 sahaja. 
Dah sampai kita bergambar dulu dengan makcik dan sepupu En.Syg.

Suasana kat ladnag nipah ni memang best. Kebetulan pula sekarang ni tengah musim angin timur kat Perlis, dan of course musim kemarau, so kawasan pokok nipah ni memang tengah kering kontang la dan sejuk je. Lagi-lagi pula kalau sambil minum air nira nipah atau ABC atau laicikang...perghh..memang tenang je rasanya.
Konsep urus niaga ni adalah layan diri. Ko takdenye sampai-sampai terus duduk dan budget ada budak pelayan datang amik order. Nak duduk pun susah sebab pergi time cuti Sabtu Ahad...orang ramai. Itu pun nasib baik la tak lama mana berdiri ada satu meja kosong. Jadi dapatlah kami semua duduk ramai-ramai.
Saje je snap dari celah-celah pokok nipah ni. Tapi sebenarnya kami duduk kat bahagian luar daripada kawasan nipah ni. Kalau nak ikutkan bahagian dalam lagi best siap ada pondok lagi.
Nampak tak meja kerusi dan pondok kat bahagian dalam ni. Time kering-kering ni takde la nampak becak sangat.
Lepas habis makan aku dan En.Syg ambil kesempatan nak explore kawasan ni. Saje nak tengok-tengok sementara dah datang dari jauh ni.
Meriah tak meja kami dengan laicikang. Panas-panas ni bila dapat minum laicikang memang heaven. Tapi nak dapat laicikang ni jenuh juga la menunggu. Customer punya la ramai. Kesian juga kat akak pekerja tu nak siapkan order pelanggan. Dah la kawasan gerai tu cam sempit je. Next time owner ladang nipah ni memang kena besarkan sikit kawasan gerai tu supaya pengunjung selesa dan tak berasak-asak.
Bila dah berlaki ni best sikit la sebab dah ada tukang ambil gambar. Hahahah....kalau tak takdenye nak ada gambar sendiri dalam hp ni. Hihihihi....

Lupa nak mention, Ladang Nipah Kipli ni dibuka dari jam 11 pagi sehingga 7 petang. Buka setiap hari ke atau tak....lupa pula aku. Tapi yang confirm hari Sabtu dia buka la. Hahahhaah. Sebab aku gi kat sini hari Sabtu kan. Tapi serius cakap air nira kat ladang nipah ni tak leh nak lawan air nira nipah paklong En.Syg yang aku minum masa kenduri kat Perlis hari tu. Sedap dan fresh lagi, terkenang-kenang sampai sekarang.
Dah nama tempat pun Kuala Sanglang. Haruslah lokasinya dia kawasan kuala sungai yang berdekatan dengan laut. Balik daripada ladang nipah tu kami lalu jalan tepi laut, so nampaklah kelibat sunset yang sangat cantik. Subhanallah. Bila En.Syg slowkan kereta, aku pun sempatlah snap gambar matahari jatuh tu dengan hp je. Jadilah kan...dapat juga gambar sunset. Hahahahahhaha.....

Monday, February 17, 2014

Majlis Resepsi di Perak ~ 2 Februari 2014

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:56:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Gambar dari OP belum dapat lagi. So kat sini just share gambar yang ada daripada kamera adik ipar aku aje. Nanti kalau dah siap gambar dari OP, aku share lagi ye (itu pun kalau korang tak sampai nak muntah hijau ler). Mari kita layan cerita bergambar
Ini saudara mara sebelah mak aku. Terharu sangat sebab pakcik aku yang pakai kopiah putih ni sebenarnya tak sihat (sakit jantung). Tapi dia datang juga ke majlis aku ni. Kalau ikutkan dia tu jenis dah malas nak jalan jauh melainkan jika terpaksa ke IJN. Makcik aku yang pakai baju coklat tu pun sebenarnya tak sihat juga. Tapi gigih dia suruh suami dia belikan tongkat lepas dapat kad jemputan semata-mata nak datang kenduri aku ni. Terharu sangat kat diorang.

Ini sepupu-sepapat sebelah mak aku. 

Sempat bergambar dengan Paman Amat sekeluarga. 

Ni tak payah nak intro la ek...konpem la aku kan.

 
Full outfit display ni. Labuh gila kain baju aku tu. Bukan setakat labuh...berat juga. 7 meter kain...haaa...amik ko. Patutnya kena pakai heel 4 inci, tapi pakai heel 2 inci je. Jalan pun meleret. Dah nak sangat dress ala-ala Kate Middleton...haa...tahan aje la kan.

Saje nak letak lagi gambar suami isteri ni...keh keh keh. 

Ini sepupu aku lagi...dengan boipren dia...merangkap pengapit aku pada hari kejadian. Ada sesape nak cari pengapit, boleh la contact dengan sepupu aku tu.

Oppss...mereka ni bukan laki bini tau. Yang baju merah tu laki orang, yang baju biru tu bini orang. Tapi yang konpem diorang ni classmate aku since dari sekolah rendah sampai menengah. Thanks Amran dan Ida sebab sudi datang ke majlis aku ni. Lama betol tak jumpa dengan Ida. Dengan Amran last jumpa pun tahun 2009 kalau tak silap aku.

Yezza...yezza...yezzaaa...ni kawan-kawan sekolah rendah dan menengah aku juga. Ish cam berjanji je diorang ni datang pakai baju merah. Yang kat depan tu anak-anak diorang la. Thanks ye Milah, Jamiah, Rohaya, Lilly dan Rohana sebab sudi datang ke majlis aku ni. Macam reunion plak. Aku ingat aku yang kawin last-last ni takde kawan-kawan yang datang, rupanya ramai yang datang. Kawan aku si Rohana tu tokei butik Hanna Collection kat Kluang Johor, specialize in bridal outfit making. Baju dia semua cantik-cantik. Balik Perak sebab dia nak datang kenduri aku. Itu pun sempat dapat job buat baju kahwin dengan butik pengantin yang aku sewa ni. Rezeki-rezeki. Lilly pula pandai buat kek. Kalau tak sebab anak dia sakit, aku memang akan tempah kek dengan dia.

Yayyy... both besties yang sanggup turun dari JB untuk datang ke kenduri aku. Inilah bestie aku since dari USM dulu. Walaupun kami berlainan kos tapi bilik tv dah mempertemukan kami bertiga. Thanks ye Yani and Rafe. Lepas ni just tunggu turn Rafe pula. Aku akan doakan ko ditemukan jodoh dengan lelaki yang beriman. Untuk Yani pula, semoga jodoh ko kekal dunia dan akhirat. Lepas ni kita boleh sambung balik aktiviti cuti-cuti Malaysia kita yang dah tertangguh ni. Next trip nak gi mana?

 
Paling terharu geng-geng opis dari Perlis. Sampai juga korang ke majlis aku ek. Aku ingatkan takde yang sudi nak datang ke Perak. Tapi bila dapat tau depa datang, aku jadi hepi sangat-sangat. Bukan calang-calang yang datang, Bos aku ni. Kalau tak sebab aku ni adalah pengantin, nak je aku lompat-lompat sambil tepuk tangan.

Tak payah nak intro...ni adik-adik aku ni.

My Grandnanny sebelah ayah

Famili abang (merah) dan adik aku Ismail (biru)

Famili abang cak (kalau tulis abg je nanti macam-macam maksud yang keluar)

Oleh sebab semua gambar ni daripada kamera dedi Darrien, so haruslah gambar budak Darrien ni sangat banyak dalam kamera. Jadi kita tempek juga gambar si kecik ni sebagai penyeri. Heheheh....

Famili Mail

Famili Jimah.

Aku dah kata, budak Darrien ni memang curious dengan bunga tangan aku. Pantang disua je, terus menyambar. Jangan jadi mat bunga sudahlah bila besar nanti ye Darrien...

Pengantin lama ni. Dulu pun Jimah sanding kat dewan ni juga. Guna khidmat butik pengantin yang sama juga. Tapi kali ni diorang sanding dengan budak kecik Darrien yang sangat keletah ni. Comey je gaya Darrien ni bila nak snap gambar.

Ni pengantin setahun yang lalu...dah setahun ke...eh belum lagi. Bulan 6 ni baru cukup setahun. So masih lagi pengantin baru la.

 
Ni tak payah cakap. Pengantin 10 tahun yang dulu. See....jauh beno jarak masa kenduri aku dengan kenduri abang aku ni. Kalau nak diikutkan tu aku anak no 2 yang beza umur setahun je dengan abang aku ni. Tapi percayalah lepas ni mak aku kena tunggu lagi 5 hingga 10 tahun kot baru la ada kenduri lagi.

Ape motif ntah abang aku ni. Mentang-mentang la pelamin tu tak runtuh, suka pula dia nak posing.

Yang tiga orang ni adik-adik aku. Still belajar tapi taktau bila nak habis. So antara diorang bertiga ni yang mana dulu yang gatal nak kahwin...kita tunggu aje la ek.

Nak letak gambar suasana majlis tapi takde gambar yang sesuai. So letak gambar orang kuat majlis aje la ek....iaitu adik beradik aku la. Hahahah....time kenduri diorang ni dulu (kecuali kenduri mail) aku la event manager cum stage manager cum promoter cum tukang angkat semua bagai....time kenduri aku ni turn diorang la plak ek. Itu pun last-last dah habis kenduri pengantin juga yang kena join angkut barang-barang balik dari dewan ke rumah. Yang pengantin-pengantin lama tu semua dah hilang daulat. Yang belum jadi pengantin tu pula sebab daulat fresh lagi kena la bantu sampai habis. 

Friday, February 14, 2014

Solemnization: The Moments From Miss To Mrs

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:45:00 AM 8 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Biarkan gambar yang berbicara
Penyerahan wakil wali kepada tok kadi

tok kadi 

En.Syg

Bodyguard aku

Aksi Darrien bila tengok hb aku

muka aje tenang, dalam hati siapa yang tau kan.

Kat belakang, pengantin tergedik bergambar.

Keras je posing

Nak control tapi tak boleh

Ijab dan Qabul

Sah Sah Sah

Alhamdulillah

Doa selepas nikah

Amin

Lafaz Taklik

Mas kahwin dan hadiah daripada En.Syg

Sesi bergambar di rumah

Me

Posing Gedik (konon la)

Keras je cara berposing aku ni.

Aksi kaku kayu aku (geli pula nak tengok). Hahahaha

Pemberian mas kahwin

Seutas rantai tangan, request by me

Sesi batal air sembahyang

Time ni En. Syg tengah berusaha nak pasangkan rantai tangan.

Salam untuk kali yang pertama

Aku tengah tahan gelak time ni

Ini pun control gelak

Ciuman kasih dari En. Syg...auuwww.....

Posing

Posing

Posing

Tamat

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea