Friday, March 28, 2014

Rumput Dah Hilang...Bunga Bila Nak Tumbuh?

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:40:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat semua. 

Sambil-sambil aku print untuk buat filing ni, ambil kesempatan la nak update blog. Asik cerita perihal dalam rumah je, kali ni nak tunjuk progess luar rumah pula.

Alhamdulillah...berkat kerajinan En.Syg, laman rumah aku dah bersih sikit daripada rumput. (Thanks ye abg). Kalau nak harapkan aku....tunggu aku betul-betul ada mood rajin barulah kot nak buang rumput. Actually dulu masa bujang dulu rajin juga merumput kat luar tu. Mana-mana rumput yang boleh dicabut buang aku cabut la. Masa tu takde cangkul pun. Tapi masa merumput tu time tu musim hujan, tanah lembut je. So time tu nampak kemas la sikit laman rumah tu.
Masa pun berlalu....

Lama-lama rumput pun bermaharaja lela. Time ni aku dah tak kuasa nak merumput dah. Dengan sibuk nak kahwinnye....dengan sibuk kejenye...dengan sibuk nak markingnye...lepas tu pula musim kemarau...tanah keras macam batu. Lagilah mood nak merumput tu ke laut.

Last weekend...En.Syg bertukar wajah jadi Hang Cangkul. Semangat ooo laki aku. Petang cangkul..malam cangkul...Bersih terus. Dalam hati...wah bangga gila..rumah pun dah bersih. Tak sabar nak tanam bunga dan tanam rumput karpet. Tapi tak boleh nak buat ape2 lagi....sekarang ni kat Perlis tengah musim kemarau lagi. Panas je. Tanah pun keras. Tunggu ada hujan baru boleh start nak berkebun.

Thursday, March 27, 2014

Ruang Membaca

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:55:00 AM 13 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Bila En.Syg bagi idea supaya rak buku dari dalam bilik dibawa keluar dan diletakkan diruang tamu. Aku rasa macam sedikit skeptikal sebenarnya. Yelah....pada imaginasi aku nanti nampak macam serabut. Tapi aku cool, aku just bagi syarat kalau nak ubah En.Syg kene punggah semua buku kat rak tu dan bawa keluar sebab aku malas nak buat. En.Syg ni satu je perangai dia, kalau dia nak satu benda tu, dia akan buat bersungguh-sungguh. Lagi-lagi kalau time tu aku tengah sibuk siapkan keje (buat keje sampai ke rumah) dan dia pula tengah kebosanan...lagi cepat dia buat.

Bila aku tengok En.Syg dah angkut rak dan buku ke luar...aku pula rasa teruja nak tolong menyusun. Hahaha....over tak aku. Tetiba je..."bling...bling" idea dekorasi pun keluar. Keje yang tak siap tu tolak tepi. Maka aku pun dengan bantuan En.Syg ape lagi...ubah sofa ke kanan....tolak sofa ke kiri. Lepas tu cepat-cepat keluarkan benda-benda yang boleh dijadikan bahan untuk deko. Teruja aku tetiba rasa ada satu perubahan kat ruang tamu rumah aku tu.

Dan hasilnya.....lihatlah...(hahahha...ayat tak boleh blah)
Ini pula antara koleksi buku yang ada kat rak ini. Ini baru separuh aje ni. Separuh lagi still diletakkan dekat rak yang kat dalam bilik. (baca sini ye)
Bila dah siap menyusun semua bagai, aku sendiri yang rasa teruja dan rasa best pula. Over tak aku. Keh keh keh. Tu atas meja tu sebenarnya adalah lampu labu sayung yang kawan aku hadiahkan masa aku kahwin dulu. Bila aku teruja nak pasang, tetiba lampu tak menyala. So ape lagi, En.Syg pun tanggalkan la kabel tu untuk dia baiki, tapi tak siap pun lagi. Jadi aku letak la kat atas meja tu. Plan aku, aku nak spray labu sayung tu dengan kaler marah. Baru naik seri sikit. Sama juga macam bunga tu. Tu bunga lama tu. Aku ingat nak cari bunga lain la yang kaler merah. Baru nampak cantik. Betul tak?
Ini pandangan daripada ruang makan aku. Masa tengah kemas ni rasa macam best dan cantik je rumah aku ni (ayat perasan ni). Lantai pun putih berkilat. Tunggu la sikit masa lagi kalau tengah malas atau tengah sibuk dengan kerja, lantai pun dah sama kaler kelabu dengan sofa sebab habuk banyak sangat. Hahahahhahah

Almari Kasut Di Ruang Makan?!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:43:00 AM 8 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Hari tu ada buat entri teaser je. Tapi hari ni baru nak cerita lebih sikit. 

Inilah sebenarnya yang aku nak tunjukkan tu...
Iye...hanyalah almari biasa je. Lagi jujur...ini almari kasut sebenarnya. Dulu bawah frame ni takde ape nak letak. Kosong sekosong kosongnya. Memang plan aku nak letak something (sebenarnya macam nak letak console table). Tapi bila aku suarakan kat En.Syg yang aku nak beli meja console, dia bagitau dia prefer letak kabinet hiasan je, sebab boleh buat simpan barang. Bila fikir balik cadangan En.Syg tu....ada betul juga kan.

So, aku decide nak beli almari kasut je untuk letak kat ruangan ni. Lagi semangat aku nak beli almari ni sebab dah sakit mata tengok hadiah kahwin aku yang takde tempat nak letak. Kenapa aku nak beli almari kasut, bukan almari hiasan? Sebab murah, simple dan sesuai dengan imaginasi deko yang ada dalam kepala hotak aku ni. Konon aje la kan.
Hahaha...simpan terus dengan kotak-kotak. Plan aku nak susun elok-elok la semua hadiah tu. Ala bukan ape pun, set cawan je. Tapi belum berkesempatan lagi. Sibuk aje. Balik keje dah pancit. Kalau korang perasan ruang simpanan tu luaskan. Selalunya ruang simpanan untuk almari kasut ni kurang luas. Yelah...ngan-ngam nak letak kasut je pun. Hah...tunggu nanti aku dah susun cantik-cantik aku cerita la ek.

Bila dah ada almari tu, ape lagi...masa untuk mendeko-deko la. Labu sayung hitam tu dulu aku dah pernah stori kat sini dulu. Manakala labu sayung yang ada corak tu hadiah kahwin daripada kawan aku. Ngam-ngam kan. Ambil konsep dekorasi ala-ala atas meja console, so aku imagine yang almasi kasut aku tu adalah console table. Hahaha...kesin kan kat aku. Lepas tu sebab nak kasi naik seri sikit kat kawasan tu, aku letak la pasu bunga 3 biji. Kasi balance sikit...dah siap. Senangkan keje aku. Tapi laki aku pula bising cakap bila dah letak hiasan semua bagai macam mana nak letak barang (cth: kunci, beg, wallet). Alahai itu pula yang dia fikir. Tapi takpe...bini dia ni penuh dengan imaginasi deko yang hanya perlukan keizinan Agong je untuk direalisasikan. Hahahahaha....Ada agong warna warni banyak-banyak...semua itu setel.
Inilah pandangan ruang makan aku sekarang. Dah macam cacamarba dah kan. Ada kaler putih, kelabu dan coklat gelap. Sila abaikan keadaan atas meja yang bersepah itu. Masa ni aku tengah sibuk pulun marking skrip jawapan students. Penat-penat marking, tu yang snap gambar. Maklumlah masa ni rumah baru siap dikemas dan dimop. Hehehehe...

Wednesday, March 26, 2014

RIP: Takziah MH370

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:49:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Malam semalam hampir terjawablah teka-teki kehilangan MH370. Tiada apa yang mampu dibicarakan. Pernyataan ringkas tapi tegas yang dikeluarkan oleh PM menoktahkan segalanya. Lautan Hindi telah menjadi tempat bersemadinya MH370. Segala harapan keluarga khususnya dan rakyat Malaysia amnya hancur berkecai. Hanya linangan air mata mengiringi setiap patah perkataan dari PM.
Jauh perjalanan MH370 yang sepatutnya hanya melintasi Laut China Selatan untuk ke Beijing, tetapi berpatah balik dan terus melencong ke Laut Andaman dan seterusnya Lautan Hindi di selatan bumi. Pelik bukan. Tapi itulah kehendak Yang Maha Esa.

Sebagai seorang Islam, kita patut menerima ini sebagai qada dan qadar. Ini bukan takdir kerana aku percaya seluruh krew MH370 berusaha untuk mengelakkan tragedi ini. Ini juga bukan takdir kerana aku percaya krew teknikal juga telah berusaha memastikan MH370 berada dalam keadaan yang baik. Ini juga bukan takdir kerana pihak MAS juga telah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para penumpangnya. Ini adalah qada dan qadar dari Allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia mengapa kejadian ini berlaku. 

Kita fikir secara positif. Lupakan seketika anutan politik kita yang berbeza. Lupakan seketika taraf dan darjat kita dibumi Allah ini. Kita bersatu sebagai Rakyat Malaysia. Memberi sokongan kepada seluruh ahli keluarga penumpang dan krew MH370. Memberi sokongan kepada Kerajaan Malaysia untuk terus menyelesaikan misteri MH370 ini. Memberi sokongan kepada seluruh warga kerja MAS untuk terus berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik. Dan memberikan sokongan kepada diri kita sendiri untuk percaya bahawa ini adalah kuasa Allah.

Setiap kejadian ada hikmahnya. Betapa kita menyayangi mereka, tetapi mereka bukan milik kita. Mereka milik Allah dan Allah menghendaki mereka kembali kepada yang berhak kerana Allah lebih menyayangi mereka.

Al Fatihah untuk mangsa MH370 yang beragama Islam dan ucapan takziah untuk mangsa yang bukan Islam. Semoga anda terus tabah dan redha melepaskan mereka yang tersayang. 
MH370...terima kasih atas perkhidmatan anda selama lebih 10 tahun ini. Selamat malam MH370. Bersemadilah anda dengan tenang di dunia sana.

#Gambar diambil daripada FB kawan-kawan

Sunday, March 23, 2014

Teaser

masa minum teh ~*irjune*~ pada 7:19:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Teaser aje ni. Full text next time ye.


Send from my Windows Phone

Tuesday, March 18, 2014

Review: Hadiah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:51:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini sebahagian hadiah yang aku dapat masa kenduri bulan lepas. Yang sebahagian lagi dah siap disimpan dalam kabinet dah (dah snap gambar tapi terdelete). Hadiah takde la banyak sangat tapi boleh pening kepala juga la kat aku untuk menyimpan. Hadiah aku ni banyak dapat tea set dan juga set cadar. Cadar banyak dapat sampai 7. Itu pun 2 set aku tinggal kat Perak, satu set letak kat rumah mentua dan lagi 4 set...hehhehe...aku la yang guna. Selain tu...ahahaha...aku dapat juga buku resepi untuk makanan dessert/pencuci mulut. Kepada semua pemberi hadiah, thanks banyak-banyak ye. Aku sangat menghargai setiap hadiah korang-korang itu. Hadiah-hadiah korang ni bukan setakat untuk meraikan majlis kahwin aku je tapi sebagai tanda persahabatan kita dari kecil sampai ke besar. Muaaahhh...love uolllsss...

Review: Goodie Bag

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:44:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Ada sesape yang tengah tunggu entry pasal susunatur ke? Sorilah geng, aku tak sempat nak snap-copy-edit gambar-gambar pasal susunatur untuk di 'up' kan sebagai entri. Nanti aku 'up' ok entri baru pasal susunatur. Sebelum tu kita buat flash back pasal goodie bag majlis kenduri aku awal Februari hari tu.

Untuk goodie bag ni aku dah ready untuk 2 bahagian. Satu bahagian untuk kenduri doa selamat dan marhaban yang diadakan pada waktu malam selepas majlis akad nikah aku. Dan satu bahagian lagi untuk majlis kenduri pada keesokkan harinya pula.

Untuk kenduri doa selamat, mak aku minta aku sediakan at least 50 goodie bag untuk diberikan kepada kumpulan marhaban. Pening juga la aku nak sediakan 50 bag tu sebab aku tak tau nak letak ape. Kalau nak letak souvenir yang sama macam souvenir kenduri nanti tak best pula. Fikir punya fikir sambil google dalam internet dan buat blogwalking kat blog-blog lain. So aku decided nak letak tasbih aje as souvenir. Tasbih ni aku beli kat Mydin Alor Star aje pun. Lepas tu nak kasi nampak cantik dan lawa, aku ikat dengan riben. 
Tapi bila dah siap semua dah rasa macam kosong aje. So masa aku jalan-jalan area Kangar ni aku masuk dalam satu kedai bunga ni dan jumpa souvenir plat gantung 'Allah Muhammad'. Nampak macam menarik dan comey. Harga pun berpatutan untuk 25 keping dalam satu paket. So aku rembat aje la. Ups!!...lupa..plat gantung ni aku lupa nak snap. Sori ye geng.

Tasbih aku ni aku beli paper bag macam angpau duit raya tu. Kaler pink. So nampak la kemas sikit kan bila nak letak dalam goodie bag tu.
Itu cerita pasal goodie bag untuk kenduri doa selamat. Untuk kenduri resepsi pada keesokkan harinya, aku dah sediakan 1000 goodie bag untuk para jemputan. Kali ni awal-awal aku dah plan nak letak something yang mencerminkan negeri kelahiran aku. Ape lagi kalau bukan labu sayung. Bangga beb jadi orang Perak ni. Untuk merealisasikan impian ni, gigih aku drive pergi beli sampai kat pusat pembuatan labu sayung di negeri Perak, kat mana lagi kalau bukan kat Sayung, Perak. Alaa..bukan jauh sangat pun nak gi sampai Kuala Kangsar dan terus ke Sayung. Kalau nak highway dari Tol Bukit Merah sampai Tol Kuala Kangsar tu just 45 minit je. Kalau ikut jalan dalam jauh sikit la..lebih kurang sejam lebih. 
Labu sayung ni aku tak beli banyak pun, sebab mahal sikit. Ini beli sebab nak bagi kat rombongan dari Perlis dan selebihnya untuk kawan-kawan aku la. Jadi untuk top up souvenir untuk bagi kat tetamu-tetamu yang lain, aku beli pasu tanah liat bentuk silinder.
Pasu tanah liat ni murah. RM1 je untuk sebiji pasu. So aku borong banyak sikit. Ini untuk tetamu-tetamu yang datang tak kira jauh atau dekat. Tapi itu pun macam tak cukup je. So aku tambah dengan beli kipas kain lagi 200 unit. Beli banyak-banyak dapat harga murah, so borong aje la. Tapi sayang, aku lupa nak snap kipas tu. Beli kat Kangar aje pun.
Selain pasu-pasu ni dan juga kipas, mak aku tambah lagi dalam goodie bag tu buah epal, kuih bahulu dan kuih peneram. Memang meriah la goodie bag aku tu (pada aku la), sebab plan aku nak letak pasu ngan epal je. 
Hahaha...jangan tak tau, sebab nak jimat budget punya pasal, semua souvenir ni aku letak dalam brown paper bag aje pun. Ala paper bag yang orang isi pisang goreng tu. Nampak tak yang paper bag ada riben biru, hijau dan kuning tu, itulah kipas yang aku cakap tu. Alaa....skrg ni kan trend goodie bag guna paper bag aje pun. Jimat sikit. Kalau tetamu nak buang tepi jalan pun aku tak ralat sebab beli pun murah je. Hahahha...

Nasihat aku kat b2b diluar sana tu, kalau kita boleh nak berjimat, kita jimat. Kalau dah boleh jimat, mungkin boleh guna duit yang lebih tu kat perkara lain pula. Lagipun hari kahwin ni hari kita as pengantin, so kena pandai-pandai budget la mana yang kita nak lebih guna duit dan mana yang kita boleh jimat duit. So semua perbelanjaan still under control dan within budget yang telah kita tetapkan.

Tak gitu?

Monday, March 17, 2014

Monday Blues

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:09:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

HAI....APA KHABAR?

Jom pi sambung keje....Hahahaha

Tuesday, March 11, 2014

Review: Majlis Bertandang Di Perlis (9 Feb 2014)

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:32:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Tup tap tup tap...dah sebulan rupenye aku jadi isteri En. Syg. Kejap aje kan. Alhamdulillah....so far aku dah boleh adapt dengan kehidupan baru ni. Kadang-kadang tu bila dah leka dengan keje dan time bergosip dengan kawan-kawan sambil gelak kuat-kuat, lupa juga yang kita ni dah jadi bini orang. Ingatkan dok bujang lagi. Hahaha...sib baik nampak inai still merah lagi...so dapat la cepat-cepat sedar diri. Kalo tak....menonong ingat diri ni dok bujang trang tang tang lagi. Kah kah kah kah kah....
Kali ni nak buat review sikit pasal majlis menyambut menantu kat rumah En.Syg pula. Majlis ni dibuat seminggu selepas majlis kat Perak. Majlis simple aje pun. Tapi dalam simple-simple tu pelamin tetap ado. Hahaha...

Citer pasal pelamin ni. Plan asal memang takde nak pelamin bagai. Yang ada cuma meja makan beradap yang termasuk dalam pakej katering je. Tapi FIL pula teruja nak tengok anak teruna dia tu bersanding. Maka last minit dah ni, diorang gi booking pelamin. Kami laki bini tak mampu nak kata apa-apa sebab FIL dah bagitau setuju or not dia nak juga buat pelamin. Fully sponsored by FIL.
Tema warna kat Perlis ni pillihan aku sebenarnya. See...belum apa-apa aku dah guna kuasa queen control dah kan. Keh keh keh. Takde lah pun. Birukan sinonim dengan imej lelaki. So aku decide la nak guna warna ni dengan persutujuan En.Syg juga. Lagi pun aku kan suka warna biru. Jadi seboleh yang mungkin aku nak juga warna ni muncul dalam majlis aku. Nak cari warna biru yang sesuai pun bukan senang. Kulit kami ni kan kategori berwarna sikit. So padanan warna haruslah sesuai. So warna apa lagi yang sesuai dengan biru kalau bukan silver atau grey. Baru matchingkan. Hahahah...panjang pula explanantion aku ni.

(p/s: citer sebenarnya, aku memang berangan-angan pasal warna tema ni lama dah. Dalam angan-angan mat jenin aku tu, aku nak tema sebelah aku warna pink krim dan sebelah lelaki warna biru.)
Baju pengantin kami hak milik kami sendiri. Warna tiffani blue. Ingat tak lagi aku pernah buat entry pasal songket dan satin dan juga pasal design baju ni kat sini (sila klik). Yang disewa hanyalah aksesori-aksesori sahaja seperti samping, keris kontot, rantai, tanjak dan veil. Fuh...nasib baik juga tau sebab veil yang disewa tu matching dengan warna baju. Owh...tudung grey tu pun hak milik aku sendiri juga. Aku diy semula tudung halfmoon yang aku beli masa nak bertunang dulu tapi tak jadi nak pakai. Letak lace letak manik....siap.
Mekap aku ni free aje. Sebabnya sepupu En.Syg yang tolong mekapkan. Memang puas hati juga la dengan mekap ni. Muka aku pun takde la berubah sangat bila lepas mekap tu. Dia punya mekap kat mata tu buat mata aku jadi lagi bulat. Hahahaha...Ada sesape ke yang berminat nak dapatkan perkhidmatan sepupu En.Syg ni untuk mekap?

Oklah malas nak sembang panjang-panjang dah. Aku tepek la 2 3 keping gambar lagi habuan korang semua muntah hijau.
Tengok gambar ni terasa flawless gila kulit muka tu, tapi realitinya....muka macam permukaan bulan.
Aksi mengada-ngada ni kak ipar En.Syg punya idea, lepas tu sporting pula laki aku berposing
Gaya skema atas pelamin ni memang wajib ada, kalo tak bukan bersanding la namanya.
Ini pun idea kak ipar En.Syg yang konon-konon nak bagi nampak efek bulu mata pelesu tu la kononnya.
Aksi mengada-ngada no 2. 
Tema biru + silver (kelabu)
Bergambar dengan adik-beradik En.Syg. See...laki aku je yang gelap sikit, tapi takpe janji sekufu ngan aku.
Ini pula bergambar dengan MIL, SIL dan biras-biras ku.

Monday, March 10, 2014

MH370

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:51:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Jaja Anislan's photo.
Telah masuk hari yang ketiga. Tapi petunjuk masih tidak mencukupi. Misteri.

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga penumpang dan kru penerbangan MH370 KL-Beijing. Walaupun tiada satu pun ahli keluarga aku didalam pesawat tersebut, tapi hati aku tetap pilu mengenangkan kesedihan anda semua.

Hanya doa yang mampu aku berikan. Semoga anda semua tabah menerima setiap dugaan yang datang. Ini semua ujian yang perlu kita tempuh.

Kawan-kawan, marilah kita semua berdoa kepada Allah. Moga dibukakan hijab kita semua. Agar dapat melihat dan mencari setiap petunjuk yang ada. 

Ya Allah
Jika mereka semua masih selamat dibawah jagaan-Mu, maka kembalikanlah mereka semua kepada keluarga yang ada di dunia fana Mu ini. Tetapi, jika Engkau mengkehendaki mereka kembali kepada Mu, bukakanlah hijab kami, dan tunjukkanlah kami dimana mereka berada supaya kami dapat sempurnakan jenazah mereka dengan hati yang lapang. Ya Allah, hanya Engkau yang maha berkuasa dilangit dan dibumi. Tiada satu kuasa yang dapat menandingi-Mu. Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongon. Bantulah kami hamba-Mu yang lemah ini.

Amin

Picture: Kredit from Jaja Anislan FB

Saturday, March 8, 2014

UK vs US

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:00:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

British and American English. Sama tapi tak serupa. Check it out...


Friday, March 7, 2014

Work 'n' Shop

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:20:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

To my dear husband (sebab tau dia adalah silent reader aku). Hehehehehe..

Ulcer Mulut

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:42:00 AM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Ulcer mulut atau kadang-kadang kita panggil pecah mulut selalu jadi especially kalau kita stress atau dalam musim panas atau kalau badan kita kekurangan air. Tapi kat aku ni lain. Selang 2 minggu mesti akan jadi ulcer ni walaupun aku rasa aku ni takde stress, bukan musim panas dan dah minum air mengalahkan unta. Kalau jadi ulcer tu bukan kecil-kecil punya saiz...beso ooo....nanges aku nak tahan sakit.

Kalau dulu bila jadi ulcer ni aku memang biar dia sembuh sendiri, tapi kalau dah kerap sangat jadi, lepas tu pulak saiz beso-beso, takde maknanya aku nak biar dia sembuh tanpa ubat. Jadi dalam simpanan aku dirumah dan juga selalu juga diusung dalam handbeg, mesti akan ada ubat ulcer ni. Namakan aje...ape jenis jenama ubat ulcer yang aku tak pernah pakai..bonjela, oral aid, oral paste..semua aku dah try. Tapi dalam banyak-banyak jenis ubat ni, aku memang surrender dengan bonjela...sakit ooo bila dah pakai, boleh sampai kuar air mata nak tahan pedih.

Sekarang ni mulut aku memang tengah ada ulcer. Jadi kat 2 tempat sekaligus. Satu kat bibir..satu lagi kat hujung gusi. Sakit...hanya Allah je yang tahu. So untuk kali ni aku beli 2 jenis ubat ulcer. Kenapa 2 jenis? Sebab farmasi yang mula-mula aku pergi beli tu takde jenis ubat yang aku nak. So sebab tak tahan sakit, aku beli la juga ubat ulcer yang ada kat farmasi tu. Esoknye baru aku gi farmasi lain untuk beli jenis ubat yang aku biasa pakai.
See...inilah ubat ulcer yang aku guna sekarang ni. Satu jenis losyen dan satu lagi jenis gel. Ubat ulcer yang aku selalu guna tu jenis losyen (sebelah kiri) tu la. Sebabnye ubat ni bagi kesan kebas kat ulcer tu especially kalau ulcer tu dah keluar mata, besar dan pedih. Yang oral aid jenis gel tu pula dia bagi kesan sejuk tapi pedih. Yang ni kalau pada aku la lagi sesuai untul ulcer yang baru nak jadi dan saiz masih kecil.

Sekaran ni En.Syg pun asik kena ulcer macam aku juga. Tapi dia prefer yang jenis gel tu sebab dia kata tak pedih sangat. Owhh...masing-masing punya kesankan, masing-masing punya citarasa.

Ape-ape pun, tengah musim panas dan kering ni yang penting kena utamakan kesihatan, minum air jangan lupa dan jangan selalu stress...ok.

Pesanan khidmat masyarakat ni daripada aku.

Thursday, March 6, 2014

Cara Aku Simpan Gelung Getah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:52:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Kalau kita beli nasi bungkus ke atau apa-apa jenis makanan bungkus kita mesti akan dapat gelung getah secara free kan. Hahahha...

Masa aku duduk rumah bujang ni dulu, gelung getah ni aku sangkut merata-rata je. Ada yang aku sangkut kat kepala paip sinki. Ada yang aku sangkut kat tempat sangkut cawan. Ada yang aku lempar-lempar je. Kira merata-rata la. Orang utara kata...ikut dannnn aje.

Tapi sekarang tidak lagi (aiceh...macam ayat iklan je). Masa nak pindah masuk rumah baru tu aku dah set nak susun rumah aku elok-elok. So ada la aku gi ke Daiso QB Mall, Penang tu dan ternampak satu benda comel ni. Rupanya tempat untuk sangkut gelung getah. Cantikkk. 

Inilah tempat sangkut gelung getah tu. Bentuk bunga ok. Comey je. Nak guna pun senang sebab dia pakai jenis pelekat vakum tu. So boleh je lekat kat dinding yang bertiles atau kat peti sejuk.  
So..meh share ramai-ramai cara korang simpan gelung getah ni pula. Macam mana ek?

Tuesday, March 4, 2014

Plat Unik

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:11:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Suratan atau kebetulan ni. 
Sumber: whatsapp group opis

Monday, March 3, 2014

Kegunaan S Hooks Di Rumah Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:00:00 PM 9 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Korang tau kan S hooks tu ape kan. Alaaa penyangkut bentuk huruf S tu. Tau kan.

So, ni nak tunjuk la kegunaan S hooks ni kat rumah aku. Antaranyanya...
Sangkut batang penyapu dan juga batang pengelap habuk tu. Rumah aku ni takde ruang untuk store, so aku sangkut penyapu tu kat tepi rak utiliti aku antara celah2 mesin basuh je.
tempat sangkut alatan menyukat untuk baking. Hahaha....macam biasa tetap disangkut di tepi rak utiliti juga.
Tempat sangkut papan pemotong kat tepi rak pinggan. Sebelum ni aku sangkut kat grill tingkap...tapi lepas ada rak pinggan baru, sangkut kat tepi rak sudah.
Sangkut rak rempah ikea. Sepatutnya rak rempah ni kene sangkut kat palang bulat, tapi palang bulat tu tak digerudi lekap kat dinding, so aku sangkut je kat grill tingkap guna S hooks ni. Lepas tu tempat letak pisau dan tudung bekas plastik lepas basuh.
Tempat sangkut bekas sudu,sudip,senduk dan garfu. Senang kalau sangkut ni, lepas basuh sudu, sudip dan senduk tu, air pun senang nak tos.
Last but not least, tempat sangkut penyodok sampah. Ni En.Syg punya idea ni. 

Korang ada idea lain tak untuk S hook ni? Boleh la share sama2. Aku ni nak jimat ruang je kejenye...so sangkut menyangkut adalah caranya. Tapi taknak la nampak serabut walaupun hanya sangkut menyangkut.

'Orang Baru' Di Dapur Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:18:00 AM 7 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Lama dah tak sembang pasal dapur. Kali ni nak bagitau kat dapur aku ada 'orang baru'. Ape lagi...rak pinggan la. Taraaaa.....
Rak pinggan ni En.Syg yang belikan. Dia cakap rak pinggan sedia ada yang aku dok letak pinggan lepas basuh tu tinggi sangat. Jadi dia cadangkan supaya beli rak pinggan untuk diletak di tepi sinki. Aku ok je janji dia yang belikan. Hahahahah.....
Tapi bila dah ada 'orang baru' ni kena la ada sedikit perubahan. 'Orang lama' kena la menerima hakikat itu. Jadi kesan yang paling ketara adalah dispenser air Bio Aura aku la. Kalau dulu lokasi bio aura tu sebelah sinki dengan tulisan bio aura tu mengadap ke depan, so sekarang dah terpaksa ditolak ke tepi dinding dengan tulisan pun mengadap dinding. Memang huduh betul bila bontot bio aura tu yang mengadap ke luar. Nasib baik periuk nasi dapat cover. Hehehehe....

Selain rak pinggan, ada lagi pertambahan ahli di dapur kecil aku ni. Inilah dia...taraaa....
Perasan tak...ada pertambahan satu lagi bekas bawang Tupperware. Dulu ada satu je, itu pun beli sendiri sempena nak masuk rumah baru. Lepas tu dapat lagi satu hadiah kahwin daripada kawan opis. Tq Kak Ida. So bila dah ada ahli baru, cara susunan pun kena ubah sikit je. Lagipun kali ni aku dah naikkan pangkat botol minyak tu terus atas kaunter. Sebelum ni botol minyak tu aku simpan kat kabinet bawah, tapi sebab dah malas nak menonggek bila nak amik botol minyak, so aku letak terus kat atas. Tapi harus letak dalam bekas putih tu sebab nak elak kaunter tu terkena lelehan minyak pula.
Bila dah letak botol minyak dalam raga putih tu, bekas rempah yang dua botol tu terpaksa la dikeluarkan and diletakkan atas bekas bawang. Hah....bekas ikan bilis pun aku letak kat luar juga sebab malas nak ulang alik amik dari peti sejuk. Tapi nampak janggal sikit la sebab yang lain-lain penutup dia warna merah, tetiba bekas ikan bilik tu warna hiau. Tapi lantak la kan.
Yeah...kat dapur aku pun dah ada rak gantung. Rak ni dah lama dipasang oleh En.Syg sebelum kami kahwin dulu. Kat rak ni aku just letak bekas caserol dan bekas rebus telur je pun. Mula-mula tu nak letak dispenser bio aura tu la. Tapi aku risau kalau-kalau tak tahan pula. Nanti tak pasal-pasal reban pula rak tu. Tak ke naya je.
Yang lain-lain...masih dalam keadaan yang sama malah semakin bersepah pula rupenye. Alamak...sila abaikan kain lap dilantai tu ye. Itu kain untuk lap kaki dan lantai masa masak tu. Hehehe...
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea