Thursday, December 17, 2015

Karektor Berdasarkan Kasut

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:58:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Korang ni jenis wanita yang macam mana kalau tengok kat kasut yang korang suka pakai. Dulu masa bujang dulu aku suka pakai high heel...Kalau tengok kat gambar bawah ni ade 3 jenis high heel iaitu wedges (the one who love to eat), stilletto(the one who love to shop) dan high heel yg merah tu (the one who love to dance). Bila aku ingat balik...yela...masa bujang dulu aku suka makan, shopping dan berjalan-jalan (dance). Itu cerita kasut masa bujang.

Bila dah kahwin dan ada anak ni, aku suka pakai flat aje. Kalau rujuk gambar kasut flat menggambarkan seseorang yg happy dan positif. Yes...Alhamdulillah aku sangat happy dan positif dgn life aku sekarang. Dan aku harap aku akan sentiasa positif untuk masa yang akan datang. Insya Allah..

Wednesday, December 16, 2015

Selamat Ulang Tahun Yang Pertama Anakku...Umar Hayyan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:48:00 PM 1 uncang teh
Assalamualaikum wbt..

Tanggal 13/12/15 yg lepas, genap setahun dah umur hero aku..Umar Hayyan. Alhamdulillah...bersyukur sangat sebab dapat menjaga amanah Allah ni selama setahun ni. Moga-moga Allah izinkan lagi untuk terus menjaga dan mendidik amanah Allah ini sehingga ke akhir hayat.
Bersempena setahun umur Umar ni, maknanya sudah setahun juga aku mnyusukan Umar. Syukur sangat-sangat. Walaupun aku ibu bekerjaya, tapi hak Umar tetap aku berikan. Allah juga berikan rezeki air susu yang cukup untuk anak aku ni. Moga-moga air susu ini terus cukup sehingga umur Umar 2 tahun.
Dalam setahun membersarkan Umar banyak juga suka duka dan pengalaman baru yang aku perolehi. Pengalaman yang paling aku tak boleh lupa mestilah pengalaman semasa bersalinkan Umar setahun yang lalu. Bila kenang balik, terasa lawak pun ada juga sebab boleh aku gi marah misi ngan doktor. Hahahaha...Pengalaman lain of course la pengalaman tak cukup tidur. Aku ni pula jenis memang manusia yang kuat tidur, bila bersama Umar Hayyan ni, habis musnah habit tidur aku. Sekarang ni bukan kuantiti tidur yang aku cari tapi kualiti tidur yang aku nak. Selain tu pengalaman menyusukan Umar Hayyan memang merupakan pengalaman indah untuk aku. Selama 9 bulan selepas habis cuti bersalin aku mengangkut 2 beg besar ke pejabat iaitu 1 beg laptop dan 1 lagi beg alatan mengepam susu. Mula-mula tu rasa macam malas juga, tapi bila mengenangkan anak...aku gagahkan juga la mengusung 2 beg besar ni.
Umar Hayyan ni memang budak yang mudah dijaga. Mudah dengar kata tapi manja. Kadang-kadang tu ada juga dia jadi bebai sendiri...tapi bila dipujuk dia ok. Kalau aku ada buat silap dengan Umar, mudah je nak pujuk dia...peluk dia dan kata aku salah and minta maaf. Memang terus dia diam. Inilah psikologi kanak-kanakkan. Sebenarnya diorang tahu dan rasa apa yang kita rasa.
Melihat Umar membesar depan mata memang amat mengujakan aku. Setiap hari ada saje perkara baru yang Umar buat untuk kami tahu. Aku pula memang tak sabar nak tau apa yang perkembangan Umar. Jadinya setiap kali aku jemput Umar dari pengasuh, mesti aku tanya pasal Umar kat pengasuh. Walaupun aku bekerja, dan hantar Umar ke pengasuh, kalau boleh aku tak nak terlepas setiap perkembangan Umar.
Bila Umar tidur, aku mesti tenung ketenangan muka Umar, sambil berdoa yang baik-baik untuk Umar. Kadang-kadang aku tak sangka, baby aku yang dulu cuma berat 2.68kg dengan panjang cuma 50cm, dah semakin membesar rupanya. Kalau boleh aku nak aje freeze kan waktu pembesaran Umar, tapi mana bolehkan. Jadinya aku cuba menikmati sebaik mungkin setiap saat bersama Umar.
Dalam keseronokkan pasti akan ada pengalaman pahit. Pengalaman yang aku tak boleh lupa bila Umar demam dan kena sembelit. Ya Allah masa tu hati aku memang tak keruan. Bila Umar sembelit pula rasa diri aku pula yang bersalah sebab kurang perhatian untuk Umar. Alhamdulillah...Umar memang budak yang kuat semangat. Dengan kasih sayang ummi dan abi...Umar berjaya mengharungi masalah kesihatan dia.
Ape-ape pun aku memang tetap rasa bersalah dengan Umar Hayyan. Maafkan ummi ye sayang. Sebab ummi tak dapat bela dan mengasuh Umar setiap hari macam opah Umar jaga ummi dulu. Ummi tak mampu nak jadi surirumah sepenuh masa macam opah Umar akibat desakan kehidupan. Ummi kena bantu abi Umar dari segi ekonomi. Lagi pula banyak lagi hutang-hutang ummi yang perlu ummi langsaikan. Hanya pada waktu malam dan hari cuti saje Umar dapat bermanja dengan ummi. Umar nak tau, setiap kali ummi hantar Umar ke rumah pengasuh, hati ummi menangis di dalam. Ummi risau Umar akan lupakan ummi. Ummi risau umar akan lebihkan pengasuh dari ummi. Tapi Umar memang budak bijak. Umar cepat kenal ummi. Macam mana ummi sentiasa rindukan Umar, mcm tu juga Umar rindukan ummi. Keletihan ummi ketika bekerja hilang bila nampak senyuman Umar. Ummi suka bila Umar senyum. Ummi suka bila Umar membebel. Tapi kadang-kadang ummi jengkel juga kalau Umar buat nangis mengada-ngada tu. Hahahaha...
Ummi memang mendidik dan mengasuh Umar ikut cara opah. Alhamdulillah...dalam umur dah setahun ni, Umar bukan gajet baby. Bukan ummi tak tunjukk video dalam hp..tapi Umar memang kurang minat. Last-last yang Umar terkam bukan hp ummi, tapi hp abi yang kalau campak kat dinding pun tak pecah. Hahahaha...ye..ummi akan ajar Umar macam tu. Less gadget but more tu psikomotor activities. Bukan takde langsung gadget...ada..tapi dengan kawalan ummi. Dan kesannya...Alhamdulillah...Umar jenis budak yang senang tidur malam. Tak perlu la ummi nak berjaga sampai tengah malam sebab seawal pukul 9 malam je Umar dah ajak ummi tidur. Harapan ummi...semoga Umar akan kekal macam tu sehingga besar.
Sekarang ni Umar dah faham sikit-sikit arahan ummi. Bila ummi tanya kipas, Umar cepat mendongak ke siling cari kipas siling. Bila ummi tanya bird...Umar tau bird tu terbang kat langit. Bila tanya cat...Umar tunjuk kat kucing. Bila ummi ckp "choo choo"..Umar tau cari mainan keretapi Umar. Umar pun pandai geleng kepala kalau dah tak mau sesuatu, Umar dah pandai hulur kepala bila ummi cakap sayang, Umar pun dah pandai nak tutup pintu rumah...kadang-kadang kalau mood Umar baik, Umar salam dan cium tangan...kalau suruh bye-bye terus Umar lambai tangan. Umar memang budak bijak. Ummi bersyukur Allah amanahkan Umar kat ummi ngan abi. 
Insya Allah...ummi akan terus istiqamah untuk menjaga dan mendidik Umar. Umar amanah Allah yang tidak ternilai dalam hidup ummi dan abi. Ummi doakan agar Umar menjadi khalifah yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dan umat Muhammad yang sentiasa menyintai Baginda.
Umar Hayyan....ummi dan abi sentiasa menyayangi mu wahai anak...
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea