Wednesday, March 24, 2010

A new background and it's philosophy

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:52:00 PM 2 uncang teh
Tukar lagi...baru je tukar...hari ni tukar lagi.  Apa yang tukar2 ni?

Ni semua pasal background blog la. Entri tak banyak mana, glamer pun setakat lelong tepi jalan tak laku...tapi asyik tukar background. Ape...igt bila dah tukar ni boleh glamer ke?

Ye! aku baru je tukar background blog kepada warna purple. Masih lagi konsep minum teh tapi kali ni aku pilih theme background gambar 3 org wanita sedang lepak dan minum bersama. Signifikasi gambar ni boleh aku katakan mewakili aku dan kawan2 yg sedang melepak bersama.

Comel ke? (perasan kejap ye)...terima kasih pada kawan aku Cik Puan Rafe sbb sudi jadi tukang komen masa aku nak tukar background blog aku ni. 

Kenapa aku tukar? Sebab..seiring dengan peningkatan usia, pemilihan konsep baru ni merupakan terjemahan personaliti aku juga sebenarnya. Still interest to cartoon and something yang cute miut gitu tapi kali ni I try to avoid something yang nampak terlalu childish. Sekarang ni..biar comel tapi still elegan.

Ok...readers (ada ke?), please keep reading my blog as it is one of my philosophy of life.


Friday, March 19, 2010

Cendol punya pasal

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:03:00 AM 5 uncang teh
Hari ni dengan gigihnya aku berjaya juga habiskan sesi training softwaare baru di tempat keje aku. Selama 2 hari join ini training, aku rasa yang betul2 masuk dalam kepala otak aku cuma separuh aje kot. Sebabnye, aku memang tak boleh jalan hal2 berkaitan dengan programming ni. Jem!

Cuaca kat Perlis ni memang panas. Aku rasa suhu dah nak sama status dengan suhu gurun Sahara tu. Panas tahap cucuk2 kulit tu. Dengan lagi la kulit aku yg gelap ni...lagi la aku mudah nak serap suhu panas tu dan semakin gelap la aku di alam maya ini. Tgh musim panas2 ni kalau pekena cendol memang sedap. Nikmat memang tak terkata la. Tapi, makan cendol mana jalan kalau cuma lepak sorang2 aje. Jadinya masa sesi training masih ada lagi baki 2 3 jam nak habis, aku pun sms la sorang kawan aku merangkap jejaka idaman hati utk join sekali. Keh! keh! keh!...alasan je tu ajak makan cendol tu...sebenarnya nak jumpa manusia tu.

Jadinya, lepas janji terpatri, pukul 5.40 aku dah tercanguk tggu kawan aku tu kat kedai cendol glamer di Perlis, Fatin Corner. Lepas kawan aku sampai, time untuk order dan apa lagi....(sesi mengambil order bermula)

aku: dik, bagi cendol special satu ye.

pelayan: abang nak apa plak, makan?

kawan aku: nasi ayam dengan milo O panas satu.

pelayan: kak nak makan apa?

aku: takper la...nanti kalau nak makan order lain.

pelayan: haaa....kak diet ke?

aku: (blurrrr....)

kawan aku: (sengeh)

yeah...cendol special.....antara isi kandungannya ialah;
cendol + tapai + pulut + kacang merah + buah laici = sekarang aku tengah sakit tekak.

Ni la bahana makan cendol ada tapai....memang tak boleh blah la....sampai terlupa sekarang ni kat Perlis musim panas, dan akhirnya...aku sakit tekak.

Nota_jari: promosi Fatin corner masih lagi free dari aku untuk selama mana aku leh nak promote.

Wednesday, March 17, 2010

Cerita Serabut Aku (korang nak baca..baca la...kalau taknak baca aku pun tak heran)

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:06:00 AM 4 uncang teh
Sebenarnya plan aku malam ni nak study. Weekend ni aku ada test. Tapi lepas aku menatap wajah laptop aku ni, perasaan untuk aku nak update citer tu tersangatlah tinggi.

Mula2 sekali izinkan aku untuk menyumpah seranah berukben yg sedang aku gunakan ini. Kejap2 dc...kejap2 dc. Aku pun tak paham kenapa...kalau ikut teori signal yang aku belajar dulu, isyarat akan terpesong akibat dari gangguan angin, hujan atau sewaktu dengannya tapi masalahnya...bukan setakat salji...angin pun takde malam ni. Tu yang aku musykil tu. Mesti ada yang start nak tanya kenapa aku tak pakai TM streamyx ke ape ke kan. Yela..mostly sape2 yang pakai streamyx konpem akan kata...."dah tak dc dah". Tapi, dengan cara hidup aku yang macam org nomad ni (tiap2 minggu tidur dalam bas kalau kene turun gi kelas), pilihan berukben adalah keutamaan aku sbb boleh dibawa kemana sahaja. Macam beruk....yang boleh diusung ke hulu ke hilir naik basikal, dan bila diperlukan utk petik buah kelapa dah ready to work.

Minggu ni hidup aku sedikit kucar kacir. Bukan sebab oleh masalah keje atau masalah peribadi tapi......susah nak aku luahkan...jadi biarlah gambar di bawah ini yang berkata-kata.


(sila abaikan aksi ronggeng rokiah adik sepupu aku itu)

Ye...keadaan umah aku yang macam kena serangan puting beliung a.k.a tsunami a.k.a macam tongkang pecah inilah yg telah membuatkan kepala aku sedikit serabut. Tapi nak buat macam mana, inilah yg perlu aku harungi, hadapi dan tempuhi bila famili makcik aku a.k.a tuan rumah umah yang sedang aku tinggal ini pulang ke Perlis. Dengan keadaan rumah yang sangat2 kelam kabutnya dan juga kerenah2 4 org sepupu aku (anak makcik aku la) yang kecil2 lagi betul2 buat aku tensen. Korang cuba bayangkan, korang penat2 seharian bekerja di pejabat, nak balik umah nak tenangkan otak nak rehat jadi perlukan suasana umah yang selesa tapi tidak untuk minggu ini. Sempena seminggu cuti sekolah ini, inilah keadaan umah aku yg perlu aku tempuhi (dah la tv pun kene konker dengan sepupu...lagi la tensen).

Mari lupakan pasal keadaan rumah ku serabut ku pada minggu ini. Untuk sampai ketahap ini berukben aku sudah byk kali dc. Oooooo...masih belum mencecah pukul 12 tgh malam rupanya..patutla jiwa berukben ini tak stabil.

Siang tadi dapat reply msg dr kawan aku cik puan Yani yang keje kat Shah Alam. Doktor dapat kesan ada lagi cyst kat sebelah lagi ovarinye. Last week dia baru lepas operate buang cyst kat ovari yang satu lagi. Sebelah ovari dia kene buang sbb cyst tu dah bersiaz 6cm dan pecah masa nak dikeluarkan. Kawan aku ni belum kawin lagi (sama status dengan aku la), tapi ujian tuhan datang awal. Disebabkan masalah dia ni, dia tak boleh pregnant selama 3 tahun. Moga dia tabah menghadapi dugaan ini.

Dalam minggu ni juga sorang lagi kawan aku, cik puan Rafe mengadu pasal kejenye. Hmmmm....dia baru aje naik umo jadi 29 (happy birthday Rafe), tapi dugaan dia pun dasat gak. Hampir 2 bulan takde payment gaji. Kesian, hanya itu yang mampu aku kata. Aku nak bantu bg loan tanpa faedah pun skrg tgh bulan, aku pun tgh kering. Makan pun dah kene catu. Nasib baik esok dan lusa aku ada training software baru so boleh la jimat sikit time lunch tu (dengan harapan ada makan free masa training tu).

cik puan Yani dan cik puan Rafe masa gi Bukit Tinggi, Pahang valentime tahun lepas. Sori beb...aku upload gambat ni sbb aku rasa bangga dengan gambar yang aku edit sendiri ini.


Thursday, March 11, 2010

Mulut Laser vs Mulut Longkang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:37:00 AM 4 uncang teh
Kejam sangat ke ngan tajuk aku kali ni? Hahahha.....takde la kejam sangat berbanding apa yang aku nak taip kat bawah ni.

Pernah jumpa dengan manusia yang spesis mulut longkang ni. Ye la...macam longkang yang sangat kotor dan berbau busuk (memang ada longkang yg nampak bersih tapi ade ke longkang yang bau wangi?), macam tu la jugaknye spesis makhluk yg bermulut longkang ni.

Manusia yg tergolong dalam kumpulan mulut jenis ni kebanyakkannya adalah jenis yg nampak aje bermulut manis di depan kita, tapi Masya Allah...di belakang kita ade je isu yg dia nak hentam. Pada mereka, mereka inilah yg paling bagus, baik dan caring (ok kita tau kan tugas longkang mmg bagus sbb ia saliran air kotor), tapi itu cuma dusta semata....dan hanya lakonan semata-mata. Pada aku, manusia yg jenis mulut longkang ni adalah manusia yg jenis busuk hati. Ye la kalau dah mulut tu busuk ( lain kali kumur dengan colgate plax ye), konpem hatinya akan busuk. Mengata dan menokok tambah cerita di belakang adalah hobi mereka. Tapi peliknya, kalau ada org yg menegur mereka ini, tak boleh pulak ditegur. Bak kata satu sms yg pernah aku terima dari seorang "kawan" aku masa aku nak tegur dia satu masa dahulu ialah, " Hang sapa yang nak tegur aku".

Pernah jumpa org yg bermulut laser atau dalam bahasa inggeris di panggil outspoken? Tak payah nak gi cari jauh2, tukang kuar entri ini a.k.a owner blog ini iaitu aku pun jenis mulut laser gak. Yup! aku ngaku sometimes aku ni laser gak orgnye. Kalau jenis tak puas hati atau perlu tegakkan keadilan atau kene keluarkan pendapat aku cakap direct je. Kesian kat kawan2 aku yg selalu kene sound direct ngan aku. Tapi syukurlah kawan2 aku ni jenis paham dengan perangai aku, aku sound direct, kene balas direct gak kadang2 tu. Hehehhehe.....

Bak kata sifat laser itu sendiri yang sememangnya sangat2 la mahal dan susah untuk digunakan kerana susah nak handle (hanya digunakan untuk keperluan yang perlu saje), macam tu la juga dengan manusia yang spesis mulut laser ni. Bukannye selalu kene bermulut laser, bila perlu aje baru sound. Selalunya secara spontan dr dalam hati yang tulus dan ikhlas (hahhahah...). Selagi upaya si mulut laser ini akan cuba untuk elak dr bercakap atau pun masih lagi berlapik (dalam sains fizik, laser boleh dikategorikan dalam 4 jenis kelas bermula dr kelas lemah sehingga laser kelas tinggi). So cakap berlapik bagi org yg jenis outspoken a.k.a mulut laser ni adalah ayat dr laser kelas lemah la. Kalau yg jenis ayat laser kelas tinggi tu aje yg jenis sound direct yg memang kena batang hidung tu.

Apa jadi bila si mulut laser jumpa si mulut longkang?

Hahahhah...inilah situasi yang menarik ni. Si mulut laser ni akan terus menjadi senyap selepas 2 3 kali mengeluarkan ayat "sound direct",(ye la laser kan sejenis bahan yg ekslusif) di mana situasi tegang itu cuma berhenti di situ juga. Tapi sesuai dengan sifat longkang yang sentiasa mengalir setiap masa (itupun kalau longkang tak tersumbat), isu yang sama pasti akan berlanjutan selama beberapa lama yg mereka mampu ceritakan. Kalau boleh dengan semua org dia nak citer dan siaplah akan ada la pertambahan auta yg terdiri dr "sampah - sarap".

Itu la pandangan aku mengenai isu yg aku post arini. Untuk pengetahuan, bukan aku sorang je yg berhadapan dengan isu ni, tapi aku percaya korang pun pernah jumpa dengan 2 spesis manusia ini, si mulut laser dan si mulut longkang.

Nota_jari: Gambar mungkin ada atau tiada kaitan langsung dengan entri ini. Hanya hiasan semata2.

Monday, March 8, 2010

Peraturan Sosial di Internet

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:39:00 PM 7 uncang teh
MUKADIMAH

Hujung minggu yang membosankan. Ingatkan bila takde kelas master-ji boleh la lepak2 tenangkan otak, tapi hal lain pulak yang jadi. Satu row soket tak boleh guna sbb CB asyik trip aje, dapur gas fiber tetiba je jadi retak seribu, dan kaki aku pula bengkak seperti perempuan mengandung cukup bulan. Tapi ironinye yang bengkak tu cuma jadi untuk sebelah kaki aje. Untuk menenangkan otak, aku pun jahit la manik kat baju kurung aku. So inilah jadinya, sempat siapkan bahagian leher dengan tangan sebelah aje, sebelah lagi tak siap sebab manik habis.


Tetiba rasa nak bangga diri pulak dengan hasil kerja tangan yang tak seberapa dikerjakan ni. Ahaks!


tengok, betapa bengkaknye kaki aku ni.

Betul2 punya sibuk sampai terlupa hari Ahad (7/3) tu birthday adik aku. So sini aku ambil kesempatan nak wish belated birthday untuk adik aku yang no 5 iaitu Ija da kruzzz....



aku letak la gambar konon2 nak promote adik sendiri...ahaks

**********************************

Kembali kepada topik asal. 3 4 hari sebelum hari ni memang ada siapkan 1 artikel tapi lepas aku review, rasa artikel tu macam tak best pulak. Edit sana, edit sini tapi tetap tak best juga. Takde 'ROH', bak kata akak Ogy masa jadi juri AF satu masa dahulu. Fikir punya fikir, tengah dok syampu rambut masa mandi maghrib tadi aku dapat idea untuk buat tajuk ni. Masa tu terasa macam keluar mentol lampu je kat atas kepala ni. (kesimpulannya bila otak jem so sila basahkan kepala tu kasi sejuk)

Kalau nak cakap pasal internet, dah banyak buku, artikel dan nasihat orang bijak pandai dah bagi sebagai tips ketika bersosial di dalam dunia internet. Tapi ada juga yang tak nak ambil iktibar. Sekarang, biar orang yang tak bijak pandai macam aku ni nak bg nasihat pulak. Ada ke tak yang nak dengar....???

Aku ni masuk dunia internet dah hampir 10 tahun. Mula2 dengan dunia chat, IRC...glamer..glamer masa tu. Time tu room yang glamer room Mamak, Kampung dan lain2 lagi la. Gila chatting masa tu memang tak hengat. Happy dengan IRC, Yahoo! messenger, MSN messenger, ICQ AOL pula yang muncul. Masa ni IRC dah tak pandang la. Lagi2 pulak time kat U dulu dah kene block, jadi good bye. Chatting kat Yahoo! memang best, siap ada icon2 lagi. Join pulak room2 kat dalam Yahoo! messenger tu, lagi ramai la manusia yang aku jumpa. Sosial punya pasal aku layan aje, nasib baik tak jadi sial. Sekarang ni semua messenger tu masih lagi kekal dan semakin up to date. Siap boleh webcam lagi. Mantopppp!!!!

Lepas alam messenger,wujud pulak alam baru..alam rangkaian sosial atau dalam bahasa inggerisnya social network. Wujud la Hi5, Friendster, Facebook, Twitter dan lain2 lagi. Walau apa pun jenis social network yang digunakan, tapi melalui aplikasi ni kita jumpa lagi ramai orang, siap boleh update status setiap hari, jumpa kawan2 lama, boleh main game dan ada juga aplikasi chatting. Wah....semua all in one. Kalau dulu orang jumpa jodoh dengan member chat, tapi sekarang orang akan jumpa jodoh dengan kawan di rangkaian sosial. Baru betul siber.....

Tapi, dengan semakin mantap teknologi ni, ramai yang salah guna perkhidmatan laman sosial ni. Laman sosial yang sepatutnya menjadi penghubung silaturrahim, jadi laman untuk melepas geram secara on the spot.Marah sikit, update status, bengang dengan org tu update, macam2 update. Contoh macam yang kat bawah ni.  





Boleh baca tak? Kalau tak boleh baca, buat2 aje la boleh baca juga. Ni memang ayat geram ni.....Sekali baca terasa sakit hati juga sebab aku ni anak dagang kat bumi Perlis ni, tapi 2 kali baca macam kelakar pula sebab memang ayat memang ala2 dialog drama tu. Heheheheh....ayat kampung betul. Tapi, bila malam ni aku try buka, statement ni dah hilang dah. Ownernye yang sangat bijak pandai ini dah delete. Nasib baik aku sempat print screen. Jadi ada la bukti nak tunjuk.
Seiring dengan laman rangkaian sosial, blog pun berkembang pesat. Provider blog yang paling glamer sekarang adalah dari blogspot dan wordpress. Melalui blog, lagi banyak benda yang boleh dikongsi dengan khalayak seluruh dunia. Blog ni macam ceramah la juga. Bila kita register untuk memasuki duni blog ni, macam kita minta permit dari pihak berkuasa untuk berceramah la. Walaupun, masa ceramah kita boleh nak cakap apa sahaja termasuk nak mengutuk, merapu, merepek, meraban, tapi  masih lagi diperhatikan dan dikawal oleh pihak berkuasa. Selagi masih terkawal dan tak mengganggu kehidupan masyarakat, jadi ko boleh go on berceramah. Macam tu juga kat blog. Ko boleh tulis apa saje, cerita apa saje, personal, hiburan, politik, business dan lain2 lagi. Selagi artikel tu tak mengganggu kestabilan masyarakat, ko masih ada peluang nak mengutuk, merepek, merapu dan meraban. (macam aku sekarang..ahhahahah).

Dalam dunia blog, follower adalah audien yang setia mendengar ceramah kita, dan pelawat2 yang datang adalah pengunjung di tempat berceramah tu. Nuffnang pulak adalah gerai2 yang dibuka di kawasan ceramah. Haaaa...tak ke sama situasi tu. Bayangkan.....bayangkan....

Tapi, pelikla kepada mereka2 yang menyalahgunakan peranan bersosial di internet ni. Laman sosial dan blog di salah guna sesuka hati. Terpikir juga aku, masa manusia2 ni menyalah gunakan aplikasi ni, tak terpikir ke yang apa yang dia terbitkan di blog dan laman sosial ni sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa. Sekarang ni, undang2 siber semakin dikuatkuasakan. Pemerhati ada di merata-rata tempat. watch out!

Merujuk pada snap FB diatas, korang rasa ayat manusia tu ada ciri2 mengugut tak atau ciri2 yang akan mencetuskan huru-hara yang akan mengganggu kedamaian masyarakat?

Kesimpulannya, peraturan utama untuk bersosial di internet sebenrnya sama aje dengan peraturan sosial di dunia realiti. Tutur kata kena jaga...adab sopan kene diutamakan...cakap siang2 pandang2...cakap malam2 dengar2.


 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea