Assalamualaikum wbt.
Nama je bertunang dengan orang tepi sebelah rumah tapi nak jumpa tu bukannya hari-hari pun. Jadi malam tadi En.Syg free, ajak aku keluar makan. Hmm...sekali sekala labur duit kat kedai makan, ape salahnya kan.
Satu tabiat aku adalah tak pandai nak bagi idea nak makan kat kedai mana. Sebab aku fobia kalau kita pergi makan kat luar bayar mahal-mahal tapi makanan tak sedap. Memang hangin satu badan. Selalunya aku akan pergi makan kat kedai yang dah selalu aku pergi sebab dah yakin dengan kesedapan dan juga harga yang berpatutan.
Tapi malam tadi rasa jemu nak makan kat kedai yang sama. En. Syg pula kalau keluar makan memang jenis suka aku yang buat pilihan. Dia ikut je mana yang best. Yang aku pula risau kalau pilihan kedai makan aku tu tak menepati citarasa dia. So, malam tadi bagi cadangan nak makan nasi mandhi kat satu kedai ni. Macam biasa En.Syg setuju je dengan cadangan aku. Kedai simple aje. Selalu nampak bila keluar makan dengan En.Syg tapi kadang-kadang tak singgah sebab dah terlajak, atau pun dah tutup.
Kedai (restoran) ni nama dia Al Madinah Mandhi. Terletak di area Seriab, Jalan Kangar-Alor Star. Kalau datang dari Alor Star kedai tu sebelah kiri. Kalau datang dari arah Kangar sila buat u-turn di traffik light berdekatan.
Kedai ni dibuka dari pukul 11 pagi hingga 10 malam. Ada nasi mandhi ayam dan kambing. Selain tu ada juga dijual roti yang dicicah dengan pelbagai jenis bahan pencicah (aku lupa nama pencicah untuk roti tu). Harga nasi mandhi ayam RM7 untuk saiz kecil dan RM14 untuk saiz besar. Macam tu juga untuk nasi mandhi kambing RM10 (saiz kecil) dan RM14 (saiz besar). Ape yang kecil apa yang besar pun aku tak tau.
Maaflah, dah kenyang makan baru teringat nak snap picture nak masuk dalam blog. En.Syg pun tegur gak. Tapi terlupa sebab excited nak makan (aku kelaparan ok). See...kedai dia simple aje kan. Orang pun takde sangat. Aku order nasi mandhi ayam saiz kecil dan En.Syg order nasi mandhi kambing saiz kecil. Komen aku, nasi, ayam dan kambing sangat sedap. Sos cicah dan sup pun sedap. Nasi lembut dan ringan, tak rasa kanji sangat. Sesuai untuk aku yang tengah diet. Ayam dan kambing pun lembut je. Kiranya aku berpuas hati makan kat sini dan awal-awal cakap kat En.Syg nak datang lagi. Compared dengan satu lagi kedai kat area Jalan Sekolah Derma tu, aku awal-awal cakap kat En.Syg taknak datang dah sebab kurang menepati selera aku. En.Syg pun setuju sebab katanya nasi tu berminyak sangat. Tapi untuk kedai Al Madinah Mandhi ni, Insya Allah konpem akan pergi lagi.
Tapi tak sampai sejam keluar dari kedai, En.Syg dah mengadu kelaparan balik. Terpaksalah tapau burger tepi jalan untuk supper pula. Hancur diet aku.
No comments:
Post a Comment