Assalamualaikum wbt.
Dari entry masak-masak, keluar entry mengarut. Lepas tu jadi entry jiwang karat. Lepas entry jiwang karat keluar entry deko dan susun. Sekarang ni pula keluar entry pasal perkahwinan. Hmm...nama pun personal blog. Macam ni la. Entry pun ikut kepala otak si empunya blog. Walapun begitu, entry susun dan deko tetap akan diutamakan juga selepas ini.
Ini cerita pasal ilham baju nikah dan baju pengantin aku. Mungkin boleh dijadikan ilham buat b2b diluar sana. Walaupun baju aku tak siap lagi, tapi apa salahnya kita share sama-sama kan.
Untuk baju nikah aku, aku amik ilham daripada design baju dari butik kawan sekolah aku, cuma takde letak riben je. Kawan aku ni buka butik baju specialize dalam pembuatan baju pengantin. Butik dia di Kluang, Johor. Serius cakap la kan, kalau tak sebab dia dok jauh, aku memang nak minta dia tolong jahitkan baju pengantin aku je, sebab jahitan dia sangatlah kemas. Design pun semua cantik-cantik belaka, bolehlah kalau nak cari idea tu. Kalau nak tempah baju pengantin dengan dia pun boleh. So kepada b2b sekalian, boleh tengok FB kawan aku ni untuk maklumat lanjut. (FB: Hanna Othman).
Sumber: Hanna Othman
Baju nikah aku ni aku hantar kat tailor kampung aje. Tapi tailor yang aku panggil Mak Ngah ni memang selalu jahit baju kurung aku pun. Ada juga sorang dua yang minta dia jahitkan baju nikah. Baju nikah adik aku dulu pun dia yang tolong jahitkan. Sebab aku yakin dia boleh buat, so aku hantar je kat dia. Lagipun aku puas hati dengan jahitan dia selama ni. Kemas je.
Untuk baju sanding pula, aku tempah dengan butik pengantin kat kampung aku je. Untuk baju sanding, aku pilih untuk buat dress aje. Ilham baju ni aku ambil daripada design baju Kate Middleton dan baju kahwin Grace Kelly.
Ini design first wedding dress Kate Middleton (Sumber: Google)
Ini pula second dress wedding yang Kate pakai untuk wedding party beliau. (Sumber: Google)
Ini pula wedding dress Grace Kelly masa beliau berkahwin dengan Prince of Monaco pada tahun 1956.
(Sumber: Google)
Apa hasil baju pengantin aku nanti, kita tunggu la ek. Harap-harap tailor butik tu boleh jahitkan baju macam yang aku idamkan.
Ingat tak pasal entry Songket dan Satin. Sebenarnya kain tu aku plan nak buat baju untuk majlis bertandang kat rumah En.Syg nanti. Gigih ok buat baju sendiri. Untuk baju ni aku tempah dengan tukang jahit yang sama dengan baju nikah aku. Ilham pula...aku amik ilham daripada baju dari Fleur by Mrs. Him milik Kak Diana.
Ini dress asal baju Kak Diana dengan kain ala-ala duyung.
Aku pula nak tukar kain duyung tu dengan design kain kembang yang macam dress Kate Middleton ni.
Itulah cerita ilham baju pengantin aku. Macam mana dengan end product dia. Adakah seperti mana yang aku idamkan. Kita tunggu ajelah ek bila baju tu semua dah siap. Doa banyak-banyak supaya semua baju aku tu tak hancur. Hahahha...
comelnya baju ijun untuk kawen.
ReplyDeletesuka dan berkenang.
Yang paling suka baju songket dan satin yang nak buat kembang ala dress tu.. mmg kreatif
baru ilham aje pun Cik Hani. Belum betul2 menjadi lagi. Ntah comel ntah huduh. Mudah-mudahan seperti yg diidamkan.
ReplyDeletesalam.. blh sy tau butik kwn awak kt mane? sy nk tempah jahit baju pengantin jgk. :)
ReplyDeleteHi Cik Anonymous...
ReplyDeletebutik kawan saya tu kat kluang, Johor. Cik Anonymous boleh ctct dia melalui FB dia seperti yang telah saya link dalam entry ni. Dalam fb dia pun ada macam2 jenis design baju pengantin yang dah dia buat untuk customer dia (mostly customer dia butik pengantin la).