Assalamualaikum wbt.
Aku memang suka dengan Ikea. Kalau pergi Ikea tu mesti nak tawaf satu round kat ruang pameran kat tingkat atas tu. Memang wajib walaupun sebenarnya boleh terus ke tingkat bawah untuk cari barang yang dah plan untuk dibeli. Lagi pun untuk no siri barangan Ikea tu boleh je ambil dari internetkan. Tapi ntahlah....kalau pergi Ikea tak tengok showroom dia memang rasa tak puas.
Ini adalah beberapa gambar yang sempat aku snap kat showroom Ikea tu. Tapi ini gambar hujung tahun lepas. Kalau tahun ni mesti dah berubah gaya showroom tu.
Konsep biru putih, warna kesukaan aku. Nampak lembut je. Tapi end up rumah aku takde langsung touch up warna biru putih ni. Lari tema terus.
Kuning mustard dengan coklat gelap. Nampak ekslusif sangat. Lagi-lagi kalau letak lampu chandeliar.
Ruang tamu rumah aku memang diinspirasikan daripada ruang ni. Tapi untuk rumah aku, aku tak letak display kabinet macam dalam gambar sebab nanti aku rasa rumah aku tu macam sesak sangat.
Merah dan biru muda. Ada berani? Aku rasa konsep ni sesuai untuk jenis yang suka gabungan konsep industri dan eklektik sebab warna-warna yang digunakan adalah bertentangan.
Moden konsep. Aku suka kat lampu gantung LED tu tapi tak beli sebab....ntahlah...taktau sebab apa. Yang aku tau...aku tak beli.
Moden English Country konsep. Sofa warna putih kelabu. Aku amik inspirasi dari sini juga untuk rumah aku. Tapi macam tak menjadi melainkan dinding yang dicat dengan warna hijau.
Ini memang ramai peminat ni. English konsep. Tapi sangat minimalis dan nampak moden. Takde serabut-serabut dengan bunga. Tapi ada ke yang berani nak guna sofa warna pink?
Pink, putih dan grey.....rasa tenang je bila tengok.
Ini gabungan warna yang selalu dilihat. Tapi memberi inspirasi juga.
Dining hall berkonsepkan English. Sape minat? Kat rumah aku, hanya meja makan je yang berwarna putih, tapi takde gaya English pun.
Dapur konsep moden. Signature dari Ikea
Sape ada ruang dapur yang besar boleh la buat dapur yang ada kaunter bar macam ni. Oh ye..sila abaikan 2 orang model dalam gambar ini.
Inspirasi dapur aku. Tapi last-last jauh panggang dari api melainkan kedudukan sinki je yang sama macam dapur rumah aku iaitu mengadap tingkap. Yang lain....nan ado.
Satu lagi inspirasi terbilang. Aku dah letak rak gantung kat dapur aku. Tapi tak deko lagi. Nanti dah siap aku cerita ok.
Ok...itu aje. Semoga boleh memberi inspirasi pada orang-orang diluar sana yang sama nasib macam aku. Hahahahaha
me too. suke sangat showroom ikea. kadang2 datang ikea sebenarnye nak makan, tapi lepas makan mesti nak cuci mata kat sini sebab dapat banyak sangat idea nak hias rumah. hehe
ReplyDeleteHi Asma Azuani..
ReplyDeleteyup betul. Ikea memang best kalau bab cuci mata nak hias rumah.