Assalamualaikum wbt
Hari ni 12/12/13 bersamaan hari Khamis 2 Safar 1435H, mak aku akan melalui pembedahan lutut beliau di Hospital Taiping. Rancangnya pembedahan lutut mak akan dibuat pada minggu hadapan, tapi dipercepatkan atas permintaan Doktor Pakar. Alhamdulillah. Walaupun keadaan ini membuatkan kami adik beradik sedikit kelam kabut kerana planning awal telah berubah disaat-saat akhir...tapi akhirnya dapat diatasi juga. Syukur.
Semalam abang aku yang hantar mak check in wad dan sejurus selesai terpaksa pulang ke Pahang untu menjembut kak ipar aku yang sedang demam di rumah famili dia. Sekarang ni adik aku dari UKM sedang tunggu di hospital. Petang pula adik aku dari Sungkai akan pulang melawat. Sementara aku akan terus bertolak dari Perlis ni sejurus kelas aku habis pukul 4 ptg. Terasa ralat juga kami adik beradik sebab tak berada disisi mak bila diperlukan. Mak yang memang sedia maklum dengan keadaan kami hanya berkata, "tak apa...mak ok je", tapi dalam hati beliau hanya Allah yang tahu. Ayah pula terpaksa tunggu dirumah sebab dekat rumah pun ada kucing-kucing yang perlu dijaga.
Alhamdulillah...inilah hasil didikan mak terhadap kami 7 beradik. Walalupun kadang-kadang kami bergaduh sampai tak ingat dunia, mengutuk mengata...tapi demi mak...kami boleh jadi baik macam kamilah anak-anak yang soleh dan solehah. Insya Allah...moga-moga kami betul-betul menjadi anak yang soleh dan solehah.
Sekarang ni pun hati aku tak tenang. Nak buat kerja pun semua macam tak jadi. Asyik tengok jam aje bila la nak sampai pukul 4 petang ni. Nak inform bos minta pelepasan sejam awal untuk aku memecut balik ke kampung.
Saya susah hati!
hope mak cepat sembuh eh..mama tqah dl pon operate lutut gak.. sbb tempurung lutut crack
ReplyDeletetq Cik Puan Tqah. mak saya kena operate lutut sbb pelincir dia dah takde n lutut pun dah bengkok. Payah nak solat.
ReplyDeleteharap mak ijun cepat sembuh ye.
ReplyDeleteTq huzz. Ptg nnt doktor dh start nk suh mak exercise. Tak tau la mcm mn....sakit tu dpt dirasa
DeleteHA....SEMOGA MAK HG CEPAT SEMBUH JU
ReplyDeleteTq pah.
ReplyDelete