Assalamualaikum wbt.
Ini cerita weekend lepas. Selepas berzaman aku membiarkan rumah aku diuruskan oleh En.Syg, akhirnya weekend lepas aku gagahkan juga diri aku ni untuk mengemas bahagian dapur dulu. Aku memang mengaku, since aku disahkan mengandung ni, last aku all out mengemas rumah aku masa usia kandungan aku 2 bulan. Lepas tu aku jadi malas sangat nak mengemas, memang ketara sangatlah rumah aku tu bersepah tapi takdelah sampai menyemak biji mata (eh!...boleh ke? hahahha).
Ini adalah keadaan dapur aku sebelum aku start mengemas. Ruang yang ada cuma cukup-cukup untuk aku buat keje memasak je. Semua benda main aci letak je dengan anggapan kendian-kendian baru nak kemas. Tapi kendian-kendian aku tu ambil masa juga la.
Tengok...area rak pantri aku yang sangat sepah. Kordial minuman ngan penyembur serangga pun boleh ada kat level yang sama.
Agak-agak korang berapa lama aku tak cuci dapur aku tu? Malaskan aku ni.
Tu dia...main aci letak je kat rak pinggan aku ni. Siap ada botol kosong pati delima lagi tu.
Dengan polistren bersepah atas kaunter. Adoi laaa...
Itu belum lagi aku tunjuk keadaan dalam kabinet bawah tu. Main aci letak je kuali, belanga dan periuk asalkan tak nampak serabut. Tak sanggup aku nak tunjuk keserabutan itu disini.
Jadinya, dengan tenaga yang tak seberapa ini, sambil mengesot-ngesot dilantai, mak labu ni pun gagahkan diri untuk mengemas. Susun apa yang patut. Sapu apa yang perlu. Jadi inilah sebahagian yang mampu mak labu ni siapkan dengan kudrat yang ada.
Satu level rak pantri aku ni untuk bahagian minuman dan biskut aje. Segala jenis minuman milo, ribena, susu semua ada kat sini. Level lain aku masih kekalkan untuk simpan peralatan memasak aku macam blender dan tefal actifry aku tu.
Ini kaunter bahagian bawang. Sapu-sapu kemas-kemas dari segala percikan minyak yang ada. Segala jenis sos untuk memasak aku letak dalam bakul putih tu, manakala bakul merah tu pula untuk botol lada dan serbuk secukup rasa aku. Yang lain-lain masih kekalkan fungsi yang sama.
Bolehlah...nampak la berkilat dan kemas sikit berbanding sebelum ni.
Takde banyak sangat pun yang berubah. Tu sebonjot plastik tu adalah plastik kosong yang aku tak sempat nak lipat dan kemas lagi. Pelan-pelan kayuh. Kain buruk untuk lap kaki pun still nampak bersepah lagi kat lantai.
Ikutkan hati memang nak setel semua cepat-cepat. Tapi vitamin M ni banyak sangat. Semua yang nak dibuat kene tunggu mood rajin datang dulu. Tapi takpelah, buat sementara waktu ni aku buat mana yang termampu dulu.
Dapur dah setel, lepas ni nak kemas ruang tamu pula. Adoyaiii....kene buat pelan-pelan la ni.
saya kdg2 nak mengemas pun nak tunggu mood hehe...tapi bila makin bersepah makin mood ke laut :p
ReplyDeletesamelah mcm saya ni Linda....kadang-kadang mood pun ke juga.
ReplyDeletehah...ni simptom "M" mak2 buyong cam kita...huahahha...tak tgk lg umah saya...sejak pegnen ni rumah lebih dari tongkang pecah..kalo org dtg nak raya je mesti rasa nak nyorok bwh katil...eeerrrr...kena gagahkan diri gak ni...
ReplyDeleteWpun pregnant mesti la rajin...heeeaaa..
ReplyDeleteirjune..
ReplyDeletetime mengandung memang penat dan malas nak mengemas..takpe..sepah time mengandung benda biasa sebab kekangan keadaan diri yang mengandung..
Wah..sekarang dah berkilat dapur..Puas hati kan boleh mengemas dapur lepas lama duduk ala kadar macam tu je barang kat dapur..
akak.. semoga akak sihat selalu dan baby pun sihat tau.. mudahkan segala urusan akak tau..
amin
Time pregnant penyakit M memang takkan pernah lupa untuk menempek kat kite hehehe
ReplyDeleterumah mmg kena kita org pompuan jugak sentuh. kalau bagi kat lelaki sentuh mmg berkerak la dapur aku jawabnya. kbyk lelaki ni bukan pengotor, tapi kurang kemas. Dia rasa macam dia dah kemas, tapi kita tengok ya ampunnnn sakit jiwa. tapi takpela, janji dia tolong la jugak walaupunnnnnn...
ReplyDeletehehe..masa tengah jadi amk buyung memang la...slow slow lah buat..yang mana mampu..
ReplyDeletebtw..jom lawt blog saya
www.sihatnatural.blogspot.com