Thursday, September 18, 2014

29 Perkara Yang Hanya Difahami Oleh Wanita Hamil

Assalamualaikum wbt.
Kawan aku share satu entry ni dan aku rasa macam nak share juga dengan korang. Entri asal dalam English tapi aku translate Melayu la mengikut kefahaman aku. Artikel asal boleh la korang baca dari sini: 29 Things Only a Pregnant Woman Would Understand

Morning sickness, insomnia, perut yang dahulunya ramping dan semakin berkembang, serta terasa menyeksakan sementara menunggu untuk proses kelahiran. Tetapi sebenarnya semua itu amat berbaloi. Nikmati 29 perkara yang perlu ditempuhi oleh seorang wanita hamil sepanjang 9 bulan tempoh kandungan mereka.

  1. Terasa sangat takut tetapi teruja pada masa yang sama. (Ini masa mula-mula mengandung dulu...terasa takut la juga tapi taktau la aku teruja ke tak. Rasanya lebih kepada risau dan takut)
  2. Morning sickness. (Semua wanita hamil mengalaminya especiallya pada trimester pertama. Yang bezanya sama ada teruk atau tidak. Alhamdulillah akunye morning sickness takde la teruk sangat. Muntah manja-manja gitu.)
  3. Pantiliner bukan hanya untuk tempoh datang bulan(Time mengandung pun aku pakai pantiliner gak. Keputihan aku keluar makin banyak).
  4. Kadang kala mendapat ruam lampin walaupun tidak memakai lampin. (Yang ni aku tak kena. Ada ke sesape yang kena ruam lampin ni?)
  5. Mucus plug. 'Nuff said(Yang aku tak tau ape...ada sesapa yang paham?)
  6. Terasa seperti Dolly Parton(Hahaha...ini memang aku rasa sangat-sangat....tapi aku takde la rasa seksi sangat pun macam Dolly Parton tu...seksa adalah sebab rasa macam berat...hahahhah).
  7. 'Cankles' yang melanda keseluruhan kaki anda(Memang terasa bab ni especially time tidur dan bila sejuk.)
  8. Berjalan terkedek-kedek seperti penguin. (Start dari usia kandungan 5 bulan aku dah terasa berjalan macam penguin dah...sedih oooo...kadang-kadang rasa lawak juga kat diri sendiri...hahahha).
  9. Kagum dengan keupayaan untuk membesarkan seorang manusia. (Hmmmm)
  10. Kesanggupan untuk menahan sakit yang paling teruk dalam hidup anda. 'SOON'. (Aku tak fikir lagi bab ni...nak enjoy je saat-saat yang orang lain kata indah semasa mengandung ni.)
  11. Terasa panas walaupun orang lain terasa sejuk. (Haaa...ni memang aku terasa sangat...sejak dari awal mengandung sampai la sekarang. Laki aku kat sebelah dah menggigil sejuk tapi aku pula dok bising kata panas...panas...panas....)
  12. Terasa ingin membuang air kecil untuk setiap 15 minit sepanjang hari dan sepanjang malam(Ini bukan terasa 15 minit je nak gi membuang air kecil...kadang-kadang tak sampai 5 minit masuk toilet terasa nak masuk toilet semula.)
  13. Menangis hanya kerana pekerja makanan segera tersilap mengambil pesanan makanan sahaja. (Tak pernah terjadi lagi la...tapi pernah terasa hati kat En.Syg sebab dia beli air kotak soya yang besar tu sedangkan aku nak air kotak soya yang kecil tu yang ada straw tu...masa tu memang sedih sangat-sangat.)
  14. Terasa seperti hendak menumbuk muka seseorang bila mereka mengatakan badan anda gemuk (besar). (Ini memang asyik disebut orang kat telinga aku. Rasa marah dan kadang-kadang rasa sedih la juga..)
  15. Terasa seperti hendak menyusun semua perkara yang berkaitan dengan bayi. (Bab ni aku tak fikir sangat...laki aku je yg uruskan. Hahahahha...)
  16. Kali pertama merasa bayi didalam perut anda bergerak(Mula-mula tu aku tak perasan sangat bila 1st time baby bergerak...tapi yang paling ketara tu masa usia kandungan 5 bulan...baby bergerak-gerak macam kena ketuk pintu tu.)
  17. Bagaimana hendak mencukur bulu di kawasan sulit apabila anda tidak mampu untuk melihatnya. (Hahahah...bab ni memang haru. Jenuh juga la nak uruskan aktiviti mencukur ni. Gamaknya nanti terpaksa minta kerjasama laki aku la untuk menguruskannya. Takkan la time bersalin nanti nak biar lalang tak bertebas?....hahhahah)
  18. Bagaimana Jabba Hut benar-benar terasa. (Jabba Hut ni salah satu watak dalam Star Wars yang asal....memang besar. Tapi aku takde la terasa seperti Jabba Hut ni lagi.)
  19. Kepentingan fiber(Yeah...memang kena makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak)
  20. Apabila bayi 'flip' didalam dan menghentak diatas pundi kencing anda. (Bila baby buat flip...memang serta merta aku terasa nak terkucil je...sadis je...tapi bila kat toilet tu yang keluar...alahai...sikit je...kadang-kadang tak keluar ape pun.)
  21. Merancang perjalan keluar supaya memudahkan anda untuk akses ke tandas. (Takde la aku buat rancangan macam ni. So far ok la lagi)
  22. Apa rasanya apabila ditumbuk/ditendang dari bahagian dalam. (Huh...memang senak oo bila kene tumbuk...lagi-lagi kalau aku lambat makan...debuk-debuk je budak ni dari dalam. Terkenan world cup ke?)
  23. Semakin teruja apabila anda mendapat cirit-birit kerana ia menandakan bahawa bayi anda mungkin akan datang tidak lama lagi. (Ini bab paling happy sebab aku ni jenis payah membuang masa bujang/sebelum mengandung dulu. Kalau dapat membuang ni...senyum je aku sepanjang hari. Mood pun ok...nikmat nikmat.)
  24. Terasa kencing sedikit apabila batuk, bersin atau bernafas. (Selalu gak terjadi...so aku akan pastikan aku bawa bekal seluar dalam dalam handbag atau extra pantiliner untuk tukar.)
  25. Ada iklan yang membuatkan anda menangis. (Takde la jadi macam ni kat aku.)
  26. Terasa seperti watak dalam filem Alien. (Hahaha...ini memang aku alami...macam halusinasi pun ada ada juga. Harap-harap baby aku sihat dan sempurna sifat luar dalam.)
  27. Tidur diatas bantal yang banyak. (Huh...nikmat ooo...tapi aku takde tidur dengan bantal banyak macam ni...dapat satu bantal untuk dipeluk dan satu dua bantal untuk lapik kaki time tidur pun jadilah. Yang lain-lain...kena pastikan aku tidur atas tilam yang sedap...kalau tak aku lapik ngan toto.)
  28. Bila seolah-olah anda meletakkan pinggan yang kotor didalam almari dan sos mayonis di dalam laci meja. (Belum jadi lagi la kat aku...minta-minta janganlah sampai macam ni jadinya.)
  29. Menyayangi seseorang dengan mendalam walaupun anda belum menemui mereka. (Feeling seorang ibu...baru start nak mengalaminya.)
Credit pictures and the original article from 29 Things Only a Pregnant Woman Would Understand.

No comments:

Post a Comment