Assalamualaikum wbt
Al Fatihah
Hari ni genap 8 hari embah wedok (nenek -lps ni aku sebut embah aje) meninggal dunia. Sekejap aje masa berlalu. Embah meninggal pada hari Rabu jam 5.30 ptg sebab sakit tua. Alhamdulillah...embah sakit tak lama. Lebih kurang 2 minggu je yang mana embah memang betul-betul tenat dan kritikal. Sebelum tu embah dah masuk hospital dah tapi selepas beberapa hari embah dah sihat dan boleh keluar wad dah. Tak sangka 2 3 hari lepas keluar wad tu embah tak sihat balik, terus dibawa ke hospital sehinggalah beliau dijemput Ilahi.
embah
Kami anak cucu memang terasa dengan pemergian embah. Bayangkan selepas embah lanang (datuk) meninggal duni 23 tahun yang lalu, embah adalah tempat kami anak cucu cicit bermanja. Embah juga adalah payung perpaduan kami adik beradik. Bayangkan adik beradik mak aku 10 orang. Kalau orang lain, entah kenal entah tidak dengan sepupu-sepupu. Tapi dalam famili mak aku, kami kenal semua sepupu malahan anak-anak sepupu pun rapat dengan kami. Betapa besarnya pengaruh embah.
lepas ni rumah ni dah kurang seri tanpa embah
Setiap kali balik kampung, embah mesti tanya aku, "Jun..kamu dah makan. Kalau belum pergilah cari atau masak apa yang boleh dimakan". Bukan dengan aku aje, tapi dengan anak cucu yang lain pun macam tu juga. Embah memang ambil berat dengan anak cucu cicit dia. Bab makan memang embah akan tanya dulu.
Percaya atau tidak...aku masih lagi terima duit raya dari embah walaupun umur aku dah 33 tahun. Bila embah kasi, embah mesti selit diam-diam masa bersalam. Nak tolak takut embah rasa kecil hati. So aku terima aje la juga sebab aku suka aje terima duit raya dari embah. Hahahaha...Tapi aku akan hulur balik duit raya tu kat embah sebagai hadiah dari aku. Selalu aku cakap kat embah duit raya dari aku tu untuk embah beli aiskrim. Hahahah...nakalkan aku. Aku memang suka usik embah. Lepas aku kata beli aiskrim, embah mesti gelak-gelak aje. Aku suka kata macam tu sebab dulu kalau embah bagi duit raya kat aku embah akan kata untuk beli aiskrim.
Alhamdulillah...cucu-cucu lelaki embah yang tolong angkat embah ke van jenazah
Antara banyak-banyak cucu perempuan embah, aku cucu perempuan yang paling malas, paling degil, paling kuat melawan dan paling paling palinglah. Kalau ikut ranking, aku ni ranking paling last la. Maklumlah bukan cucu favorite embah. Sape yang tak tau dengan perangai aku. Hahahaha...Embah memang suka marah cucu. Pom pang pom pang. Lagi dia suka adalah marah kat aku sebab malaskan. Hahaha...tapi embah marah dalam bahasa jawa. Aku tau dia marah tapi aku buat taktau aje.
Antara banyak-banyak cucu juga, aku yang paling suka berdebat dan melawan cakap embah. Kalau aku tak setuju aku cakap aje depan-depan embah. Tapi lepas tu bila tidur kat tepi embah juga aku menyempit.
Bila cerita bab tidur, aku rasa aku la cucu yang selalu dapat tidur dengan embah. Kalau balik raya dulu (dulu pun xde lama sangat time aku tgh study ler), masing-masing akan cari port untuk tidur. Kadang-kadang bila aku dah standby nak tidur embah akan panggil aku, "ijun...kamu tidur dengan embah kat katil ni". Hahaha...best oooo...orang lain tidur kat lantai, aku tidur sedap-sedap sebelah embah atas katil dengan tilam yang sangat sedap. Bila dah lama-lama aku pun dh xde la tidur dengan embah sebab ada cucu lain yang jeles. Hahahahaha...
selamat jalan embah
Sebab aku membujang lama sangat, pernah juga aku terfikir adakah embah sempat hadir kenduri kahwin aku nanti dan kenal dengan suami aku. Tapi Alhamdulillah, walaupun tak sihat, embah datang juga kenduri kahwin aku Februari tahun lepas, kenal dengan suami aku. Bukan tu aje, embah juga sempat jumpa dengan anak aku. Masa aku bawa balik Umar Hayyan jumpa embah, embah sempat main-main dengan Umar Hayyan, siap timang-timang lagi. Masa aku sampai tu embah memang kurang sihat, lepas dapat jumpa cicit, embah terus ceria. Masa nak tidur pun embah kelam kabut carikan kelambu untuk cicit dia tu. Pelik betul dengan perangai embah. Sebab sebelum ni embah tak pernah buat macam tu dengan cicit dia yang lain. Teringat ayat embah kat aku, "kalau kamu tak kahwin kamu takde la mainan macam ni"...merujuk pada anak aku ler tu. Aku sengih aje.
Oleh sebab tahun ni aku beraya kat Perlis, aku memang tak sempat nak balik beraya dengan embah. Terasa sedih la juga sebab setiap tahun aku mesti balik raya rumah embah. Bukan tak nak balik, hari yang aku plan nak balik jumpa embah, Umar Hayyan pula demam. Jadi aku terpaksa cancel plan nak balik raya rumah embah. So, bila mula-mula embah kena masuk hospital sebab sesak nafas tu, dan kebetulan aku pun balik kampung nak jumpa dengan mak aku yang baru lepas operate lutut, aku usahakan juga pergi melawat embah kat hospital. Embah memang happy waktu tu. Maklumlah dapat jumpa Umar Hayyan.
Seminggu sebelum embah meninggal tu aku dah balik kampung lagi. Masa tu tengok embah dah lemah sangat tapi masih kenal orang. Hati aku sedih tapi aku tetap doakan untuk embah sembuh. Tak sanggup nak tengok embah macam tu.
Hari yang embah meninggal tu makcik-makcik aku memang update pasal embah melalui whatsapp group kami. Masa tu aku pasrah aje bila tengok gambar embah yang latest. Doktor pun dah cakap yang embah dah takde harapan dan minta semua ahli keluarga bersedia dengan apa-apa kemungkinan. Masa solat asar tu puas aku doa minta Allah permudahkan urusan embah. Dah tak sanggup nak tengok embah yang dah tua dan lemah tersiksa macam tu. Masa tengah drive balik kerja asben call bagitau embah dah meninggal. Terus aku tgk whatsapp dan dimaklumkan embah dah meninggal. Hanya Allah je yang tahu keadaan aku masa tu.
82 tahun
Aku pasrah sebenarnya kalau aku tak dapat balik nak tatap wajah embah buat kali terakhir memandangkan aku baru je balik melawat embah minggu sebelum tu. Lepas tu pula asben pun masih lagi demam. Tapi kehilangan orang tersayang ni pastinya akan buat semangat kita pun hilang. Aku cuma mampu tahan sedih aje. Sempat bacakan Yassin dari jauh untuk embah. Tapi mungkin rezeki aku, elok je aku nak masuk tidur, asben tanya nak balik jenguk embah ke tak. Terkejut aku sebab dah pukul 10 malam. Dah lewat nak gerak balik, lagi pula dengan keadaan asben yang kurang sihat. Bayangkan 6 jam perjalanan dari Perlis nak balik Teluk Intan. Risau juga aku. Yelah...embah dah selamat berjumpa Penciptanya...yang kami ni belum tentu selamat lagi. Tapi asben yakinkan aku yang dia boleh drive. Terus aku call adik aku kat uitm bagitau kami jadi balik rumah embah dan minta dia datang segera ke rumah aku. Tepat pukul 11 malam dengan hanya tawakkal kepada Allah, kami memulakan perjalanan balik ke Perak. Alhamdulillah tepat jam 4 pagi kami sampai ke rumah embah. Saudara mara memang terkejut tengok aku boleh sampai. Tapi seperti kata makcik aku la, kasih sayang embah yang membuatkan aku sanggup meredah malam yang sunyi yang penuh dengan jerebu untuk balik jengok embah buat kali terakhir. Pada aku pula, ini bakti aku yang terakhir untuk embah.
Alhamdulillah...lebih kurang jam 10 pagi, embah selamat dikebumikan.
Selamat jln embah. tenanglah engkau di sana menemui Pencipta muMoga mudah urusanmu di alam sana. Kami anak, cucu dan cicit merelakan pemergianmu. Kenangan bersamamu akan tetap mekar di hati kami. kami akan sentiasa merindui mu.
Semoga Allah akan mempermudahkan urusanmu
Semoga Allah mencucuri rahmat untuk embah tersayang, Hajah Saadiah Amir...amin.
Al-fatihah
ReplyDeleteberuntung Jun dapat kasih sayang nenek
saya tak pernah pon jumpa nenek sbb nenek meniggal awal waktu mak masih kecil lagiii
semoga Allah mencucuri rahmat buat arwab embah kak ijun.
ReplyDeleteinsyaAllah..