Assalamualaikum wbt
Kali ni aku nak share pengalaman aku semasa pertama kali menyusukan Cik Umar dengan susu badan. Hopefully dengan cara ni akan memberikan banyak panduan dan motivasi untuk aku terus berusaha menyusukan Cik Umar hingga berusia 2 tahun nanti. Insya Allah.
Pertama kali Cik Umar belajar hisap susu badan selepas lebih kurang sejam dia dilahirkan. Masa tu aku dah sedar dari lena selepas penat bersalin. Terdengar bunyi suara baby menangis manja-manja gitu (Umar bukan jenis menangis malalak selepas lahir). Masa tu instinct seorang ibu, aku dapat rasa suara baby tu adalah suara Cik Umar. Dan sangkaan aku betul bila misi datang bawa Cik Umar kat aku. Dia kata baby nangis maybe sebab lapar. Dia suruh aku susukan dia. Aku pun try hulur nenen kat Cik Umar. Elok je nenen sentuh mulut dia, Cik Umar terus senyap. Maybe masa tu Cik Umar tau dia dah berada dekat dengan Ummi dia kot.
Lepas kami dibenarkan pulang ke wad, Cik Umar memang tidur je kerjanye. Cuma kadang-kadang je dia berjaga macam nak menyusu. Dapat tengok bibir dia bergerak-gerak. Try juga bagi tapi bila dia terasa nenen kat mulut terus dia sambung tidur. Kira hari pertama tu aku memang tak berjaya nak menyusukan Cik Umar dengan berkesan la.
Hari kedua tu Cik Umar dah tak nak tidur sangat dah. Dah start merengek lapar. Masa ni la aku try berusaha menyusukan Cik Umar seboleh mungkin. Ohh...apa rasa aku bila kene kulum nenen ngan Cik Umar. Mula-mula tu rasa geli la...tapi lama-lama perasaan tu bertukar jadi sesuatu yang indah. Yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Terasa bonding ibu dan anak tu sangat rapat dan tak mampu dipisahkan. Dapat rasa juga ada aliran kasih sayang antara kami berdua. Indah sangat. Subhanallah.
Ok...sambung cerita pasal menyusukan Umar Hayyan.
Malam kedua Umar dah start merengek menangis. Bila hulur nenen dia senyap. Lepas tu dia nangis balik. Tidur kejap-kejap je. So aku paham ler dia tak kenyang. Bila aku check diapers dia pula, kurang ada air kencing tu. Tau lagi dia kurang menyusu. Bibir dia pula kering. Sign yang aku tau susu aku tak keluar dengan jayanya. Tapi Alhamdulillah misi memang banyak membantu. Masa Cik Umar merengek tu misi datang check nak tengok sama ada Umar pandai latch atau tau. Bila hulur jari dalam mulut Umar, cepat je dia tangkap dan isap. Kuat pula tu. So misi tau la yang Cik Umar pandai latch. Cuma problem kat susu aku ler. Bila misi picit puting tu, ade je keluar setitik dua air susu. So misi minta aku terus menyusukan Umar.
Tapi hati seorang ibu, mana mampu nak tahan sabar bila tengok anak nangis lapar. Cik Umar lapar. Susu aku pula still malu-malu nak keluar. Air mata aku pula dah start menitik. Nasib baik aku bawa air zamzam. Mak mertua aku minta aku basahkan bibir Cik Umar dengan air zamzam. Moga-moga berkat air zamzam tu Cik Umar mampu berusaha untuk terus menyusu disamping dapat melegakan rasa kelaparan. Oleh sebab Cik Umar tak kenyang menyusu, so poopoo dan peepee Umar memang sangat kurang. Kulit Cik Umar pun dah kelihatan kuning tanda jaundice dah semakin naik.
Malam pertama kami dirumah selepas discharge
Dua hari selepas melahirkan Cik Umar, aku dibenarkan pulang. Lega rasanya. Dalam hati dah plan nak susukan Cik Umar puas-puas kat rumah. Maybe sebab kat hospital, stress...sebab tu susu malu-malu nak keluar. Tapi lain yang kita rancang, lain pula yang berlaku. Susu aku terus taknak keluar. Kalau masa kat hospital tu bila picit je keluar juga 2 3 titik susu. Bila balik rumah langsung tak keluar. Aku dah start panik dah, stress pun ada juga. Cik Umar pula dah menangis kelaparan. Nasib baik kak ipar ada untuk tolong pujuk Umar. Aku yang stress ni try juga pam. Dapat la dalam 2 3 titik, tapi tetap tak cukup untuk Umar. Mata terus keluar air. Kak ipar minta En.Syg belikan susu formula je. Dalam hati aku dah rasa macam loser dah sebab tak mampu nak susukan Cik Umar dengan susu badan. Rasa macam diri ni tak berguna untuk jadi seorang ibu. Rasa macam gagal. Sambil menangis sambil cuba mengepam. Tapi betul la kata orang, makin kita stress makin malu susu nak keluar. Aku dah menangis teresak-esak dah time tu. Nasib baik ada En.Syg. Dia la yang tolong pujuk aku. Dia faham keadaan aku. Dia sangat menyokong aku. Dan akhirnya...dalam keterpaksaan malam tu selepas balik dari hospital Cik Umar terpaksa minum susu formula. Maafkan ummi ye sayang. Ummi terpaksa mengalah dengan keadaan. Yang penting Cik Umar kena juga minum susu, kena cuka poopoo, kena juga peepee...kalau tak kuning Cik Umar lagi teruk. Ummi taknak Umar kene tahan kat hospital sbb kuning.
Alhamdulillah...Allah kurniakan aku suami yang baik, suami yang memahami, suami yang menyokong. Dia tau aku stress. Dia tau aku down. Malam tu dia biarkan aku berehat. Dia yang melayan Cik Umar bila Cik Umar merengek minta susu. Sungguh besar jasa dan pengorbanan mu wahai suamiku.
Esoknye, kak ipar panggilkan tukang urut untuk urut aku sambil urut urat susu, sementara En.Syg dan MIL pula bawa Cik Umar ke klinik untuk check kuning. Lepas urut tu aku memang rasa tenang, rasa ringan badan dan dapat rasa yang urat susu semakin lembut. Dalam hati semoga ada rezeki susu untuk Cik Umar. Kat klinik pula, rupanya kuning Cik Umar sangat tinggi, terus klinik suruh Cik Umar admit hospital terus. Aku memang tak sempat jumpa Cik Umar masa hari tu. Tapi aku redha. En.Syg ada tanya juga kalau-kalau aku nak jaga Cik Umar kat hospital. Tapi aku memilih untuk stay kat rumah aje. Aku takut kalau kat hospital nanti aku jadi sedih dan stress tengok Umar kene letak bawah lampu. Dari aku stress dan nanti susu jadi malu nak keluar baik aku tenangkan hati dan diri, rehat aje kat rumah. Lagi pula aku kene berurut selama 3 hari. Jadi nak kena stay juga kat rumah. Kak ipar pun sokong aku berehat kat rumah. Lagi pun kat hospital tu ada misi dan doktor yang akan jaga Cik Umar. Selebihnya aku tawakkal kepada Allah.
Lepas berurut yang pertama tu, terus aku rasa breast aku tu macam penuh. Petang tu aku try pam dan Alhamdulillah dapat la aku pam kolustrum susu yang sangat berharga tu, dan sempat kirim kat En.Syg untuk diberi kepada Cik Umar. Maghrib tu aku pam lagi, dapat lagi kumpul susu dalam 1oz utk bekal keesokan hari pula. Syukur.
Petang selepas Umar keluar dari wad sebab kuning, lena tidur walaupun dia baru lepas poopoo
Malam tu selepas 3 malam adalah malam pertama aku tidur tanpa Cik Umar. Memang terasa rindu juga. Tapi aku sentiasa doa semoga Allah sentiasa melindungi Umar Hayyan. Dan pada malam tu juga terasa breast besar dan penuh. Dah rasa macam buah kelapa pula. Esoknya hari kedua aku berurut. Masa urut tu rasa air susu menitik. Alhamdulillah, Cik Umar cuma stay satu malam je kat hospital tu. Kuning dia turun dengan cepat. Lepas hospital call kata Cik Umar boleh discharge, terus kami pergi ke hospital. Rindu sangat dah dengan Cik Umar. Kebetulan mak ayah aku datang dari Perak. Memang molek sangat la sebab dapat jumpa dengan Cik Umar. Sampai kat wad tu aku dah dengar sayup-sayup suara baby nangis...lembut je. Dapat agak itu suara Cik Umar. Bila masuk ke tempat wad dia, terus aku peluk cium dia, tukar baju dan nyusukan dia terus. Masa menyusukan Cik Umar tu memang payah betul dia nak latch...maybe sebab breast dan puting aku besar manakala mulut dia kecil. Tapi takpe...aku dan Cik Umar memang sama-sama berusaha untuk meneruskan penyusuan. Dan akhirnya masa dalam kereta Cik Umar berjaya poopoo lepas menyusu. Maknanya dia berjaya menyusu la. Dan pada malam tu pertama kali Cik Umar berjaya menyusu badan dengan aku. Syukur.
Malam pertama Umar tidur kat rumah selepas keluar wad sebab kuning
Tapi bila dah pandai menyusu ni Cik Umar hisap memang kuat. Ngeri juga aku rasa. Lepas tu tiap kali semasa menyusu aku kene ampu sikit breast tu supaya tak tutup hidung Cik Umar. Tapi ada problem lagi, Cik Umar hanya menyusu sebelah kanan je, sebelah kiri dia taknak sebab puting tenggelam. Dan sebab problem tu sampai sekarang Cik Umar memang tak suka yang sebelah kiri. Kalau aku hulur je dia sengih...tak pun dia gigit.
Umar masa umur 9 bulan
Itulah cerita bagaimana pertama kali aku menyusukan Cik Umar. Next time aku cerita pula pengalam menyusukan Umar Hayyan untuk 3 bulan pertama sebelum aku start masuk kerja.
Semua ni akan menjadi kenangan berharga untuk irjune...
ReplyDelete