Monday, August 24, 2009

Rendang Pedas Udang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:19:00 AM
Resepi ni aku dapat dari rancangan masakan tajuk Resepi Istana (kalau aku tak silap) yg disiarkan di TV9 masa hari jumaat lepas. Untuk 1st episod ni di bawakan sajian istana dr kerabat negeri Perak (resepi ni di masak oleh permaisuri Raja Di Hilir).So lepas tgk bahan2 dan penyediaannya yg mudah aku pun decide la nak mencuba pada hari kedua berpuasa sebagai juadah berbuka bersama keluarga. Komen dr mak aku...memang pedas btul (sesuai la ngan namanya). Untuk pengetahuan korang, resepi ni aku tak salin tau...aku main ingat aje....hahhahaha....dan resepi ni aku modified sikit mengikut kesesuaian keluarga aku la.

Di atas permintaan kawan2 aku...di sini aku post kan resepi ni kat blog ni untuk korang mencubanya. happy memasak.



RENDANG PEDAS UDANG

bahan-bahan

udang saiz sederhana (kalau kat kedai tu sekilo RM12++)-jgn la buang kulit tu..nnt tak sedap.
bawang merah (dihiris)- byk sikit tau dalam 5-6 ulas tu
bawang putih (dihiris)-jgn byk sgt.
3-4 helai daun kunyit (dihiris)
3-4 batang serai (dihiris)
21 tangkai cili kering (blender)- kalau nak pedas tambah lagi...kalau taknak pedas kurangkan la.
santan(diambil pati dalam 1 mangkuk besar) - santan ni aku amik perahan yg pertama sbb nak pekat kan.
segenggam kelapa parut (optionally sbb resepi asal dia letak)
daun pandan sehelai (kasi wangi-aku yg letak, resepi asal takde pun nak letak)
garam dan gula secukup rasa.

penyediaannya.

1.masukkan santan dalam kuali (periuk).
2.lepas tu masukkan bawang merah, bawang putih, cili belender, serai dan daun pandan dalam santan tu.
3.kacau perlahan2 santan tu sampai mendidih (korang kene jaga santan ni takut nnt pecah minyak).
4.bila dah mendidih sikit masukkan daun kunyit yg dah dihiris. kacau lagi sampai mendidih.
5.lepas tu masukkan udang dan kelapa parut tu.
.6masukkan garam dan gula secukup rasa.
7.masak sampai kuah tu nampak kering sikit. kalau nak ade kuah jgn la kasi kering2 sgt.
8.dah masak sedia utk di hidang.

p/s:korang adjust la amaun setiap2 bahan mengikut kesesuaian famili korang ye.

selamat mencuba.

2 uncang teh :

shida said...

ha.....mcm resepi istana kat tv9 ahad lepas.
DYAM raja perak yg masak//cayalah ju

~*irjune*~ said...

hahahaha....
mmg pun pah...aku masak ikut resepi rancangan tu la. tapi ini aku modified la skit ikut kesesuain citarasa org biasa. hehhehe

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea