Tuesday, March 30, 2010

Wanita teraniaya atau Wanita yang menganiaya

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:39:00 AM
Semenjak dua menjak ni macam2 citer yang kuar kat paper kat Malaysia ni, pasal kanak2 kena dera la, pasal artis kena tangkap pasal dadah la...dan paling yang glamer dan mendapat ranking tertinggi dalam ulasan2 di kedai kopi dan juga masyarakat kita adalah pasal kes buang bayi.

Kes buang bayi ni jadi berita paling menggembarkan masyarakat Malaysia khususnya org Melayu sbb setiap hari ada aje akhbar yang melaporkan pasal kes buang bayi ni. Kelmarin pasal bayi kene buang dalam semak, hari ni pasal bayi yang kene buang lepas tu dibakar, esok pasal kes bayi kene buang dan digonggong anjing serta di gigit biawak dan lusa pasal bayi yg tersangkut kat jaring sampah.

Hello...korang igt itu patung mainan ke? Itu bayi la....bayi.....manusia yg ada nyawa.

Bila havoc kes buang bayi ni aku teringat perkara yang sama juga pernah berlaku dalam are tahun 92-94. Masa tu aku masih lagi bersekolah....tahun 93 aku baru Form 1. Masa tu mmg havoc juga la pasal kes buang bayi ni. Sana sini org bercakap pasal kes buang bayi. Masa tu macam2 suggestion penyelesaian di keluarkan dan di jana di otak untuk selesaikan masalah ni. Tapi tak lama lepas tu..bila kes ni reda...semua mulut2 yg bising tu senyap...maka kes buang bayi pun dianggap kes sipi sbb kekerapan berita pasal kes buang bayi ni mungkin cuma sebulan 2 kali aje.

Sekarang ni kalau nak dicongak umor betina2 yang terlibat dengan hobi membuang anak ini adalah mereka yang berusia dalam linkungan 17- 25 tahun yang mana kebanyakkan adalah dalam kategori remaja. 17 tahun yang dulu semasa aku menulis karangan mengenai kes buang bayi untuk subjek bahasa Melayu Tingkatan 1, betina2 ini berada dalam linkungan umur 1 - 8 tahun. Setahu aku sepanjang tahun dari tahun 1993 sampai sekrang, kes buang bayi ni memang selalu di paparkan di media. Tapi yang pelik tu...diorang ni langsung tak ambil iktibar dr semua yang diberitakan di akhbar dan media elektronik. Hai...tak sekolah ke korang sampai tak reti2 nak baca semua isu tu.

Aku pun heran la dengan betina2 yang keje dia buang anak ni...takde rasa nyesal ke? Ko memboyot 9 bulan boleh plak ko tahan...tapi last2 ko gi buang budak tu ape citer. Kalau macam tu baik awal2 ko minta sape2 tolong tumbuk perut ko masa awal2 mengandung supaya ko gugur.

Dalam paper ada dibuat satu artikel yang menyatakan mereka2 ini adalah golongan wanita2 yang teraniaya. Aku pun pelik, sape yang teraniaya? Aku rasa betina2 yang buang anak ni bukan golongan teraniaya tapi golongan yg menganiaya. Pertama mereka ni menganiaya diri sendiri dan selepas itu menganiaya darah daging sendiri iaitu anak yg mereka kandung selama 9 bulan. Ok, aku dapat terima hakikat mungkin mereka itu mangsa sumbang mahram...So itu baru betul wanita teraniaya. Tapi macam mana plak kalau mereka tu adalah betina2 yang terlanjur dengan teman lelaki masing2 yang dalam keadaan sukarela?? Teraniaya ke? Yang paling aku pelik tu, betina2 ni adalah dari kalangan mereka yang dikurniakan otak yang sangat sihat untuk berfikir...tak boleh fikir ke? Ye...time nak seronok kene tojah dengan jantan mmg tak fikir apa pun kecuali fikir seronok aje...tapi lepas beranak pandai plak fikir nak jaga nama baik dan nak buang anak tu pulak. Hai...boleh ye!!

Sekarang ni ada plak idea supaya disediakan satu pusat perlindungan utk bayi2 yang lahir akibat perbuatan zina ni. Ok...dari satu sisi aku setuju tapi dari sisi lain aku rasa perlu diperbaiki. Aku kat sini setuju kalau pembukaan pusat ini mendapat khidmat nasihat dari org2 yang pakar tentang agama. Sebabnya aku takut nanti ade betina jalang yg menyalahgunakan pusat itu untuk kepentingan diri masing2. Aku takut nanti ada budak2 yang nak buat keje tak senonoh tu berfikir, " ok takpe..kalau mengandung kita letak je anak tu kat pusat jagaan anak2 teraniaya, lepas tu kita akan lepas..tak kene tangkap". Heh ade ke macam tu.

Ok ni syor aku, pembukaan pusat utk kanak2 teraniaya tu memang bagus. Tapi aku harap pihak yg menguruskannya kene betul2 telus. Kalau betul2 wanita yg nak letak anaknya disitu adalah wanita teraniaya sprt kene rogol, kene sumbang mahram, maka mereka ini boleh la meletakkan anak mereka di pusat jagaan itu dan di bebaskan untuk mereka memulihkan jiwa trauma. Tapi kalau wanita yang nak letak anak tu adalah sbb kesalahan terlanjur dengan kekasih, aku rasa wanita tu sepatutnta kene hukum. Selain wanita tu, jantan2 yang menyebabkan teman wnaita mereka mengandung pun kene hukum. Tak perlu nak hukum teruk2, cukuplah hukuman tu dapat menyedarkan tentang kesalahan mereka.

Pasal nak tukar ayat daripada terlanjur ke, sumbang mahram ke, atau ape2 perkataan yg sesuai kepada satu perkataan mutlak iaitu Zina...aku setuju sangat2. Hal2 macam ni tak perlu la nakguna ayat2 lembut2 lapik2...terus je guna perkataan zina. Org Melayu Islam ni kalau kita guna ayat lembut2 macam sumbang mahram, terlanjur...atau ape je yg berkaitan , diorang ni buat tak tau aje. Tapi kalau kita tekankan dengan perkataan zina..konpem diorang ni ketaq lutut sbb perkataan zina itu sendiri sangat berat utk ditanggung.

Tapi pelik tak..betina2 yang mengandung anak luar nikah ni selalunya senang je bila masa nak beranak tu. Takde plak kes anak lemas ke..anak songsang ke atau anak dapat gen sindrom down ke. Semua anak2 betina kaki buang anak ni selalunya segak2 dan sihat2 je. Masa mengandung 9 bulan pun tak perlu nak gi check klinik. Sihat aje bayinya. Tapi berlainan plak dengan pompuan yang dah menikah, masa beranak sangatla seksa...
Ape2 pun..biarlah di dunia ni kita susah nak beranak,tapi kita akan senang di akhrat. Jangan mudah di dunia utk senang beranak...tapi susah di akhirat.

2 uncang teh :

zuesaran said...

hemph...ramai org yg pikir mcm tu..aku ni ms mengandung...5 kali masuk ward..pastu, morning sickness @ muntah sampailah sejam sebelum lahirnya najwan..teruk hanya allah yg tahu...

maksu aku kata keturunan penzina ni akan jadi tujuh menitis...ntahle...betul atau tak..

~*irjune*~ said...

takpe zue...biar susah di dunia tapi senang di akhirat jgn senang di dunia tapi susah di akhirat

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea