Pernah tengok sos cili jenama Tabasco ni? Pernahkan...kat Pizza Hut. Orang cakap sos ni pedas...Aku pun tak tau la sbb aku tak pernah rasa.
Hari ni aku nak cerita pasal Tabasco ni. Dulu2 masa masuk Pizza Hut aku memang tak tau binatang apa yg pakai jenama Tabasco ni. Aku nak sebut pun kadang2 tersasul cakap tobacco (tembakau). Suka hati aku aje kan nak sebut. Lepas tu baru la aku tau Tabasco ni sos cili pedas dan sangat pedas ya amat. Tapi aku takde la nak sentuh sos botol kecik ni sebab dah kata pedas...tak nak la aku nak rasa. Satu lagi yang aku tak sentuh sbb kat botol sos ni takde tanda halal. Walaupun iainya cuma sos cili tapi sebab takde tanda halal aku pun jadi takut nak sentuh.
Semalam lepas balik keje aku buka Astro tengok Discovery Channel 551. Setiap hari ada rancangan How Do They Do It? kat channel tu. Aku memang suka tengok rancangan ni sebab aku dapat info macam mana satu barang tu di buat. Contohnya sebelum ni aku pernah tengok macam mana lilin hiasan yang cantik dibuat siap dengan ukir2 lagi. Sangat informatif.
Ok...patah balik pasal citer semalam, elok2 aku buka channel ni terus dia tunjuk cara pembuatan sos cili pedas Tabasco tu. Masa tu dah miss byk part dah sbb aku sempat start tengok dari part dia cakap cili lumat tu di peram selama 3 tahun dalam satu tong kayu yang sangat lama. 3 tahun tu kene peram siap berkulat dah tong tu. Ok part tu takpe lagi, sebab kalau dia kata dia peram cili tu kat sini pun part cincaluk ngan budu pun kene peram gak sebelum diproses.So aku terima la info tu sbb peram budu ngan cincaluk lagi horror bau dia.
Tapi part yang aku terkejut gak la ialah bila dia bagi tau bahan2 yang dimasukkan ke dalam cili yg dah diperam tu. Rupanya antara bahan-bahan yang dimasukkan ke untuk membuat sos cili tu adalah WAIN PUTIH. Di ulang....WAIN PUTIH!. Hah! wain is arak....arak is wain. Dan dengan ini apa yang aku musykilkan telah pun dijawab oleh rancangan ini. Terima kasih rancangan How Do They Do It?. Anda memang sangat informatif. Walaupun aku tau kat luar sana tu dah ramai yang tahu kenapa Tabasco adalah haram untuk umat Islam, tapi melalui rancangan tersebut aku dah dapat bukti-bukti yang jelas. Jelas terang dan sahih.
Kilang Tabasco ni terletak di Avery Island, Louisiana, US. Melalui rancangan ini juga, sos Tabasco ni di eksport hampir ke 128 buah negara diserata dunia. Label sos tu pula akan di cetak mengikut dialek negara yang dieksport tu. Jadi kalau kita pernah terserempak dengan Tabasco ni di Pizza Hut sini bermakna Malaysia juga adalah termasuk dalam senarai 128 buah negara yang mengimport sos ini.
Ade yang tak setuju ke dengan info aku ni? Terpulang la kan. Aku cerita sebab aku dah tengok rancangan How Do They Do It? Mungkin ramai yang dah tau pasal kenapa Tabasco ni haram untuk orang Islam tapi tak salah kan kalau aku nak berkongsi perkara ini untuk kebaikan. Sebabnya kita ni cuma tau haram tapi kenapa dia boleh jadi haram sedangkan cili tu cuma tumbuh-tumbuhan aje. So melalui rancangan tu aku tau la kenapa Tabasco boleh jadi haram sebab ditambah dengan wain putih.
Nota_jari: Ikan pekasam makan dengan nasi panas pun sedap...
4 uncang teh :
ooo baru kutahu....
maklumat yg bergunaa.. tp kenapa pizza hut masih gunakan sos ni? tak de ke tindakan dari pihak berwajib?
Pah...kalau kita check ingredient kat botol sos tu mana dia mention letak arak pun...dia confirm guna nama siantifik yg kita pun payah nak sebut....so kalau kita nak elak pun based on sbb sos ni takde tanda halal aje....sbb tu susah nak detect...bila dah tau macam ni...kita hati2 aje la ek....
assalamualaikum...
what is white wine?
hope this can help...
http://www.sunniforum.com/forum/showthread.php?10566-ANSWERED-is-white-wine-vingar-halal
waalaikumsalam
TQ red
Post a Comment