Thursday, April 7, 2011

Atas Nama Cinta

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:46:00 PM
Ye..semenjak dua tiga empat menjak ni aku memang emo aje...First...sbb aku PMS dan dalam keadaan uzur syarie...So bila uzur ni hormon tak stabil maka emosi  pun tak stabil. Ini adalah emosi berkadar langsung dengan hormon. Huh! termasuk plak teori elektrik aku.

Aku penat sangat sekarang ni. Stress pun ye juga...Lagi2 pula dengan masalah hati kat dalam ni....kadang2 buat aku rasa down gila. Bila down macam gini...sesungguhnya sebagai perempuan aku amat memerlukan En. Syg ada di sisi aku...Tapi macam korang tau, aku dengan En. Syg dah terpisah jauh (macam la dulu dekat sangat dia dengan aku). Sekarang ni keadaan aku macam org yang kena gantung tak bertali. Kat kawan2 aku analogikan keadaan aku macam tgh tggu lafaz cerai fasakh. Siap kena gelak2 la pula. Tak kisah la.

Tadi godek2 lagu dalam laptop (aku namakan laptop aku ni sempena nama En. Syg (ok aku mmg sayang lagi dekat dia - korang nak marah...marah la...aku no hal), kawan aku dah marah2 kat aku...heheh...sori beb), aku teringat koleksi lagu Rossa...dan pasang lalu terdengarlah lagu ini yang bertajuk "Atas Nama Cinta". Bila diamati lirik lagu dia macam menceritakan pasal kisah aku dengan En. Syg la pula. (Ok..aku emosi lagi).

Mesti ade yang tak paham kan ape sebenarnya cerita aku dengan En. Syg. Nah...aku tempek lirik lagu ni untuk korang..korang...korang buat analisis. Lepas siap analisis..jangan lupa buat complete report ok...Dah boleh buat tesis PhD dah pun (merepek lagi). Ok jom..layan lirik lagu Rossa bertajuk....Atas Nama Cinta.


Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Reff:

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau

Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

bak to Reff

Nota_jari: Tuhan maafkan diri ini yang tak bisa menjauh dari angan tentangnya, Namun apakan daya diri ini bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia...

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea