Assalamualaikum
Sekarang ni topik hangat kedai mamak ialah Euro 2012. Walaupun dah nak sampai ke penghujung perlawanan...tapi teka teki bakal juara tetap menjadi topik no 1 bagi peminat sukan bolasepak.
Tak terkecuali aku...walaupun aku bukanlah tahap peminat hardcore sukan bolasepak sampai boleh hafal nama pemain, tapi aku layan juga la musim Euro kali ni. Ini semua penangan masa WC2010 sbb time tu demi menyiapkan tugasan sambil bertemankan perlawanan bola untuk WC2010 di Africa Selatan.
Tapi tak semua perlawanan aku sanggup layan. Ngantuk beb...perlawanan start pukul 2.45am sampai pukul 4.30am. Kalau drag ke masa tambahan kene tggu sampai subuh la jawabnye. Lepas tu kena siap2 pergi keja pula. Jadinya...hanya perlawanan tertentu aje yang aku sanggup jadi penunggu depan tv. Itupun kalau esoknya adalah hari cuti. Dan perlawanan tertentu itu of course la bila melibatkan team kegemaran aku pada edisi Euro kali ini iaitu Team Germany.
Picture credit to Google
Ramai peminat bolasepak target final Euro kali ni Spain vs Germany. Aku pun harap macam tu juga. Tapi lagi besar harapan aku kalau Germany menang....sure boleh senyapkan peminat team Spain tu. Hahahhaha
Nota_jari: Allah dah kabulkan permintaan aku untuk berjaga pagi melayan bola, dan permintaan itu ditunaikan selepas aku habis study. Alhamdulillah...hehhehe