Assalamualaikum wbt.
Aku terkena buatan orang?
Ye...aku memang dah kena buatan orang. Bukan orang lain pun. Orang yang dekat dengan aku, yang aku sayang, yang aku peluk, yang aku cium. Sape lagi kalau bukan laki aku tu.
Hahaha....jangan marah la korang semua. Intro ganas je pun.
Alhamdulillah...aku diberi rezeki baru oleh Allah swt. Lepas satu...satu. Tak terhingga ucapan syukur ni aku panjatkan untuk-NYA. Betapa besarnya rahmat Allah untuk hambanya ini.
Macam mana aku tau aku dapat rezeki ni?
Syukur sangat sebab kitaran haid aku sangatlah normal. Lebih kurang 28 hari. Kalau ada ralat pun just awal atau lewat sehari. Jadinya pagi pada hari haid aku sepatutnya datang, aku pun buat la upt test. Beli yang murah je jenama Guardian. Apsal aku eksited sangat ni. Bukan ape, senang sikit, kalau positif takde la aku nak lasak sangat. Kalau negatif boleh la aku lasak-lasak siap nak minum jamu and nak diet nak kuruskan badan la kononnya. Sekali bila dah buat test tu nampak macam positif. Aku tunjuk kat laki aku...senyum-senyum aje dia. Tapi aku cool and cakap maybe ada ralat. So kene tunggu sehari dua lagi. Sabar.
Nampak tak samar-samar je 2nd stripe dia tu.
Esoknya pagi-pagi mandi nak pergi kerja tu aku buat upt test lagi. Kali ni guna yang jenama lain pula and harga mahal sikit dari yang Guardian tu. Tapi kali ni bukan setakat samar-samar, tapi memang tak keluar langsung 2nd stripe dia tu. Rasa kecewa sikit tapi sebab dah agak keadaan ini akan jadi, aku ok je. So standby je pakai pad untuk peot la. (Kali ni tak snap gambar sebab result negatif kan).
Sampai opis gebang dengan member yang kahwin 2 bulan awal dari aku tapi sangat super eksited nak pregnant. Bila aku tunjuk gambar yang mula-mula tu, dia jadi super duper eksited pula. Sia suruh aku check sekali lagi guna upt digital pula.Balik dari opis, terus singgah Guardian and beli upt lagi. Bukan satu...tapi 2. Hahaha...aku memang akan beli 2 set tester ni; satu yang murah...satu lagi yang mahal. Satu jenama Guardian and satu lagi jenama apa-apa ajelah.
Pagi tu sekali lagi aku buat test, sebab peot aku still tak kunjung tiba. Sekali lagi guna jenama Guardian yang murah (tapi mahal sikit daripada yang mula-mula aku guna tu). Result dia...nampak macam positif, tapi 2nd stripe tetap tak clear. Hampa.
Nampak garis tapi tak clear.
Bila garisan masih lagi kurang jelas, aku standby aje la dengan pad kalau-kalau aku peot lagi. Tapi nan ado pun. Hati dah sangsi dah ni. Takkan aku pregnant kot. Tapi bab mengantuk tu jangan cakap la...azab nak menahannya. Last-last tumbang juga kat bawah meja...lena.
Pagi berikutnya, hari Rabu. Terjaga pukul 4 pagi tengok laki takde kat sebelah. Rupanya dia layan bola. Bila dah terjaga tu, nak tido balik jadi satu hal. Boleh pula termenangis secara tiba-tiba. Meroyan ke ape. Bila dah tak boleh tido, ape lagi buat upt test la. Kali ni guna yang mahal punya jenis digital. Kalau yang mahal ni still tunjuk negatif, aku nak beli yang jenis Che Ta punya plak, kot-kot lagi jitu bacaanya. (selagi tak kuar darah peot dan selagi aku tak puas hati, selagi tu aku plan nak buat upt test ni). Dan resultnya...confirm, jelas dan nyata... I'm pregnant.
Terus tunjuk kat laki yang tengah layan bola. Senyum aje dia kat aku. Tapi dalam hati aku still macam...betul ke ni? Hahahha....Terus aku whatsapp bestie aku bagitau pasal hal ni. Tunjuk sekali dengan bukti. Whatsapp pukul 4 pagi, dia reply pukul 9 pagi.
Pukul 9 pagi sebab nak lagi confirm, terus aku pergi klinik panel. Request doktor perempuan (sebab klinik ni kadang-kadang ada doktor lelaki yang datang). Senang...bayaran perubatan claim dengan majikan aje. Hihihi...Kat klinik kene buat upt lagi, lepas aku bagi tau peot aku lewat 3 hari. Kali ni..hah kau...clean and clear 2 2 garisan tu. Takde samar-samar. Doktor pun senyum-senyum ucap tahniah sambil buat kiraan kat aku. Baru 4 minggu katanya. Masih kecil lagi. Kalau nak scan pun tak nampak. So dia suruh datang bila masuk minggu ke 8 untuk scan.
Sekarang dah masuk minggu ke 6. Aku masih dalam proses nak adapt dengan situasi baru aku ni. Kesemputan tu tak payah cakap la. Keluar toilet pun dah semput. Drive kete dari rumah ke opis pun dah rasa semput. Kadang-kadang aku terfikir betul ke aku tengah pregnant ni sebab aku tak rasa alah lagi (Alhamdulillah..minta-minta takde alahan langsung). Lepas tu kalau bab kata mengantuk and kuat makan, dari bujang sampai sekarang aku memang jenis kuat tido dan kuat makan. Cuma dapat rasa yang bila waktu malam je pukul 9 aku dah pengsan.
Cuma yang ketara breast aku dia punya tegang...Masya Allah...sakit ooo....ngilu dan sangat sensitif. Lepas tu aku makin kuat berpeluh especially bila masuk minggu 6 ni. Kalau lepas solat tu, peluh keluar macam bersauna, walhal pakai telekung kain cotton je pun. Kadang-kadang lepas mandi atau lepas masak...memang macam air hujan je...peluh ya amat. Malam-malam badan rasa panas macam nak demam, tapi tak demam pun.
Aku tak buat lagi kad merah tu. Ingat nak tunggu pergi scan kat klinik swasta dulu baru nak gi buat kad kat klinik kerajaan. Nak bagi betul-betul hati aku puas dulu.
Ape-ape pun doakan yang terbaik untuk rezeki kami ni dulu ye. Amin
21 uncang teh :
tahniah irjune..alhamdulillah diberi peluang menjadi bakal ibu..
take care my dear..
saya pulak yang eksaited ni nak tengok preparation baby irjune nanti..
doakan utk saya jugak yer.. amin
Congrats and take care :)
Rehat, tdo puas2...(dh jd mak budak tido dh xberapa nk cukup)
Tq cik hani. lambat lagi bab nak buat preparation ni. skrg ni kita blogwalking baca pengalaman orang lain dulu. Insya Allah...usaha, doa dan tawakkal...nanti ada la rezeki cik hani tu. sy doakan yang terbaik utk cik hani juga. amin
tq ryyhan kamarudin. memang nak kena rehat and tido puas2 la dalam tempoh 9 bulan ni. Lepas ni takut tak cukup tido pula. :D
tahniah...... take care..rehat banyak2..mula2 ni memang mate asyik nk tido je... kite mula2 pun xde alahan...start 8 minggu baru alahan tu dtg...lepas tu start la berdrama..xlalu makan..asyik muntah...
Wah. . Tahniah yunk..
tahniah....baik2 jg diri tu....xsemua org pregnant ada alahan....kkdg suami yg rasa alahan tu semua..kekeke
Patutla semalam call bunyi cam emo je..bawak budak rupanya...nasib baik ai is cool sister. congrats!
assalamualaikum wbt akak...tajuk suspen btl yea....apa2 pun tahniah akak...doakan cik nat pun cam akak yea...amin...take care akak....
tq kepada kawan2 semua; misz sheyla, yana jasni, syazai86, azi and syafinas. moga2 selamat dan dipermudahkan semuanya.
kepada syafinas...Insya Allah...ada rezeki tu. Doa banyak2 ok..
tahniah! take care lah ye.. semput tu biasa, baby nak membesar dlm perut. tapi klau rasa semput yg luar biasa, better g check. klau blh handle, ok je. tarik napas panjang2 bila semput and relax
tq Azziah Nawawi...hopefully semuanya ok..Insya Allah.
congrats Irjune :))
tq Lindab :D
tahniah kawan :)
Tahniah. Jaga diri elok-elok. Seronok baca kisah bahagia orang.
:)
tq Whozz...:D
Tq farhanaDr... :D
Congrats irjune.. Take care yer.. Jgn buat keje berat2 ek..
Tahniah irjune!
thanks NAS and yuyuy akley
alhamdulillah...tahniah.. :) jaga diri bebaik yer... semoga ibu dan baby sihat amiiinnnn
Post a Comment