Assalamualaikum wbt.
Bila dah dapat kunci rumah ni, memang sangatlah excited kan. Lagi-lagi kalau rumah tu adalah rumah pertama yang dibeli/dibina menggunakan hasil titik peluh sendiri. Bak kata anak buat aku, "Teruje nye".
Sebagai seorang yang boleh dikira sebagai "Property Virgin", banyak juga la ilmu yang kena dipelajari sebelum dan sesudah membeli rumah. Kalau sebelum membeli kita kena survey dulu jenis, lokasi, nilai hartanah, harga dan juga keupayaan kita untuk membayar ansuran rumah tu juga termasuk urusan-urusan dokumentasi antara kita, pemaju dan pejabat peguam. Begitu juga selepas kita selesai membeli iaitu selepas mendapat kunci rumah. Benda pertama apabila kita dapat kunci rumah adalah memastikan rumah tersebut telah layak mendapat sijil layak menduduki atau orang kita panggil CF (nama baru OC). Ini adalah kerana terdapat juga pemaju-pemaju kecil yang mengambil jalan mudah dengan memberi kunci kepada pembeli sebelum OC diperolehi hanya untuk mengelakkan mereka membayar denda lewat kepada pembeli.
Selepas OC dah dapat, ape lagi, masa untuk kita membuat checklist sebelum kita boleh menduduki rumah tersebut. Untuk aku, aku dah siapkan checklist yang perlu aku buat untuk memastikan aku selesa ketika berpindah ke rumah baru. Checklist ni mungkin berbeza dengan orang lain sebab lain orang lain caranya.
Checklist aku:
- Check rumah untuk memastikan kerosakkan yang ada. Kalau ada kerosakkan listkan dan inform kepada pemaju secepat mungkin. Jangan nak baik hati sangat, kalau ada yang tak puas hati, masa ni la kita kena cakap supaya pemaju tahu kerosakan rumah tu. Kita beli harga mahal kot, kena la inform.
- Grill. Ini penting ni. Kena survey betul-betul grill supaya kita dapat harga ikut budget. Macam aku ni, aku just survey dari kawan-kawan aje untuk aku tau berapa budget yang aku kena sediakan. Lepas tu sbb aku malas nak gi banyak kedai, aku tuju satu kedai aje dan bagitau apa yang aku nak dan berapa budget aku. Discuss sana sini, minta itu ini, demand begitu begini, aku akhirnya dapat juga la grill ikut budget yang aku sediakan. Taktau la macam mana rupa grill aku tu sebab tak dipasang lagi. Minta-minta ok la.
- Wirering. Penting gak ni. Budget tak boleh ciput. Kalau boleh pasang sendiri selamat la sbb tak perlu keluarkan duit banyak. Tapi kalau single macam aku ni, upah orang aje la. Kalau setakat nak pasang lampu kipas menggunakan point-point yang pemaju sediakan mungkin murah. Tapi kalau nak tambah point, tambah suis, haruslah mahal sedikit. Untuk rumah aku, aku minta technician opis aku tolong buat sambil bodek membodek minta harga kawan-kawan.
- Pembelian lampu dan kipas. Penting ni. Takkan korang nak guna lampu minyak tanah pula kot. Haruslah ada lampu downlight, lampu gantung la. Kalau nak jimat, pakai je lampu pendaflour atau kata orang kampung, lampu panjang dan kipas meja sahaja, memang jimat duit. Untuk rumah aku, aku guna kombinasi downlight LED, lampu panjang dan juga lampu gantung. Tidak dilupa adalah spotlight LED. Hahaha...kat mana la aku nak pasang. Untuk kipas pula haruslah kipas KDK yang telah diketahui akan ketahanannya. Nak beli semua lampu dan kipas ni pun kena survey gak supaya tak lari budget.
- Pasang meter TNB. Ha ni korang kena gi berusrusan sendiri dengan TNB. Pemaju cuma register nama kita aje secara berkelompok. Nak masuk meter ni pun kena bayar gak. Macam rumah aku jenis semi-D di Perlis ni kena bayar RM250. Kena masuk budget gak ni. Takkan nak tarik daripada duit gaji pula.
- Meter air. Ini takpe. Macam kat sini, pemaju yang uruskan. Nanti orang air akan pasangkan meter. Sebelum meter dipasang, kita enjoy buat pembaziran air ye. Maklumlah untuk beberapa ketika dapat guna air free.
- Cat. Ini optional sebenarnya. Kalau nak jimat duit tak payah la cat. Tapi kalau ade duit lebih tu, boleh la cat. Maklumlah rumah baru so haruslah dah ada konsep nak dibuat. Kalau dah nak cat tu, nak jimat duit lagi, cat la sendiri. Kalau banyak sangat budget boleh la upah orang cat. Macam rumah kawan aku tu, budget untuk beli dan upah cat aje dah makan 3 ribu ringgit. Mahal betul.
- Perabot. Kalau dah nama orang bujang ape la sangat perabot yang kita ada. Betul tak? Untuk yang dah kawin pun belum tentu perabot tu penuh. Ntah-ntah yang ada cuma tilam, katil, almari, dapur, mesin basuh dengan peti sejuk aje. Perabot ni optional. Kalau rasa nak masuk rumah baru feeling rumah penuh kena la kuarkan budget. Kalau tak boleh la beli sedikit demi sedikit. Macam aku ni, memang dah sediakan budget untuk perabot sebab aku tak nak la masuk rumah baru macam masuk ruma sewa. Kena la ada barang-barangnya.
- Langsir...haa...rumah dah cat bagai dengan perabot moden terkini, tapi tiba-tiba langsir takde. Memang huduh. Nak tak nak korang memang kena sediakan budget untuk langsir ni. WAJIB. Sekarang ni banyak kedai menjual langsir yang menyediakan perkhidmatan jahitan langsir. Contoh adalah seperti Jakel. Macam aku ni, aku just beli kain dan hantar pada tukang jahit je. Rail tak pasang pun lagi sebab plan nak suruh akak tu pasang terus. Orang bujang la katakan. Ready duit upah aje orang. Untuk dapur, aku plan nak letak bidai buluh aje, senang, Oh! duit lagi...gabak aku nanti.
- Kitchen Cabinet. Hoh...ini memang trend dan memang menjadi kegilaan setiap wanita yang bergelar isteri dan tak lupa juga wanita bujang macam aku. Tapi kenyataannya KC ni bukannya murah. Nak bina siap dengan aksessori tu haruslah ada at least 5k dalam tangan. Jadi KC ni kita bleh delay dulu la sampai budget mengizinkan. Nak buat KC ni pun kena survey dulu, supaya kita tak menyesal dikemudian hari.
- Last but not least adalah sewa lori untuk pemindahan barang. Takkan la kau nak pindah angkut peti sejuk naik kancil kot. So mesti sediakan juga budget untuk perpindahan. Kalau nak jimat, kita cuma sewa lori dan pemandu aje, dan tukang angkut barang tu terdiri daripada kerabat keluarga kita sahaja. Tapi kalau dah adat merantau jauh yang takde kaum kerabat macam aku ni, memang la kena upah orang untuk tolong angkut barang. Duit lagi tu.
Itu ajelah kot main checklist aku. Kalau ada yang aku tercicir tu, boleh la bagi tau ye. Mungkin cara aku lain dan cara korang lain.