Thursday, August 5, 2010

The Boy Is Mine

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:09:00 AM 0 uncang teh
Kejam tak tajuk aku tu. Ingat tak lagi, tu tajuk lagu Monica dan Brandy....OOOOO..tak ingat takpe lah. Tajuk tu bukanlah sebab aku nak berebut jantan atau laki sesiapa aje. Jadi..kepada perempuan-perempuan diluar sana..jangan risau ye...aku waras lagi. Hahahhaha....

Sebenarnya aku nak tunjuk buah hati aku. Dah besar pun dia. Pandai mama dia jaga anak ummi ni. hehheheh...


Inilah Muhammad Iqram Darwisy bin Shaiful Amri. Anak x-housemate aku kat sini yang aku anggap macam anak angkat aku. Alhamdulillah, walaupun x-housemate aku dah kawin dan dah nak masuk anak 2 dah (aku ade anak tekak aje), tapi silaturrahim aku dengan dia masih lagi baik. Masa dia nak kawin dulu, aku dah cakap kalau dia dapat anak, aku nak ajar anak dia panggil aku ummi, dia pula setuju nak bahasakan diri dia mama.

Awisy ni sangat friendly. Aku masuk je rumah dia, habis semua barang dia nak tunjuk. Manja pulak tu. Sangat keletah. Tapi mama dia cakap nakal dan buas. Suka memanjat. Biasalah budak-budak, lagi-lagi budak lelaki. Banyak akal.


Awisy mata bulat


Awisy dan ummi.

Semalam masa gi umah Awisy ni, sempat la aku borak dan bergosip dengan mama Awisy sambil-sambil tengok drama Epilog Syurga Cinta. Rupanya Awisy ni suka tengok Adik Mia Sara Nasuha. Amboi Awisy, kecik-kecik dah minat nak ada awek. Tapi not bad juga ye taste Awisy. Ummi ngan mama Awisy ok aje. Hehehehe....


Mia Sara Nasuha

Nota_jari: Mama Awisy...thanks ye dengan pes mee bandung muOOO tu...


Wednesday, August 4, 2010

Bila Kau Kata Kau Sayang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:42:00 PM 4 uncang teh
Bila kau kata kau sayang 
Terus aku tersenyum
Dan lantas kumenjawab
Hmmm....mmm
Aku juga sayang padamu

Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Dan lalu kujelaskan
Kita sudah saling Oh jatuh cinta

Kau hadir saat aku memerlukan penawar duka lara
Setelah lama hidupku kesepian
Terbalut lah lukaku dengan harum cintamu
Terima kasih kuucapkan

Senyumanmu sering ku terbayang
Terlepas rinduku bila dengar suaramu
Terasa bagaikan kau ada di sisi
Di mana saja ku berada

Aku pun berdoa pada Tuhan
Semoga cinta kita berpanjangan selamanya
Berkocak nafas di dada bila terpandang mu
Janganlah engkau pergi dariku...

Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Bila kau kata kau sayang
Hmmm....mmm
Aku juga sayang padamu



Nota_jari: maaf la...irjune-san terjiwang karat sampai pengsan....hahhahahah


Tuesday, August 3, 2010

Kini Semua Orang Mampu Cantik

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:21:00 PM 0 uncang teh
Hujung bulan ni aku dah nak masuk umur siri 3. Kata orang bijak pandai, kecantikan seorang wanita bermula pada usia 30-an. Aku setuju tu sebab pada masa ni secara zahirnya kulit wanita berada pada fasa kulit matang. Pada masa ni lah, keutamaan pada penjagaan kulit yang betul dapat menjadikan kulit wajah lambat berkedut. Hehheheh...

Korang tau kan adik aku, Che Jimah sangat obses dengan penjagaan kesihatan dan kecantikan diri. Tanyalah apa sahaja tentang supplement atau produk untuk kesihatan dan kecantikan, dia boleh bagi pendapat macam dia yang edar produk tu. Tapi kalau korang tanya aku, aku boleh cerita pasal kasut tumit tinggi aje la. Hahahhaha.....

Oleh sebab hujung tahun ni Che Jimah dah nak kahwin, jadinya sekarang ni dia sangat rajin la membelek, membeli dan menggunakan produk yang dia pesan melalui internet. Jangan risau, bukan semua produk yang dijual diinternet ni teruk. Setakat masker muka atau body scrub tu, Insya Allah boleh digunakan. Lagi pula, produk yang dijual online ni pun ada juga dijual di pasaran umum. Oleh sbb itu, aku pun join sekali la memesan dan menggunakan produk yang dibeli dan disyorkan oleh Che Jimah.

Disebabkan serum Nano White aku dah habis, jadi aku pun bersetuju untuk mencuba produk Beautee Ampoule. Ampoule ni macam serum juga. Kalau tengok kat salon (aku tengok kat Plaza Alam Sentral) ampoule ni dijual RM25 untuk sekali guna. Realitinya, ampoule ni boleh digunakan sehingga 4 kali, dengan syarat simpan dalam bekas kedap udara.


Untuk ampoule ni aku beli yang untuk Vitamin C. So lepas ni kalau tengok muka aku cantik gebu tu bukan sebab aku cucuk botox tapi sebab aku guna ampoule vitamin C ni. Aku tak ingat harga satu kotak ampoule ni sebab adik aku yang order (belum bayar pun lagi kat Che Jimah), tapi rasanya dalam harga RM25- RM30 sahaja. So...murahkan.

Sebenarnya, banyak jenis lagi ampoule yang dijual mengikut jenis dan kegunaannya. Disebabkan aku malas nak taip, aku snap aje keratan dari brosur yang terdapat dalam kotak ampoule ni.


Selain ampoule ni, masa jalan-jalan kat Midvalley minggu lepas, aku juga sempat membeli mask keluaran Taiwan yang dijual di outlet Guardian. Kebetulan masa tu tengah promosi, jadinya dapat la harga sekeping mask ni RM3. Kalau biasa confirm harga dia dalam RM6++.


Sebenarnya aku beli 5 keping tapi, sekeping aku dah pakai dah.

Selain tu, jangan lupa pula wet tissue untuk mencuci mekap anda ye.


Inilah antara barang-barang kecantikan yang sempat aku rembat. Aku ni bukannya nak jadi cantik macam Miss Universe atau Miss World tapi bila dah umur meningkat ni aku kena la jaga penampilan luar dalam. Bukan untuk sesiapa pun (mungkin juga untuk bakal suami), tapi lebih kepada kepuasan dan keyakinan diri sendiri.

Nota_jari: Kecantikan adalah hak milik semua insan


Nyahkan Toksin Itu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:47:00 PM 0 uncang teh
Sebagai manusia, tolak batu dengan kayu dan makanan yang tidak halal, aku percaya semua akan hentam makan je. Tapi percaya atau tidak, daripada makanan yang kita makan itulah menyebabkan badan kita akan mengumpul toksin. Secara semulajadi, toksin-toksin yang dikumpulkan oleh badan kita dibuang melalui kaedah perpeluhan dan perkumuhan iaitu dengan cara membuang air kecil dan air besar.. Ada juga yang dilepas bebas keudara melalui kentut! Eiii...kentut????....

Lebih kurang sepuluh tahun dahulu, Kinohimitsu ada memperkanalkan foot detox iaitu membuang toksin melalui herba yang dilekatkan ditapak kaki. Kaedahnya dengan melekatkan pad herba itu ditapak kaki ketika hendak tidur dan buang selepas bangun. Tapi dengan harga kinihimitsu yang mahal tu, siapalah yang mampu nak beli selalu.

Jadi sekarang ada kaedah alternatif nak guna foot detox tu. Melalui Che Jimah yang sangat obses dengan penjagaan kesihatan dan kecantikan tu, aku pun membelilah melalui online foot detox yang aku confirm diimport sama ada dari Korea, China atau Taiwan. Harga pun jauh lebih murah daripada harga kinohimitsu. Sekeping cuma RM1.50 sahaja. Murahkan.

Jadinya lepas deal dengan kawan aku, aku pun order la 100 keping, 50 untuk aku, 50 untuk kawan aku. Bungkusan ni sampai kat tempat kerja Che Jimah. Jadinya masa gi kelas minggu lepas baru la aku ambil foot detox ni.


Dah tinggal sikit sbb dah hampir 2 minggu aku pakai foot detox ni.


lekat dulu pad herba tu atas kertas gam yg diberi


lekat ketat-ketat kat tapak kaki


pastikan ketat melekat dan kemas

siap melekat dah..jadi mari zzzzzzZZZZzzzzz!!!


selepas bangun tidur, beginilah keadaan foot detox tu.

Setelah hampir 2 minggu aku menggunakan foot detox ni, ade la sedikit kesan positif yang aku nampak. contohnya, bangun pagi pun mudah walaupun badan tu still takdela ringan sangat. Lagi satu, keadaan mata aku yang kuning semakin kurang. Untuk pengetahuan, kalau mata putih kita kuning dan merah teruk sangat, itu tandanya kita mempunyai masalah hati (bukan masalah hati sbb cinta la) iaitu ade setengahnya pula panggil jaundice.

Melalui tapak kaki kita boleh mengurangkan kesakitan yang dialami oleh organ dalaman kita.

Ada testimoni di internet memberitahu, kalau rajin guna foot detox ni, masalah berat badan pun boleh diatasi. Jadi sekarang misi aku adalah untuk mengurangkan toksin dan masalah berat badan ni.

Monday, August 2, 2010

Cerita Dua Orang Kawan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:00:00 PM 2 uncang teh
Ini cerita 2 orang kawan baik aku. Seorang lelaki, seorang lagi perempuan. Dua orang kawan yang aku kenal sejak zaman selekeh sehinggalah sampai sekarang keduanya telah menjadi segak bergaya. Kedua-dua kawan ni antara yang rapat dengan aku dan antara kawan-kawan yang aku sayang.

Tapi seiring dengan peredaran masa, pertambahan usia dan tuntutan tanggungjawab, aku seolah-olah semakin kehilangan kedua orang kawan aku ni. Sedih...Itulah yang kadang-kadang terdetik didalam hati.

Kawan 1 (Lelaki)

Antara kawan yang rapat dengan aku di sini. Walaupun masa zaman belajar dulu aku cukup menyampah dengan perangai kepochi dia ni, tapi bila dah bekerja di satu tempat yang sama, boleh jadi kamceng la pula. Mengenali dia dengan lebih rapat, buat aku semakin mengkagumi dia dan menghormati dia. Paling tidak pun, dia tidaklah seteruk seperti mana ketika zaman hingusan dulu. Best kawan dengan dia...satu kepala dengan aku. Dia juga tempat aku mengadu setiap masalah suka dan duka, perihal kerja mahupun soal hati dan perasaan.

Tapi semua tu berubah bila dia bertemu jodoh dengan gadis pilihan sendiri. Semakin hari semakin jauh. Walaupun aku di depan mata, tapi seolah-olah aku tak wujud. Sedangkan masa dia bujang dulu, walau sebatu kelibat aku pasti dia akan menjerit memanggil nama aku. Sedih aje.

Betul..antara aku dengan dia bukan setakat cerita seorang kawan. Keakraban kami sebenarnya menerbitkan satu perasaan yang hanya aku dan dia sahaja yang tahu (termasuk la isteri dia). Tapi itu cuma cerita lepas. Kenangan yang aku dan dia telah sepakat untuk disimpan sebagai satu memori sahaja. Tak mungkin aku nak khianat nilai persahabatan hanya kerana mementingkan diri.

Ape pun...dia tetap kawan baik aku. Walau ada sedikit rasa terkilan, aku tetap mengkagumi dan menghormati dia sebagai seorang kawan. Dan aku masih di sini mengharap dia sedar aku masih seorang kawan untuk dia.

Kawan 2 (perempuan)

Ini seorang lagi kawan yang buat aku rasa terkilan dan sedih. Menangis untuk dia....selalu.  Aku kenal dia hampir 10 tahun, semenjak dia pakai kacamata bulat dan tebal, sehinggalah sekarang dia pakai kacamata nipis dan bergaya. Aku kenal semenjak dia memakai baju kurung dengan tudung labuh menutup dada sehinggalah sekarang dia memakai t-shirt polo dan inner serta bertudung ariani. Dari seorang yang memakai kasut bertapak rata, sehinggalah sekarang sudah pandai memakai wedges. Bukan setakat luaran sahaja, malah dalaman pun aku kenal. Lebih kenal berbanding sesiapa yang menjadi boyfriend dia sekarang.

Tapi aku sedikit terkilan dengan dia. Hanya kerana dia berjumpa kawan baru, aku seolah dipandang sebelah mata. Hanya kerana seorang lelaki bergelar boyfriend, aku dilupakan seketika. Mungkin sebab aku tak berada di depan mata semasa dia berada dalam kesusahan, maka itulah alasan untuk dia memberi sepenuh tumpuan kepada lelaki itu.

Tetap berkecil hati.

Dan sekarang, bila masalah timbul, kawan yang dilupakan inilah yang dicari. Tapi aku seorang yang menyayangi kawan-kawan. Walau mulut membebel geram, tapi hati tetap menangis untuk dia. Walau mulut melepaskan amarah, hati tetap berasa risau untuk dia. Nilai persahabatan yang telah 10 tahun terbina bukan alasan untuk aku membuang dia dari hidup aku. Bila dia datang penuh penyesalan diatas keterlanjuran melupakan aku sebagai kawan, aku masih berlapang dada menerima penuh keikhlasan. Bukan cara aku untuk membuang kawan hanya kerana masalah remeh ni.

Inilah cerita 2 orang kawan aku. Kawan yang aku kagumi, hormati dan sayangi.

Nota_jari: Walau aku tak pernah ada sepanjang masa disisi kawan ketika susah dan senang, aku tetap mengambil berat dan mendoakan kesejahteraan untuk mereka dunia dan akhirat.


 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea