Ini cerita 2 orang kawan baik aku. Seorang lelaki, seorang lagi perempuan. Dua orang kawan yang aku kenal sejak zaman selekeh sehinggalah sampai sekarang keduanya telah menjadi segak bergaya. Kedua-dua kawan ni antara yang rapat dengan aku dan antara kawan-kawan yang aku sayang.
Tapi seiring dengan peredaran masa, pertambahan usia dan tuntutan tanggungjawab, aku seolah-olah semakin kehilangan kedua orang kawan aku ni. Sedih...Itulah yang kadang-kadang terdetik didalam hati.
Kawan 1 (Lelaki)
Antara kawan yang rapat dengan aku di sini. Walaupun masa zaman belajar dulu aku cukup menyampah dengan perangai kepochi dia ni, tapi bila dah bekerja di satu tempat yang sama, boleh jadi kamceng la pula. Mengenali dia dengan lebih rapat, buat aku semakin mengkagumi dia dan menghormati dia. Paling tidak pun, dia tidaklah seteruk seperti mana ketika zaman hingusan dulu. Best kawan dengan dia...satu kepala dengan aku. Dia juga tempat aku mengadu setiap masalah suka dan duka, perihal kerja mahupun soal hati dan perasaan.
Tapi semua tu berubah bila dia bertemu jodoh dengan gadis pilihan sendiri. Semakin hari semakin jauh. Walaupun aku di depan mata, tapi seolah-olah aku tak wujud. Sedangkan masa dia bujang dulu, walau sebatu kelibat aku pasti dia akan menjerit memanggil nama aku. Sedih aje.
Betul..antara aku dengan dia bukan setakat cerita seorang kawan. Keakraban kami sebenarnya menerbitkan satu perasaan yang hanya aku dan dia sahaja yang tahu (termasuk la isteri dia). Tapi itu cuma cerita lepas. Kenangan yang aku dan dia telah sepakat untuk disimpan sebagai satu memori sahaja. Tak mungkin aku nak khianat nilai persahabatan hanya kerana mementingkan diri.
Ape pun...dia tetap kawan baik aku. Walau ada sedikit rasa terkilan, aku tetap mengkagumi dan menghormati dia sebagai seorang kawan. Dan aku masih di sini mengharap dia sedar aku masih seorang kawan untuk dia.
Kawan 2 (perempuan)
Ini seorang lagi kawan yang buat aku rasa terkilan dan sedih. Menangis untuk dia....selalu. Aku kenal dia hampir 10 tahun, semenjak dia pakai kacamata bulat dan tebal, sehinggalah sekarang dia pakai kacamata nipis dan bergaya. Aku kenal semenjak dia memakai baju kurung dengan tudung labuh menutup dada sehinggalah sekarang dia memakai t-shirt polo dan inner serta bertudung ariani. Dari seorang yang memakai kasut bertapak rata, sehinggalah sekarang sudah pandai memakai wedges. Bukan setakat luaran sahaja, malah dalaman pun aku kenal. Lebih kenal berbanding sesiapa yang menjadi boyfriend dia sekarang.
Tapi aku sedikit terkilan dengan dia. Hanya kerana dia berjumpa kawan baru, aku seolah dipandang sebelah mata. Hanya kerana seorang lelaki bergelar boyfriend, aku dilupakan seketika. Mungkin sebab aku tak berada di depan mata semasa dia berada dalam kesusahan, maka itulah alasan untuk dia memberi sepenuh tumpuan kepada lelaki itu.
Tetap berkecil hati.
Dan sekarang, bila masalah timbul, kawan yang dilupakan inilah yang dicari. Tapi aku seorang yang menyayangi kawan-kawan. Walau mulut membebel geram, tapi hati tetap menangis untuk dia. Walau mulut melepaskan amarah, hati tetap berasa risau untuk dia. Nilai persahabatan yang telah 10 tahun terbina bukan alasan untuk aku membuang dia dari hidup aku. Bila dia datang penuh penyesalan diatas keterlanjuran melupakan aku sebagai kawan, aku masih berlapang dada menerima penuh keikhlasan. Bukan cara aku untuk membuang kawan hanya kerana masalah remeh ni.
Inilah cerita 2 orang kawan aku. Kawan yang aku kagumi, hormati dan sayangi.
Nota_jari: Walau aku tak pernah ada sepanjang masa disisi kawan ketika susah dan senang, aku tetap mengambil berat dan mendoakan kesejahteraan untuk mereka dunia dan akhirat.
Nota_jari: Walau aku tak pernah ada sepanjang masa disisi kawan ketika susah dan senang, aku tetap mengambil berat dan mendoakan kesejahteraan untuk mereka dunia dan akhirat.
2 uncang teh :
mcm ku tahu sapa lelaki itu..
erm.. june.. aku mcm hg jugak.. aku akan syg kwn yang aku anggap kwn.. tp kenapa bila berjauhan... kita makin jauh dari merkea... kdg2 jadi seperti musuh yg kita tak tahu apakah salah kita terhadap mereka...sedih ooo
pah...hg tau ke? hahhahah....
Post a Comment