Wednesday, September 4, 2013

Dekorasi Bilik Tidur Budget

masa minum teh ~*irjune*~ pada 7:38:00 PM 3 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Tadi masa kat opis tengah sibuk-sibuk buat kerja aku pun bukalah Youtube, mencari-cari video best untuk ditonton. So aku jumpa video ni pasal dekorasi bilik tidur budget. Jom..aku share dengan korang.



Credit to Youtube

Daripada video ringkas ni aku dapat beberapa tips untuk menjadikan bilik tidur kita nampak mewah walaupun dengan budget ciput (macam aku...hohoho).

Tip 1: Cat bilik dengan warna yang sesuai. Untuk bilik ni, owner guna warna natural iaitu gabungan putih dan kelabu.

Tip 2: Cuma gunakan gabungan 3 warna sahaja. Owner guna warna baby blue, dark blue dan juga hijau.

Tip 3: Cat perabot dengan warna gabungan. Menurut Samantha Pynn, mengecat perabot lama merupakan kaedah dekorasi yang paling murah dan mudah. Tak perlu nak beli perabot baru. DIY apa yang ada.

Tip 4: DIY runner katil. Tak perlu nak hantar jahit ke kedai, just lipat dan letak diatas katil. 

Tip 5: Langsir yang sesuai dengan cat. Owner guna langsir putih yang mempunyai corak berwarna biru samar. Biru dan kelabu berada dalam ton warna bersebelahan.

Tip 6: Kabinet dihujung katil. Selain sebagai perabot dekorasi, tapi boleh jadi tempat simpanan barang. Kalau bilik besar boleh buat. Tapi kalau bilik kecil macam bilik rumah aku, tak payah...buat sempat jalan je.

Tip 7: Simetri. Susun perabot dalam keadaan simetri. Dalam video tu dia tunjuk ada 2 buah side table di kedua-dua sisi katil dan juga ade lampu daripada jenis dan corak yang sama.

Tip 8: Bunga. Bunga boleh jadi hiasan yang paling murah. Tak perlu bunga hidup...bunga plastik pun ok. Long lasting.

Tip 9: Cermin. Ini untuk ilusi keluasan dan kalau nak cantik lagi buat hiasan DIY kat cermin tu.

Tip 10: Headboad. Katil kat oversea banyak yang takde headboad. Tapi katil kat Malaysia dah ready dengan devan (betul ke eja). Tapi kalau ada yang nak letak headboad, DIY je. Aku banyak tengok dalam rancangan make over luar negara diorang DIY je headboad tu.

Tip 11: Hiasan di dinding  atas kepala katil. Tak perlu hiasan yang sarat. Macam dalam video tu dia letak perkataan DREAM. Kalau aku, aku plan nak letak gambar aje. Gambar kawin pun ok juga. Hahahaha....

Tip 12: Letak bantal kusyen kecil sebagai hiasan atas katil. Sarung kusyen plak daripada material dan corak kain yang sama macam langsir. Cantik...huhuhuhu

Itu aje kot yang dapat aku kutip daripada video tu. Kalau ada yang tertinggal nanti boleh update lain. Aku tulis tips ni berdasarkan pemahaman aku aje tau. Pemahaman korang aku tak tau pun.

Nota_jari: Tetiba rasa nak beli set bilik tidur warna putih pula....uwaaaa.......nyesal beli warna gelappppp.....

Monday, September 2, 2013

Kos Cermin Ikea

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:49:00 PM 15 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Hajat dihati tu nak sambung keje opis kat rumah. Tapi bila dah on internet tu, bukan nak search bahan pengajaran, tapi buka blog sendiri. Baca dan lepas tu sengih-sengih sendiri depan laptop. Bengong sekejap.

Buka page blogger sebab nak ejas-ejas muka blog ni, rupanya ada 1 komen tengah dok tunggu nak diapproved. Satu komen aje pun. Tapi bangga dalam diri tu tak mampu nak describe. Kembang setaman dah badan ni. Tu pasal payah nak kurus macam dulu.


Komen tu dari Cik Anonymous. Sape ye? Kalau sudi tu silalah perkenalkan diri. Cik Anonymous ni tanya berapa kos aku beli cermin Ikea ni. Heheheh..murah je cermin Ikea ni sebenarnya. Cermin Ikea ni saiz 30cmx30cm. Lebih kurang satu kaki. Dalam sepaket tu ada 4 keping cermin yang berharga RM29.90. Untuk deko cermin kat rumah aku, aku guna 4 paket cermin iaitu bersamaan 16 keping. Jadi total kos adalah lebih kurang RM120. 

Sebenarnya aku beli cermin ni pun bukannya beli 4 paket sekaligus. Kalau beli 4 paket sekaligus, alamat takde barang lain la yang aku beli. Mula-mula aku beli 2 paket dulu. Then bila ada duit lebih baru aku beli lagi 2 paket. So bila dah cukup 4 paket, baru la start operasi menyusun dan mendeko.



Tak sangka pula la kan ada juga kawan-kawan dan juga reader (yang tak seberapa) yang minat dengan style susunan cermin ni. Sejujurnya, cara menyusun cermin tu bukannya idea original aku. Aku pun dapat idea lepas pergi ambush blog orang lain juga. Nak harapkan aku, jangan harap la nak sekreatip orang lain. Orang teknikal..macam ni lah (alasan...cettttt).

Tengah aku jengah-jengah blog orang lain masa tengah cari idea untuk buat hantaran bertunang hari tu. Aku terjumpalah degan satu blog ni yang pada aku sangatlah kreatif. Dia punya idea sangatlah marbeles. Kenapa? Sebab dia guna cermin sebagai alas barang-barang hantaran dia. Dan cermin tu pula boleh digunakan untuk hiasan dinding rumah. Menarik bukan. Owner blog tu custome made cermin tu saiz 1 kaki x 1 kaki kat kedai cermin. Siap ade frame lagi. Kos? Korang jangan tanya aku ye sbb owner blog tu takde la pula nak cerita berapa kosnye. Tapi korang boleh la tanya kat kedai-kedai cermin berdekatan. Aku rasa takde la kot mahal kalau setakat tempah 5 6 keping.

Memang sangat kreatif owner blog tu. Gambar kat bawah ni keadaan cermin sebagai dulang hantaran.


Ini pula bila cermin-cermin tu ditukar fungsi kepada hiasan dinding.


Menarikkan??..Menyesal pula dapat idea ni lambat. Kalau tak aku buat bingkai kat semua cermin Ikea aku tu baru aku lekat kat dinding. Baru la nampak stylo sikit rumah aku.

Tapi kalau sesape yang tak nak guna cermin saiz macam aku ni, korang boleh la guna cermin jenis Malma, juga dari Ikea. Cermin ni murah, RM3.90 je sekeping. Siap ada bingkai dan berwarna warni. Beli banyak-banyak lepas tu lekat kat dinding sebagai hiasan. Cantik ooo...


Tapi nak buat macam mana, aku pun dah terlajak buat deko macam ni. So...tabahkanlah diri ini sehingga aku ade idea deko yang lain pula.

Selain tu banyak lagi jenis cermin yang pelbagai rekabentuk dan corak boleh kita tengok dia Ikea. Jadi jom ramai-ramai pakat serbu Ikea sekarang.Macam-macam idea dekorasi ada ditunjuk dan dijual disini.

Sunday, September 1, 2013

Teaser: Birthday Gift

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:48:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

31 Ogos 2013....24 Syawal 1434H....



Selamat Hari Kemerdekaan Ke 56 Tahun

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:28:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Semalam adalah sambutan Merdeka yang ke 56. Sempena sambutan merdeka tu office aku pun bersemangat membuat persediaan untuk meraikan Hari Kebangsaan kali ni. Antaranya adalah membuat banner cap tangan staff kat opis aku. Macam aktiviti kanak-kanak tadika je, tapi menarik juga. Sebab bukan selalu ada aktiviti macam ni kan. Lagi pun semua staf pakat-pakat bagi sokongan mengecat dan mencap tapak tangan masing-masing.

Macam - macam style

Mana satu cap tangan aku?

Cap tangan aku...hehehe

Siap digantung...sebelum hujan. Selepas hujan terus luntur

Happy 33rd Birthday To Me

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:40:00 PM 0 uncang teh
Assalamaulaikum wbt.

Birthday dah lepas 3 hari yang lalu. Hari Khamis ritu. Tapi baru hari ni sempat nak update. Belated ke? Tak lah...cuma lambat nak interframe. Hahaha...Perasan.

Bertambah setahun lagi umur aku. 33 tahun. Takde rahsia-rahsia. Umur bertambah tapi hati tetap girang je. Hadiah....surprise....


p/s: thanks kepada kawan-kawan yang still mengingati birthday aku dan sudi memberi ucapan 'Happy Birthday'

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea