Tuesday, October 8, 2013

Restoran Abah Kau

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:14:00 PM 3 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Geng-geng opis buat group dalam Whatsapp. Jadi, kalau ada perkara-perkara yang menarik tu semua akan dikongsikan bersama. Ini termasuklah seperti gambar dibawah ini..


Hahahaha...Tengoklah nama restoran ni. Sekali baca macam ganas, dua kali baca macam lawak je. Ada sape-sape yang tau restoran ni ada kat mana?

Friday, October 4, 2013

5 Langkah Mudah Untuk Dekorasi Bilik Tidur Budget

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:11:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Aku ni sangat suka tengok rancangan The Nate Berkus Show kat channel Astro 728 LI HD. Rancangan talkshow ni lain daripada yang lain sebab dia sembang pasal isu dekorasi, isu budget isu susun atur dan lain-lain lagilah. Lagi pula Nate Berkus ni adalah seorang ID yang berpengalaman juga.

Kat sini aku nak share tips-tips yang Nate Berkus bagi untuk dekorasi bilik tidur dengan budget yang rendah.
  1. Cari/Beli set duvet yang sesuai.
  2. Pasangkan lampu chandeliar dalam bilik tidur. Lampu ni akan jadi titik fokus dalam bilik tidur kita.
  3. Letakkan kain lapik/runner katil yang simple sahaja.
  4. Letakkan bantal-bantal kecil/throw pillow di atas katil.
  5. Jangan lupa gantungkan lukisan di dinding atas kepala katil bilik tidur anda.
Jadi hasilnya adalah seperti gambar dibawah ini:
Cantikkan cara dekorasi bilik tidur ni. Semuanya menggunakan budget yang rendah. Tak perlu set bilik tidur mahal, yang penting kreatif dan inovatif.
Inilah Nate Berkus daripada rancangan The Nate Berkus Show.

Nota_jari: Maaflah gambar tak clear sebab direct snap dari tv ada bontot.

Tuesday, October 1, 2013

Hunting For Baju Nikah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:23:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Hari ni 1 Oktober 2013 dah. Dah sebulan rupanya aku pegang title tunangan orang. Macam mimpi pula. Tapi pelan-pelan belajar untuk serasikan diri dengan status baru ni.

Mulai bulan ni aku kena start preparation untuk majlis nikah kahwin aku. Bukannya lama lagi...ada lagi 4 bulan nak sampai ke tarikh keramat tu (kiraan termasuk bulan Oktober hingga hujung Januari). Nampak macam lama tapi sebenarnya sekejap je pun tempoh tu. Misi pertama dah selesai iaitu attend kursus kahwin. So ni 2nd mission pula nak cari kain untuk baju nikah.

Dalam kepala otak aku ni aku tak nak pakai baju nikah putih sebab pada aku tak praktikal. Sebabnya aku nak baju nikah aku tu nanti boleh dipakai untuk perkara-perkara lain pula seperti jadi baju raya atau baju bertandang. Kalau pakai baju nikah putih (atau sewaktu dengannya), nanti bila nak pakai utk acara lain jadi janggal pula.

Jadinya aku plan nak cari warna hijau aje untuk baju nikah aku. Ada gak aku propose warna lain macam warna pink, kelabu (silver) untuk En.Syg tapi dia pula tak setuju sebab katanya adik dia dah guna warna-warna itu. Nak pilih warna purple pula, dua orang adik aku dah pernah guna warna tu. Jadinya warna hijau kot yang sesuai dengan aku. Tapi En.Syg still lagi dok consider dengan warna pilihan aku tu. Tapi aku tekad dah untuk pilih warna hijau melainkan aku jumpa warna lain yg lagi sesuai untuk aku pilih. Hahaha...

So masa aku pergi Shah Alam hari tu sempatlah singgah Jakel Shah Alam kejap. Bukan nak beli tapi nak survey kain. Aku ingat nak survey la dulu warna yang sesuai tapi pekerja Jakel ni terus tanya aku nak beli warna apa. Hmmm...sepatutnya diorang kena entertain aku dulu sebab aku memang lost sekejap, dan diorang pula pekerja yang mahir dengan kain so kena la bagi cadangan yang bernas. Bukannya buka kain, tunjuk dan paksa customer beli. Dengan cara entertain yang bagus, maybe akan bagi lembut hati pembeli macam aku ni untuk terus beli kain tu. 

Bila pekerja Jakel tu tanya warna kain apa yang aku nak aku terus cakap hijau lembut. So diorang cari la beberapa jenis ton warna untuk hijau lembut tunjuk kat aku, termasuklah kain satin untuk lining baju.
Baru survey kain chiffon yang ada manik. Mahal juga kain macam ni. Tapi nampak cantik sebab simple.

Lepas tu try matching dengan kain satin warna mint green. Macam tak matching je dengan warna kulit aku.

Nampak tak kain satin warna ton hijau yang lagi satu atas mint green tu, Aku berkenan yang warna hijau tu la. Eh..ape nama hijau tu ek?

Pekerja Jakel lilit kain hijau yang aku berkenan tu dengan kain chiffon yang aku suka. Dah macam pakai sari dah gamaknya aku ni.

Nampak lembut aje kan kain ni. Tapi aku tak beli pun sebab aku plan nak survey aje dulu. Lagi pun nama aje aku nak warna hijau tapi En.Syg tak bagi green light lagi untuk pilih warna tu. Nak pilih warna ni aku fikir nak ler consider gak dengan kulit En.Syg sebab kami ni bukan dari spesis berkulit cerah. Jadi pilihan ton warna tu haruslah dipilih dengan betul-betul sesuai supaya kami tidak di 'over shadow' oleh orang lain. Nama pun pengantin kan, so haruslah lebih menonjol walaupun menggunakan warna-warna pastel. (banyak tak alasan aku...hahhaha)

Monday, September 30, 2013

SURVEY: Telekung 3 Layers

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:43:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini saje je aku nak buat survey awal. Just nak tanya...agak-agak ada tak sesiapa nak beli atau teringin nak beli telekung 3 layers. Ni aku tolong on behalf my future SIL. Dia ada jual telekung ni. Handmade ok...dari kain Lycra 320. Sejuk dan elok je jatuh. So kalau kita solat bawah kipas tu takde la kain telekung tu terbang-terbang. Harga pula dalam anggaran plus minus RM170. Ini dia la yang bagitau kat aku. Kalau nak diskaun direct tanya tokey cum designer la. Ok kat bawah ni aku tempek la gambar-gambar telekung tu.
See...elok je kain ni jatuh...berat tapi selesa

Kat bawah ni pula antara contoh-contoh telekung yang dah siap dijahit. Sample aje tau.
pink

grey

blue

various of colour to choose
 Yang ini pula new design yang tailor SIL ni tengah jahit.
new design 

new design

Ade ke yang berminat. Aku nak tengok ramai mana yang berminat dengan telekung ni. Kalau ramai yang berminat aku akan update lagi info pasal telekung ni. Kalau suram-suram kelabu tu, aku stop setakat ni je. 

Berminat ke?

Pizza Roti Paratha

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:00:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Masa tengah tadah telinga dengar ceramah untuk kursus kahwin, sempat lagi dok fikir ape nak makan untuk dinner nanti. Balik dari kursus terus shoot pergi kedai beli barang dapur. Kebetulan banyak stok makanan dah habis, so sambil-sambil beli untuk stok la (makanan kering dan nugget aje pun).

Balik rumah terus simpan stok dan terus masak. Aku masak pizza roti paratha. Dapat idea nak masak sebab adik aku pernah masak masa aku pergi rumah dia dulu. Simple dan mudah je. Boleh la untuk lepaskan gian nak makan pizza. Hihihi...

Ini adalah bahan-bahan pizza roti paratha aku.
Roti paratha (of course la kan), ayam kisar, sos prego untuk aku sapu atas roti paratha, keju mozzarella (sbb nak bagi nampak keju panjang-panjang), keju parmesan, dan juga capsicum, tomato dengan bawang holland untuk buat topping. Tabur semua atas roti yang dah disapu dengan sos prego, pastu aku bakar dalam pemanggang ajaib cap Haji Ismail Group (aku beli kat kedai Haji Ismail Group kat Langkawi, bukan pemanggang ajaib Menang Glassware punya tau). Bila nampak dah masak, aku masukkan dalam microwave untuk bagi keju tu makin cair. Dan hasilnya....taraaa...
Simple aje kan. Inilah dinner aku untuk malam ni. Nyum..nyum...nyum....
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea