Monday, June 29, 2015

Ramadhan Ini

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:14:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ya Allah...lama betul aku tak update blog. Sampai penuh sawang-sawang yang tak diundang ni. Diam tak diam dah bulan puasa. Kalau sebelum-sebelum ni sempat juga aku nak up entry pasal kedatangan bulan ramadhan ni, tapi kali ni memang tak sempat.

Ehsan Pakcik Google.com

Insya Allah lepas ni aku akan cuba merajin-rajinkan diri untuk up entry baru. Ini pun baru boleh bernafas ni. Keje exam dah habis. Tinggal nak present markah student je esok. Lepas tu boleh la enjoy katak sekejap sampai hujung bulan 8. Student cuti.

Pasal bulan puasa tahun ni, Alhamdulillah, masih lagi ada kesempatan untuk aku berjumpa Ramadhan. Kalau sebelum-sebelum ni masa aku bujang aku berbuka sendirian sambil ditemani rancangan tv yang ntah ape-ape ntah, tapi tahun lepas Allah temukan jodoh aku ngan suami, so dapatlah aku merasa berpuasa buat pertama kali dengan title isteri org. Bangun pagi sediakan makanan untuk sahur, dan kelam kabut balik kerja untuk sediakan juadah berbuka. 

Tahun lepas juga sebenarnya aku berpuasa dalam keadaan berbadan dua. Masa tu Alhamdulillah kandungan aku baru je masuk 4 bulan. Dan itulah kali pertama selepas aku datang peot puasa aku penuh sebulan. So tahun ni aku enjoy la sebab tak kelam kabut nak bayar puasa.

Kalau tahun lepas aku mengandung, maka tahun ni aku sambut puasa bertiga ler; aku, En.Syg dan baby Umar. Alhamdulillah...Alhamdulillah...syukur sangat sebab diizinkan Allah untuk aku menyambut puasa bertiga. Memang meriah la. Kalau tahun lepas kelam kabut nak layan suami je, tahun ni nak kene layan si kecil pula. Memang riuh la time berbuka tu. Mana kita nak makan untuk berbuka, mana si kecil bising nak susu. Lagi-lagi si kecil dah start makan solid food, nampak kita makan, dia pun teringin nak makan. So sebelum berbuka aku akan pastikan dia puas menyusu, dan lepas kami siap-siap makan terus suapkan makanan kat dia pula.

Time sahur pula, masa awal puasa dulu kalau kita bangun dia pun bangun sahur gak. Tapi sekarang ni dah 2 3 hari dia tak bangun sahur. Nyenyak tidur. Alhamdulillah. Dapatlah ummi dan abi dia bersahur dengan tenang.

Oklah, itulah serba sedikit cerita sambutan Ramadhan aku tahun ni. Akhir kalam aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kawan-kawan yang sudi membaca blog aku ni.

Sehingga kita berjumpa lagi...

Thursday, April 2, 2015

Kenangan Dalam Bilik Bersalin

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:06:00 PM 12 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Masih lagi nak bercerita pasal pengalaman bersalin. Kalau ada rasa yang nak muntah hijau tu...minta maaf la ye. Sebelum tu..suka aku nak bagi tahu yang aku ni bersalin kat hospital kerajaan je, kat HTF Kangar.

Kali ni cerita bila aku dah masuk dalam labour room la pula. Ok dalam pukul 5 ptg macam tu aku pun masuk la dalam bilik bersalin. Dalam hati risau bukan main kot-kot kene tegur dengan doktor dalam tu sebab bukaan tadi baru 3cm. Alhamdulillah bila doktor check ngam-ngam dah jadi 4cm.
Bila dah 4cm tu apa lagi, misi pun kelam kabut la pasang alat CTG nak monitor jantung baby kat perut aku. Tapi patern jantung anak aku tak cantik. Jenuh la aku ni kejap mengiring kejap telentang sebab nak pastikan anak aku dapat cukup oksigen so patern jantung dia akan elok la. Bila dah mengiring ni badan aku jadi lenguh, dengan muka tak malunye aku minta misi tu bantal ke ape ke utk sendal belakang badan aku time mengiring tu. Misi yang baik hati pun bagi aku selimut tebal yg digulung-gulung untuk sendal belakang aku. Rasa selesa la sikit.

Walaupun aku mengiring, tapi jantung baby tetap tak ok. Akhirnya aku dengar doktor-doktor tu bincang nak pasang wayar CTG secara internal pula. Alamak...nak kena seluk lagi ke? Ada sorang dokor Cina perempuan ni pun explain la kat aku pasal nak pasang wayar internal ni. Dia bagi tau yang wayar internal ni terpaksa dipasang atau dicangkuk kat kepala baby sebab nak pastikan jantung baby ok. Kawasan kepala yang dicangkuk dengan wayar ni nanti mungkin akan ada luka sikit. Itulah penerangannya. Aku ni cuma mampu angguk aje la. Maka sorang doktor perempuan Melayu pun cuba la pasang wayar tu kat dalam. Dua kali dia seluk tapi tak berjaya. Nak tau doktor perempuan Melayu tu doktor yang aku panggil doktor double check dalam entry sebelum ni.

Dua kali kene seluk tapi tak berjaya nak pasang. Akhirnya doktor Cina perempuan tadi gak yang pasang wayar tu. Diseluknya aku....dikorek-koreknya dalam tu sebab dia nak capai kepala baby kat dalam. Aduh....kalau dah seluk dah ngilu....bila kene godek kene korek lagi la sakit. Tahan nangis je aku time tu.
Tapi walau dah dipasang dengan internal pun, jantung baby aku tetap tak ok. Yang aku ni tiap kali terasa macam contraction tu dapat rasa wayar kat celah kangkang aku tu pun gerak. Akhirnya dalam pukul 7 lebih macam tu aku dengar doktor kat situ berbincang yang diorang nak tanggalkan internal wayar tu. Dalam hati rasa lega je sebab aku rasa tak selesa dengan wayar kat celah kangkang tu.

Lepas maghrib lebih kurang 7.30 mcm tu aku tanya la kat doktor bila nak cabut wayar internal ni. So doktor yang baik hati tu bagitau wayar akan ditanggalkan lebih kurang pukul 9 mlm. Lega aku dengar. Dalam hati masih rasa mampu nak bertahan lagi dengan sakit contraction ni.

Pukul 9 lebih macam tu doktor yang bertugas cuba untuk menanggalkan wayar tu. Kena seluk lagi. Pasrah. Dua tiga kali doktor tu seluk tapi tetap tak berjaya. Last-last doktor tu bagitau wayar tu tak boleh nak cabut sebab doktor Cina tu pasang wayar tu kat belakang kepala baby. Sekali lagi aku pasrah.

Sambil-sambil doktor tu nak cabut wayar diorang check juga bukaan. Sorang doktor tu check kata dah terbuka 8cm. Aku pun rasa happy la sebab kalau 8cm, paling lewat aku deliver pukul 12 tgh malam la. Tapi ada sorang MO ni double check and bagi tau bukaan still 6cm. Masa tu aku terus down. Dari rasa boleh bertahan terus sakit datang bertalu-talu.
Tapi aku tetap cuba bertahan. Mulut terkumat kamit baca doa Nabi Yunus. Misi-misi pun baik datang tolong tenangkan aku sambil-sambil pegang tangan aku. Yang aku ni, bila sakit contraction datang, tangan pun genggam kuat-kuat tangan misi tu. Sian misi tu, mesti dia sakit. Peluh tak payah cakap la, mengalahkan orang berolahraga...memang banyak peluh keluar.Kejap-kejap ada misi datang tolong lapkan peluh. Sakit tak payah cakap la, macam nak putus pinggang. Mata dah bertakung air mata...dok tahan nangis. Tapi tetap sok sek sok sek nangis. Lepas tu datang satu misi ni macam garang sikit, bagi semangat kat aku. Bukan marah tapi dia jadi garang sebab tak nak aku lemah semangat. Perut dok memulas rasa macam nak terberak. Nak bergerak hilangkan lenguh pun tak boleh sebab perut terjerut dengan wayar. Nasib baik ada misi bagi aku sedut gas tapi tetap tak berguna juga sebab makin aku sedut aku rasa sakit.

Last-last sebab tak tahan aku bagitau la kat misi yang aku sakit perut nak berak. Misi pun cakap dengan tegas kata kalau nak berak, berak la. Aku pula cakap kalau terberak nanti kotor. Misi pula jawab kalau dah terberak nanti misi tolong basuh. Tapi akhirnya terpaksa juga cakap kat misi yang aku dah sakit perut sangat nak berak. Masa ni dua tiga kali misi dan doktor tolong aku untuk bukakan jalan. Sehinggalah satu tahap tu tetiba je semua misi dan doktor kelam kabut pasang tiang untuk aku ready bersalin. Misi pun tolong aku untuk push. 

Tiba-tiba aku dengar ada suara bagitau yang jantung baby aku lemah. Lepas tu aku dengar ada doktor cakap nak guna vacuum. Ok dalam hati aku kata, "alamak...jantung anak aku dah lemah, kene vacuum pula". Pasrah lagi. Tapi still usaha nak push juga. Tetiba aku nampak macam ada orang bawa gunting, so aku tau la yang aku akan kene gunting kat bawah tu. Dan dengan secara tiba-tiba juga aku menjerit. Siap kene marah dengan misi sebab jerit. Aku pula siap balas,"sy jerit bukan sebab apa...tapi sebab kena gunting". Dan tak lama lepas tu anak aku pun keluar. Tepat jam 10.26 malam hari Sabtu 13/12/14.

Bila baby keluar diletaknya baby atas perut aku, nampak la baby aku penuh dengan selaput. Lepas tu misi tanya jantina baby aku, aku jawab boy. Lepas tu misi bawa lari baby aku untuk dibersihkan.

Lepas tu misi berusaha untuk keluarkan uri. Ringan je uri aku, dalam setengah kilo. Lepas keluar uri, misi usahakan pula untuk keluarkan lebihan darah. Masa tengah keluarkan lebihan darah tu sempat la misi bagi aku minum air milo dan makan panadol 2 biji.
Lepas tu masa untuk jahit. Oleh kerana aku kene gunting sebab vacuum, kiranya luka aku panjang juga. Misi dah ready nak jahit. Jahit hidup-hidup oiii. Lagi sekali aku risau...tak pernah kena jahit. So aku merayu misi untuk bagi ubat tahan sakit ke atau bius ke. Misi tak bagi bius sebab taknak jahitan buruk, so diorang just inject ubat tahan sakit je kat aku. Tapi jahit secara hidup oiii....ubat tahan sakit pun macam tak berfungsi. Dah la yang jahit tu doktor pelatih (MA). Maklumlah kes episiotomi. Payah nak jumpa. Aku pula dah risau...doktor pelatih. Alamak...nape doktor pelatih, bagi la misi tu yang jahit.

Sambil kene jahit sambil mulut aku terkumat kamit baca surah-surah yang aku ingat. Baca macam orang sasau. Bila jahitan salah, kene buka balik...adoi la...sakit. Nasib baik ada misi senior yang pantau doktor tu jahit. Tapi masa dia jahit otot tu tak terasa sangat. Tapi bila doktor start jahit kulit...memang aku tak tahan. Mengetap aku sambil gigit kain selimut. Sakit...memang tak tahan.
Lepas bertarung lebih 8 jam dalam bilik bersalin tu, akhirnya aku keluar dari wad lebih kurang jam 1 lebih. Alhamdulillah...itulah pengalaman yang paling bernilai yang Allah izinkan untuk aku hadapi. 

Sori ye korang. Cerita panjang. Hopefully korang tak muntah hijau pula ye nanti.

p/s: Ucapan terima kasih untuk para doktor dan jururawat yang bertugas di wad bersalin HTF Kangar. 

Monday, March 23, 2015

Anti Selfie

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:39:00 AM 3 uncang teh
Assalamualaikum wbt..

Kat mana boleh beli/dapat ubat macam kat bawah ni...



Hahahahaha

Wednesday, March 18, 2015

Kenangan Bersalin

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:38:00 PM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

AMARAN: Artikel kali ni mungkin ada part2 sensitif yang memerlukan pengawasan emosi ketika membaca. 

Hari ni dah 3 hari aku start keja balik. Masih lagi mencari rentaklagi sebenarnya. Nasib baiklah turn nak mengajar tu lambat lagi. So boleh la update blog time rehat.

Walaupun 3 bulan dah berlalu, tapi peristiwa masa aku bersalin dulu tetap fresh diingatan. Ada suka ada duka...paling best...ada part gelak yang kalau aku ingat balik pun aku pun boleh gelak sama. Hahahahaha...

Seminggu sebelum aku beranak dulu memang aku tak terasa sakit apa ke. Serius aku bagitau...aku pun tak tau aku kena 'false alarm' ke tak sebab aku rasa ok je. Lupa nak bagi tau...aku amik cuti awal seminggu sebelum aku bersalin. Cuti tahunan banyak lagi, so ape salahnya aku ambil cuti awal. Lagi pula dah malas nak bangun pagi pegi keje. Tapi bila dah cuti awal tu sendiri pula yang menyesal sebab bosan ya amat. Last-last keje aku makan tido je sebelum beranak. Malas berjalan. Hahahaha...

Pagi Jumaat, 4 hari sebelum EDD aku tu aku bangun Subuh macam biasa, tapi takde tanda-tanda nak bersalin lagi. Lepas subuh macam biasa sambung tidur la. Lagi pula laki aku tak gi keje....lagi la best nak menempel bawah ketiak dia. Hahahah....Puas tido pukul 9 lebih aku bangun nak pegi mandi la. Lupa nak stori, time dekat nak bersalin tu aku stay kat rumah mentua dah. So dok kat rumah mentua mana boleh nak tunjuk malas sangatkan. Dah bangun lambat tu...kena la cepat-cepat mandi.

Masa mandi ni la aku nampak ada 2 3 titik darah merah atas pad. Aku memang pakai pad selalu sebab sebelum ni aku batuk sampai terkucil...so utk langkah keselamatan aku pakai aje la pad siang malam. Bila dah nampak darah tu aku refer la ngan kak ipar aku, kak ipar just remind aje la yang tu tanda dah dekat dah nak bersalin. Tapi serius...aku tetap tak rasa sakit. Lepas tu bagitau kat laki aku, laki aku dah cuak dah...tapi aku je yang cool tak nak kelam kabut. Sebab ingat pesan misi supaya tak gubra kalau dah turun tanda nak bersalin. Tapi yang gubra ni mak mentua aku. Dia kelam kabut suruh aku gi hospital cepat-cepat. Aku ingat nak gi hospital petang lepas laki aku balik Jumaat. Bila dah mak mentua kelam kabut macam tu, aku refer dulu dengan misi kat kampung mentua aku tu. Dan buat pertama kalinya, aku diseluk oleh misi itu untuk check bukaan.

Bila misi check, bukaan dah 2cm tapi sempit so misi godek-godek bagi besar jadi 3cm. So misi suruh gi hospital. Tapi sebelum tu dia nasihatkan aku suruh makan puas-puas sebab dah 3cm kan...so bila-bila masa boleh jd 4cm. 

Bila sampai hospital tu, mengenangkan aku dah 3cm aku pun minum la air selusuh yang laki aku dah prepare awal-awal dan juga minyak kelapa dara Tanamera yang ada lagi separuh botol. Budget konon dah nak beranak la ni. Tapi still tak rasa sakit apa lagi. Darah kat pad pun dah takde.

Masa kat hospital ni aku kena seluk lagi untuk check bukaan tapi nak tau apa jadi...bukaan aku cuma 1cm. Aik apa sudah jadi...air selusuh laki aku ni tak mujarab ke. Lepas tu buat CTG bagai la...and baby nampak macam ok, so doktor nak suruh aku balik dulu. Sebelum tu dia ada tanya gak pasal pergerakan baby. Hmm...bila dah kelam kabut tu macam mana aku nak kira baby gerak ke tak. So doktor decide nak scan dulu. Bila scan doktor cakap ok tapi tiba-tiba dia kata aku kena induce. Kali ni yang scan aku tu doktor India pompuan...dia ni MO. Blank sebab ini pengalaman pertama aku kata ok je. So doktor panggil kami laki bini utk terangkan pasal induce ni. Pengalaman pertama, lepas tu kelam kabut...lepas tu blank...and just fikir pasal baby je, kami setuju untuk induce. Bila dah tenang sikit baru aku boleh terfikir...nape la aku setuju nak induce sedangkan doktor sendiri cakap baby macam ok je masa scan tu. Lepas tu nape la aku tak call adik ipar aku tanya pendapat dia dulu...nama je ada adik ipar keje doktor tapi tak nak guna betul-betul. Still...aku tetap tak rasa sakit nak bersalin lagi. Tapi darah kat pad dah banyak...maybe sebab lepas kena seluk dengan doktor untuk check bukaan kot. Dah la kena seluk 2 kali dengan 2 org doktor berbeza. Memula tu doktor pompuan tu check...tapi dia tak yakin dengan apa yang dia dapat...dia minta sorang lagi doktor tlg counter check. Huh...mengangkang la aku depan doktor tu.

Yang paling lawak dengan doktor India yang scan aku tu dia siap tanya kat bawah tu clean and clear. Dia tanya aku shave ke. Aku cakap ye..baru shave malam tadi sbb mcm dapat instinct je nak kena masuk wad hari Jumaat tu. Hahahaha....

Masa tengah tunggu nak setelkan hal pendaftaran untuk masuk wad, baru la aku terasa sakit perut. Tapi bukan sakit sbb contraction tapi sakit perut nak berak. Aku kan gi tunggang separuh botol minyak kelapa dara tu...kesannya...nak membuang la. Doktor  yang check aku tu nampak so dia ingat aku dah sakit bersalin la.

Petang tu lepas dah setel masuk wad dekat-dekat pukul 7 macam tu doktor nak check bukaan lagi...kali ni aku ingat doktor Cina lelaki yang nak menyeluk...tapi Alhamdulillah doktor pompuan. Oh....lupa nak bagitau doktor yang awal-awal seluk aku and scan aku tu doktor perempuan ye. Bila check...kali ni dah terbuka jadi 2cm. Aku rasa lega la sikit at least tak sia-sia la aku masuk wad tu. ini masuk wad dengan 1cm tapi EDD tak sampai lagi...aku pun tak tau apa motif. Hahhaha...

Malam tu bermalam la aku kat hospital. Sebab nak sangat elak kena induce aku berjalan-jalan dalam wad saing dengan kawan katil sebelah. Tapi kawan katil sebelah ni dah terbuka 3cm...so tak lama lepas tu dia pun start sakit 4cm la. Yang aku ni pula tak juga terasa sakit nak bersalin lagi. Last-last aku pasrah la tido juga...pasrah esok pagi pukul 7 nak kena induce.

Esok pagi tu lepas sarapan kena la induce aku. Doktor tu punya la korek-korek nak masuk ubat kat bawah tu. Kali ni aku rasa sakit ngan ngilu. Sampai keluar air mata tu. Elok-elok je kuar dari bilik rawatan...terus aku rasa perut memulas. Wah...cepat betul ubat ni berfungsi...aku sudah rasa sakit. Jadinya berehat aje la aku kat katil sambil menahan sakit. Pukul 11 pagi macam tu doktor panggil aku lagi nak check bukaan. Kali ni aku cukup risau sebab kalau bukaan tak pergi jadi 3cm, aku kena induce lagi. Tak sanggup ooo nak kena induce...sakit. Bila doktor check akunye bukaan dah ngam-ngam 3cm. Lega ya amat. Tapi doktor suruh standby sebab aku kene masuk labour room awal sebab rentak jantung baby tak cantik lepas buat CTG lepas kene induce tadi. Makanya stanby la aku atas katil tu. Kali ni laki aku suruh minum pati ayam brand pun aku tak nak sebab taknak bukaan aku menguncup.

Pukul 1 petang misi panggil aku untuk masuk labour room. Tapi labour room pula penuh. Yang aku ni punya la siap lambai tangan kat kawan-kawan dalam wad sebab dah time nak bersalin...tapi last-last kena balik ke katil sebab labour room penuh. Macam lawak je....dari rasa risau, takut dan ngeri....terus hilang semua tu. Bila tak jadi masuk labour room ni aku just rest atas katil je sambil menahan sakit contraction yang dah semakin kerap. Sebelum tu aku dah makan dan mandi sebab misi suruh aku mandi supaya aku fresh masa nak bersalin nanti. Sambil-sambil dok menahan sakit tu aku doa kat Allah minta dia ubah rasa sakit aku tu jadi nikmat Dia. Allahuakbar...Allah perkenankan doa aku tu, dalam dok sakit-sakit tu aku sempat lagi tidur lena. Nikmatkan.

Pukul 5 petang misi panggil sebab labour room dah free. Aku jadi risau lagi...bukaan aku baru 3cm, kalau nak masuk labour room kene 4cm. Nanti karang tak pasal-pasal aku kene halau balik wad pula. Tapi aku tawakkal aje la minta-minta bukaan dah jadi 4cm. Masuk labour room kali ni laki aku tak sempat nak teman sebab dia tengah solat Asar. So aku just pesan kat misi aje suruh bagi tau yang aku dah masuk labour room. Alhamdulillah...bila doktor check bukaan masa kat labour room tu dah ngam-ngam jadi 4cm. 

Alhamdulillah...selepas 5 jam setengah dok tahan sakit dan bertarung nyawa dalam labour room tu...akhirnya tepat 10.26 malam hari Sabtu 13/12/14 Allah izinkan aku untuk melahirkan Umar Hayyan...putera sulung kami suami isteri.

p/s: Next time aku short story cerita dalam labour room pula.

Wednesday, March 11, 2015

Assalamualaikum Umar Hayyan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 6:39:00 PM 10 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Wah...lama betul aku tak update blog. Last update bulan Oktober tahun lepas. Ye...lebih kurang 5 bulan yang lepas. Maaflah kawan-kawan...bukan takde idea tapi tahap malas dan rasa meluat nak on laptop membuatkan aku tak terupdate.

Alhamdulillah...untuk pengetahuan kawan-kawan semua..aku dah selamat bersalin dah pun pertengahan bulan Disember tahun lepas. Bayi hujung tahun. Tapi sori la ek...dah masuk 3 bulan baru terhegeh nak bagitau kat blog. Macam aku kata...tahap malas aku teruk sangat.

Sebenarnya aku bersalin awal 3 hari daripada EDD yang sepatutnya. EDD aku 16/12/14...tapi aku bersalin 13/12/14. Ingatkan dapat la bersalin 14/12/14...so nampak cantik la tarikh lahir tu...tapi baby nak kuar awal sehari...eh bukan sehari...dua jam awal sebelum masuk tarikh baru.

Perjalanan terakhir sebagai wanita mengandung sulong

Alhamdulillah...baby boy aku keluar tepat jam 10.26 malam hari Sabtu 13/12/14 dengan berat 2.68kg. Kecik aje baby aku tu. Tapi sekarang bila dah masuk 3 bulan...mak oii dah 6.1 kg dah. Sudah gagah perkasa. Dan nama untuk baby aku ialah UMAR HAYYAN. Oh...aku bersalin secara normal dengan bantuan vacuum. Hah...baby kecil je tapi guna vacuum. Nanti aku cerita ek kenapa dan mengapa aku kena vacuum.

Umar Hayyan masa umur 0 day. Kecil je masa ni.

Umar Hayyan masa umur 2.5 bulan. Sudah debab.

p/s: next time aku short story pula pasal cerita bersalin aku...lawak pun ada gak.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea