Thursday, January 7, 2010

A Blue Day With A Bluuuuurrrrrrr Situation

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:49:00 PM 0 uncang teh
Another english title but of course with malay entri...hihihihi...(maaf la kepada pakar bahasa).

Pagi2 dah kuar dengan suasana yg sepoi2 dingin dan mendung tak bererti hujan untuk acara wajib tempat keje aku setiap minggu iaitu POCO-POCO.

Walaupun terasa malas untuk pergi tapi sbb polisi keje gomen adalah "Saya Yang Menurut Perintah", maka terpaksa la menghadirkan diri jugak. Tapi dalam hati yang malas nak bersukan ni terasa tersangatlah riang juga sbb aku tak perlu pening nak pikirkan baju apa yang perlu untuk dipakai pada hari ini. So, main aci tarik baju t-shirt, seluar track ngan tudung yg sudah sedia ada di penyangkut itu. (Gembira sekejap). Dan tak sangka plak aku pakai baju biru, tudung biru, stokin belang2 biru, kasut sport biru dan botol air pun kaler biru. I'm the blue girl today. Ahaks!!!
Acara poco2 kegemaran big big bos hari ni abis awal. Ada acara lain plak rupanya. Lepas abis menari ala2 step depan belakang kiri kanan....big big bos kasi ucapan dan intro staff baru. Ada sorang staff baru tu siap cium tangan lagi. Bagusnya tapi ehhehhehhe.....step membodek tahap pertama ke, Bro????

Abis acara mingguan tu kasi penuh perut dulu. Yezza!!! nasi goreng paprik ayam satu, milo ais satu...nyum nyum nyum walaupun takde la sedap sangat dan ayam papriknya yg di masak ala2 sayur campur tu (paprik aku lagi sedap).
Balik rumah rembat beg laptop dan handbag beso terus drift gi opis. Bagus tak....pekerja cemerlang yg dalam list last btul aku ni. Sampai opis sunyi sepi je macam kene serang garuda. Where is everybody??? Konpem bosan je ni org tak ramai. Dah la opis ku ni tersorok di kawasan taman perumahan....
Akhirnya...jadilah aku manusia yang blurr kejap. On YM member gossip takde la plak...argggg!!!! tensen tensen...buka lagu bingit la plak....tensen tensen...anjing umah cina sebelah ni buat rap dan dangdut la plak....tensen tensen....Dah la environment bilik pun dah membosankan dengan warna putih biru...tensen tensen...takde booster lgsg nak buat keje...tensen tensen...


Bilik aku yang sangat dull bersama-sama koleksi buku yang sangat-sangat dull juga


Laptop ngan pc cabuk tu je yg warna hitam

Bosan tak work place aku....semua putih je...dull dull dull


Aku pun dah sama kaler ngan kerusi biru tu

Tu 2 buah buku jadi penghias meja aku dengan botol air warna biru dan bekas pensel pun warna biru!

Ah...hari ni dunia aku jadi biru semua.
Oklah aku malas nak membirukan diri sendiri. Aku chow dulu. Nak gi lab nak gi testing module untuk sesi lab next week plak.

Tuesday, January 5, 2010

Puding Laici Koktail

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:49:00 PM 0 uncang teh
Dah lama aku tak masak atau mencuba resepi mengarut. Hari ni terasa macam nak masak sesuatu je. Teringat kat rumah ada sepaket agar2 lagi dan setin buah koktail, so aku igt nak masak aje la agar2 tu. Tapi takkan nak masak agar2 dengan koktail aje, mana sedap. So, lepas balik keje aku singgah kedai untuk beli susu sejat dan setin buah laici. Sampai aje kat umah, terus buka tudung, masuk dapur dan meneruskan operasi memasak. Sebenarnya takde tajuk khusus pun untuk resepi aku ni, tapi memandangkan aku masak agar2 ni dengan laici dan buah koktail, sbb tu la aku namakan puding aku Puding Laici Koktail.



BAHAN-BAHANNYA

1 paket agar-agar

1 tin susu sejat Ideal (jenama apa pun tak kisah lah)

1 tin buah laici

1 tin koktail buah

gula secukup manis

esen vanila

CARA MASAK

  • masak agar2 mengikut aturan. Bab ni aku tak tere nak bagi sukatan air. Tapi lebih kurang dalam 1.5 liter kot untuk sepaket agar2. (air jgn byk sbb lepas tu nak masukkan susu pulak.
  • buah laici di kisar dengan sedikit air sirap yg dalam tin tu. sikit aje tau.
  • asingkan koktail dr sirap dalam tin tu.
  • selepas agar2 dah hancur, masukkan gula secukup manis. jangan banyak sangat sbb nnt susu tu pun manis.
  • selepas gula hancur, masukkan susu sejat dan kacau.
  • masukkan laici kisar.
  • masukkan buah koktail.
  • selepas mendidih sekejap, angkat dan masukkan dalam loyang serta sejukkan.

Monday, January 4, 2010

Cerita Jodoh

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:43:00 PM 5 uncang teh
Kalau sembang pasal jodoh ni sampai bila2 pun takkan habis. Lagi2 kalau hal jodoh tu berkaitan dengan diri aku, manusia yang masih lagi bujang trang tang tang tang.

CERITA I
Wak Din aku pernah tanya soklan cepu emas kat aku, "Jun, kamu tanak kawin ke?". Ups!! tersedak aku time tu...nasib baik baju yang tengah aku seterika masih lagi terselamat dari terbakar. Wak Dah aku plak dah sengih2 je menengok gelagat aku. Dengan slumbernya aku pun menjawab, " Wak Din, kalau tanya kat Syikin yg macam tu pun konpem dia nak kawin. Inikan pula manusia normal macam saya ni". Hehehhehe....best dan bernas tak jawapan aku tu.....

CERITA II

Satu hari ketika aku sedang melepak di rumah Wak Dah dan Wak Din aku di Shah Alam, tiba2 Wak Dah datang dan bersembang dengan aku. " Kamu ni bukan sebab takde org yang nak kat kamu, tapi rasanya hati kamu ni dah tertutup untuk lelaki". Erkk!!! tersangkut air liur aku kat tekak. Nak mengiyakan pun rasanya cam tak betul....nak menidakkan plak statement tu rasanya macam ye juga sbb aku pun selain kene reject pernah gak mereject. Loast2 apa yang boleh aku buat ialah berkata," Ntahlah Wak Dah", dan mengeluh perlahan.....

CERITA III

"Mak, Nora tu tak kawin2 lagi ke?. Tu la dulu abg ipar Lokman nak masuk meminang tanak. Last2 abg ipar Lokman tu kawin ngan Cikgu. Haaaa....lagi standard lagi", sembang aku ngan Mak aku kat umah satu masa dulu. " Tu la....dah yang datang elok2 pun tolak. Mak ni kalau igt hg tu lulus SPM dengan keje kilang dah, mak offer je hg kat depa. Ni dah sbb hg keje elok, mesti hg tanak kan". Uik! mak aku ni...ada ati nak offer aku plak. Igt aku ape....tertakluk kepada program Year End Sale (YES) ke. " Huh! aku ni tak kisah sape pun nak jadi calon tapi masalahnya takde sape yang tahan ngan aku, malas arr nak pikir. Dok sorang2 lagi senang...leh buat apa yang aku suka..beli apa yang aku mampu", jawab aku nak cover line."Haaa..tu la pasal, sbb Mak tau hg tu macam mana sbb tu Mak tak kisah pun pasal hg". Ye ke tak kisah.....(musykil)

CERITA IV

"Makcik, nak tanya ni kenapa tiba2 Pakcik suruh saya tanya apa ntah kat Makcik", sembang aku dengan jiran depan rumah sewa aku di Perlis ni. "Hehehhe! Makcik nak cerita pun tak tau nak start yang mana dulu. Jom masuk kita sembang dalam rumah". Aik! pandai pulak jiran aku ni buat suspen. Dah la sebelum tu suami dia buat suspen ala2 Misteri Nusantara, ni turn isteri dia plak yang sambung misteri ni. " Macam ni Jun, makcik nak mintak maaf banyak2 la kalau apa yang makcik nak cakap ni nanti buat Jun marah. Tanya ikhlas ni, Jun dah ada sape2 ke skrg". "Aisey! itu je ke makcik. Ingatkan pasal apa. Haaaaaa!!!!! ni mesti ada yang tanya pasal saya ni kan". Dengan slumbernye aku kuar statement tak reti kontrol diri sambil gelak mengekek depan jiran aku tu. " Macam ni la makcik, saya sekarang ni mmg single lagi. Secara rasminya mmg saya takde sape2 lagi tapi tak tau la kalau kat luar tu ada yang suka kat saya tanpa saya sedar. Sebab saya ni kawan ramai". Huh! best tak ayat aku yang macam sedang perasan tgh ramai peminat. Setelah sembang setakat yang mampu untuk mengetahui siapakah gerangan yang merisik aku tu, akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk tutup topik ni. " Makcik cakap aje la kat kawan Pakcik tu, jangan harap kat saya. Buat masa sekarang saya tak terbuka hati lagi pasal ni. Saya nak belajar dulu". Ikhlas ke aku bg jawapan tu yang mmg kelihatan amat mengecewakan jiran aku tu. Tapi dr kecewakan diri aku baik aku kecewakan dulu harapan org itu.

Sebenarnya, banyak lagi kes spontan yang terjadi pasal jodoh aku ni. Jujur, bukan aku tanak kawin. Aku wanita normal. Ada nafsu..ada perasaan...dan ada akal...mestila sentiasa berdoa supaya bertemu jodoh. Sape yang tanak kene belai dan dibelai oleh manusia halal bernama suami???

Tapi, untuk sampai kepada harapan itu, aku rasa banyak benda yang aku kene consider; perangai aku, keje aku, hidup aku, family aku...bak kata kene consider semuanya pasal aku la. Nampak macam aku tamak dan pentingkan diri sendirikan?

Kadang2 kita kena jadi seorang yang mementingkan diri sendiri untuk mendapat yang terbaik dalam diri kita. Terbaik kat sini bukanlah bermakna semua mesti sempurna. I'm not the perfectionist. Tapi siapa lagi yang mampu nak berikan yang terbaik selain dari diri sendiri. Inilah yang di namakan kenali dan sayangi diri sendiri.

Pengalaman yang mengajar aku supaya menyayanyi diri sendiri sebelum cuba menyayangi diri org lain. Lain org lain caranya. Tapi dengan pengalaman aku yang sedikit itu cukup mengajar aku erti menghargai diri sendiri, dan itulah yang sedang aku lakukan sekarang ni.

Nak cari calon suami ni bukan seperti senangnya nak beli baju kat pasaraya. Jumpa baju yang berkenan, fitting, ambil dan bayar dan selepas beberapa lama di pakai baju lusuh dan terus buang atau beri pada org lain. Kalaulah semudah itu..alangkah bahagianya hidup aku. Tapi aku nak cari seorang calon suami yang boleh sayang aku selamanya...jaga aku selamanya...terima aku masa aku susah dan senang...dan kekal sehingga ke akhir hayat. Tapi sampai sekarang aku tak jumpa lagi yang betul boleh terima aku seadanya.

Kawan2 aku yang dah kawin byk bagi nasihat yg streotaip kat aku,"Jangan memilih". Aku rasa selagi semua org yg aku kenal bg nasihat macam tu, selama itulah aku akan macam ni. Diorang boleh la cakap macam tu sbb diorang tu dah kawin...dapat laki yg ensem, ada kerjaya dan ekonomi dah ok. Cuba kalau tak kawin lagi...atau jenis yang dah bergolak rumah tangga tu, confirm la mesti suh aku cari laki yg btul2 sesuai dengan aku. Kepada kawan2 sekalian yang dah kawin, kalau aku ni jenis tak memilih dah lama aku sambar laki korang tu. Tapi sbb aku ni memilih la aku masih tau apa yang terbaik untuk diri aku. Suami org...minta di jauhkan. Aku tau apa rasanya bila hak kita di ganggu.

Sebenarnya selama aku bernyawa ni byk dah spesis lelaki (mostly jantan la) yang aku kenal dan aku jumpa. Ada yang ok dan ada yang tak ok. Walaupun ada yang ok, tapi diorang semua tu cuma jadi kawan aku je...not more than that. Yang tak ok plak....hmmm....semua nak tunjuk bagus depan aku. Sori la beb....aku mmg geli skit dengan jantan yang cuba nak tunjuk bagus kat aku. Itu memang ntah apa2 punya manusia tu. Kalau umo aku baru 19 maybe aku percaya la sbb siapalah aku masa tu. Tapi skrg umo aku dah nak masuk 30 dah...dah nak monopous dah pun, so tak payah la korang nak tunjuk bagus depan aku kalau korang setakat ada habuk ngan daki aje.

Dalam umo aku yang semakin nak monopous ni aku jadi semakin berhati2 la plak. Ye la dalam umo skrg ni mostly akan igt aku ni wanita yang desprate nak kawin sbb takut jadi andartu a.k.a andalusia. Jantan2 yang macam tu ada 2 jenis je yg nak kenal aku, sama ada nak body aku (takde la mantap tapi dah body anak dara kan) atau nak duit aku (sbb aku dah stabil kan, lagi2 keje gomen). Ada lagi jahanam tu nak 2 2 sekali. Pergh!!!! apa macam ini sudah melampau la. So sbb tu aku jadi sooooooo carefull skrg ni. Tapi kalau dah takdir dan dah nak jadi walau dah berwaspada aku tak leh nak buat apa la...itu semua keje Allah.

OK...awal2 tadi aku dah mention yg apa yang aku consider skrg is about my life and myself. Selama aku jumpa jantan2 ni banyak yang nak aku berubah. Berubah dari segi apa pun aku tak paham. So banyak yang cakap kat aku, kalau nak ada org suka kat aku kene berubah. Hampehh tak ayat tu. Ayat diorang tu macam ayat org yg melawan takdir tuhan dan sama macam ayat "nak dapat no 1 kene la belajar btul2". So belajar btul2 tu macam mana? Ada org yang jenis main game tapi otak power tetap pandai gak. Ada yang dah memang otak lembab tapi pulun belajar tetap tak dapat no 1 jugak. Ini semua takdir tau. Kalau tuhan tak izin, semua ni takkan berlaku. Pada aku, kalau nak aku berubah kena la bg guideline...baru btul. Sama juga macam belajar, nak pandai cikgu tu kene bg guideline la baru budak tau apa yang perlu di buat.

Satu lagi pasal bab berubah tu, apa yang diorang nak aku ubah pun aku tak paham. Pada aku kalau suh ubah perangai...aku rasa perangai aku takde la teruk sangat. Kalau teruk dah lama aku kene marah ngan mak ayah aku. Adakah sbb aku suka tunjuk penumbuk diorang nak suh aku ubah. Alaaa....itu benda remeh la tu. Apa lagi yang aku nak kena ubah...takkan nak suh aku ubah skin colour aku kot...itu dah melawan kuasa tuhan....takkan nak suh ubah bau kentut kot...melampau...so apa yg sepatutnya aku ubah. Kawan-kawan sila beritahu ye....

Bila aku jumpa aje jantan yang byk komen suh aku ubah itu ini...maksudnya bye bye aje la. Ko nak tengok yang baik dan cantik aje...nnt kalau dah kawin baru ko jumpa buruk aku lepas tu ko nak blah ke??? Pada aku la kan...kalau org tu dapat terima kekurangan kita, maksudnya dia akan jumpa kelebihan kita juga. Tapi sekarang ni takde pun nak jumpa kekurangan aku. Aku bukanlah jenis yang hipokrit dan control ayu. Aku adalah aku...sape2 yang kenal aku tau la aku ni macam mana. hipokrit dan control ayu ni takde dalam kamus hidup aku la.


Let say kalau aku berubah supaya menjadi ayu sblm diorang setuju nak sunting aku jadi isteri diorang...adakah diorang boleh terima bau kentut aku yang busuk...adakah diorang boleh terima cara tidur aku yang sangat lasak sehingga boleh menjadi seperti steamroll apabila aku berada dalam keadaan yang terlalu letih, adakah diorang boleh terima jerawat aku saat aku nak datang haid, terima aku saat aku terpaksa sendawa ala bunyi Cameron Diaz yang sangat kuat, atau paling koman, adakah diorang boleh terima aku saat aku serabai masa bangun tido dengan air liur meleleh di tepi mulut???

Rasional la skit...aku boleh ubah semua pasal bab perangai aku yang garang ni tapi aku tak leh ubah bau kentut aku. Itu fakta. Jadi tolong la jgn kuar statement " Jangan memilih" dan statement " Berubah".

So, skrg ni benda remeh ni la yang buat aku stuck dalam hal mencari jodoh. Prinsip aku dalam mencari calon suami ni ialah, otak dan hati mesti setuju. Kalau salah satu tak setuju, minta maaf la sbb aku terpaksa say bye bye bye.

Jadi apa kesimpulan yang aku boleh buat....aku tak tutup hati aku cuma aku tawar hati je ngan semua ni sbb selama ni aku byk jumpa jantan dan masih belum jumpa seorang manusia yang bernama LELAKI. jadi di sebabkan semua tu aku kunci sekejap hati aku sbb aku percaya hanya manusia yang bernama LELAKI sahaja yang akan berjaya jumpa kunci tersebut untuk buka pintu hati aku.

Nota_jari:
  • Wak Din dan Wak Dah tu adalah mak dan ayah sedara aku.
  • Makcik dan Pakcik tu adalah jiran depan umah aku kat Perlis ni.
  • Nora tu adalah kawan sepermainan aku.
  • Mak tu adalah mak aku.
  • Syikin itu adalah sepupu aku dari kalangan kanak-kanak istimewa.
  • Semua situasi adalah betul sbb semuanya pernah terjadi kecuali dialog aje mungkin berubah mengikut tahap ingatan otak aku.

Friday, January 1, 2010

Maka Tirai 2010 pun terbuka

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:33:00 AM 1 uncang teh
Baru je beberapa minit tadi tahun 2009 melabuhkan tirai untuk selama-lamanya. Dan sekarang tirai 2010 pula yg terbuka. Tirai baru, tingkap baru azam baru. Ape2 pun SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN 2010 dan SELAMAT MENGHADAPI SEKALI LAGI CABARAN SELAMA 365 HARI DALAM TAHUN 2010.

Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah 1431

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:16:00 PM 0 uncang teh



Hijrah itu pengorbanan,

Hijrah itu perjuangan,

Hijrah itu persaudaraan,

Hijrah membentuk perpaduan,


Itu bait2 lirik lagu nasyid maal hijrah. Betul...hijrah itu merangkumi semua sifat dan konsep 1 Malaysia yang di laungkan oleh Perdana Menteri kita. Pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan juga perpaduan. Tanpa itu semua, negara tidak mampu untuk terus kekal aman dengan rakyat yang berbilang kaum, bangsa serta agama.
Bagaimana dengan anda? Apa pengertian serta konsep hijrah anda?
Hijrah itu meluas maksud dan pengertiannya. Hijrah boleh meliputi perpindahan dari sikap negatif kepada positif, perpindahan dalam meningkatkan taraf hidup, meningkatkan nilai serta jati diri dan lain2 lagi. Pemahaman yang betul mengenai hijrah membolehkan kita merenung serta bermuhasabah mengenai diri sendiri dalam menambahkan nilai2 positif untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
Selalu, kita pasti akan menanam azam baru setiap kali datangnya tahun baru masehi. Sebagai umat islam, keutamaan mestilah kepada tahun hijrah. Jadi sebagai permualaan terhadap anjakakan paradigma kehidupan ini, maka semoleknya kita menanam azam untuk tahun hijrah kebangggan umat islam sejagat.
Jadi..apa perancangan hijrah anda?
Insya Allah sempena kedatangan tahun hijrah 1431 ini, aku akan melakukan hijrah supaya....,
* menjadi seorang yang lebih positif dan optimis dalam meneruskan kehidupan yang lebih mencabar.
* menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dalam meneruskan hidup.
* menjadi seorang yang matang seiring usia tetapi sentiasa muda sebagai tanda kegembiraan di dalam hati.
* menjadi seorang pekerja yang lebih berdedikasi dalam menjalankan amanah Allah.
* menjadi seorang pelajar yang sentiasa berusaha untuk berjaya.
* menjadi seorang yang lebih terurus dari segi masa dan disiplin.
* menjadi seorang hamba yang semakin patuh dengan perintah-Nya.
Untuk merealisasikan semua penghijrahan ini, banyak pengorbanan yang perlu di lakukan. antaranya:
* tak boleh selalu melakukan xtvt surfing bila tiba masa terluang. kena fokus kepada kerja dan pelajaran.
* tepati masa dan jgn jadi malas apabila ada masa terluang. <-- aku mesti tido bila ada kesempatan free time.
* buang semua sifat negatif terutamanya sifat merendah diri dan kurang keyakinan aku selama ni.
* korbankan masa bersama keluarga untuk fokus kepada pelajaran.
* korbankan keinginan hati dan perasaan supaya tidak hilang fokus dalam pelajaran. <--- untuk seketika aje.
Mungkin akan ada lagi byk pengorbanan yang perlu dilakukan untuk melaksanakan penghijrahan dalam diri aku. Tapi mungkin aku tak sempat nak fikir dan tak sempat nak taip kat sini. Tapi itulah yang nyata...setiap penghijrahan memerlukan pengorbanan. Kita tak mungkin mampu mencapai semua tanpa melepaskan sesuatu yang kita sayang. Itu hakikat. Jangan menjadi tamak sbb takut yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.
Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada pasukan bolasepak Malaysia yang telah berjaya menyumbang emas kepada negara selepas 20 tahun memenanginya ketika Sukan SEA tahun 1989 di Kuala Lmpur ketika itu (masa tu aku umo 9 tahun). Ironinya...kemenangan mereka ini berlaku betul2 ketika umat islam sedang bersiap sedia untuk menyambut tahun baru hijrah 1431. Mungkin inilah hikmahnya....berkat doa seluruh rakyat Malaysia dan juga keizinan dari-Nya, akhirnya kemarau panjang pingat emas untuk bola sepak berjaya diperolehi setelah banyak pengorbanan dilakukan oleh para pemain. Diharapkan dengan kemenangan yang diperolehi ini akan meningkatkan kembali imej sukan bola sepak di mata kawan dan lawan.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1431 H.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea