Monday, December 20, 2010

Felda Residence Hot Spring Sungai Klah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:24:00 PM
Last weekend memang happening. Petang Jumaat lepas habis keje (exactly aku gi merayap masuk kuar bank aje), aku start travel sorang2 menuju ke Perak...kidnap mak ngan adik aku kat Bagan Serai dan teruskan perjalanan menuju ke kg mak aku di Hutan Melintang (takde hutan dah pun).Kat kg tu adik lelaki aku dah pun standby tunggu aku (sebab dia keje kat Sabak Bernam aje). Tujuan perjalanan gila ni hanyalah satu iaitu keesokkan harinya aku nak gi main dan mandi air panas di Sungai Klah.

Pintu gerbang ke Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, Sungkai

Dari kg mbah aku tu kami konvoi 3 kereta iaitu kereta aku, adik aku dan juga famili makcik aku. Dekat Sungkai tu 3 famili makcik aku dah stanby tunggu kat homestay. Homestay tu menarik juga la, rumah banglo 4 bilik rekabentuk tradisional yang dimiliki oleh anak peneroka Felda. Jadinya total famili yang terlibat dengan percutian ni adalah 5 dengan 2 buah mpv, 2 buah myvi dan 2 buah sedan.

Rekabentuk tradisional

Terasa macam balik kg aje

Depan rumah homestay

Siap aku menempek contact no tuan rumah ni....

Signature homestay ni senang aje...kawasan dia bersebelahan dengan MRSM Felda di Trolak iaitu lebih kurang 10km dr Hot Spring Sg. Klah dan 7km(anggaran aku je) dari Pekan Sungkai. Kalau lalu lebuhraya Utara-Selatan pun nampak sebab dia sebelah dengan lebuh raya je dan kalau menuju ke utara adalah sebelum susur keluar ke Sungkai dan Trolak. Untuk keterangan lanjut boleh klik disini.

Petang lepas makan, solat dan sedikit rehat adalah masa yang ditunggu, 4 buah kereta bersedia untuk konvoi ke Sg. Klah. Kolam air panas Sg. Klah ni terletak dihujung kg Felda Sg. Klah dan diuruskan oleh pihak Felda itu sendiri. Tiket masuk adalah berharga RM10 untuk dewasa, RM8 untuk kanak bawah 12 tahun, RM7 untuk warga emas berumur 65 tahun keatas dan RM 6 (kalau tak silap-sila check sendiri ye nanti) untuk OKU.

Tu rupe tiket nak masuk. Huruf A tu tanda tiket dewasa

Muka-muka teruja yang nak masuk main air panas

Kene jalan sikit dari tempat parking yang sangat penuh sesak


Muka 4 sepupu yang stadnby untuk lupa daratan sekejap

Memang best betul kat sini. Kalau dah nama kolam air panas, mesti la air dia tersangat panas. Memang nampak la asap2 keluar dari sumber air panas tu. Tapi untuk kolam yang panas, takde la pihak pengurusan bagi masuk. Terdapat banyak kolam kat sini. Ada kolam yang khas untuk rebus telur bersuhu diantara 45 darjah - 50 darjah. Panas kan...tapi kat sini pun ramai gak pengunjung mengambil kesempatan untuk merendam kaki. Maklumlah air panas original.

Kawasan merebus telur. Telur ada dijual di dalam kawasan kolam

Muka teruja rendam kaki kat kolam air panas

Air kolan ni untuk rebus telur bukan rebus kaki

Muka teruja mbah nak rebus kaki

2 sepupu ni memang pantang berjumpa, mesti ade part ko snap gambar aku, aku snap gambar ko. Tapi bila nak snap gambar berdua...gini la caranya..

Rupa kaki yang dah kene rebus....merah tu

Selain kolam untuk merebus telur dan merebus kaki, sebenarnya ada aje kolam untuk tereupatik iaitu kolam untuk kesihatan dimana suhu airnye tak ade la panas anggaran 30-35 darjah celcius lebih kurang suam-suam kuku la panasnye. Dekat kolam ni juga ade kawasan untuk refleksiologi.

Lama dah kami kenal sejak dalam perut sebab kami ni 5 sepupu dari 5 famili


Kawasan kolam tereupatik untuk kesihatan. Ade juga kolam untuk rendam badan macam jakuzi

Laluan refleksiologi

Hot pool untuk tujuan bermain air panas

Selain kolam air panas, ada juga kolam air sejuk. Kolam air sejuk ni memang sangat sejuk. Maklum la air nye disalur terus dari air bukit. Kat sini memang banyak manusia yang main air especially kanak-kanak, kanak-kanak ribena dan org dewasa yang masih mempunyai naluri kanak-kanak (suka main air). Oleh sebab dekat sini bukanlah taman tema permainan air macam Sunway, Tambun atau Bukit Merah, jadinya takde banyak la port-port nak main air kecuali gua air terjun yang sangat kuat, air pancut dan gelongsor air. Kawasan kolam ni paling dalam 5 kaki, so kanak-kanak memang perlu diawasi selalu. Tapi jangan risau sebab keselamatan anda sentiasa diawasi kerana life guard sentiasa memantau aktiviti pengunjung. Kalau rasa perlu, memang akan ada announcement amaran dari mereka.

Mountain pool untuk main air sejuk dari bukit

Kawasan cetek...alahai paras betis aku aje

Sepupu aku yang sorang ni memang sasau skit kalau jumpa air

Muka-muka teruja main air

Sebelum masuk gua kedalaman 5 kaki

Air tu turun sangat laju dan kuat boleh buat terapi massage belakang badan dan kepala

Kan aku dah kata...2 sepupu ni memang sengal bila berjumpa

Kat belakang tu la gelungsor air....takde la thrill sgt tapi kalau silap landing melecet gak la siku aku ni.

Lebih kurang pukul 7.30 kami pun bertolak balik ke homestay yang jaraknye cuma 10-15 min kalau drive.

Objek sebelak kanan tu boleh diabaikan...

Malam tu memang sangat best. Dengan cuaca yang bagus tak hujan dan suasana homestay yang macam rumah sendiri tu, ape lagi adalah menarik kalau melakukan aktiviti BBQ sambil tengok perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Vietnam untuk Piala AFF Suzuki 2010.

Muka-muka teruja tengok bola

Sampai tukar position seat la pakcik aku ni sbb nak tgk bola live

Ini dah macam anak pelarian kene penjara dan tak cukup makan je rupenye

BBQ yang sangat menyelerakan...nyum nyum nyum

Aksi adik aku berBBQ

Sedang berBBQ dihalaman rumah homestay

Suasana pagi di kawasan homestay ni memang menarik dan menenangkan. Walaupun berada bersebelahan dengan lebuhraya, tapi sangat-sangat menyeronokkan. Mungkin kawasan Trolak/Sungkai ni adalah kawasan bukit jadi udara pagi di sini sangat fresh.

Sangat sesuai untuk berjogging. Rugi sebab aku tak bawa sport shoe aku.

Lepas sarapan jalan-jalan dengan makcik-makcik aku

Walaupun tak ramai sangat penghuni disini sbb mostly adalah homestay, tapi playground dia terjaga

Sengal tak sengal sepupu aku sorang ni

Oleh sebab kami cuma booking homestay ni untuk satu malam sahaja, jadinya pukul 12 kami kene check out la. Lepas siap masak tengah hari, kami pun get ready untuk check out. Tapi oleh sebab hari masih awal...jadinya kami semua plan nak masuk sekali lagi ke Hot Spring Sungai Klah tu. Kali ni kami dah tekad nak berpiknik kat sana. Tapi untuk masuk ke kawasan kolam air panas tu kene la beli tiket semula. Tapi otak kene licik...tiket semalam masih elok lagi, so ape lagi aci aku masuk recycle tiket semalam je. Sesape yang dah rosakkan tiket kena la beli lain...bukan diorang check betul-betul pun janji action beli tiket tu kene ade...jangan main redah je. Tapi mungkin masa aku masuk tu diorang tak check sgt tapi di lain masa mungkin akan lagi strick la. So...AWAS..jangan ikut cara aku ni ye...

Piknik dulu untuk lunch sebelum masuk untuk main air untuk kali yang kedua...


7 uncang teh :

kEruL said...

wow seronok nye kak jun...mmg teringin nak p hot springgggg =)

~*irjune*~ said...

pegi la....best tempat ni....

Irma A.Wahid said...

ko mmg la kan x abes2 kata aq sengal..kemain bnyk g hahahaha..aq xde pun kata ko sengal kt blog aq..haha..sengal kow!!~~~ ngahahahaha

~*irjune*~ said...

abis tu dalam blog ko asik citer pasal bf ko je....cube ko citer pasal aku...konpem ko akan jumpa part mana ko nak kata aku sengal...

Irma A.Wahid said...

bialah....da blog aq weh...ngeh.....ok la tuh aq x kata ko sengal tpi ngek..hahahahahah

Irma A.Wahid said...

weh sedara...atin pun ade blog gak ar..wahh advance dak2 skg...

~*irjune*~ said...

ngek pun ngek la...yg penting aku maintain vogue....tu la pasal spupu....semalam minta nak follow blog aku...hehhehehe

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea