Assalamualaikum wbt.
Masih ingatkah korang semua dengan entry aku pasal kc aku tu dulu. Kalau tak ingat boleh la refer kat sini. Dalam entry tu aku cerita detail pasal proses mencari dan membuat kc dirumah aku.
Baru-baru ni aku dapat whatsapp daripada pembantu kedai yang aku buat kc tu. Pembantu kedai tu nama Siti. Dia tanya aku, ada tak aku share gambar kc aku kat mana-mana. Aku cakap ade, aku share dalam personal blog iaitu dalam blog aku ni la kan. Aku tanya kenapa....ada masalah ke? Cuak juga aku kot-kot la kerana entry aku ni telah menyebabkan bisness bos dia lingkup. Rupanya dia nak bagi tau, selepas kc aku siap ramai customer datang ke kedai tu. Fuhhh....tarik nafas lega la aku...ingatkan ape tadi. Baguslah. So ape kaitan dengan gambar yang aku share dalam blog aku ni. Rupanya Siti bagi tau lagi most of the customers bagitau diorang tau pasal kedai tu lepas dapat info daripada blog aku. OOOooo...gitu ke....hahhaha
Aku pun mention la kat Siti tu yang aku memang ada personal blog dan ada cerita pasal kc tu. Pahit jerih untuk menyiapkan kc idaman kalbu. So dalam entry tu aku letak la contact no dia dan juga Bos kedai tu. Yelah...aku tau mesti kat luar sana masih ramai yang tercari-cari kedai untuk buat kc idaman kalbukan. Aku buat macam ni sebab masa aku nak buat kc dulu, sangat susah aku nak cari info pasal kc kat area utara ni. Jadi dengan cara ni akan memudahkan mereka-mereka diluar sana untuk mendapatkan maklumat dihujung jari aje.
Siti pun minta la alamat blog aku ni sebab dia pun nak baca juga. Time tu cuak juga sebab takut la kot ade ayat-ayat aku mengguris hati dia dan bos dia tu. Tapi lepas baca Siti cakap apa yang cerita kat blog tu adalah sama macam masa aku pergi nak buat kc kat kedai dia dulu. Fuhhh...lega den.
Tak sangka pula ramai juga orang area Kedah/Perlis yang baca blog aku ni pergi serbu kedai tu. Hahaha....Tapi oklahkan....dalam kita niat nak share maklumat, kita dah tolong promosi kedai tu juga. Barang baik kita share sama-sama.
On behalf Bos dia, Siti ucapkan terima kasih kat aku sebab tolong promote kedai diorang. Alah...perkara kecik aje tu.Kitakan rakyat Malaysia.
Kepada Siti dan juga Bos kedai kc tu, selepas 5 bulan kc aku masih lagi ok dan tiada masalah lagi.
Kepada silent reader yang dah pergi serbu kedai kc tu, terima kasih ye sebab sudi baca blog aku ni.
Bye..
antaranya saya lah kot... huhu... juz baca jer... x g lagi baru nk serbey jek...
ReplyDeletetakpe...survey dulu...dapatkan harga yg terbaik ikut budget dan service pun kene bagus gak
ReplyDeletewahhh hahaha... kembang idung setaman jap kan.. hahaha.. nasib dapo dh siap kalo x leh mintak discount sbb bg pelanggan kat dorang.. hihi neway sue kedah katne?
ReplyDeletewaaa...orang kedai siap call balik..bagus kedai tu.. hihi..
ReplyDeleteYuyu akley....saya stay kat perlis. xpelah...niat tu nk sembang2 dlm blog tp dh bg promosi free kat kdai. Hahahah
ReplyDeleteMamaDaniel...yup pihak kedai mcm bg warranty la.so dlm tempoh setahun ke dua tahun mcm tu (sy tak sure), diorang akan call tnya kc ok tak dalam selang 6 bulan sekali mcm tu la.baguskan.
ReplyDelete