Friday, July 12, 2013

Kisah Aku Dan Kabinet Dapur

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:04:00 PM
Assalamualaikum wbt

Hai kawan-kawan...
Ingat tak lagi teaser aku pasal kabinet dapur yang aku post kat sini. Ahaaa...ini sambungan dan pelengkap kepada intro tersebut la.

Panjang kisahnya tapi aku cerita pendek aje la kan. Nanti boring la pula. Aku start hunting nak cari orang untuk buat kabinet dapur ni lepas duit tabung aku cukup. Ko paham la kan, aku ni single, so sumber kewangan tu haruslah datang dari dalam tabung sendiri. Nak cukupkan macam mana tu, of course la dari sumber yang halal. Asalkan aku tak mencuri,merompak,meragut atau membunuh dah la (minta dijauhkan la). Tapi sebelum tu aku dah survey dah pasal kitchen cabinet ni. survey mulut, tanya internet, tengok iklan...macam-macam la. Dan aku decide budget untuk kitchen cabinet aku ni dalam anggaran lebih kurang 5-8 ribu. Ingat ini harga kat Kedah/Perlis tau. Bukan KL. Alaaa...dapur aku kecik aje...lebih kurang 10X8 kaki. Nak buat design island atau kaunter bar pun tak lepas. Janji boleh buat kaunter top dah ler.

Mula-mula tu aku nak buat simple aje, se'simple' dengan duit yang nak kuar la. Masa tu pergi tanya dengan satu kedai tukang pearbot ni, kalau nak simple pakai kaunter mieco la. Memang murah dan banyak pilihan warna dan corak. So minta dia buat anggaran kasar, mak oii....macam tak berbaloi je. Sebabnya mieco ni bahan asasnya adalah kayu, so lama kelamaan maybe akan kalah dengan air. Err...korang paham tak? Kalau tak paham buat-buat paham aje la. Tapi tokey tu cakap, itu anggaran kasar aje, maybe boleh jadi kurang kalau betul-betul pergi ukur. Aku pun berfikir, berapa sangatlah akan kurang kalau harga kasar pun dah lebih dari budget minimum aku. Itu belum campur aksesori lagi tu.

Lepas tu aku plan nak buat kaunter guna konkrit. Nak panggil tukang untuk buat konkrit, dan lepas tu baru nak cari kedai untuk minta pasang pintu dan rak. Ingat boleh la save budget. Tapi memang boleh save pun kalau buat macam tu. Cuma aku je yang malas nak uruskan. Nak kena deal dengan tukang lagi, pergi beli tiles sendiri, lepas tu nak kene pergi cari kedai untuk pasang pintu dan kabinet gantung. Hmmm....banyak keja la pula. So aku postpone dulu. Still boleh survey lagi.

Sembang punya sembang dengan opismate aku. Dia bagitau la dia dah buat kitchen cabinet kat rumah baru dia. Opismate aku ni lelaki, tapi excited pasal kitchen cabinet kalahkan pompuan. Jadi opismate aku pun rekemen la kedai yang dia buat kitchen cabinet dia tu. Kedai tu kat Jitra. Baru je buka dalam setahun yang lepas. Kiranya kedai baru, so still lagi cari pelanggan la kan. Bila masih cari pelanggan, maknanya boleh la dapat murah. Hahahaha....

Kawan aku tu memang rekemen kedai ni kat aku. Jadi aku pun dengan gigihnya lepas balik keje terus shoot pergi Jitra. Ala...Jitra-Kangar ni lebih kurang 45 minit juga la. Tapi sebab nak tau harga punya pasal aku pun pergi juga. Sampai kedai rupanya kedai dah nak tutup. Alamak...aku just nak tanya aje. Tapi orang kat kedai tu still lagi boleh nak layan pertanyaan aku. Tak banyak pun aku tanya, just bagi ukuran dapur dan tanya anggaran harga. Tanya itu ini begitu begini sebab hood, hob dan sinki aku dah beli sendiri. Sebab kedai nak tutup so terus aku bagi alamat rumah dan no telefon untuk minta diorang datang ukur dapur dan bagi quotation harga yang betul

Lusa, tokey kedai tu call aku cakap nak datang ukur dapur lepas aku balik kerja. Aku budget mesti sampai time maghrib la tu. So aku minta En. Syg tolong temankan aku. Bukan ape, senang la skit, kot-kot ada tercicir info boleh En.Syg backup dengar. Aku ni kalau excited nanti lupa abis. Bila dah siap ukur, siap tokey tu sketch rupa bentuk kabinet dapur tu, dia pun cakap dia nak balik nak kira. Nanti dia sms untuk bagitau harga. Masa dia tunjuk design tu dia bagi la penerangan sikit pasal material yang akan digunakan dan juga perubahan-perubahan yang akan dilakukan. Masa tu cakap kepala pili kena ubah sebab nak sesuaikan dengan design. Bila dia cakap macam tu, aku request minta dia buat sekali kepala pili untuk mesin basuh. Dia cakap okey je, cuma akan tambah kos sedikit. Aku cakap ok je, janji masuk dalam harga pakej. Sebenarnya aku dah buat wireing siap-siap untuk hood tapi rupanya silap. So tokey minta aku ubah wirering aje. Bab ni aku kena cari wireman sendiri la. Aku pun ok je sebab kebetulan aku nak tambah lampu kat dapur tu.

Dua tiga hari lepas tu, pembantu kedai tu sms aku bagi tau harga kabinet dapur without kos untuk plumbing. Tersedak la juga aku dengan kos tersebut. Tapi pembantu kedai tu, Siti nama budak tu, suruh aku datang kedai untuk tau lebih lanjut. So aku pun menapak la lagi ke Jitra untuk pergi ke kedai. Kali ni aku ajak En. Syg juga as backup untuk kutip info yang tercicir. Sampai kedai Siti bagitau la semua pasal kabinet tu. Material pintu yang akan digunakan adalah glass. Kaunter daripada konkrit. Kos untuk plumbing pun diberitahu. Aksesori asing. Kos untuk hood pun ada sebab hood sendiri jadi kena bayar untuk tebuk lubang asap. Tiles kena pilih sendiri dekat kedai tiles yang partner ngan diorang. Bincang punya bincang, tengok punya tengok....so aku pun setuju. Terus bayar downpaymen RM200. Bayaran dibuat 3 kali. Jadi pada aku ok la tu, takde la perlu nak bayar wang sedebuk depan mata.

Jadi inilah proses-proses penyiapan kitchen cabinet aku. Aku cerita melalui gambar aje la ek.

Ini masa mula-mula diorang nak buat konkrit. Sedih aku tengok diorang tebuk-tebuk lubang kat dinding yang aku dah siap cat. Rugi cat aku.

Dua tiga hari lepas tu baru diorang datang untuk pasang tiles kat atas kaunter tu. Masa ni aku dah senyum dah. Dah terbayang-bayang rupa kitchen cabinet aku tu nanti.

Keadaan bila tiles siap dipasang. Masa ni rumah aku habuk gila. Kat tepi dan bucu tu pun diorang dah kemas guna mesin supaya tak tajam. Aku suka aku suka.

Ni keadaan dapur aku bila aku start menetap kat sini. Nak bagi hilang habuk tu, dua tiga kali la juga aku mop.
Inilah rope kitchen cabinet aku. Ye, untuk kabinet dasar bentul - L tapi untuk kabinet gantung tu aku buat bentuk - I aje. Konsep kelabu. Tapi tengok betul-betul pintu kabinet bawah tu.

Yup, pintu kabinet aku ada corak. Ini pun ade cerita gak ni.

Pasal corak pintu kabinet tu. Masa pergi dengan En.Syg tu kami dah pilih dah warna untuk pintu tu. Kami pilih warna silver untuk pintu atas dan juga jalur silver-hitam (macam jalur kayu). Tapi tak lama lepas tu kedai call cakap corak jalur silver-hitam tu dah habis stok. Terpaksa la aku shoot ke Jitra. Kebetulan pula aku pun nak bayar second payment sebab kerja konkrit dah selesai. Jadi bila kena pilih lain, hmmm...memang jenuh juga nak pilih. Last-last aku pilih silver bercorak empat segi untuk pintu atas, dan juga warna bronze untuk pintu bawah (nak sesuaikan dengan kaler table top). Tapi tak lama lepas tu dapat call lagi cakap warna bronze dah habis. Kali ni aku taknak pergi kedai dah, sebab aku dah hafal semua warna dan corak pintu tu. Jadi aku buat pilihan eksekutif, aku cakap kat Siti tu aku nak corak jalur silver-hitam yang nampak bunga timbul tu. Siti pula tanya aku banyak kali betul ke sebab sebelum tu aku kurang berminat dengan corak tu. Aku cakap betul, dan muktamad. Ape nak jadi...jadilah. Dapur aku sendiri kan. Ahahhaha...

Tapi Alhamdulillah bila dah siap nampak cantik juga. Matching pula dengan warna peti sejuk aku tu. Memang konsep kelabu la. Dan matching gak dengan warna dinding aku tu. 

Owh...korang nak tau dak aku dapat inspirasi dari mana untuk kitchen cabinet aku ni. Aku dapat dari blog dapur-mamasya

Yes..inilah sumber inspirasi dapur aku. Lebih kurang sama kan design dia dengan design dapur aku. Cuma dapur dia konsep merah-putih, tapi dapur aku konsep kelabu.

Malam tadi lepas berbuka bertungkus lumus aku menyimpan pinggan mangkuk, periuk belangan yang dah aku beli sejak tahun 2010 lagi. Mak oii...banyak juga barang aku. Jadinya, aku hilang idea nak susun macam mana. Lagi pula untuk kabinet bawah tu takde divider langsung. Yang ada cuma aksesori simpan pinggan mangkuk, aksesori untuk simpan botol rempah dan juga laci. Untuk kabinet gantung pula, memang tinggi. Aku yang tinggi ni pun terpaksa berjengket untuk letak pinggan atas rak pinggan tu. Sekarang ni yang bahagian atas dah penuh dengan pinggan mangkuk Noritake aku, pinggan mangkuk Royal Garden (luminarc) aku, dan juga satu set gelas dan jug serta satu setengah dozen cawan untuk minuman panas. Kat dalam kotak tu still lagi penuh bekas-bekas plastik dan juga alatan memasak aku yang lain. Ruang untuk aku jadikan pantri pun aku taktau nak letak kat mana. Stok makanan kering dah berlambak dah tu. Adoyai..

Ok kepada puak-puak dari area Alor Setar, Jitra, Changloon dan juga Perlis yang plan nak buat kitchen cabinet dengan kontraktor yang aku upah ni, boleh la rempuh ke kedai bernama i-Concept Trading yang terletak di Pekan Jitra bersebelahan dengan kedai Dr. Rozmey dan dibelakang Pasaraya Yawata. Atau boleh juga call tokey kedai tu, Mr. Lee (013 4731278) atau assistant kedai tu yang bernama Cik Siti (0195907920). Buat masa sekarang aku berpuas hati dengan sercive diorang tu dan juga hasil akhir kabinet dapur aku. Tapi kalau kata aku puas hati betul-betul tu takde la sangat sebab kita tak tau ape akan jadi 2 3 bulan nanti. Kalau 2 3 bulan tu kaunter top aku berdiri teguh lagi dengan tip top, so memang la aku berpuas hati.

Total kos kabinet aku ni adalah 8.5k nett (over 500 ringgit dari budget maksimum yang asal). Free of charge open dish rack tu. Kaunter top jenis konkrit, pintu jenis glass, binaan dari aluminum (takde kayu langsung), tiles pula jenama Guocera (betul ke eja) dan 2 aksesori iaitu indoor dish rack dan bottle rack. Semua ni termasuk dalam kos tu la.

Nota_jari: plan nak cerita pendek aje, tapi jadi panjang la pula....ish ish...ijun ijun

10 uncang teh :

Azi said...

Haa..dah ada tempat simpan barang..mehla datang shoping kuali dengan periuk plak.

~*irjune*~ said...

hahah....tempat simpan barang takde divider. Bagi aku susun dulu baru boleh tau berapa banyak lagi stok boleh tambah.

nurdani said...

bestnya ada dapur cantik macam tu. kakak saya pun plan nak pasang kabinet baru tapi belum ada idea

~*irjune*~ said...

thanks nurdani.
dapur kecil so design pun simple. Kalau ruang dapur besar dan ada budget RM byk boleh buat lagi cantik. tapi ini pun dah kira bersyukur sangat dah ni ada dapur dan boleh pasang kc mcm ni.

zuesaran said...

hemph..lani aku penin nak buat kitchen cabinet..nak pasang kat umah kecik ni..

~*irjune*~ said...

xpe zue...design pelan2...cari lagi banyak contoh. kalau budget lebih boleh minta org kitchen kabinet buat lukisan 3d

Ahmad Nazrin said...

Tumpang iklan ye,,
kami menyediakan perkhidmatan membuat kabinet dapur, almari pakaian, tingkap, pintu dan pelbagai lagi yang diperbuat daripada aluminium dan kaca.
Layari website kami di http://3gkitchencabinet.blogspot.com
Call / whatsapp, Nazrin - 012-9915 234 - untuk sebarang pertanyaan dan sebut harga.

LYAfrina said...

as salam..boleh share x kos keseluruhan ni?

~*irjune*~ said...

total kos termasuk hood dan hop RM10k

Amir renovation said...

Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea