Assalamualaikum wbt...
Yuuhuuu...geng susunatur semua. Kali ni aku nak sembang sambil menunjuk rak baru kat kaunter dapur aku pula. Hahahaha....tetiba aje kan. Bab nak menunjuk memang nombor 1 kat aku. Wakakaka....
Sebenarnya takde ape pun. Last week masa hantar parent aku gi Haji kat Kelana Jaya tu sempatlah aku singgah Ikea sekejap. Hampir setahun lebih ooo...aku tak jejak kaki kat Ikea. Showroom pun dah berubah, tapi aku tak sempat nak snap la pula. Ini 1st time jalan-jalan ke Ikea ngan laki aku. Hehehe...walaupun kaki dah bengkak dan jalan pun dah macam penguin, tapi demi Ikea tetap aku gagahkan juga. Hahahahha...
Kat Ikea ni aku sempat merembat beberapa barang tapi dikawal selia oleh En.Syg. Time bujang dulu takde sape yang nak larang, so bila dah kawin ni kene la tanya pendapat En.Syg juga. So antara yang aku berjaya rembat adalah rak Variera seperti dibawah ni.
Rak Variera - ehsan dari Ikea
Bila dah sampai rumah maka aktiviti menyusun atur la. Jadi inilah lokasi dimana aku letak rak ni.
Ye...ini sudut favorite aku ni. Sebelah dapur dan sebelah sinki. Senang nak capai semua segala time masak. tapi En.Syg kurang gemar sikit sebab katanya nanti bakul sos tepi dapur tu senang terkena minyak. Tapi nak buat macam mana...hanya itu je ruang yang ada. Aku pula malas nak letak jauh-jauh...malas nak bergerak.
Oklah..tu je kot nak share kali ni. Lain kali aku share benda lain pula. Insya Allah...
tambah berseri dengan rak baru..
ReplyDeletekemas dapur ijune..
bahagian itu je yg kemas...bahagian lain tetap bersepah....malu nak tunjuk yg bahagian lain tu
ReplyDeletebalang gula tu klo ganti yg mcm hang beli kat aku tu lagi santekkk
ReplyDeletehuhuh...mmg la cantik tapi balang gula aku tu elok lagi. kalau guna balang gula cam hg tu tak masyuk ngan konsep..hihihi
ReplyDelete