Tuesday, September 23, 2014

Spaghetti Cili

Assalamualaikum wbt...

Sebelum tu...amboi amboi amboi...aku up je entry pasal susun atur....dia punya reading mencanak naik sampai nak cecah 90 orang. Hahaha....memang favorite korang entry susunatur ek.

Tapi takkan nak citer pasal susun dan deko aje kan. Kena la pelbagai sikit. So nak juga up entry pasal masakan dan lain-lain lagi.

Kali ni nak citer pasal aku masak spaghetti macam nama kat atas. En.Syg yang request suruh buat spaghetti macam ni. Sanggup dia yang tolong cari kat internet tu. Nak mengimbau zaman makan spaghetti jenis vegetarian masa dia kat Jepun dulu katanya. Jadi aku pun try la masak berdasarkan resepi yang diberi.

Bezanya untuk versi aku ni, cili nama Peperoncino tu aku tukar dengan cili burung. Haa...kau..tau kan macam mana tahap kepedasan cili burung tu. Aku letak 5 biji aje pun...tapi terasa gak pedas tu...plus aku tambah dengan black pepper...so korang imagine la camne kan.
Korang tengoklah aku standby dengan sirap hijau tu. Jangan ingat tu air rumput pula. Sirap hijau ni boleh jumpa kat Perlis dan sekitar Changlun, Kedah je. Kalau nak korang kene datang Perlis gi borong kat Padang Besar tu. 

Oleh kerana stok spaghetti kat rumah aku tak ada, cuma ada stok angel hair je, so aku guna angel hair je. Masak dia simple sangat, tumis bawang putih ngan olive oil, pastu campak cili, campak angel hair (spaghetti) yang dah siap rebus, campak daun parsley, campak garam dan lada hitam tumbuk....pastu kacau-kacau bagi sebati. Nak bg lembut, ko masukkan 2 sudu air rebusan spaghetti tu sebelum korang start nak campak spaghetti. So takde la kering sangat.

Bila nak makan....tabur keju parmesan....hmmm...sedap juga..lain daripada yang lain. Macam spaghetti goreng aje pun.

Untuk resepi lengkap, boleh rujuk resepi kat link ini: Spaghetti Aglio, Olio e Peperoncino

No comments:

Post a Comment