Pagi tadi selepas touch in kedatangan aku sempat gi sarapan dengan osmet kat satu gerai di Pekan Kangar. Menu sarapan aku roti sardin dengan milo ais. Nyum nyum nyum...(kenyang la sekejap perut aku ni). Lepas habis makan kami pun jalan kaki nak balik opis masing2.
Masa jalan nak ke parking kete tu, aku terserempak la dengan satu plat kete yang dikenali...ooo....kete opismate aku rupanya. Hmmm...jauh jugak la depa ni datang semata-mata nak sarapan kat Pekan Kangar sbb main opis kami kat Kuala Perlis! Bila nampak kete tu yg sangat2 penuh satu kete, dan makhluk2nya pula dikenali oleh mata dan otak aku, so aku pun senyum la tanda kita ni kenal. Ok...budak driver a.ka pemilik kenderaan itu senyum (which is good)...tapi yg co-pilot dia muka masam aje. Yang jadi bos kat belakang tu aku maafkan la maybe sbb penglihatan dan pandangan depa terhalang atau tak perasan makhluk bernama "aku" sedang berjalan lenggang mak limah.
Apa yang aku nak citer dan komen ni pasal co-pilot tu. Susah sangat ke nak senyum. Mahal sangat ke senyuman anda? Kalau aku ni org yang dia tak kenal...mungkin boleh dimaafkan. Tapi aku ni org yang dia tau aku ni wujud....Jadi tak salah kalau senyum. Senyum itukan penghubung silaturrahim. Orang yang marah pun boleh lembut hati kalau tengok muka seseorang yang manis ketika senyum.
Ok...aku tak nafikan ada manusia yang nampak sombong pada permulaannya tapi lepas dah kenal mudah mesra. Tapi manusia co-pilot ni dengan org yang dah kenal pun dia buat muka sombong.
Aku ingat masa aku sekolah menengah dulu. Tingkata 2 kalau tak silap aku. Cikgu Kemahiran Hidup aku ni sangatlah seorang manusia yang tak reti nak senyum. Kalau senyum pun terpaksa. Itupun hanya untuk cikgu2 atau murid yg baik dengan dia aje (ada ke?) Kami yang jadi anak murid pun dia pandang sipi2 aje kalau tegur atau bg salam. Masuk kelas tensen aje sbb cikgu kurang senyum. Sampai satu ketika...aku dan kawan2 yg sangat tensen ni sampai terlepas cakap minta dia keguguran sbb sangat sombong dan kurang senyum. Allah itu maha kaya....masuk Tingkatan 3 kami dapat berita cikgu tu betul2 keguguran. Rasa bersalah sangat sbb mungkin tuhan mendengar keluh kesah kami terhadap cikgu tu. Lepas peristiwa tu kami semua minta maaf dan selepas tu cikgu tu pun dah pandai senyum. Lepas senyum muka dia semakin berseri dan rasa nak belajar pun seronok.
Itu cerita realiti. Dan realiti itu sentiasa terjadi. Dah banyak manusia yang aku jumpa yg kelihatan sombong dan susah sangat nak senyum especially pada org yg dia rasa tak sama darjat dengan dia. Kalau dalam laman sosial atau blog atau ape sahaja, orang ini akan bg ayat yg bunyinya lebih kurang begini," find me deeper, know me better". Masalahnya, macam mana nak kenal dengan lebih baik kalau nak senyum pun memilih untuk org2 tertentu je. Pada org2 tertentu ni mungkin manusia ini di kenali sbg manusia paling ceria dan happy go lucky...tapi hanya org2 tertentu aje. Org2 yg tak tertentu...korang jgn sibuk la sbb korang mana ada standard. Punya la hipokrit manusia jenis ini.
Aku ada kawan yg sangat pendiam...susah untuk ketawa walaupun time tu lawak dah kira kelakar tahap gaban...tapi dia mudah senyum utk org yg dia dah kenal. So takde alasan la yg org yg susah nak senyum tu org yg pendiam.
Pada org2 yg terpilih rapat dengan manusia ni mmg susah nak percaya yg kawan mereka itu kelihatan memilih untuk senyum. Jadi jgn harap la nak komen lebih2 pasal manusia jenis itu kerana akibatnya kita juga yg kene tegur. Tapi realitinya......itulah manusia hipokrit.
Senyumlah...senyumlah...ahai cik mek molek.....
2 uncang teh :
ramai org yg mcm ni kat sini...
nnt aku nak cipta alat yg kasi sepak terajang kat sape yang tak reti nak senyum. hahhahaha
Post a Comment