Daripada perspektif mata aku..
1. Ramai org kata Perlis ini negeri sebatang rokok kerana keluasan negeri yang paling kecil di Malaysia. Tapi aku kata, kalau org tu jenis hardcore smooking, berbatang rokok boleh habis untuk round satu Perlis ni.
2. Jalan raya di Perlis ni semuanya lurus. Bagus untuk mereka yang baru nak belajar memandu. Hanya ada satu je kawasan jalan dia bengkang - bengkok tapi takde la horror sangat. Itupun jalan alternatif nak ke Kuala Perlis, jalan kampung la katakan.
3. Perlis boleh dibahagikan kepada 4 kawasan utama iaitu Kangar, Arau, Padang Besar dan Kuala Perlis.
4. Penunggang motosikal adalah mereka yang menguasai jalan di Perlis. Kalau pergi kat tempat lain, peninggang motosikal akan mengalah kalau menunggang di jalan raya, tapi di sini, kereta besar kena mengalah bila memandu di jalan raya.
5. Walaupun Kangar tu adalah ibu negeri dan Pusat Bandar, tapi jangan la gelak kalau nampak makcik-makcik dan pakcik-pakcik kuar beli-belah pakai kain batik dan kain pelekat.
6. Perlis hanya ada satu aje shopping complex iaitu The Store kat Kangar. Sekarang ni ada la satu lagi iaitu C-Mart di Arau (baru buka ye).
8. Penginapan di Perlis jgn risau. Sebabnya kat Perlis ni banyak hotel budget dan homestay. Walau homestay tu kat Arau, tapi masih lagi dekat dengan Kangar.
9. Market basah kat Perlis cuma akan dibuka sehingga tengah hari sahaja. Nak masak petang kena cari alternatif lain beli barang basah di pasar tani atau pasar malam.
10. Pasar malam kat Perlis mmg heaven. Tiap2 hari ada aje pasar malam. Korang boleh atur tiap2 hari gi pasar malam.
11.Purata setiap rumah di Perlis ni akan ada sekurang-kurangnya 2 buah kereta tidak mengira jenama, saiz dan tahun keluaran sama ada belian baru atau second hand.
12. Banglo lebih banyak di jumpai di kawasan kampung berbanding di bandar Kangar. Cuba jalan-jalan di kawasan kampung akan nampak la rumah batu di tengah sawah yang memang bersaiz banglo.
13. Perlis ni negeri warna. Masuk Perlis semua tempat kena warna; jejambat, tangki air, bangunan-bangunan di Kangar, flyover. Sebab tu la rumah kat Perlis pun banyak yang berwarna warni instead daripada warna putih atau warna krim sahaja.
14. Perlis ada bantak pintu gerbang. 2 jalan utama untuk masuk Perlis melalui Alor Setar dan Canglun masing2 ada pintu gerbang.
15. Kat Perlis jarang nak jumpa masyarakat India.
16. Muka orang siam Perlis seiras dengan muka orang Melayu kecuali mata dia seikit sepet. So jangan terkejut tengok ada org yg rupa melayu sedang makan ketika bulan puasa kerana mereka ini masyarakat keturunan siam.
17. Perkara yang menarik jika membeli-belah di Padang Besar ialah periuk belanga, tapi harganya lagi mahal berbanding beli barang yang sama di Kedai Wah Seah.
18. Harga barang-barang di Padang Besar lagi mahal pada hari cuti umum dan cuti sekolah. Jadi elakkan datang pada waktu ini kalau nak praktikkan skill tawar menawar anda. Kalau datang juga...konpem tidak dilayan.
19. Kebanyakkan org muda di Perlis adalah org luar yang datang bekerja di sini dan mereka ini pula kebanyakkannya adalah guru dan kakitangan kerajaan.
20. Pukul 8 aje Kangar dah sunyi sepi, kedai banyak tutup. Nasib baik hidup sbb ada kedai makan.
21. Hari Sabtu dan Ahad banyak kedai di Kangar ditutup. Kangar pun sunyi sepi macam kena langgar garuda.
22. Kat Perlis anda boleh dapat makan makanan yang sedap, banyak dan murah.
23. Harga ikan bakar di kawasan esplanet di depan Hotel Putra Brasmana adalah mahal berbanding ikan bakar di kawasan pekan Kuala Perlis dan Kangar. Nak murah korang boleh bakar sendiri.
24. Jalan nak gi Jeti Kuala Perlis tu one way, sila hati2 ye.
25. Perlis akan jem pada hari Jumaat masa pukul 12 - 2 petang sebab org kuar rehat dengan gi solat Jumaat.
26. Perlis akan lebih jem ketika menjelang hari raya puasa. Masa ni boleh la tengok kete2 besar plat wilayah masuk perlis.
27. Semua orang kat Perlis ni saling kenal mengenali kerana mereka bersaudara bau-bau bacang.
28. Jangan terkejut kalau di Kangar hujan lebat tapi bila sampai kat Kuala Perlis tengah panas terik walaupun jarak masa perjalanan cuma 10 - 15 min.
29. Bandar Kangar waktu malam menarik sebab ada lampu warna-warni. Konpem korang akan kagum.
30. Kalau nak kumpul duit boleh la keje kat Perlis, sebabnya takde banyak tempat nak enjoy kat sini. Tapi konpem korang akan jadi SANGAP...macam AKU!
Happy Hour
Sesi Minum Teh
Popular Posts
Blog Layan Otak
-
-
kematian10 months ago
-
work from home jobs bethlehem pa2 years ago
-
Dear Dr. T3 years ago
-
Orkid Latex5 years ago
-
Dah besar dah7 years ago
-
My Ju-on7 years ago
-
-
Berkabung10 years ago
-
My last post10 years ago
-
Kasih dan Sayang berpanjangan10 years ago
-
Menemui sesiapa yg berkenaan...11 years ago
Inspirasi Susun & Deko
-
Malam - malam pasang pam air.1 month ago
-
Apakah Definisi: Blog, Blogger & Blogging?2 years ago
-
-
-
-
Dapur :: Peti sejuk idaman hehhe5 years ago
-
-
-
No More Cupcake Kitchen6 years ago
-
Apabila telefon pintar menjadi dominan7 years ago
-
-
-
Besday Azra7 years ago
-
FRADOO ABC : TERSEDAP DI SHAH ALAM7 years ago
-
Rita Chan Interiors8 years ago
-
-
Love is in the air...8 years ago
-
Sawang8 years ago
-
-
Kembali semula..9 years ago
-
Mereka Sangat Kreatif
-
Cricut materials comparison1 year ago
-
-
-
Percutian bajet ke Pulau Redang8 years ago
-
TECHNIQUE FOR MAKING RIBBON FLOWERS9 years ago
-
Ramadhan is coming back!9 years ago
Followers
Friday, June 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
10 uncang teh :
beb, aku setuju benor yg sumer bangunan ada banyak kaler,jkr pun nmpk mcm tadika. ekeke
Beb, saya org Perlis.Perlis mmg warna warni...tapi org Perlis ramah tamah.Nak Kata sabtu ahad tu sunyi sepi mcm dilanggar garuda tu tak le setuju sgt,sbbnya hanya hari2 tertentu aje perlis ni sunyi sepi..bila ada perayaan mmg agak lengang sebab byk kedai tutup...
perkara menarik lain di perlis dan patut ditambah:-
1- Perlis ada mempelam harum manis yg dimakan bersama2 pulut..kalau org perak makan dgn durian...tapi org perlis makan dgn mempelam.
2- ORg perlis byk berketurunan Syed,Sheikh,Syarifah ni.Dan org perlis ni kalau putih-putih melepak ala-ala gebu gitu..tapi kalau hitam...huh..hitam piang..jadi permandangan ini biasa di Perlis.
3- Tahap kepanasan di perlis melebihi negeri-negeri di Malaysia ni...
4- Perlis ni kalau tgk pada plat kereta..tak cepat plat tu bertukar contohnya skrg baru RH....makan tahun nak berubah
5- Perlis akan jem bukan sahaja waktu hari Jumaat tapi gak di Bulan Ramadhan, ketika ada pasar malam,dan time-time nak raya..
6-Byk gak artis berasal dari Perlis mcm Rita Rudani, arwah Hani Mohsin, Izani etc.. plus Ustaz Harundin dan Hasandin.
7-Kalau pergi solat subuh di Masjid Perlis, takde doa qunut.sebab doa qunut ni buat pun takpe tak buat pun takpe.masa zmn Rasullulah doa qunut dibaca ketika nak menghadapi peperangan.
8-Perlis tak ada majlis tahlil di rumah.Tapi selalunya dibuat di masjid.
9-Rakyat perlis kalau masuk Padang Besar tanpa passport cukup senang...hehee..itulah kelebihan Perlis
rafe: hahhahha....ko igt lagi ek pasal warna jkr tu...miantain beb...
MyStory: thanks sbb respond kat entry ni.tapi apa yang sy tulis tu dr perpektif diri saya. apa yang saya imagine bila org luar yang baru 1st time datang dan kerja di perlis. saya list kan apa yang org luar tak perasan di sebalik apa yang diorang dah tau mengenai perlis.
pasal perlis ada harum manis, artis, keturunan syed n sharifah (ni negeri lain pun ramai), cuaca panas...dan semua2 yang awk list kan tu...mmg btul tapi rasanya semua tu org luar dah tau. tanak tulis dalam ayat serius...kira bila org baca entry saya ni macam ala2 ayat dalam majalah ujang la.
apa2 pun tq ek....:)
erm.. dan lagi hang june... tp mmg betul apa yg hg kata tu..
aku nak tambah sikit... untuk sapa2 yg dtg perlis...
jalan depan the store.. kalau nak lintas jalan.. sila pandang kiri.. bukan kanan ye... jln mcm terbalik daaaa sbb kereta dtg dari kiri.
satu lagi.. buat malu org perlis la.. baru2 ni dlm nasik lemak kopi o.. aziz desa komplain.. dia kata kali eprtama dia tgk org yg peniaga tak reti layan pelanggan. aziz ni bawak anak dia nak potostat kat kedai. sekali boleh dia kena marah ngn tuan kedai tu.. tuan kedai tu kata.. kalau saya berak.. sapa nak basuh?? bengong ka dak tatau la org tu.. tp byk peniaga kat perlis SOMBONG2,,,,
kita mkn bayar.. bukan free maaa
ooo..yeke pah...nasi lemak kopi o bila tu??? tau tau aje la aku ni mana sempat tgk tv pagi sabtu ngan ahad...aku kan kena gi kelas master-ji time tu.
hahhaha...btul2..pasal kat depan the store tu mmg kena hati2. jejantas depan the store tu macam lgsg tak digunakan...aku tgk macam pintu grebang aje...pastu budget nak habiskan cat...warna lawa. apa2 pun...org luar sila hati2 ye.
pah..sbnrnya banyak lagi aku nak list down lagi tapi masa buat entry ni aku lupa...lepas dah siap baru aku ingat. nanti bila2 aku tambah lagi. hehheheh...
perspektif awk ttg perlis tu bagus...saya cuma bagitau perkara menarik lain secara umum...but apa yang disenaraikan tu memadai dan terima kasih memuji negeri yg kecil ini.
Saya seronok baca entri awk.lagipun adik awk azimah yg kenalkan..sempoi..
ayat ala2 majalah ujang tu ok per..tu yg best..spontan...
by the way, nice knowing u!;p
MyStory....tq...(hehehhe...melayang la kejap).
tetiba saja june rasa kembang kuncup.. waakakkaa
pah...kembang tu dah sentiasa kembang...kuncup je yg tak lagi...hahhahaha...
nice place to visit, i included perlis in to my next backpack trip..insyaAllah :-)
Post a Comment