Kenapa?
Korang tak percaya ke aku tengah homesick sekarang ni. Ingat budak-budak kecik yang stayed asrama aje ke yang homesick??? Aku yang duduk di perantauan ini pun homesick juga la. Lagi-lagi kalau aku tengah stress. Lagi la kuat homesick aku ni.
Dulu masa sekolah dan masa belajar dulu, aku bukanlah jenis yang kuat homesick kat rumah. Bukan tak homesick langsung, tapi mungkin sebab ada kawan-kawan, perasaan tu hilang. Tapi semenjak umur meningkat ni, perasaan homesick aku jadi semakin kuat. Kadang-kadang aku menyesal gak jadi budak pandai masa sekolah dulu. Kalau aku tak lulus cemerlang masa PMR dulu, takde la aku pergi sekolah asrama. Kalau aku tak lulus cemerlang masa SPM dulu, takde la aku masuk U. Mungkin aku boleh stayed ngan mak ayah aku lama sikit sampai umur 20 tahun ke. Tapi rezeki tuhan sapa yang tau. Aku lulus semua exam, jadinya last-last kat negeri Perlis ni la aku terbuang. Tak puas betul aku. Tak puas sbb hanya sempat stayed ngan mak ayah sampai umur 15 tahun je. Lepas tu, aku cuma mampu jumpa sebulan sekali je. Nasib baik, boleh la stayed lama sikit masa cuti sekolah dengan cuti sem.
Tapi bila dah keje ngan dah sambung master-ji, sebulan sekali jgn harap la nak jumpa. Nak stay lama -lama kat kg pun cema setakat seminggu. Lepas seminggu kena masuk keje. Bosan betul.
K la...aku chow dulu. Tengah homesick camni, baik aku tido je. Mata pun dah ngantuk.
Tata...
Ke Singapore, emergeeeennncccyyyyyy
9 hours ago
0 uncang teh :
Post a Comment