Yehaa..!!! Hari ni dah hari ke 25 Ramadhan. Insya Allah lagi 4 atau 5 hari, kita akan meraikan 1 Syawal. Terasa sayu pula nak melepaskan Ramadhan 1431H ni pergi. Ntah sempat ntah tak nak berjumpa Ramadhan akan datang. Doa-doa aje la kan moga dipanjangkan umur.
Ok stop pasal kisah syahdu Ramdhan.
Korang suka tak bergaya dengan kasut tumit tinggi? Mesti suka kan...Bohonglah kalau ada wanita yang langsung tak suka nak pakai kasut tumit tinggi. Aku percaya ramai wanita diluar sana yang suka nak pakai dan bergaya dengan kasut tumit tinggi tapi atas beberapa sebab ada yang takut nak pakai.
Sebagai manusia yang suka dengan kasut dan ada banyak pasang juga la kasut tumit tinggi dalam kotak dirumah, suka aku nak berkongsi tips pemakaian kasut tumit tinggi ni berdasarkan pengalaman aku sendiri.
1. Pastikan kasut tumit tinggi tu sesuai dan selesa dengan bentuk kaki anda. Ada wanita yang kaki cantik kecik kurus, ada wanita yang kaki montok berisi. Tak semua design kasut sesuai dengan semua kaki. Pada kaki yang kecik kurus, berbahagialah kerana semua jenis design kasut anda boleh pakai, tapi pada kaki yang montok??? Jangan terlalu mengikut perasaan untuk nampak cantik sampai menyeksakan kaki anda sendiri.
nampak cantikkan..tapi percayalah kasut ni memang menyakitkan sbb tapak depan tu sempit
2. Elakkan tapak kasut yang terlalu nipis. Kalau korang perasan, banyak kasut bertumit halus mempunyai tapak kasut yang sangat nipis. Bahaya ni. Tak sampai sejam korang pakai confirm kaki sakit. Ini adalah kerana, selain tumit yang menanggung beban berat badan, tapak kaki di bahagian tulang ibu jari kita tu pun akan tetap menampung berat badan juga. Jadi, bila tumit dan tapak dah sakit, apalah maknanya cantik itu.
tumit halus, tapak nipis...mmg akan sakit kalau pakai lama2.
3. Percaya atau tak, kasut dengan ketinggian tumit 4"-5" tu sebenarnya akan jadi selesa kalau kita pandai pilih. Kalau ada keinginan nak pakai kasut tumit 4"-5" macam artis, mula2 korang kena pilih tapak tebal atau paltform dan selepas tu tumit kasut mestilah tidak terlalu runcing atau halus. Kadang-kadang, mungkin korang kena pilih kasut wedges untuk ketinggian tersebut. Selain tu, pilih tapak kasut yang sedikit melekuk keatas untuk memberi keselesaan dan mengurangkan tekanan kepada jari kaki kita.
Pilihan aku:
Red Modani
Nine West
Summit Shoe
Viss
Empat gambar diatas adalah antara kasut bertumit 4"-5" yang aku selesa pakai.
4. Ada yang berminat tak dengan pump shoe? Tak kira lah peep toe pump shoe atau full pump shoe? Kalau korang perasan, pump shoe ni design dia dengan tapak yang sempit. So kepada kaki yang bertapak kembang, sebolehnya elakkan memakai kasut jenis ini kerana ia boleh menyebabkan kesakitan kepada kaki anda. Jika teringin nak pakai pun, elakkan memakai dalam jangka waktu yang lama. Cantik tapi kaki sakit.
Cantik tapi kepada yang tak selesa memang menyakitkan
5. Sebenarnya, kasut wedges ni ada banyak jenis juga. Tak semua wedges sesuai untuk semua jenis kaki. Jadi kalau nak selesa, sila pilih tapak wedges yang punya tapak tumit lebar berbanding memilih tapak wedges yang bertumit halus/kecil.
6. Kebanyakkan wanita menolak untuk memakai kasut tumit tinggi kerana tidak mampu menyeimbangkan badan. Sebenarnya senang aje kalau kita pandai sesuaikan jenis, rekabentuk dan ketinggian kasut dengan bentuk badan dan kaki kita. Jadi kenali diri kita dahulu sebelum membeli kasut tumit tinggi. Ada wanita yang sesuai memakai kasut bertumit 4" tetapi ada wanita yang sesuai memakai kasut bertumit 1" sahaja. Walau apa pun jenis, rekabentuk dan ketinggian tumit tu, yang penting adalah keselesaan si pemakai. Selain tu, ketika memakai kasut bertumit tinggi, seeloknya berjalanlah dengan cara berlenggang daripada anda berjalan dengan gaya robot. Jalan melenggang dapat memberi keseimbangan ketika memakai kasut bertumit tinggi. Tapi janganlah melenggang melampau sangat. Cukup dengan lenggang biasa aje.
7. Benar, memakai terlalu lama kasut bertumit tinggi melebihi 2" akan menyebabkan kesakitan tulang belakang di kemudian hari. Nak cantik, itulah harga yang kita kena bayar. Tapi kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga tentang semua ini. Jadi, nasihat aku, elakkan memakai kasut bertumit tinggi melebihi 2 jam. Kalau terpaksa memakai sehingga melebihi 2 jam, pilihan wedges dengan tapak dan tumit lebar adalah yang terbaik.
8. Jika berjalan jauh, sila sediakan selipar jepun atau sandal bertapak rata untuk anda. Jangan terlalu mengharap dengan kasut tumit tinggi anda sahaja. Sekurang-kurangnya, ketika memandu korang boleh merehatkan kaki korang dengan sandal bertapak rata.
Cukup lah kot 8 tips memakai kasut tumit tinggi dengan selesa. Ini pun jenuh aku nak fikir dan karang ayat. Apa pun aku tetap suka nak tekankan istilah KESELESAAN ketika memakai kasut tumit tinggi ni. JANGAN menyeksa tubuh anda selalu hanya kerana korang nak cantik dan seksi. Seksa jadinya nanti.
3 uncang teh :
wahhh.. ko dah buleh jadi pakar kasut june.. cuba anto resume kat jimmy choo.. mesti dia suka :)
armouris: thanks sbb sudi nak share info.
cik jijah: aku nak hantar resume jadi model kasut jimmy choo boleh tak? hahhaha
kalau sakit kaki pakai kasut tinggi, order la foot patch kat saya..hehehehe..ready stock. sepasang 3 ringgit. kalau beli 20 keping dan ke atas boleh dapat diskaun tidak termasuk caj penghantaran.
Post a Comment