Monday, September 6, 2010

Iklan Raya TV3 - Bila Kreativiti Menjadi Keliru

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:10:00 PM




Kat atas tu adalah iklan Raya TV3 untuk tahun 2010. Walaupun pihak TV3 dah menarik balik iklan ni dengan serta merta (nasib baik cepat sedar), tapi untuk renungan dan pengajaran semua pihak, rasanya tak salah kalau aku nak membebel sedikit pasal iklan ni (kat FB ngan forum pun ramai dah bg komen).

Secara zahir, iklan ni memang sangat menarik dan kreatif. Dalam iklan ni, pihak produksi cuba membawa konsep 1 Malaysia dalam perayaan Aidilfitri. Tapi malangnya, team yang menyediakan iklan ini untuk TV3 mungkin kurang faham akan maksud konsep 1 Malaysia. 1 Malaysia lebih bermaksud dalam kesepakatan masyarakat Malaysia menjayakan setiap agenda pembangunan negara dan lebih terarah kepada kesepaduan budaya masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Aidilfitri bukan perayaan berteraskan budaya. Aidilfitri, Krismas dan Deepavali merupakan perayaan yang berteraskan keagaamaan sesuatu penganut. Jadi kenapa unsur-unsur agama lain harus digabungkan dalam iklan perayaan untuk Aidilfitri, perayaan agung umat Islam?????

Beca terbang, atuk tua yang berambut putih, bunga teratai dan bintang timur (banyak lagi sebenarnya)...itu semua bukanlah unsur-unsur yang terdapat dalam agama Islam. Inilah keadaan bila terlalu taksub dengan kreativiti. Menjadi kreatif itu tidak salah tapi jangan lah terlalu taksub sehingga menjadi mangsa kepada kreativiti itu sendiri. Penayangan iklan raya TV3 ni lebih banyak maksud tersurat dan tersirat untuk memesongkan akidah umat Islam khususnya kanak-kanak.

TV3 bernasib baik sebab iklan ini ditayangkan untuk Malaysia dan rakyat Malaysia tidaklah extreme macam rakyat negara jiran. Cuba bayangkan kalau rakyat Malaysia macam rakyat Indonesia yang sangat extreme, rasanya TV3 hanya tinggal nama sahaja.

Ini cuma komen dan teguran ikhlas aku. Mungkin pendapat aku tak sama dengan pendapat orang lain. Dan mungkin juga tersilap fakta atau tersilap ayat serta tersilap pemahaman. Oleh itu, awal-awal aku minta maaf.

Nota_jari: Rasanya dalam banyak-banyak iklan Raya, iklan Petronas la antara yang terbaik. Tapi tahun ni masih lagi menunggu iklan Raya yang terbaik.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea