Saturday, November 17, 2012

Business Buah Rambai

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:09:00 PM
Assalamualaikum wbt.


Kalau nak cerita pasal buah rambai ni, rasanya dah ramai blogger lain yang cerita apa itu buah rambai secara details. Tapi kat sini aku nak cerita kenangan kecil aku dengan buah rambai.

Pokok rambai ni sejenis pokok kayu yang sangat tinggi. Buah rambai pula rasa dia masam manis dan bewarna hijau bila muda dan coklat bila masak. Kadang-kadang ade iras buah langsat juga. Tapi buah langsat manis manakala buah rambai pula masam manis.

Dekat rumah aku ni ade 2 batang pokok rambai. Dua-dua pokok tu tumbuh kat belakang rumah dekat dengan sawah. Aku tak tau la sape yang tanam sebab pokok tu dah wujud sebelum aku.

Dulu masa kecil-kecil aku selalu ikut tok gi sawah. Bila tok aku sibuk menanam padi, kami adik beradik lepak bawah pokok rambai macam berkelah tu. Kadang-kadang bila balik dari bendang tok aku mesti bawa balik secekak buah rambai buat kami.

Masa aku sekolah rendah pula, seingat aku masa darjah tiga, aku start aktiviti berniaga kat sekolah. Kebetulan masa tu sekolah aku sesi petang. Jadi sebelum pergi sekolah tu aku mesti ajak tok atau acu atau mak aku untuk teman aku pergi sawah untuk kait buah rambai.

Buah rambai tu aku paket dalam plastik kecil dan jual sepaket cuma sepuluh sen je. So dalam sehari tu dapatlah aku kumpul dalam 5 atau 6 puluh sen sebagai extra belanja sekolah aku. Tapi perniagaan buah rambai aku ni takde la bertahan lama pun. Sebabnya stok buah rambai aku ni cuma datang dari satu pokok aje. Yang pokok lagi satu tu buah dia tinggi, jenuh nak kait. Jadi bila buah kat pokok tu semakin kurang dan semakin tinggi, jadinya stok buah tu semakin kurang.

Sekarang ni pokok rambai tu dah jarang nak berbuah. Kalau berbuah pun aku dah tak berani nak pergi ke belakang rumah sebab macam scary je. Sawah pun dah bertukar jadi kebun sawit. Terfikir gak aku macam mana la dulu aku berani jalan sampai ke batas sawah sedangkan jalan tu sangatlah menakutkan dan semak. Tapi itulah kita dalam dunia kanak-kanak, mana tau apa erti takut, yang penting seronok aje.

Kenangan tetap kenangan. Pokok rambai masih lagi di situ dan harap akan kekal di situ sampai bila-bila.

Nota_jari: pic to Google

Send from my Windows Phone

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea