Friday, August 16, 2013

Raya 2013

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:21:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Saat-saat genting. Sempat lagi kot nak update blog..heheh

Raya tahun 2013 ni aku sambut macam tahun-tahun lepas juga ler. Simple-simple aje. Tapi dalam cakap simple-simple tu penuh juga la meja tamu kat depan dengan biskut raya yang pelbagai jenis, rupa dan rasa.


Tahun ni Jimah dengan abang aku turn beraya di rumah mertua masing-masing. Jimah balik Bintulu dan abang aku pula balik Pahang. Orang dah ada mertua, macam tu la. Kena la gilir-gilir kan.

Walaupun adik dan abang aku tak beraya di Perak, tapi aku still ade geng nak jalan beraya sebab tahun ni adik aku yang baru kahwin tu buat turn raya kat kampung aku. Jadinya takde la bosan sangat aku dengan adik-adik aku kat rumah tu sebab ade juga geng baru.

Adik-adik lelaki aku pakat buat tema kaler hijau la pula raya tahun ni.

Ahli baru dalam keluarga aku, adik ipar aku ler yang kat tengah tu.

Tahun ni takde gambar raya beramai-ramai. Maklumlah photographer balik raya kat Bintulu. Yang ada hanya kamera hp aje. So gambar yang di snap pun cukup-cukup makan aje.  Jadilah kan daripada takde gambar raya langsung.

Walaupun ahli korum tak cukup, tapi kami tetap happy beraya 6 beradik. Time ginilah ade can nak gi melawat jiran tetangga. Tapi amik kau, rumah jiran kat kampung aku takde la banyak sangat sekadar 7 8 buah rumah je. Tapi bila habis raya je, balik rumah terus sengkak perut sebab perut penuh. Mana taknye, satu rumah buat nasi tomato, satu rumah buat char koew tiaw, satu rumah buat bihun sup, lepas tu 3 buah rumah pula buat laksa. Tak makan tak kena juga sebab tuan rumah dah jamu. Nak tak nak jamah la sikit. Tapi bila kita jamah makanan tu sikit, air yang masuk double. So mana ler tak sengkak perut tu.

Malam raya pula turn raya rumah Acu aku sambil nak melawat tok aku kat sana. Kalau nak diikutkan tu adik beradik sepupu sepapat famili ayah aku tu ramai je tapi kalau yang betul-betul adik ayah aku tu just acu aku aje la. Kalau nak cerita pasal keturunan ayah aku ni 4 hari 4 malam belum tentu habis. So korang just take note aje la yang ayah aku cuma dua beradik je.

Raya kedua, time aku balik raya rumah mbah aku sebelah mak aku pula. Ini memang rutin tiap-tiap tahun ni, dari aku kecil sampailah sekarang. Kalau dulu ayah aku pun ikut sekali. Tapi bila tok aku dah stay dengan Acu aku, so ayah aku mengalah tak balik time raya kedua tu untuk jaga rumah. Jadinya akulah yang bertanggungjawab nak jadi supir mak aku untuk balik ke kampung. 

Kalau balik beraya ke kampung mak aku ni meriah sikit. Adik beradik mak aku ni ramai. So sepupu-sepupu pun ramai lah. Aku memang rapat dengan sepupu-sepupu aku ni. Lagi-lagi bila masing-masing dah besar panjang dan dah kerja, tapi perangai tetap maintain sama je. Tak kiralah sepupu yang bujang ke atau sepupu yang dah kawin. Sama je naik bila dah jumpa. 

Sebahagian sepupu-sepupu aku yang sengal

Rumah mbah aku ni rumah kampung. Dah la tu rumah kayu tau. Sangat antik. So bila dah ramai-ramai balik ni jangan haraplah nak dapat tidur selesa dalam bilik. Jadinya, masing-masing pandai-pandailah bawa diri. Tapi time macam ni lah yang paling best. Aku panggil tidur berjemaah. Bila mata dah mengantuk, otak dah tepu, badan dah penat. Ko dah tak fikir ape dah selain nak tidur. Masa tu dah tak kisah dah ko nak menyempit tidur kat sebelah sape pun, janji boleh tidur. Paling best kalau tempat yang kita nak menyempit tu ada tilam atau toto, so selesa sikit. Jadinya bila semua itu diambil kira, keadaannya adalah seperti dalam gambar dibawah la...

Inilah semangat tidur berjemaah

Gitulah cerita raya aku tahun 2013 ni. Nak kata meriah sangat tu takde lah. Nak kata aku enjoy sangat pun takde. Tapi puas hati la juga bila dapat spend time dengan adik beradik dan saudara mara ni. Masa raya ni lah kita nak kenal saudara mara dan jiran tetangga serta mengeratkan silaturrahim. Time lain jangan harap la sebab sibuk dengan kerja dan tugasan harian. 

Lagi best bila time raya ni bila dapat jumpa kawan-kawan masa kecil-kecil dulu. Kawan-kawan mengaji aku, kawan-kawan sekolah tadika aku, kawan-kawan sekolah rendah, kawan-kawan sekolah menengah dan kawan-kawan sekampung. Masa ni mula la start mengimbau kenangan time nakal-nakal waktu kecil-kecil dulu. Tapi terkilan sikit sebab tahun ni cuma sempat jumpa kawan-kawan mengaji tu seorang dua aje dan kawan sekolah pula sempat beraya cuma satu rumah je. Maybe next year boleh la kot nak gi ziarah kawan-kawan yang lain pula.

Ape-ape pun raya tahun ni tetap diingati sampai bila-bila

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea