Assalamualaikum wbt.
Tup tap tup tap...dah sebulan rupenye aku jadi isteri En. Syg. Kejap aje kan. Alhamdulillah....so far aku dah boleh adapt dengan kehidupan baru ni. Kadang-kadang tu bila dah leka dengan keje dan time bergosip dengan kawan-kawan sambil gelak kuat-kuat, lupa juga yang kita ni dah jadi bini orang. Ingatkan dok bujang lagi. Hahaha...sib baik nampak inai still merah lagi...so dapat la cepat-cepat sedar diri. Kalo tak....menonong ingat diri ni dok bujang trang tang tang lagi. Kah kah kah kah kah....
Kali ni nak buat review sikit pasal majlis menyambut menantu kat rumah En.Syg pula. Majlis ni dibuat seminggu selepas majlis kat Perak. Majlis simple aje pun. Tapi dalam simple-simple tu pelamin tetap ado. Hahaha...Citer pasal pelamin ni. Plan asal memang takde nak pelamin bagai. Yang ada cuma meja makan beradap yang termasuk dalam pakej katering je. Tapi FIL pula teruja nak tengok anak teruna dia tu bersanding. Maka last minit dah ni, diorang gi booking pelamin. Kami laki bini tak mampu nak kata apa-apa sebab FIL dah bagitau setuju or not dia nak juga buat pelamin. Fully sponsored by FIL.
Tema warna kat Perlis ni pillihan aku sebenarnya. See...belum apa-apa aku dah guna kuasa queen control dah kan. Keh keh keh. Takde lah pun. Birukan sinonim dengan imej lelaki. So aku decide la nak guna warna ni dengan persutujuan En.Syg juga. Lagi pun aku kan suka warna biru. Jadi seboleh yang mungkin aku nak juga warna ni muncul dalam majlis aku. Nak cari warna biru yang sesuai pun bukan senang. Kulit kami ni kan kategori berwarna sikit. So padanan warna haruslah sesuai. So warna apa lagi yang sesuai dengan biru kalau bukan silver atau grey. Baru matchingkan. Hahahah...panjang pula explanantion aku ni.
(p/s: citer sebenarnya, aku memang berangan-angan pasal warna tema ni lama dah. Dalam angan-angan mat jenin aku tu, aku nak tema sebelah aku warna pink krim dan sebelah lelaki warna biru.)
Baju pengantin kami hak milik kami sendiri. Warna tiffani blue. Ingat tak lagi aku pernah buat entry pasal songket dan satin dan juga pasal design baju ni kat sini (sila klik). Yang disewa hanyalah aksesori-aksesori sahaja seperti samping, keris kontot, rantai, tanjak dan veil. Fuh...nasib baik juga tau sebab veil yang disewa tu matching dengan warna baju. Owh...tudung grey tu pun hak milik aku sendiri juga. Aku diy semula tudung halfmoon yang aku beli masa nak bertunang dulu tapi tak jadi nak pakai. Letak lace letak manik....siap.
Mekap aku ni free aje. Sebabnya sepupu En.Syg yang tolong mekapkan. Memang puas hati juga la dengan mekap ni. Muka aku pun takde la berubah sangat bila lepas mekap tu. Dia punya mekap kat mata tu buat mata aku jadi lagi bulat. Hahahaha...Ada sesape ke yang berminat nak dapatkan perkhidmatan sepupu En.Syg ni untuk mekap?
Oklah malas nak sembang panjang-panjang dah. Aku tepek la 2 3 keping gambar lagi habuan korang semua muntah hijau.
Tengok gambar ni terasa flawless gila kulit muka tu, tapi realitinya....muka macam permukaan bulan.
Aksi mengada-ngada ni kak ipar En.Syg punya idea, lepas tu sporting pula laki aku berposing
Gaya skema atas pelamin ni memang wajib ada, kalo tak bukan bersanding la namanya.
Ini pun idea kak ipar En.Syg yang konon-konon nak bagi nampak efek bulu mata pelesu tu la kononnya.
Aksi mengada-ngada no 2.
Tema biru + silver (kelabu)
Bergambar dengan adik-beradik En.Syg. See...laki aku je yang gelap sikit, tapi takpe janji sekufu ngan aku.
Ini pula bergambar dengan MIL, SIL dan biras-biras ku.
4 uncang teh :
comel..
Baju irjune cantek.
tq cik hani... :)
Tembam tembam temvamvamm...hahhaha
hahahha....i know i know...
Post a Comment