Tuesday, December 24, 2013

Dress Untuk Bertandang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:18:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Weekend tadi balik kampung jenguk mak. Alhamdulillah mak semakin ok cuma dia still pening dan ada demam sikit-sikit lepas operation minggu lepas. Terbaru badan mak naik bintik-bintik gatal macam gelegata gitu. Maybe allergic dengan antibiotik kot. So adik ipar yang doktor tu suggest mak stop dulu makan antibiotik tu. 

Sambil balik jenguk mak sempat la pergi betulkan saiz dress yang tailor aku dah siapkan. Actually baju tu dah siap minggu lepas tapi biasalah kan. Bila fitting sorang-sorang rasa ada nak dikecilkan la pula. Budget badan tu dah kurus la konon. Tapi masa design awal-awal suruh bagi longgar. Nasib baik tailor tu paham dengan peel aku ni. 

So inilah baju untuk bertandang tu. Ingat tak dulu aku pernah cerita pasal kain satin dan songket yang aku beli kat Jakel tu. Inilah hasilnya.
Simple je design dress ni. Itu pun ada lagi nak kena touch up tu. Nak letak manik sikit kat pinggang. Tapi bab tu aku kasi upah kepada yang pakar. Aku nak buat sendiri...memang tak sempat la. Actually dress aku ni ada riben besar. Kat mana aku nak sangkut riben besar tu....tunggu ek...bila tiba hari kejadian akan aku dedahkan.

2 uncang teh :

cik hani said...

cepatttt irjune..
tak sabar nak tengok hasilnya..
bile ada riben, saya pulak eksaited. sebab saya suka riben

~*irjune*~ said...

sabar cik hani sabar....
baju simple aje pun. baru minta tlg member opis jahitkan manik sikit kat pinggang.hehhee

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea