Assalamualaikum wbt.
Sejak mengandung ni makin malas benor aku nak update kat blog ni. Bersawang dah jadinya. Rafe pun ada tanya bila aku nak update blog dengan entry baru. Sebenarnya since mengandung ni idea aku makin jadi kurang. Nak cerita pasal deko dan susunatur rumah pun, takde yang berubah pun kat rumah tu. Cara susunannya sama ja, malah makin bersepah adelah. Nak mengemas pun takde mood. Harapkan kat En.Syg je tolong susun dan kemas sikit-sikit. Tapi kalau dah orang lelaki yang kemas, jangan harap sangat la nak sempurna macam kita buatkan. Janji laki mau tolong dan nampak kemas sudah. Sian kawan-kawan yang nak tau update pasal susunatur, tunggu ye. Nanti bila dah ada idea aku update tau.
Oklah....ini entry pasal mengandung aku la. Dah mengandung ni kita stori pasal baby, perut dan ibu aje la. Ini entry pendek je. Malas nak cerita banyak-banyak (konon aje la).
Yezza....buku merah ni aku dah buat lama dah masa kandungan 10 minggu. Dulu-dulu mak aku panggil kad merah sebab memang cuma sekeping kad yang dilipat dua aje pun. Lepas tu akan diselit2 la dengan nota-nota klinik misi kat kad tu. Tu zaman dulu. Sekarang dah jadi buku. Siap dengan nota perihal kesihatan dan kandungan pun ada kat dalam ni.
Aku buat buku ni kat Klinik Desa kampung En.Syg je. Ingatkan semua jenis pemeriksaan pun dibuat oleh misi kat klinik desa ni. Rupanya diorang refer kat klinik kesihatan (KK) berdekatan juga. Hari Khamis buat buku, hari Isnin dah kene gi KK. Merasalah aku minum air gula perisa oren. Sedap, tapi manis sangat. Kalau letak ais lagi sedap. Nasib baik aku tak muntah. Hahahaha....
Oklah...next time aku cerita lagi pasal kandungan aku serta aku ada alahan ke tak. Sekarang ni aku takde idea dah. Tepu.
5 uncang teh :
salam akak...lama benor na xupdate...hihiii...sedap ke air gula tu??minum air gula besa pun nak muntah kan....take care
semoga dipermudahkan segalanya sis..
take care ye.
Awalnye kena minum air gula..
Ijun, along tunggu entry decor2 bilik baby :D
sYaFiNaS....takde idea nak update ape...tu pasal lama tak update. tak tau la sedap ke tak time minum tu...maybe sebab dahaga sangat tu pasal minum tanpa berfikir panjang...hahhaha
tq cik hani....sy doakan yang terbaik untuk cik hani juga...
whooz...yup mmg awal kena minum sbb mak ada hypertensi n ayah pun ada kencing manis. Hahaha...bilik baby pun tak decide ade ke tak...hahhaha
Ooo ye la kalau ada history kena minum awal kan. Tapi okla ada rasa oren lagi. Along punye, air gula semata.
Post a Comment